cakap senang la!

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan untuk kedua-dua perkara itu perlu kepada pertimbangan tertentu kerana ia melibatkan kedaulatan negara dan ketenteraman awam.

''Kita menilai balik semua projek, bukan hanya yang melibatkan pertahanan untuk memastikan hanya projek yang mampu membawa impak terbaik dilaksanakan.

''Namun, projek yang berkaitan keselamatan dan pertahanan tidak boleh sama sekali diukur hanya berasaskan kedudukan ekonomi semasa.

''Kalau kita guna kayu ukur itu, maka kita tidak akan boleh laksanakan walau satu pun projek pertahanan atau keselamatan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Mengenai Selat Melaka, Institut Maritim Malaysia (Mima) di sini hari ini.

Najib ditanya sama ada krisis kewangan global akan menyebabkan kerajaan menilai kembali peruntukan untuk projek pertahanan terutama pembelian helikopter Eurocopter bagi menggantikan pesawat Nuri.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kerajaan mungkin perlu menyemak semula pelaksanaan sesetengah projek utama termasuk pembangunan koridor ekonomi berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

senang je jib hang jawab... hang tak pikir ni orang kampung macam kami nak makan.. hang hidup senang.. hang kejar nama, pangkat....rakyat jadi mangsa ketamakan hang!! puuihhhhhhh!!!!!!!

No comments

Powered by Blogger.