aku banggga dengan pemimpin pas

"a
Sungguh terharu membaca wawancara dengan Ustazah Siti Zailah Mohamad Yusoff di dalam ruangan Fikrah Harakah Bil. 1376 (19-21 September ). Terharu membaca kesungguhan dan pengorbanannya dalam memartabatkan Islam.

Beliau yang bermula sebagai Senator merupakan Ahli Parlimen wanita tunggal di Kelantan dan juga merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ketua Muslimat Pas Kelantan.

Membaca jadual dan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan beliau sebagai wakil rakyat dan pendakwah sangat mengujakan. Padat dan mengesankan. Malah sewaktu Harakah menghubungi beliau untuk sesi wawancara ini pun beliau sedang menziarahi rakyat di kawasan kebun getah di kawasannya di Rantau Panjang. Berikut aku senaraikan serba sedikit aktiviti dan program beliau;

1) Memberi ceramah dan kuliah subuh di surau-surau di cawangan-cawangan
2) Berdialog dengan rakyat
3) Turun padang sendiri walaupun ada menerima laporan dari penghulu. Kata beliau,”Saya lebih berpuas hati mendengar dan melihat sendiri apa yang berlaku”.
4) Di bulan Ramadhan menemui rakyat selepas solat Subuh
5) Menerima jemputan memberi ceramah di jabatan-jabatan kerajaan
6) Memandu sendiri melawat ceruk-ceruk kampung
7) Mengambil tahu masalah rakyat walaupun berbeza ideologi politik
8) Walaupun baru 6 bulan menjadi Ahli Parlimen sudah menziarah 44 cawangan dan lebih 1,000 buah rumah
9) Program selepas Ramadhan untuk mendekati remaja bagi menangani gejala sosial. Menurut beliau, beliau akan bekerjasama dengan pihak polis, Agensi Dadah Kebangsaan, juga pakar motivasi untuk mendekati mereka.
10) Dan lain-lain lagi yang sudah tentu tidak dapat disenaraikan semua dalam wawancara tersebut.

Aku lebih terharu bila membaca beliau melakukannya dalam keadaan mempunyai anak yang ramai iaitu seramai 12 orang. Malah seorang anak beliau yang masih kecil mengalami sakit buah pinggang.Suami beliau yang memahami, telah bersara awal dari profesion perguruan.Tidak dapat saya hendak menggambarkan pengorbanan beliau sebaliknya bacalah sendiri kata-kata beliau;

“Biasanya saya akan bawa anak yang kecil itu setiap kali saya melawat rakyat. Sekiranya dia dimasukkan ke hospital, saya juga bergilir-glir dengan suami serta anak yang sulung menjaganya.

Biasanya saya akan menjaganya pada sebelah malam.Jika sebelah siang, komitmen saya dengan rakyat, sebelah malam pula saya bersama keluarga. Dalam cabaran menghadapi situasi begini, saya mesti tabah menghadapinya. Saya harus banyak berdoa dan bersabar”.

Tidak cukup dengan pengorbanan tersebut, beliau juga sehingga kini menggunakan 80% elaun beliau untuk rakyat.(setakat saya dengar wakili rakyat lelaki potong 10% je elaun untuk rakyat..paling banyak pun 30%)

Beliau juga teguh menjalankan amanah beliau walaupun dalam masa yang sama menghadapi ‘halangan’ dari Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat menyekat semua peruntukan untuk semua wakil rakyat Pas sehingga mereka kekurangan dana, sedangkan Ketua Bahagian BN mendapat peruntukan Pusat. Tidak cukup dengan itu, Kementerian Pelancongan baru-baru ini menarik peruntukan sebanyak RM8 juta bagi pembinaan pasar baru di Bandar Rantau panjang dalam RMK8 baru-baru ini.

Di sini suka aku petik beberapa kata-kata beliau yang menarik;

“Jadi saya melihat dalam pemerintahan Islam ini sebenarnya wanita tidak dipinggirkan dan kita boleh memainkan peranan.Muslimat seharusnya mempersiap serta memantapkan diri supaya boleh memainkan peranan mengikut bidang tugas masing-masing.”

“Syukurlah Allah mempermudahkan saya dalam melaksanakan tugas ini. Sebab saya yakin apabila sesuatu itu kita tidak minta, Allah akan memberikan pertolongan kepada hambaNya.Ini merupakan amanah daripadaNya dan saya juga menerrima amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan kesabaran.Walaupun penat tetapi kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa Islam ini lebih dari sekular. Saya ingin melihat bukan sahaja selamat di dunia dan tetapi juga di akhirat.”

Subhanallah.Maha Suci Allah. Bagi aku inilah beza antara wakil rakyat yang memegang jawatan untuk pangkat, harta dan status berbanding mereka yang memegangnya sebagai amanah, sebagai satu jalan dakwah dan tanggungjawab seorang Muslim yang akan dipersoalkan oleh Allah dihari pembalasan nanti.

Ini yang buat aku bangga jadi ahli Pas dan bangga berpemimpinkan pemimpin Pas. Lebih bangga kerana berjuang di atas dasar Islam.

Jarang aku mendengar wakil rakyat lelaki yang komited dan berkorban macam ni. Jarang juga aku mendengar wakil rakyat lelaki yang begitu padat aktiviti dan program beliau seperti Ustazah ini.Mungkin wakil-wakil rakyat lelaki boleh mencontohi Ustazah Siti Zailah dalam hal ini.Tidak rugi mencontohi benda baik walaupun daripada kaum perempuan kan.

Kepada Ustazah Siti Zailah pula, janganlah kembang pula dengan pujian-pujian ini. Jadikanlah ia sebagai suatu motivasi dan momentum untuk lebih komited dan cemerlang dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat, pendakwah dan hamba Allah. Hanya Allah jua yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan Ustazah..

Takbir!!

2 comments

doc transz said...

Salam tuan,
saya ambik artikel tuan pasal Ustaah Zailah dan translate letak kat blog saya. Harap tuan tak marah na!
Thanks.

SweetDaisy said...

Syukur kpd Allah kerana wujud makhluk Allah bernama Ustazah Zailah ini. Saya amat kagum dan bangga. Keep up the good work ustazah zailah!

Powered by Blogger.