Hoki: Malaysia ke final Piala Asia



KAPTEN skuad hoki Malaysia, Sukri Mutalib (kanan) mengekang pergerakan pemain Korea Selatan pada saingan pusingan round robin merebut slot ke final Piala Asia, sebentar tadi.

Oleh Jugjet Singh

jugjet@nst.com.my

DHAKA: Malaysia menempuh bahaya dan detik sukar sepanjang tempoh 59 minit, sebelum bangkit mengikat Korea Selatan 1-1, untuk menempah tiket pentas final Piala Asia buat kali pertama sejak 1982, sebentar tadi.

Korea Selatan memerlukan kemenangan untuk ke final, sementara Malaysia sekadar memerlukan keputusan seri untuk layak.

Sebelum ini, skuad negara yang sudah layak ke Piala Dunia menang ke atas Pakistan dan tewas kepada India dalam pusingan round robin dalam dua perlawanan awal.

Pada perlawanan yang ditunda ke jam 11.30 tengah malam tadi (waktu Malaysia) akibat hujan lebat, Korea Selatan mendahului pada minit ke-24, menerusi pukulan sudut penalti Yang Jihun yang menembusi kawalan S Kumar sekaligus menyalakan harapan mereka untuk mara ke Piala Dunia.

Namun, Malaysia meleburkan harapan mereka apabila Faizal Shaari mengikat kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

Kemenangan itu membolehkan skuad negara menempah tiket ke final bertemu India, hari ini.

No comments

Powered by Blogger.