Dulu atas pagar, kini undi PAS.

Dulu atas pagar, kini undi PAS.

Di kala scroll mesej-mesej dalam group whatsapp, aku ternampak link live FB dgn tajuk Sesi Dialog Presiden PAS bersama kaum India. Tajuk tersebut menarik perhatian aku lagipun hari Ahad maklum sahaja hari yang bebas sedikit dari kesibukan kerja. Aku terus tekan link tersebut untuk saksikan sendiri apa yang diperkatakan.

Niat awal nak tengok sekejap sahaja tetapi sangat menarik dialog tersebut sampai habis live aku tengok.

Banyak persepsi aku terhadap PAS berubah dek Dialog ini. Aku tertarik dengan point-point Presiden PAS dalam menjaga hak & kebajikan kaum lain. Antaranya:-

1. Bahasa Ibunda. Quran sebut bahasa ini alat utk kaum masing-masing mendalami ilmu. Memang semua bangsa dituntut utk mendalami ilmu dgn bahasa mereka. Tgk contoh German, Jepun & China berjaya jadi kuasa besar dunia dgn bahasa masing-masing.

2. Peruntukan untuk Hal Ehwal Agama lain. Dulu zaman pemerintahan Islam, cukai utk arak dikhususkan utk kegunaan rakyat bukan islam dan rakyat islam tidak boleh gunakan duit hasil cukai tersebut. Ini salah satu cara utk biayai hal ehwal agama lain.

3. Sedangkan Allah beri rezeki tanpa mengira agama dan kaum inikan pula kita kerajaan sahaja lagilah tidak layak untuk menidakkan rezeki kaum & agama lain.

4. Isu hudud. Org bukan islam tidak sama sekali akan dipaksa utk ikut hukuman hudud kerana Islam ini bermaksud penyerahan diri bukannya jenis dipaksa. Lagi pun hukuman Islam lebih kepada mendidik dan bukannya menghukum.

5. Dan akhir sekali kemajmukan bangsa ini jika diolah secara baik kita dapat bina Malaysia yang sejahtera. Islam menuntut untuk belajar kelebihan yang ada pada sesuatu kaum lain.Tidak salah kuasa eksekutif diberikan kepada non muslim.

Terkejut juga aku di akhir majlis MC umumkan live FB ini ditonton oleh seramai 14k orang. Rupanya ramai juga macam aku yang memerhati PAS dari jauh.

Nukilan
PENGUNDI ATAS PAGAR YANG KINI MENJADI PENGUNDI PAS

#share #up #pilihPAS

p/s: Tolong share supaya ramai lagi dapat baca..

No comments

Powered by Blogger.