Klausa RM1.5 bilion Messi mampu dibayar -- Klopp



Oleh Staff Writer 11 Ogos 2017

Perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain perlu menjadi amaran kepada Barcelona bahawa klausa penebusan kontrak Lionel Messi bernilai GBP271 juta (RM1.5 bilion) mampu dibayar pasukan lain, kata Jurgen Klopp.

PSG memecah rekod dunia yang sebelum ini dipegang Manchester United dengan pembelian Paul Pogba tahun lalu selepas bersetuju membayar menebus kontrak Neymar berjumlah GBP200 juta (RM1.1 bilion) daripada Barca.

Pengendali Liverpool, Klopp percaya kemungkinan besar ada pasukan lain di luar sana yang mampu membayar lebih daripada itu bagi melepaskan Messi daripada kontraknya bersama Barcelona.

"Di peringkat awal segalanya kelihatan mustahil tetapi kini ia sangat mudah," Kloppp bercakap kepada DAZN.

"Klausa penebusan kontrak Messi, GBP271 juta juga kelihatan tidak mustahil. Meskipun pada satu masa, ia harga yang tidak masuk akal.

"Sudah pasti mereka dengan sengaja meletakkan nilai itu kerana tidak menyangka ada kelab yang mampu membayarnya."

Ada pihak yang menggesa pengawalan baru dilaksanakan terhadap perpindahan pemain selepas apa yang berlaku dengan Neymar.

"Saya tidak tahu sama ada perkara ini betul atau tidak," kata Klopp. 

"Tiada jurulatih yang akan membuat permintaan sebesar itu. Tetapi perkara itu sudah pun diputuskan dan kini Neymar adalah pemain PSG."

Pembelian Neymar dijangkakan bakal menyuntik kembali kekuatan PSG yang menamatkan saingan Ligue 1 dibelakang AS Monaco musim lalu tetapi Klopp percaya mendapatkan pemain bintang bukanlah segala-galanya.

"Saya sayangkan bola sepak kerana setiap pemain membantu diri masing-masing menjadi lebih hebat," tambahnya.

No comments

Powered by Blogger.