Isu Nasha: Hassan Ali Tidak Puas Hati

Kenyataan Abdul Hadi hanya retorik politik

SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bekas Timbalannya Nasharudin Mat Isa kekal sebagai ahli Pas dan ahli Majlis Syura adalah retorik politik semata-mata.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, tidak mungkin sepanjang mesyuarat itu berlangsung, isu kedudukan Nasharudin tidak disentuh, walaupun ia menjadi sebutan, sejak bulan lalu.

“Perkembangan ini adalah kemenangan moral buat Nasharudin, golongan ulama dan pemimpin muda dalam parti itu.

"Mereka boleh keluar pendapat dan pandangan dalam isu yang berkaitan dengan Islam, terutama yang menjadi pertikaian dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan Ahli Parlimen Bachok itu yang masih kekal sebagai ahli Pas kerana Mesyuarat Majlis Syura yang berlangsung kelmarin tidak membincangkan isu berkenaan.

1 comment

sizzly7761 said...

Terjun dan hanyutlah kau dengan labu-labunya Asanjat.Nasha pun akan ikut jejak kau nanti. Majlis syura pun tahu Nasha ni dah jadi gunting dalam lipatan dan duri dalam daging....tunggu masa untuk Nasha angkat kaki sendiri dan terjun sungai macam asanjat. Kemenangan moral? Poooooodah!

Powered by Blogger.