Lu G BTN Gua Bagi Naik Pangkat

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa kakitangan kerajaan diwajibkan menyertai program Biro Tata Negara (BTN) yang dikatakan menjadi syarat kenaikan pangkat oleh kakitangan kerajaan.

Sedangkan, menurutnya yang juga Ahli Parlimen Bagan, BTN merupakan alat doktrinisasi Umno yang sememangnya bertentangan dengan semangat 1Malaysia, yang mengiktiraf status semua kaum.

Disebabkan itu, beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menjelaskan sebab musabab kerajaan menguatkuasa kewajipan tersebut.

Menjawab soal itu dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini, Dr Koh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun meneliti silibus BTN.

Daripada penelitian Najib, beliau yang juga Presiden Gerakan berkata, sekiranya terdapat kelemahan seperti yang didakwa oleh Lim, maka kerajaan akan memperbaiki silibus tersebut supaya selari dengan wawasan 1Malaysia.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.