Hangat!! Anwar cabar MP BN bangun persoal Isu Wikileaks



Dakwa milik 20 akaun, PR mahu ambil tindakan MP BN
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN


KUALA LUMPUR – PKR akan membawa ahli Parlimen Simpang Renggam dari BN, Liang Teck Meng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, dakwaan Teck Meng itu jelas tidak berasas kerana melalui kajian ke atas laman wikileaks.org mendapati tiada langsung maklumat yang menyebut Anwar mempunyai jumlah akaun sebanyak itu.

Oleh sebab itu katanya, tindakan akan diambil ke atas Teck Meng kerana sengaja mengelirukan Dewan Rakyat tanpa asas dan dasar yang kukuh.

“Kalau betul ada dakwaan itu, saya mahu ahli Parlimen Simpang Renggam bercakap di luar Parlimen dan beliau boleh didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Seperti yang saya kena sekarang.

“Oleh itu, kami mahu ahli Parlimen tersebut jangan bersembunyi di sebalik kekebalan Dewan Rakyat. Beliau mendakwa maklumat itu ada, maka buktikan dari mana beliau dapatkan data tersebut,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, kemungkinan Teck Meng mendapat maklumat tersebut dari beberapa blog yang didakwa milik Umno dan jelas ia adalah maklumat tersebut tidak benar.

“Kami telah beri tempoh 24 jam, kami akan rujuk pada hansard Parlimen sebelum membawa isu ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya.

Semalam, Teck Meng mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Dakwa Teck Meng, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.

Katanya lagi, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.

No comments

Powered by Blogger.