MENJAWAB KOMENTAR WAN JI "SI BIAWAK HIDUP "
MENJAWAB KOMENTAR WAN JI "SI BIAWAK HIDUP "
Saya membaca komentar Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin dalam Malaysiakini bertajuk "Idris Ahmad tak perlu 'berlidah biawak".
Sehingga habis saya membacanya, saya tidak melihat komentarnya yang membantah keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan pengIslaman anak - anak Mohd Ridhuan Abdullah terbatal kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, Indira Gandhi yang masih bukan Islam.
Nampaknya beliau lebih suka membazirkan hujahnya untuk menghentam ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Ustaz Idris Ahmad yang juga Naib Presiden PAS mengenai Enakmen 2 tahun 2001, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal agama Islam (Terengganu) yang tiada kena mengena dengan kes Ridhuan vs Indira.
Dalam kesibukan beliau menghentam Idris, beliau menyembunyikan fakta bahawa kes pengIslaman anak-anak Ridhuan ini dibuat berdasarkan Seksyen 106 (b) Enakmen 4 Tahun 2004, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) Bahagian IX - Memeluk Agama Islam. Ini klausa yang beliau sembunyikan.
"Seksyen 106. Keupayaan untuk memeluk agama Islam.
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan--
(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan secara bertulis pemelukan agama Islam olehnya."
Jelas disitu, jika kes penjagaan dan isu kedudukkan agama anak - anak Ridhuan - Indira ini hanya dibicara di Mahkamah Syariah Perak maka anak - anak Indira masih Islam kerana hanya memerlukan kebenaran seorang antara ibu atau bapa.
Suka atau tidak, kita perlu akui bahawa masih terdapat kelemahan dalam undang-undang syariah dinegara ini kerana peraturan Enakmen yang sedikit berbeza seperti di Perak dan Terengganu. Dan sepatutnya Wan Ji memberikan idea untuk mengukuhkan sistem perundangan Islam dinegara ini, bukannya mengambil kesempatan menyerang pemimpin PAS yang cuba menyelamatkan akidah anak - anak Ridhuan.
PAS tidak bersetuju dengan pindaan Akta 164 kerana Pindaan Seksyen 3 dalam akta itu, merampas bidang kuasa Mahkamah Syariah dan pihak-pihak berkuasa agama negeri terhadap mualaf dan anak-anaknya yang beragama Islam.
Seksyen tersebut memberikan hak dan bidangkuasa “eksklusif" kepada Mahkamah sivil untuk mendengar dan memutuskan pertikaian berhubung perkahwinan, perceraian, pembahagian harta, hak jagaan anak, dan lain-lain yang melibatkan seseorang mualaf dalam perkahwinan sivilnya.
Ia memberi ruang terlalu luas untuk Mahkamah Sivil membuat satu keputusan yang berkemungkinan bertentangan dengan Undang- Undang Substantif Hukum Syarak dan Fiqh Islam ke atas kepentingan seorang muallaf dari segi dirinya, tanggung jawabnya, hartanya dan anak- anaknya yang mungkin telah menjadi Muslim.
Kes Ridhuan dan anak-anaknya menjadi bahan ujikaji pertama yang mana akhirnya tidak menyelesaikan apa-apa. Malah merugikan umat Islam yang mualaf seperti Ridhuan.
Nampaknya Wan Ji membutakan mata hatinya dan lebih suka membuat serangan politik dari menyelamatkan akidah anak-anak Ridhuan. Beliau sewajarnya bertaubat kerana sikapnya membiarkan 3 orang mualaf muda menjadi Murtad demi mencari populariti politik sangat memalukan.
Jika tidak mampu mempertahankan akidah Islam baik diam sahaja dari cakap merapu. Beliau tidak lebih dari sekadar biawak hidup yang dibayar oleh Lim Guan Eng untuk menyerang PAS dan Islam. Beliau membawa pemikiran Islam yang salah dan mengelirukan dalam masyarakat.
Semoga Allah membalas kezaliman beliau kepada Ridhuan dan anak - anaknya dengan balasan yang sewajarnya. Kita hidup kat dunia ni tak lama, jangan jadi biawak, jangan jadi budak suruhan, jangan khianat pada Islam.
#up #tolakph #tolakbn
Herman Samsudeen
Eden City, Segambut
22 Februari 2018
No comments
Post a Comment