Nizar: Saya hormati pendapat Karpal


Sehingga ke hari ini , Umno masih terus cuba meniupkan api perkauman berhubung dengan kenyataan Karpal.Malah cuba menyeret MB Nizar supaya ikut menari rentak mereka.

Mereka telah berjaya melakukannya keatas Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang kini telah pun ikut berdangdut bersama mereka. Lihat di sini


Entah jembalang tanah mana yang telah merasok hingga menyebabkan mereka asyik meracau menyebut-nyebut nama Karpal setiap hari dan menyeru MB Nizar agar turut menuturkan mantra sakti terkutuk keatas Karpal.

Tetapi Menteri besar Perak itu bijak dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah seruan asobiyah sepertimana Tuan Mufti Perak.Tidak mungkin Datuk Mufti yang dikatakan tinggi ilmunya itu terlupa kepada hadith – Falaisa minni man da’a ila asobiyyah…. Bukan dari kalangan kami, barangsiapa yang menyeru kepada kebangsaan…dan seterusnya..


Menteri Besar Nizar pernah terserempak dengan Karpal sewaktu lawatannya ke persidangan Parlimen yang baru lalu dimana keduanya kelihatan berbual-bual mesra di lobbi parlimen.

Dan apabila ditanya oleh wartawan tentang komen Karpal terhadap dirinya berkaitan isu yang sedang hangat dimedia, perdana Nizar dengan tenang berkata :

"Yang Berhormat Karpal Singh ada hak, saya hormat pendapat beliau kerana beliau berhak atas kenyataannya dan itu merupakan pandangan peribadi beliau."

JAIP sendiri telah merakamkan pujian keatas sikap Nizar yang telah menerima baik nasihat Sultan Perak supaya melantik semula pengarahnya , Datuk Jamry Sury.

No comments

Powered by Blogger.