SYABAS Teruskan Agenda UMNO Membebankan Rakyat

Dengan kenaikan itu, Syabas berharap agar kerajaan Selangor terpaksa menaikkan harga seiring dengan kenaikan tersebut.
Dengan kenaikan itu, Syabas berharap agar kerajaan Selangor terpaksa menaikkan harga seiring dengan kenaikan tersebut.Tujuan Syabas mudah .. Bila kerajaan Selangor menaikkan harga, rakyat akan marah dan selepas itu, UMNO akan cuba mencuri peluang menjadi HERO.Jika tidak pun kenaikan itu menjadi senjata untuk berkempen dan mencemuh kerajaan Pakatan Rakyat.

SYABAS akan teruskan agenda UMNO

Syabas terus menerus menekan kerajaan Negeri. Usahanya untuk menaikkan kadar air pada peringkat awal pemerintah Pakatan Rakyat terpaksa diserap perbelanjaan tersebut demi untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu. Tidak cukup dengan itu, sehingga hari ini Syabas terus memberikan tekanan untuk merosakkan impian mengekonomikan rakyat.

Tahun depan, Syabas di katakan akan menaikkan kadar harga air 37% dari harga sekarang . RUJUK SINI.

Dengan kenaikan itu, Syabas berharap agar kerajaan Selangor terpaksa menaikkan harga seiring dengan kenaikan tersebut.

Tujuan Syabas mudah .. Bila kerajaan Selangor menaikkan harga, rakyat akan marah dan selepas itu, UMNO akan cuba mencuri peluang menjadi HERO. Jika tidak pun kenaikan itu menjadi senjata untuk berkempen dan mencemuh kerajaan Pakatan Rakyat.

Syabas adalah syarikat yang di penuhi oleh dalang UMNO. Dalang yang berusaha mengkucar kacir kan kepimpinan Kerajaan Baru. Apa yang ada di dalam Syabas ada di dalam semua anak syarikat negeri Selangor peninggalan BN dahulu. Tidak cukup itu, PBT turut di nakhodakan oleh barua barua UMNO sehingga sekarang yang menyekat Pakatan Rakyat menggunakan kemudahan untuk membantu rakyat.

Kerana hasad dengki dan kelemahan Menteri Besar Selangor, rakyat menjadi mangsa. Politik tidak kenal kawan atau rakan. Politik merosakkan masa depan rakyat. Akibatnya rakyat yang bagaikan pelanduk mati tersepit di hentam gajah, kiri dan kanan.

http://umnomore.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.