mso ugut kickdefella?

Ugutan Dari Lanun?


Jam 1.58 tengahari semalam, mesej di bawah masuk ke bahagian spam ruangan komen blog ini. Yang jelas ia adalah tindakbalas berbentuk ugutan setelah saya menyiarkan kenyataan media dari peguam Amir Bazli. Ugutannya adalah jelas iaitu mahu menerbitkan sebuah buku yang menceritakan perkara-perkara yang boleh memburukan dan menjatuhkan seseorang. Tetapi di dalam kes ini, ia melibatkan tiga orang iaitu Haji Husam, Kickdefella dan Saudara Khir.

Dibawah saya siarkan balik secara penuh sebahagian mesej itu yang menyentuh hal berhubung kickdefella. Bahagian yang secara spesifik menyentuh saudara saya yang lain tidak saya siarkan kerana ianya bagi saya jelas tidak berasas saya sekali.

Bagaimanapun ini tidak bererti apa yang disiarkan di bawah adalah benar sama sekali.



_________________________________________________________________________________________________________

salam;

Saya minta saudara jawab tuduhan ini, kerana saya berminat untuk menerbitkan semua buku mengenainya.

mso
0192336996
————-
Penguasaan media alternatif

Husam banyak duit. Boleh beli sesiapa sahaja. Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas yang pro Anwar.

Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS. Kickdefella sendiri mengakui di dalam blognya bahawa kehidupannya bebas, bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun, Husam berfikir sebaliknya, ‘latar belakang seperti itu’ adalah asset kepada PAS.

Kickdefella, blogger upahan Husam ditangkap polis kerana menyiarkan artikel yang berniat menghasut

“Minta maaf boss..dah kena tangkap dah..saya sanggup serahkan jiwa dan raga kepada tuan..”, kata Kickdefella kepada Husam sambil cium tangan. “Tak per..tak per..saya akan jamin nanti..nanti saya bincang dengan Anwar..jasa tuan ‘hamba’ amat besar..”, kata Husam.

Husam telah membeli Sheikh Kicdefella dengan harga RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.

_________________________________________________________________________________________________________



Pelbagai tuduhan telah dilemparkan ke atas saya sebelum ini antaranya ialah saya adalah talibarut Tengku Razaleigh dan spy Tun Dr. Mahathir, kebanyakkannya berpunca daripada hubungan saya dengan individu tertentu tetapi tuduhan bahawa saya Pro Anwar adalah sesuatu yang sudah tentu akan menggelikan hati blogger Penarik Beca sampai boleh pecah kerusi di Restoran Taqwa.

Saya kurang arif dengan maksud kehidupan bebas, tetapi sebagai seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip selama lebih 15 tahun, sudah tentu saya punyai ramai kenalan rapat atau tidak dikalangan penggiat seni. Ya, saya pernah blog di sini mengenai mereka, antaranya ialah arwah Loloq. Saya juga pernah blog pada awal 2007 3 bulan sebelum pulang ke Kelantan siri artikel bertajuk ‘Karaoke With Satan’ yang setelah saya pulang di Kelantan di jaja di beberapa blog dan kemudiannya menjadi modal yang digunakan oleh mereka yang tidak selesa dengan saya sebagai ’satu pengakuan terbuka saya’ dalam mempromosi tabiat meminum minuman keras. Saya cadangkan dibaca semula posting tersebut.

Pendapatan saya bukan RM6,000 sebulan. Gaji yang dibayar PMBK kepada saya jauh lebih rendah daripada itu. Malangnya bagi mereka yang bekerja makan gaji, semua tentu arif bahawa hal ehwal gaji dan kontrak dengan majikan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan. Kalau boleh, saya amat gembira sekali untuk mendedahkkannya. Tetapi bagi para Lanun, mereka tentu tidak arif tentang ini kerana mereka hanya tahu memeras ugut mangsanya bagi mendapat wang sara hidup.

Serba sedikit perjanjian kerja saya ialah saya perlu memikir dan melaksanakan kempen bagi menyebarkan maklumat aktiviti-aktiviti kerajaan Negeri Kelantan dan juga mendedahkan yang sebenar tentang Kelantan kepada umum. Ini dilakukan dengan menggunakan pelbagai saluran, agensi dan jawatankuasa.

Antara yang telah dilakukan ialah menarik minat terhadap penanaman Depu, Minifest Kelantan 2007, penerbitan Majalah Qiadah, Penerbitan Buku Foto Tuan Guru, Pentomin Malam Cakna Palestin dan lain-lain. Untuk melaksanakannya, saya tidak terikat dengan seorang exco sahaja, tetapi telah bekerja dansangat gembira untuk terus bekerja dengan ramai exco antaranya YB. Dato’ Haji Takiyuddin, YB. Dato’ Mohd Amar dan YB. Dr. Fadzli.

Apa yang tidak diketahui umum, aktiviti bukan kerajaan yang melibatkan Haji Husam, saya lakukan didalam cuti atau saya akan mengambil cuti tahunan saya. Ini kerana dari pengalaman saya, ahli-ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan semuanya amat-amat tegas dan ‘particular’ dalam mengelak sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan jentera Kerajaan untuk tujuan peribadi. Ini saya pasti mereka warisi daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Apa yang ramai tidak tahu, saya sebenarnya lebih rapat dan lebih mesra dengan YB. Dato’ Mohd Amar kerana sewaktu saya bersekolah, ibu saya tinggal di Pondok Panchor, milik Gemullah Pak Nik Lah, ayah kepada YB. Dato’ Mohd. Amar. Selepas habis tingkatan lima, saya bekerja sementara sebagai dreber kepada Gemullah Pak Nik yang ketika itu ahli Parlimen tunggal PAS selepas pilihanraya 1986. Bila di Kuala Lumpur, saya akan menghantar Gemullah Pak Nik ke rumah Mohd Amar yang ketika itu menetap di Bangi.

Arwah ibu saya amat menyanjung tinggi keluarga Gemullah Pak Nik sehingga berhajat benar hendak kahwinkan saya dengan seorang adik YB. Dato’ Mohd Amar. Allah Maha Kuasa, jodoh tiada dan adik YB tersebut pula meninggal dunia.

Mungkin pada pandangan segelintir pihak, 15 tahun hidup dalam dunia seni adalah 15 tahun yang penuh maksiat tetapi bagi saya ia hanyalah mencari rezeki yang halal disamping terus mencari ruang sebaiknya menggunakan bakat yang Allah S.W.T kurniakan. itu secara peribadi bagi saya, jauh lebih baik dari menjadi lanun.

Tetapi saya tidak akan menuduh lanun itu jahat walau lazimnya begitu. Orang melanun ada sebabnya. Kadang-kadang mereka terpaksa melanun untuk tujuan yang jauh lebih mulia dari kita semua. Kadang-kadang mereka melanun untuk sesuap nasi kepada anak kecil mereka atau seteguk ubat untuk bayi mereka.

Namun, ada juga yang menggabungkan bakat mereka untuk memperkemaskan aktiviti melanun atas nama memperjuangkan kebenaran.

http://kickdefella.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.