Sambutan Jualan iPhone 8 Hambar



[OPINION] Sambutan Jualan iPhone 8 Hambar

Sesuatu yang amat mengejutkan saya memandangkan buat pertama kali saya melihat suasana di Machine Sunway Pyramid sangat hambar.

Umum mengetahui ini merupakan hari kedua pembukaan bagi iPhone 8 / iPhone 8 Plus dimana boleh dikatakan sambutan kurang membransangkan berbanding sambutan bagi iPhone model terdahulu.

Jika dulu sambutan iPhone 5S menjadi tular di media massa disebabkan ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan model tersebut. Namun bagi iPhone 8 mungkin tidak.

Saya berkesempatan untuk melawat Machine di Sunway Pyramid sekarang dan ia seolah-olah tiada sambutan ramai.

Pengalaman iPhone 8 hakikatnya sama sahaj dengan iPhone 7 Jet Black memandangkan ia licin di belakang.

Apa pun, saya menyambut baik dengan sambutan hambar ini memandangkan ia bukan berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia.

Secara peribadi, penurunan jualan iPhone 8 mungkin disebabkan oleh penangan iPhone X dan tiada perubahan yang ketara pada iphone 8..

Apple cuba untuk menyakinkan pengguna dengan melangkau versi 'S' dan menggunakan nama 8 untuk menarik perhatian pengguna. Namun ia langsung tidak membantu.

Mungkin Apple berpendapat bahawa kebanyakkan peminat setia mereka sanggup membeli iPhone 8 atas sebab jenama.

Namun, pengguna sudah bosan dengan langkah Apple yang hanya mengemaskini spesifikasi semata-mata.

Walaupun Eddy Cue menafikan bahawa Apple lembab menghasilkan inovasi baru. Namun, saya masih merasakan bahawa Apple sudah terpesong dengan matlamat asal.

Buktinya boleh lihat cara pentadbiran Tim Cook. Telah banyak individu dalam dunia fesyen telah diambil oleh beliau berbanding orang yang kreatif dalam inovasi.

Ya, iPhone X mungkin akan menjadi penyelamat Apple.

Namun, di Malaysia mungkin jualan akan suram.

Peminat Apple mahukan inovasi. Bukan jenama menjadi taruhan.

Dengan ini sedikit sebanyak ia menyedarkan Tim Cook bahawa pengguna mencari inovasi bukan hanya jenama.

SYABAS RAKYAT MALAYSIA

https://m.facebook.com/groups/218278108198645?view=permalink&id=1937791479580624

No comments

Powered by Blogger.