SEJAK BILA UMNO PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU?-MALAYSIAKINI



Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Umno yang selama ini mendakwa menjadi teras ketuanan Melayu perlu cermin-cerminkan diri mereka dahulu.

Umno menjaga ketuanan Melayu? Inilah buktinya:

1.Pemimpin Umno meminta agar ekuiti 30% bumiputera dalam DEB dikaji semula.
2.Jenayah dan masalah moral di kalangan Melayu melebihi 70% berbanding kaum lain
3.Mengutamakan bahasa Inggeris dalam PPSMI(Pembelajaran Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris)
4.MRSM dan matrikulasi dibuka kepada bukan bumiputera.
5.Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar hampir kesemua IPTA awam.
6.Tanah milik melayu terutama di bandar-bandar semakin menyusut-seperti yang berlaku di Wilayah Pembangunan Iskandar-tanah Melayu diambil dan dijual kepada warga Singapura.Ini akan berlaku juga di wilayah/koridor ekonomi di tempat lain.
7.Parti yang banyak mengamalkan budaya rasuah dan politik wang( Maklumat dari Umno sendiri terdapat lebih 900 aduan politik wang dalam pemilihan baru-baru ini).
8.Biasiswa kepada pelajar Melayu di Universiti dimansuhkan.
9.Dasar meritokrasi menyebabkan pelajar melayu terus ketinggalan
10.Berpuluh ribu graduan Melayu terpaksa menganggur di seluruh negara.

Ketuanan Melayu hanyalah momokan dan retorik mainan Umno semata-mata. Dalam Islam tidak ada ketuanan Melayu sebaliknya Islam fokus kepada semua tanpa mengira warna kulit, bangsa dan rupa.

Ini jelas seperti apa yang dinyatakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri besar merangkap Mursyidul Am Pas semalam.

Tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa dalam Islam.

Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini hari ini.

No comments

Powered by Blogger.