UPDATE (3) PRK KT: UMNO TIADA MODAL BESAR


Assalamualaikum,



Bila BPR mengatakan yang mereka telah hampir selesai membuat penyiasatan terhadap isu rasuah dalam pemilihan UMNO, rata rata rakyat sudah tahu apakah kesudahan penyiasatan tersebut. Ia sama dengan tragedi Bukit Antarabangsa: apabila habuk yang berterbangan telah selesai hinggap di permukaan bumi, maka, teruskan agenda . Maksudnya, rakyat tidak mengharapkan mana mana nama besar yang telah masyhur menabur wang akan dihadapakan ke pengadilan.
UMNO tidak akan ada modal besar yang nak diketengahkan dalam PRK nanti. Sehabis habis besar ialah isu orang luar bertanding di Terengganu sekiranya Mat Sabu diangkat menjadi calon PAS, selebih daripada itu, mereka terpaksa memainkan isu perkauman.
Isu perkauman yang akan dimainkan oleh UMNO ialah isu berkulat ketuanan Melayu. Sekiranya UMNO beraani memainkan isu ini, maka, ia akan menjadi seperti PRK Permatang Pauh, cuma pada skala yang lebih besar. Kalau PRK permatang Pauh Ahmad Ismail yang terjelepuk dalam keranda mencetus isu perkauman, maka kalau UMNO beranbi memainkan isu ini, maka seluruh UMNO itu akan masuk ke dalam keranda yang sama.
Ini adalah kerana, di kalangan pengundi Melayu, keadaan adalah lebih kurang hampir sama kuat. Yang memberi lebihan nanti ialah keberkesanan jentera untuk menarik hati rakyat, dan UMNO Terengganu tersangat yakin, RM 400 juta wang royalti akan menjadi tonik mujarab untuk mewajakan jentera mereka. Jentera PAS nanti akan berusaha mematahkan usaha menipu dalam proses pilihan raya.
yang menjadi medan pertarungan yang paling sengit ialah mendapatkan undi Cina. Kalau isu ketuanan melayu dimainkan, walaupun di kalangan pengundi melayu, pengundi Cina akan menolak BN secara total. Sekiranya Mukhriz turun berkempen membantu jentera UMNO, ia akan memporak perandakan lagi peluang UMNO di kalangan pengundi Cina. Sekiranya ada big gun UMNO yang cuba berkempen di kalangan pengundi Cina, mereka semuanya akan membawa persepsi rasuah. Tidak boleh dipercayai.
Saya jangka pengundi Cina akan lebih yakin dengan Ong Tee Keat, Chew Mei Fun dan Koh Tsu Koon. Ini adalah personaliti yang mereka percaya dan mereka yakini. Kalau Chua Soi Lek berkempen, maka beberapa undi akan lari daripada kantung UMNO, kerana walaupun beliau kelihatan membela orang Cina dalam isu ketuanan melayu, tetapi imej pelakon p---o tetap kekal di minda pengundi.
tetapi PAS dan PR akan dibantu oleh big gun daripada kalangan orang Cina yang dihormati dan diyakini seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tetresa Kok dan Tian Chua. Ini adalah ahli politik yang buruk pada pandangan UMNO tetapi diterima oleh rakyat jelata. Apatah lagi Teresa Kok dilihat sebagai ahli politik yang dianiaya oleh UMNO, sehingga memerlukan beliau menyaman pihak pihak yang berkenaan.
Oleh itu, laluan UMNO adalah sukar di kalangan pengundi Cina. Sedangkan pengundi Cinalah yang menentukan siapakah yang akan menang dalam PRK KT.
Kan dah nampak berbalam UMNO kalah! http://hamirdin.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.