Anggota Polis Johor Pegang Tangan Pelacur Pulak Dah!
GAMBAR yang menjadi tular dalam media sosial memaparkan seorang anggota polis memegang tangan seorang wanita dipercayai pelacur di Segamat, Johor, semalam. Gambar sumber Facebook
MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
09 Oktober 2017 8:20 PM
JOHOR BAHRU 9 Okt. - Seorang anggota unit rondaan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat ditukarkan serta merta selepas didapati bermesra dengan seorang gadis dipercayai pelacur di daerah itu semalam.
Tindakan itu diambil polis Johor setelah gambar anggota tersebut yang kelihatan 'mesra' dengan seorang wanita tular dalam media sosial sejak hari ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, tindakan itu diambil serta merta setelah pihaknya dimaklumkan perkara tersebut.
Beliau turut memberitahu siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan.
Menerusi gambar yang ditularkan itu, anggota polis berkenaan kelihatan memegang tangan seorang wanita yang hanya berpakaian seluar pendek dan bersinglet. - UTUSAN ONLINE
No comments
Post a Comment