Dasar PAS tetap Islam


Baru sebentar tadi di Parlimen, ketika wakil Baling, Ustaz Taib Azamuddin berucap menjunjung kasih atas titah ucapan SPB Yang Dipertuan Agong, wakil Umno dari Pasir Salak, telah bangun mohon penjelasan.

Wakil yang semalam dalam dewan marah-marah dengan sebutan "six million dollar man" itu telah mempertikaikan pendirian PAS. Kata beliau PAS memperjuangkan Islam, tetapi PAS kelihatan berubah-rubah mengikut suasana. Ada ketika PAS kelihatan memperjuangkan Islam ada pula ketika-ketika tertentu Islam tidak menjadi agenda utama. Kata beliau pendirian PAS berubah-ubah menurut audience. Bagi beliau ini satu penipuan PAS bagi mendapatkan kuasa.

Ustaz Taib dalam jawapannya menyatakan dasar PAS tetap sama dalam apa suasana seklaipun. Bagi PAS apa sahaja tindak-tanduk dan pendriannya tidak akan sekali-kali menggugurkan Islam. Cuma kaedah pendekatan PAS mungkin berbeza tetapi dasarnya tidak pernah berubah.

Saya salut bekas Imama Besar Masjid Negara itu kerana tegas memperkatakan yang hak, terutama terhadap kawan-kawan dalam Umno yang sememangnya keliru dan terus keliru itu. Dasar PAS hanya dapat dirobah apabila diluluskan pindaan ke atas perlembagaannya dalam Muktamar PAS. Fasal 3 perlembagaannya menyebut:
Dasar PAS ialah ISLAM

Kerana itulah nama PAS bermaksud Parti Islam Se Malaysia.

Saya tidak percaya perwakilan PAS walaupun disogok atau mabuk atau apa sekalipun sebabnya sanggup untuk merobah fasal ini selagi PAS didokong oleh akar-umbi yang istiqomah berjuang atas nama Islam. Kerana itu tidak perlulah Umno memohon pernjelasan untuk mendapatkan kepastian kerana PAS akan terus berjuang untuk Islam selagi namanya PAS, mungkin yang lebih penting untuk kita ketahui sekarang adalah apakah dasar perjuangan Umno? Kebangsaan Melayukah, Islamkah atau apa, yang berubah, kabur dan tidak menentu sebenarnya adalah dasar dan matlamat perjuangan parti itu sendiri

roslan sms

No comments

Powered by Blogger.