Muhyiddin kepalai jentera BN di PRK Kuala Besut

NIZAM ZAIN

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Raya di Dun Kuala Besut bagi mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya kecil kelak.

Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau kepada pemberita, hari ini.

Menurut Muhyiddin, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memaklumkan kepada beliau berhubung perkara itu sebelum berangkat ke luar negara.

"Kita (BN) sudah sedia untuk menghadapi PRK itu, PM pun telah putuskan dengan melantik saya untuk mengepalai jentera BN di Kuala Besut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing tanpa izin di bangunan Parlimen, di sini.

No comments

Powered by Blogger.