Lelaki Ini Bersyukur Diberi Nama 'Alhamdulillah' Oleh Ibu Bapanya



sumber : Sinar Harian


Sedia kita maklum kebanyakan ibu bapa beragama Islam gemar menamakan bayi masing-masing dengan nama yang berkaitan dengan nabi supaya anak itu dapat direstui dengan panggilan nama itu. 

Namun memetik laporan Sinar Harian, terdapat seorang lelaki berusia 43 tahun memiliki nama yang dikatakan cetusan idea daripada insiden yang dialami ibunya yang kini sudah berusia 72 tahun. 

Menurut lelaki yang berasal dari Kuantan itu, ibunya yang ketika itu mengandung tujuh bulan, dibawa arwah bapa, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Nor berjumpa ustaz untuk memeriksa kandungan selepas terjatuh ketika turun dari bas.

Selepas pemeriksaan dibuat, ustaz memaklumkan kandungan tidak bermasalah dan perlu bersyukur kerana tiada apa-apa kecederaan yang menjejaskan kandungan.

“Ustaz beritahu ayah saya supaya menamakan bayi yang bakal dilahirkan dengan nama yang baik."

“Jadi, arwah ayah minta ustaz berikan nama dan dia memilih Alhamdulillah,” demikian cerita Wan Alhamdulillah Wan Abdul Rahman. 

Anak ketujuh dari sebelas adik-beradik itu berkata, dia tidak pernah berasa malu dengan nama yang diberi, malah bersyukur mempunyai nama yang bermakna baik dan unik.

Bagaimanapun, Wan Alhamdulillah tidak menafikan ada yang suka bergurau apabila mengetahui namanya.

Wan Alhamdulillah yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang berkata, dalam kalangan adik-beradiknya, hanya dia yang mempunyai nama yang begitu unik disebabkan insiden yang menimpa ibunya.- CARI

No comments

Powered by Blogger.