Konsep 1Malaysia Najib tercabar: Segelintir orang islam menghina Hindu

Konesp 1Malaysia Najib tercemar kerana perbuatan segelintir orang islam menghina agama hindu. Konsep yang dilaung-laungkan di kaca tv, iklan-iklan maupun slogan tersebut tercalar semalam, kerana sekitar 50 orang berarak dengan membawa kepala lembu ke pejabat setiausaha kerajaan negeri Selangor.

Implikasi kepada perarakan ini cukup besar, kerana seolah-olah islam itu mengajar penganutnya tidak menghormati agama lain. Dalam rukun negara telah tertulis dengan jelas sejak negara ini wujud, bahawa sila pertama adalah kepercayaan kepada tuhan. Ertinya setiap negara ini perlu menghormati sila itu sebagai asas bernegara dalam negara yang berbilang kaum dan agama ini.

Konsep 1Malaysia benar-benar teruji dan tercabar, apa kah konsep ini boleh bertahan dalam jangka panjang, kerana walaupun RUKUN NEGRA telah wujud seusia negara, pun demikian masih tidak difahami dan dihormati. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran.""Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain.

http://musramrakunman.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.