Fitnah II: Pakar kimia akui tidak mahir DNA rambut

KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II diteruskan dengan menyambung soal balas pakar kimia dari Jabatan Kimia, Nor Aidora Saidun dan petang ini beliau sekali lagi mengaku tidak pernah memberi syarahan berkenaan analisis rambut.

Ini kerana syarahan yang diberikan kedua-dua polis daripada Australia adalah berkenaan morfologi (rupa bentuk) rambut sahaja.

Sedangkan beliau sendiri sebenarnya layak untuk melakukan analisis DNA walaupun tidak pernah memberi syarahan tentang morfologi rambut itu sendiri.

Aidora juga mengaku tidak menjalankan analisis lanjut sama ada profail asing yang dijumpai dalam sampel berkemungkinan datangnya daripada polis yang bertugas sebagai pegawai penyiasat.

“Adakah anda mempunyai profail DNA pegawai polis yang ditugaskan menyiasat kes ini?” tanya peguam Ram Karpal.

“Tidak,” jawab Aidora.

“Anda tidak mengecualikan bahawa profail mereka mungkin mencemari sampel ‘trace’? tanya Ram Karpal.

“Ya,” jawab Aidora.

Dalam sesi soal balas Ram Karpal pagi tadi, Aidora mengakui hanya memiliki sedikit pengetahuan berkenaan pemeriksaan DNA rambut.

Menurut Aidora, beliau hanya mengendalikan kursus berkenaan morfologi rambut tetapi tidak memberikan syarahan.

Sebaliknya beliau berkata, dua pegawai polis dari Australia yang memberikan syarahan tersebut.

Terdahulu, Aidora cuba memutarbelitkan jawapannya kepada Ram Karpal sebaik perbicaraan bersambung pada jam 3.05 petang tadi.

“Anda setuju pencemaran DNA boleh berlaku dalam ‘trace’ sampel?” tanya Ram Karpal.

(‘Trace’ sampel adalah sampel DNA yang diperolehi daripada calitan yang dibuat daripada objek yang mempunyai kontak dengan manusia)

“Tidak, ia boleh berlaku dalam semua sampel,” balas Aidora.

LAPORAN LANGSUNG:

4.04 pm – Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin selesai menyoal siasat Aidora selepas mula menyoal balas pada jam 3.38 petang.

Mahkamah ditangguhkan dan bersambung pada Isnin depan.

3.17 pm – Ram Karpal meminta pengesahan Aidora bahawa kegagalannya mengikuti cadangan di dalam manual itu menyebabkan Aidora membuat kesimpulan bahawa DNA yang dijumpai pada berus gigi serta barang bukti yang diberikan kepada beliau berasal daripada profail DNA tunggal sedangkan ia sebenarnya datang daripada banyak profail DNA.

“Adakah anda mematuhi cadangan dalam manual?” tanya Ram Karpal.

“Tidak,” jawab Aidora.

“Oleh kerana itu, anda mengabaikan kehadiran profail DNA lain.

“Garis panduan standard anda tidak patuhi, malahan anda membuat kesimpulan yang ia datang daripada profail tunggal,” kata Ram Karpal.

“Saya tidak dapat jawab soalan itu,” kata Aidora.

3.06 pm – Ram Karpal Singh menyoal balas Aidora berkenaan manual mesin analisis DNA, Genetic Analyser 3XL300 yang digunakan untuk menganalisis DNA.

3.05 pm – Mahkamah kembali bersidang.

3.23 pm – Karpal Singh tiba di mahkamah.

No comments

Powered by Blogger.