BPR oh BPR....

IPOH: Enam ahli politik antara 64 orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terbabit dalam rasuah di Perak dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Selain ahli politik, tujuh pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional, 32 orang dalam kumpulan sokongan dan 19 orang awam, turut ditahan tahun ini.

Pengarah BPR Perak, Bahri Mohd Zin, berkata jumlah tangkapan setakat ini 40 kes membabitkan empat pegawai kumpulan pengurusan dan profesional, lapan dalam kumpulan sokongan dan 28 orang awam sepanjang tahun lalu.

Berikutan peningkatan kes rasuah dan salah guna kuasa di negeri ini, katanya BPR negeri akan meningkatkan kempen penerangan mengenai jenayah rasuah dan kesannya terhadap ekonomi, sosial dan negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima tugas dari Samsiah Abu Bakar di sini, hari ini.

Samsiah ditukarkan sebagai Pengarah BPR Sarawak berkuatkuasa 6 Oktober lalu.


ada apa-apa ke sal pertukaran tu?

No comments

Powered by Blogger.