Khalid terima keputusan PAS secara terbuka

SHAH ALAM 29 Jan - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau tetap akan melaksanakan tanggungjawabnya kepada parti dan sebagai wakil rakyat meskipun di gantung enam bulan oleh PAS.

Khalid berkata beliau menerima penggantungannya dengan hati terbuka dan belum memutuskan samada untuk merayu terhadap keputusan Jawatankuasa Displin Parti semalam menggantungnya sebagai Yang diPertuan PAS Shah Alam dan ahli Lujnah Politik PAS Pusat.

“Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang ‘Jeneral’, maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?” katanya.

Khalid juga berikrar dasar perkukuhkan Pakatan Rakyat akan dipertahankan selagi mana PAS bersama gabungan itu. - Bernama

1 comment

MANSOR JUNUS said...

Saya melihat keputusan JK Disiplin itu macam 'tembak kaki sendiri' Tak cerdik, malah nak kata bengong pun boleh. Memang jelas rakyat pun tahu siapakah yang mewarnai keputusan tersebut. Kalaulah bagini tahap memikiran pemimpin2 teratas parti, hampalah sandaran dan harapan rakyat untuk melihat PAS muncul sebagai sebuah parti yang dominan.

Powered by Blogger.