KENYATAAN MEDIA : PENOLAKAN PEMECATAN DAN PELANTIKAN KETUA AMK KELANTAN
KENYATAAN MEDIA : PENOLAKAN PEMECATAN DAN PELANTIKAN KETUA AMK KELANTAN
Saya menzahirkan rasa terkejut dan kesal dengan pemecatan Saudara Dr Mohd Hafidz Rizal Kelantan yang baru oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad.
Mengikut perkara 14.4 Peraturan Tetap AMK Malaysia; jelas menyebut perlantikan ketua AMK negeri hendaklah dirunding bersama ketua-ketua AMK cabang dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri. Malangnya YB Nik Nazmi telah gagal melaksanakan proses ini. Oleh yang demikian, saya dengan ini tidak mengiktiraf pelantikan ketua AMK Kelantan yang baru.
Mengambil semangat daripada pelantikan YB Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai koordinator AMK di peringkat pusat oleh Ketua Umum; Dato' Seri Anwar Ibrahim, saya dengan ini selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan, melantik Dr Mohd Hafidz Rezal Amran selaku koordinator untuk sayap AMK Kelantan. Saya menggesa semua AMK-AMK Cabang di Kelantan untuk memberikan kerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan untuk memperkukuhkan Parti di negeri ini. Ini bagi melancarkan dan memudahcara segala urusan dan persiapan Parti di Kelantan bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.
Ab Aziz Ab Kadir
Pengerusi MPN Keadilan Kelantan
No comments
Post a Comment