Abe Li Ketua Pemuda PAS Tumpat Menjiwai Remaja

Dua beradik juara Piala YB Che Abdullah

TUMPAT - Pasukan regu muda, Ahmad Amirul Ikhwan Roslan, 13, dan Ahmad Ikmal, 15, muncul juara Kejohanan Ping Pong Beregu Terbuka Piala YB Che Abdullah, di pekarangan Masjid Mukim Delima, dekat sini, kelmarin.

Piala YB Che Abdullah Mat Nawi yang merupakan Ahli Dewan Un-dangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, diwujudkan bagi menggalakkan golongan belia lebih aktif dalam bidang sukan, di samping mengelakkan gejala sosial yang tidak berfaedah.

Program anjuran Pe-muda Pas DUN Wakaf Bharu dan Rakan Belia Sayang Masjid yang julung kali diadakan itu, mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan terbuka hampir 50 regu dan ia akan dijadikan acara tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

Dalam perlawanan akhir tersebut, keme-nangan beregu ini melayakkan mereka membawa wang tunai RM100, piala pusingan YB Che Abdullah dan medal.

Hadir sama, Ketua Pemuda Pas Kawasan Tumpat, Rusli Abdullah menyampaikan piala dan wang tunai kepada Ahmad Amirul dan Ahmad Ikmal, merupakan adik beradik.

Program berkenaan turut menawarkan hadiah tempat kedua RM75 dan ketiga dan keempat RM50.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.