rupanye tak cerdik dia ni


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan, pendakwaan terhadap pengendali laman Malaysia Today bukan merupakan usaha kerajaan hendak menyekat kebebasan blog. Sebaliknya kata beliau, pendakwaan Raja Petra di mahkamah adalah merupakan satu proses undang-undang negara. “Ini bukan soal nak memerangi blog ataupun usaha kerajaan untuk menyekat kebebasan blog tapi pada masa yang sama mereka tidak kebal dairpad undang-undang,” katanya di Mersing hari Rabu. Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika ditanya adakah tindakan pendakwaan terhadap Raja Petra merupakan usaha kerajaan untuk memerangi blog. Raja Petra hari Selasa dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana tulisannya yang didakwa menghasut dengan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu. Menurut Najib, negara mempunyai undang-undang dan sekiranya undang-undang tersebut dilanggar sesiapa sahaja perlu sedia untuk menghadapi sebarang bentuk tindakan

No comments

Powered by Blogger.