peniaga dah tak layan seruan kerajaan





KUALA LUMPUR - Harga barang keperluan yang dijual kalangan peruncit di negara ini sehingga semalam didapati masih belum turun walaupun diarahkan berbuat demikian sejak September lalu lagi.

Jika dahulu, harga barang tinggi dikaitkan dengan kenaikan mendadak harga minyak tetapi setelah bahan bakar itu turun sebanyak lima kali termasuk kali terakhir semalam - harga barang pula tidak turun-turun.

Tinjauan Kosmo! di kedai-kedai runcit mendapati, masih ramai di kalangan mereka tidak menurunkan harga barangan keperluan seperti tepung, telur, dan bawang.

Malah di pasar basah, harga ayam serta daging import masih tinggi walaupun kos bekalan produk itu dikatakan sudah menurun dan seperti biasa alasan mereka harga dikawal oleh pemborong!

Apa yang pasti arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad mengenai Kempen Penurunan Harga yang dijalankan di semua pasar raya besar akan diperluaskan ke semua pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara secara berperingkat bermula minggu ini masih belum cukup berkesan.

Jadi, hasrat orang ramai untuk melihat harga barangan keperluan yang dijual oleh peruncit di pasaran kembali turun ke paras lama sebelum kenaikan harga petrol Jun lalu mungkin tidak akan kesampaian dalam tempoh terdekat ini.

Di Lembah Klang, tinjauan di tiga pasar basah dan kedai runcit utama di ibu kota iaitu di Pasar Pudu, Chow Kit dan Pasar Sungai Besi menunjukkan harga barangan masih mahal.

Malah rata-rata peniaga pasar basah dan runcit yang ditemui mendakwa mereka hanya mengambil keuntungan dalam lingkungan RM1 sahaja malah ada barangan yang cuma mendapat pulangan tidak sampai 10 sen tetap dijual.

Misalnya di pasar Sungai Besi, harga daging import beku didapati lebih mahal iaitu RM14 sekilogram (kg) berbanding peniaga di dua pasar basah yang lain itu yang cuma menjual pada harga RM12 bagi satu kg.

Bagi barang keperluan kering dan sayur-sayuran seperti minyak masak, telur, tepung, beras, susu pekat manis, bawang, cili padi dan tomato, semuanya tidak mengalami penurunan harga sejak sambutan Aidilfitri lalu.

Di Pahang, harga barang terutama ayam kekal mahal.

Tinjauan di Pasar Besar Kuantan mendapati ayam standard dengan kaki, kepala dan hempedal dijual RM7.50 bagi setiap kg.

Menurut peniaga, Nor Idham Ahmad, 26, harga tersebut kekal disebabkan faktor pembekal yang enggan menurunkan harga atas pelbagai alasan.

No comments

Powered by Blogger.