Belanja RM1 juta wang rakyat biaya perayaan BN



KAMBING panggang merupakan hidangan istimewa pada satu majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Sepuluh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menggunakan hampir RM1 juta bagi membiayai penganjuran pelbagai acara perayaan termasuk rumah terbuka di kawasan mereka sepanjang tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharum berkata, mereka adalah antara 196 anggota Parlimen BN yang telah menggunakan peruntukan khas bagi membiayai penganjuran acara sambutan perayaan seperti bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai, Pesta Keamatan, Krismas, Wesak, Hari Kebangsaan dan sebagainya.

"Perbelanjaan itu meliputi kos penyediaan makan minum, sewaan khemah dan peralatan, pemberian sumbangan kepada golongan fakir miskin, bantuan kepada anak yatim serta golongan kurang upaya dan pembekalan perkhidmatan yang berkaitan dengannya," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai bilangan dan jumlah perbelanjaan program keraian yang dianjur anggota Parlimen BN yang disalur menerusi peruntukan khas bagi 2007 dan 10 kawasan Parlimen yang tertinggi berbelanja. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.