Seorang maut dalam pergaduhan dua kumpulan pekerja kebun sayur

GUA MUSANG, 29 Mac — Satu pergaduhan besar antara dua kumpulan pekerja kebun sayur mengakibatkan seorang lelaki warga Myanmar maut, dan mayatnya dicampak ke dalam gaung di kawasan tanaman sayur di Lojing, semalam.

Mayat lelaki berumur 33 tahun itu ditemui oleh seorang penduduk Orang Asli yang sedang menjalankan kerja-kerja memasang paip air di kawasan tersebut, yang kemudiannya memaklumkan kepada majikannya, sebelum beliau membuat laporan di Pondok Polis Lojing pada kira-kira pukul 4 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Aziz Hasan berkata polis bekejar ke tempat kejadian dan menemui mayat pekerja kebun sayur itu dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai dibunuh dalam satu pergaduhan awal paginya.

Beliau berkata polis menemui banyak kesan luka pada pada mayat itu, yang dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam, di bahagian kepala, muka, badan dan paha.

Menurutnya mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat dan polis sedang berusaha mengesan dua kumpulan pekerja kebun sayur berkenaan bagi membantu siasatan.

Pergaduhan itu dipercayai membabitkan pertempuran antara kumpulan pekerja warga Indonesia dan pekerja warga Myanmar. — Reuters

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.