Pentadbir Universiti Jangan Jadi Tali Baru Umno

Pentadbir universiti jangan jadi tali barut umno dan Bn di negara ini. Pas mengharapkan pentadbir universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen Barisan Nasional. Di luar kampus, demokrasi berada di padang yang tidak sama kerana SPR yang menjadi budak suruhan umno. Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti Jawatankuasa Kampung Umno yang melakukan diskriminasi kepada penyokong pembangkang ketika memberi subsidi beruk dan baja.

Pembatalan keputusan 11 kerusi majlis perwakilan pelajar Universiti Putera Malaysia Pro Mahasiswa merupakan sejarah hitam dan tindakan yang melampau. Pas ingin mengigatkan kepada pihak universiti, mahasiswa bukan manusia yang boleh dicucuk hidung. Mahasiswa ialah insan yang terpilih di kalangan 27 juta rakyat di negara ini.

Pas hendak menasihatkan pihak pentadbir tumpulah kepada usaha untuk mengangkat darjat ilmu di menara gading. Universiti perlu fokus kepada tugas melahirkan generasi yang berilmu dan beramal untuk berbakti kepada agama dan negara. Jika universiti tidak fokus kepada tugas hakiki maka jadilah seperti polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan membenteras jenayah sebaliknya telah menumpu kepada aktiviti pembangkang. Kesannya jenayah meningkat dan keselamatan sosial tidak selesa.

Tindakan berani mahasiswa yang bertindak membantah ketidak adilan Hal Ehwal Pelajar patut disanjung dan disokong. Inilah bahasa yang boleh difahami oleh orang suruhan umno di universiti

Idris Ahmad

No comments

Powered by Blogger.