Angkara kolenal Mat.Kecoh Jadinya Zahid Penari

'Kolonel Mat' yang didakwa Nik Aziz tiada kaitan dengan ATM: Zahid

LANGKAWI: Kementerian Pertahanan tidak akan menyiasat dakwaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa wujud konspirasi menjatuhkannya dan kerajaan Kelantan oleh 'Kolonel Mat'.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia tidak perlu disiasat kerana 'Kolonel Mat' tidak wujud dan tidak perlu dikaitkan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

'Ia hanya wujud dalam minda orang yang mendakwanya (Nik Abdul Aziz)," katanya selepas melancarkan Persidangan Ketua-Ketua Angkatan Udara, sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa langkawi (Lima) 2009, di sini hari ini.

No comments

Powered by Blogger.