Ganti Annuar, Awang Adek pengerusi baru MARA




Pelantikan bekas timbalan menteri kewangan Datuk Awang Adek Hussin berkuatkuasa 1 September ini. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 15 Ogos — Datuk Awang Adek Hussin dilantik pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Pelantikan bekas timbalan menteri kewangan ini berkuatkuasa 1 September ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Awang Adek, ketua bahagian Umno Bachok, pernah dilantik senator dan duta ke Amerika Syarikat antara 2009 hingga 2016.

No comments

Powered by Blogger.