PPP: SELSEMA BABI DISYAKI!

Kayveas anggap laporan sengaja untuk menjatuhkannya

KOTA BHARU: Datuk M Kayveas mendakwa tindakan satu kumpulan ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) yang membuat aduan mengenainya kepada Pendaftar Pertubuhan hari ini, sebenarnya sengaja dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan beliau.

Katanya, kes berkaitan beliau dan Majlis Peguam tiada kena-mengena dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Kumpulan itu dalam aduan mereka hari ini, berkata, Kayveas pernah didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam pada 17 Mac 2005 kerana kesalahan mengikut Seksyen 10D Akta Penjawat Undang-Undang 1976, sekaligus menjadikan dia tidak layak memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu pertubuhan berdaftar.

"Kes dengan Majlis Peguam dan denda RM5,000 itu masih belum dimuktamadkan lagi kerana saya sudah buat rayuan, dan mereka yang membuat laporan (aduan) ini tidak tahu apa kes ini sebenarnya, mereka hanya mengganggu parti," katanya selepas merasmikan Konvensyen PPP Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau terpaksa menerima saja cubaan untuk menjatuhkannya yang dilakukan oleh pihak tertentu, yang pada pandangannya sedang mencuba untuk merampas kuasa.

"Saya terima sajalah apa yang mereka cuba nak buat, mungkin ada yang suka tengok saya macam ini dan mungkin juga saya tidak sepintar mana di dalam politik," katanya.

Kemelut PPP meruncing apabila Senator Datuk T Murugiah, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang sebelum ini dipecat sebagai ahli Majlis Tertinggi parti, "dipilih" sebagai presiden baru parti itu menggantikan Kayveas pada satu mesyuarat tergempar yang dipersoalkan kesahihannya, di Putrajaya Ahad lalu.

Pada masa yang sama, Kayveas mempertahankan bahawa beliau masih presiden PPP yang sah, jawatan yang disandangnya sejak 1993, dan menyelar tindakan Murugiah mengadakan mesyuarat tergempar itu tanpa mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi parti.

Perkara itu kini disiasat Pendaftar Pertubuhan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau terlebih dulu akan memeriksa status PPP dengan Pendaftar Pertubuhan sebelum menentukan sama ada beliau perlu menghadiri perasmian Mesyuarat Agung parti komponen Barisan Nasional (BN) itu nanti. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.