AGM, EGM Umno Oktober ini

KUALA LUMPUR: Umno akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan 2009 pada Oktober ini.

Ia dijadual berlangsung dari 13 hingga 16 Oktober.

Malah, Umno juga akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Khas sebelum bermulanya Perhimpunan Agung Tahunan itu.

Umno telah mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan 2008 hujung Mac lalu.

Ia merupakan antara perkara yang diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berakhir sebentar tadi.

Selain itu, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengesahkan penerimaan kemasukan semula bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir keluar Umno Mei tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.