La Rupanya Mahaguru Silat Ada. Baru Dengar Suara Hari Ni

Mahu tahu motif diteruskan perhimpunan haram

KUALA LUMPUR: Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sebagai pengkhianat negara berikutan penganjuran perhimpunan haram BERSIH 2.0, semalam, untuk berdialog dengan beliau secara langsung di televisyen, dalam waktu terdekat.

Omardin mahu dialog itu menjadi medan Anwar meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada kerajaan yang menyebabkan BERSIH 2.0 berlangsung semalam walaupun selepas pihak berkuasa melarang perhimpunan itu diadakan.

“Jika berani, beliau sepatutnya bersedia untuk mengadakan majlis dialog itu. Saya bukan seorang ahli politik, bagaimanapun saya mahu tahu apa yang sebenarnya menyebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan sistem pilihan raya negara, hingga menyebabkan BERSIH 2.0 diadakan?

“Anwar sepatutnya lebih tahu bahawa rundingan boleh diadakan, apatah lagi beliau sebelum ini pernah memegang jawatan dalam kerajaan. Dia bukannya pemimpin jalanan sehingga perlu meneruskan perhimpunan itu. Mengapa perlu menimbulkan huru-hara dan pernahkah dia terfikir apa yang akan berlaku sekiranya tercetus pergaduhan dengan bangsa lain disebabkan perhimpunan itu,” katanya semalam.

Omardin yang juga Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) turut berada di Bukit Bintang semalam menyertai Himpunan PATRIOT yang disifatkannya sebagai benteng pertahanan kerajaan bagi menghadapi pihak pembangkang yang berhasrat menimbulkan kekacauan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

5 comments

yobstim said...

kih,kih,kih........gelak guling-guling!

nurnilamsari said...

hahahahhaahah...hihihihi...huhuhuhuhu...ape lagi dey..ini rancangan raja lawak ko maharaja lawak..

Dj Vega (MY) said...

ahli silat nak berdailog ngan anwar?? hahahahaha... biar betul

Larasepi said...

Alahai pa pulak nak jd huru hara n pgaduhan ngn bangsa lain?,kalu yang dituntutkn itu mengenai kepincangan sistem pilihan raya n SPR..adoyai..kalu bangang tu elok le duk diam2 je. nak bodek wat le cr lain tak le malu sendiri...kah3 !

Ms PearL said...

lucu..ni guru silat..
BERSIH is not all about Anwar only la.. its about RAKYAT who want to fight for what they believe & deserve as VOTER. which is FAIRNESS.
Its about RAKYAT who want CHANGES..
its about RAKYAT who now know about their right..
Its about RAKYAT.. who want the truth.. What is so wrong about it??
u want to dialog wif anwar...bullshit.. u can dialog with RAKYAT la.. hey how much do they pay u??

Powered by Blogger.