Manis Betul Bicara Mat Taib. Rakyat Serawak Akan Halau Kamu Nanti!

Penduduk Sarawak akan dipinggir daripada pembangunan perdana: Abdul Taib

SRI AMAN: Penduduk Sarawak khususnya di luar bandar, akan terpinggir daripada arus perdana pembangunan, jika mereka terpengaruh dengan dakyah songsang dan politik kuno pembangkang.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata pembangkang hanya pandai mencaci cerca kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) tanpa menjanjikan sebarang bentuk pembangunan yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, rakyat harus menolak kehadiran kumpulan terbabit dan terus kekal bersama BN untuk memastikan Sarawak lebih membangun dalam semua bidang.

“Sebenarnya kebanyakan ahli kumpulan pembangkang yang kerap mencerca pemimpin BN dalam ceramah politik mereka terdiri daripada mereka yang kecewa dan masih mengamalkan politik mencaci cerca bagi mendapat sokongan rakyat.

“Jadi menjelang pilihan raya negeri akan datang ini, rakyat di negeri ini harus menolak politik mencaci cerca ini kerana ia banyak membawa keburukan dan kerugian kepada rakyat serta negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sejiwa Senada, bertemakan ‘Kerajaan Bersama Rakyat’ peringkat Bahagian Sri Aman, di Padang Kementerian Pembangunan Sosial (KPSU) lama di sini, semalam.
Hadir sama isteri Ketua Menteri, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan dan Tan Sri Alfred Jabu serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Abdul Taib berkata, ‘omong kosong’ pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang, tidak harus dilayan kerana akhirnya rakyat yang akan merana.

“BN bukan saja sudah terbukti menolong semua peringkat rakyat, malah berjaya membangunkan negeri ini dari kawasan mundur menjadi bandar yang dilengkapi pelbagai kemudahan terkini.

“Selain itu BN juga berjaya merapatkan jentera kerajaan dan rakyat sehingga menjadi ‘umpama isi dengan kuku,” katanya.

Mengulas program Sejiwa Senada, beliau berkata ia adalah landasan terbaik bagi semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, untuk mendekati rakyat.

No comments

Powered by Blogger.