Saya pernah ber"usrah" bersama isteri tercinta
Saya pernah ber"usrah" bersama isteri tercinta, sy bertanya kepadanya ;
"Jika sayang menjadi ulama, atau mufti yang perlu membuat keputusan seperti di Syria atau di Mesir sebelum ini, sama ada untuk "bersama" pemerintah yang "zalim" atau mengeluarkan fatwa menyokong mana mana gerakan senjata untuk melawan pemerintah itu, manakah yang sayang akan pilih?"
Sengaja saya cetuskan soalan itu kepadanya kerana isteri sy sebelum ini merupakan antara yang lantang juga didalam isu ini sebelum menjadi isteri, aktif berusrah, aktif menyertai aktiviti ngo semasa menjadi mahasiswi..nak tahu apa pandangannya sekarang..
Dia terdiam seketika dan kemudian menjawab,
"Bersama pemerintah.."
Saya terkejut dan bertanya, "kenapa?"
Dia menjawab, "menolak kemudaratan yang lebih besar itu lebih wajib..jika ulama' tersebut menyokong atau mengeluarkan fatwa supaya mengangkat senjata melawan pemerintah itu, maka lebih banyak pertumpahan darah akan berlaku, bahkan kematian umat Islam itu sendiri..dan jika kita bersama pemerintah, bukan maksudnya bersama itu bersetuju dengan kezalimannya tetapi untuk "memujuknya", untuk menasihatinya, untuk "memberi jaminan" kepadanya supaya jangan melancarkan pembunuhan ke atas umat ini, dan mudah mudahan rakyat juga memahami dan tidak memberontak atau melakukan perbuatan yang boleh mengundang kemarahan pemerintah untuk bertindak balas, sesungguhnya kesabaran itu sangat utama pada ketika ini."
Saya tersenyum, "benar, inilah apa yang telah dilakukan oleh alMarhum Syeikh Said Ramadhan alButi dahulu yang kemudian dituduh "ulama pemerintah" dan membelakangkan rakyat syria, sedangkan apa yang alMarhum Syeikh buat adalah untuk menjamin keamanan bumi Syria..begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh Mufti Syria..tetapi masyarakat kita terutamanya tidak nampak disebalik hikmahnya sebaliknya menuduh pula ulama ini sebagai ulama yang jahat, astaghfirullah..Mudah mudahan Allah Ta'ala sentiasa mengurniakan keamanan kepada kita semua, dan di hindari daripada segala fitnah, amin."
No comments
Post a Comment