Rafidah 3R Nafi Kahwin Pasangan Sejenis Di Australia


Sejak semalam, kecoh di media sosial bekas pengacara rancangan berbentuk majalah 3R telah berkahwin di Australia dengan pasangan sejenisnya. Rafidah dikatakan berkahwin dengan wanita itu di Australia kerana terdapat gambar mereka berdua menunjukkan cincin yang tersarung di jari masing-masing.

Rafidah melalui screenshot perbualan dengan seorang pengguna Twitter bagaimanapun menafikan berkahwin dengan wanita itu dan mendakwanya fitnah.

Rafidah mengatakan dia rileks saja di samping kucingnya tersayang dan mempersilakan kaki gosip membuat semakan pendaftaran kahwin dan passportnya, kerana ia tidak pernah berlaku.

Instagram wanita yang dikatakan pasangan Rafidah yang memuat naik gambar-gambar dan kapsyen-kapsyen tersebut bagaimanapun didapati telah dinyahaktifkan atau ditukar kata namanya kerana akaunnya tidak lagi wujud. – beautifulnara.com

Sumber: Andy Telasai

No comments

Powered by Blogger.