berubahnya ali ketam

Larangan ditarik, kakitangan awam Melaka boleh lawat Kelantan

KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Melaka hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan April 2000 yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara itu berkata, larangan itu ditarik balik berikutan beliau berpuas hati dengan sikap pemimpin PAS yang tidak lagi menuduh anggota Umno sebagai tidak Islam.

"Bermula hari ini agensi kerajaan negeri Melaka boleh mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan tanpa sebarang masalah dan berpuas hati tidak ada lagi kenyataan orang Umno tidak Islam.

"Bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka sendiri telah datang ke sini hari ini, sebelum ini ada kita ada datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Pada April 2000, Mohd Ali mengeluarkan arahan semua kakitangan agensi kerajaan negeri Melaka dilarang mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan berikutan isu kafir mengkafir ketika itu. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.