4 Peserta Ratu Cantik Islam Pertikai Keputusan Fatwa? Adakah Ia Menghina Islam?


Peserta Islam nekad tanding ratu cantik

Oleh Syalikha Sazili dan Mohd Khairie Khalid

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik.

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.

1 comment

mazmad said...

Mereka tak menghina Islam...Itu adalah hak mereka..Fatwa hanya di keluarkan untuk menyatakan mengikut pendapat ahli fatwa sahaja..walhal banyak hukum hakam yang telah di tentukan oleh Agama Islam yang tidak di ikuti oleh umat Islam...lihat sahaja isteri isteri Perdana menteri dari yang pertama hingga sekarang..mereka semua tidak menutup rambut..padahal menutup rambut adalah wajib dalam hukum...adakah mereka ini menghina Islam...Fikirkan..!!

Powered by Blogger.