KAMI MANGSA KEZALIMAN HAMID ALBAR.-Malaysiakini


Setiap kali menatap gambar keluarga arwah Aina Mardhiah yang meninggal dunia pada 2 Julai 2008, pasti hati terasa sayu dan air mata akan mengalir, mengenangkan betapa arwah tidak dapat bersama bapanya sebelum beliau menutup mata buat kali terakhir.Walaupun beliau koma dan tidak mengizinkannya bercakap, namun saya yakin ketika nyawa masih di badan, beliau tetap merasai kehadiran sesiapa saja disisinya.Dan beliau pergi tanpa sempat merasai usapan dan sentuhan terakhir dari seorang ayah,setelah hampir 7 tahun dinafikan hak belaian, bimbingan dan kasih sayang dari seorang ayah.

SB, polis, warden Kemta dan Menteri itu sendiri,sepatutnya belajar dari kesilapan besar yang telah mereka lakukan. Sepatutnya peristiwa kematian Aina ini, menjadi peringatan supaya perkara yang tidak diingini, tidak akan berulang lagi pada mana-mana mangsa ISA.

Menteri Dalam Negeri kena ingat, semua tahanan ISA adalah pesalah yang tidak pernah didakwa dimana-mana mahkamah sepertimana banduan-banduan lain.

Saya telah diberitahu bahawa ibu kepada tahanan ISA P.Uthayakumar telah sakit dan terpaksa dimasukkan di ward hospital selama seminggu .Saya difahamkan, beliau amat rindu untuk bertemu Uthaya, tetapi permintaanuntuk membawa pulang tahnan ISA itu telah tidak diberi perhatian oleh pengurusan Kemta.

Saya harap, Menteri Dalam Negeri tidak akan berterusan menzalimi semua tahanan ISA dan keluarga mereka. Sekiranya ada ahli keluarga yang sakit, berilah hak kepada mmereka untuk menziarahi orang yang sakit itu.

Biarlah peristiwa Aina Mardhiah tidak akan terjadi pada keluarga tahanan ISA yang lain.

Note: Saya bersama ibu P.Uthayakumar di Seremban awal tahun ini.

No comments

Powered by Blogger.