Elektrik jadi makanan? Giler
GAMBAR menunjukkan Kumar menggigit satu wayar hidup yang disambungkan ke mentol lampu. - Agensi
Muzzafarnagar, India: Naresh Kumar bukan sahaja kebal terhadap arus bervoltan tinggi tetapi mendakwa mampu menyerap tenaga daripada elektrik menyebabkan dia tidak memerlukan makanan untuk hidup.
Lelaki berusia 42 tahun itu mendakwa dia menemui kuasa ajaibnya secara tidak sengaja apabila terpegang wayar hidup ketika bekerja tetapi tiada apa yang berlaku.
Dia yang terkejut dengan kejadian itu memegang beberapa wayar hidup lagi dan mendapati arus elektrik bervoltan tinggi tidak memberi sebarang kesan terhadap dirinya.
Lebih menakjubkan lagi, dia berasa bertenaga selepas memegang wayar hidup dan mendapati elektrik boleh dijadikan makanan alternatif baginya.
“Apabila saya berasa lapar dan tiada makanan di rumah, saya akan memegang wayar hidup dan dalam tempoh setengah jam saya berasa kenyang.
“Saya makan elektrik seperti memakan makanan,” katanya kepada Cover Asia Press.
Katanya, dia boleh memegang wayar hidup dalam semua peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk tanpa menjejaskan dirinya.
“Saya rasa 80 peratus badan saya kini mengandungi elektrik,” jelasnya.
Kumar sangat taksub dengan kebolehannya itu menyebabkan rumahnya penuh dengan wayar hidup bagi membolehkan dia menyentuh sumber tenaga yang disukainya pada bila-bila masa.
“Rumah kami tiada suis dan kadangkala saya dan anak-anak bimbang kami terkena renjatan elektrik,” kata isterinya, Sharmistha.
Walaupun isterinya tidak gembira dengan keistimewaannya itu, Kumar yakin orang ramai akan memujinya.
Video Kumar memegang wayar hidup termasuk memasukkannya ke dalam mulut kini tular di media sosial sehingga dia mendapat gelaran ‘lelaki mentol India’.
No comments
Post a Comment