panas...pengarah BPR ditukar bocorkan rahsia

Ingat lagi kepada Pengarah BPR Perak,Shamsiah Abu Bakar? Wanita pertama yang dipilih menjadi Pengarah BPR Negeri.

Masa mula-mula menjawat Pengarah BPR negeri dulu, dia ada buat kenyataan yang begitu meyakinkan, sehingga hampir satu muka penuh akhbar Utusan Malaysia menyiarkan temuramah dengan beliau. Tapi lepas tu…sunyi sepi.

Sehinggalah kes Hakim Mahkamah Syariah yang ditangkap kerana rasuah. Kes ini melibatkan BPR Putrajaya dimana ejen yang digunakan ialah Mohd. Imran Abdullah, yang juga terlibat dalam kes dua EXCO Perak. Dalam kes ini, Pengarah BPR Perak hanya menjadi kuda tunggangan kepada BPR Putrajaya keran beliau sendiri tidak tahu akan perancangan BPR Putrajaya yang diketuai oleh Dato Ahmad Said Hamdan.

Shamsiah Abu Bakar diperkudakan buat kali kedua dalam kes dua EXCO Perak. Beliau tidak tahu menahu tentang konspirasi yang dilakukan oleh BPR Putrajaya, dan apabila kes ini meletup, beliau diminta oleh BPR Putrajaya untuk mengeluarkan kenyataan.

Mengapa kenyataan BPR Putrajaya bercanggah dengan kejadian sebenar? Dalam kenyataan tersebut, kelima-lima yang ditahan telah ditangkap disebuah bilik hotel sedangkan apa yang berlaku berlainan sama sekali?

Ini kerana kenyataan tersebut telah disediakan sebelum penangkapan bermula. itu lah skrip asal yang dirancang oleh BPR Putrajaya tetapi apa yang berlaku tidak mengikut skrip asal!

Bila tangkapan dibuat, Shamsiah telah diminta oleh Pengarah BPR Putrajaya untuk membaca kenyataan tersebut sedangkan beliau (Shamsiah) sendiri tidak mengetahui operasi yang dijalankan. Akibatnya, beliau menanggung malu dan kini disaman oleh kedua-dua EXCO yang terlibat.

Shamsiah naik berang dan telah bersemuka dengan Dato Ahmad Said Hamdan dan berlakulah ‘peperangan’ diantara mereka. Shamsiah juga marah setelah mendapat tahu, ada beberapa lagi konspirasi yang sedang dirancang oleh BPR Putrajaya untuk memerangkap ramai Ahli Majlis dari Pakatan Rakyat, untuk memburukkan imej kerajaan Negeri Perak.

Beberapa maklumat kini telah bocor dari BPR, tentang perancangan itu. Diantaranya ialah tentang 31 Ahli Majlis yang sedang diperhatikan, seorang Setiausaha Politik dan dua ADUN Pas.

Berikutan ‘kebocoran’ beberapa maklumat ini, Shamsiah sudah tidak lagi boleh di’harapkan’ oleh BPR Putrajaya, dan untuk menghalang ‘kebocoran’ ini, maka Shamsiah telah ditukarkan ke Sarawak.

Mungkin bagi kebanyakan orang, pertukaran Shamsiah ke Sarawak hanyalah pertukaran biasa kakitangan kerajaan, tetapi bagi kerajaan Negeri Perak, bersedialah menghadapi beberapa lagi isu-isu panas yang akan membabitkan BPR Putrajaya.

No comments

Powered by Blogger.