Isu Meninggal Selepas Workout, Kesalahan Info Yang Tidak Betul Dan Perlu Dibetulkan
KESALAHAN INFO YANG TAK BETUL DAN PERLU DIBETULKAN.
.
Semalam satu posting 'copy paste' telah disiarkan di satu laman FB ini. Posting ini mendapat maklum balas yang pelbagai dari netizen (11k reactions tuu, page SS pun tak pernah dapat reactions sebanyak tu).
.
Sengaja saya tak padam nama page ini supaya rakan-rakan yang baca posting ringkas saya ini, lebih berhati-hati dalam menilai info yang disebarkan oleh page berkenaan selepas ini.
.
Kena ingat, ini isu etika penulisan dan kewartawanan dan agak serius kerana menjadi kewajiban setiap info perlu di semak silang (cross-checked) sekurangnya 2 kali dengan mereka yang lebih arif, sebelum disebarkan. Ini demi menjamin kualiti penulisan tersebut disamping mengesahkan kesahihan info tersebut.
.
Baiklah. Tanpa membuang masa, saya ringkaskan beberapa kesalahan fakta tersebut di bawah (mana yang sempat, sebab rasa macam banyak je yang salah):
.
1. "Selepas workout... Badan kita memerlukan atleast 3 jam untuk recover semula"
.
Pernyataan ini kurang tepat. "Physiology of recovery" ada beberapa tahap. "Short term recovery" berlaku antara set senaman tertentu atau interval tertentu. "Immediate recovery" berlaku ketika senaman itu sendiri (melibatkan "energy regeneration") (Bishop et al. 2007).
.
"Training recovery" pula merujuk kepada pemulihan fisiologi secara total dan berlaku antara satu sesi senaman dengan sesi senaman yang berikutnya. Ia tidak terhad kepada pemulihan sumber tenaga (glycogen, CrP) sebaliknya turut melibatkan penyingkiran byproduct ketika senaman dan pembinaan semula komponen otot.
.
Kalau kita lihat pada definisi "recovery" di atas, tempoh recovery itu sendiri adalah subjektif. Itu belum termasuk faktor diet lagi, tempoh waktu tidur, dan stress level ketika kerja. Pokoknya, parameter ini perlu dijaga untuk memastikan tempoh recovery itu adalah optimum.
.
Justeru, 3 jam minimum yang dikatakan adalah terlalu umum dan boleh "misleading".
.
.
2. "Sekarang dah ramai yang meninggal semasa tidur selepas workout di waktu malam"
.
Boleh tunjukkan laporan berita atau statistik dari hospital untuk kes ini? Sebab bagi saya, jika sesuatu hal itu berlaku, pasti ada faktor lain yang jadi penyebab. Tak boleh main pukul rata macam tu saja dan menyalahkan ia pada amalan bersenam.
.
Kita sekarang dah cukup takut dengan alasan orang awam yang kata "tak cukup masa untuk bersenam sebab siang sibuk bekerja". Takkan lah nak ditakutkan lagi orang awam dengan satu pernyataan ini yang langsung tiada dokongan laporan / statistik? Akhirnya, semua pun terus takut nak bersenam (ye lah, siang kan "dah tak ada masa"..) lagi ramai yang makin membuncit, ini lagi parok!!
.
.
3. "Organ lain dah tidur, tapi jantung masih aktif mengepam darah, untuk recover oksigen yang hilang dalam darah.. jadi berlaku campuran darah oksigen dan karbon dioksida, menyebabkan individual tersebut boleh mati lemas ketika tidur.."
.
Kita kena faham. Jantung yang berterusan mengepam laju selepas bersenam adalah salah satu indikator yang jantung anda itu kurang fit. Boleh google blog sususejat.com dengan artikel berkenaan "recovery heart rate" jika nak faham lanjut konsep ni. Justeru kenapa perlu melakukan satu aktiviti yang DI LUAR kemampuan jantung anda?
.
Dah tau tubuh anda dah lama tak bersenam, sekali turun berfutsal dengan kawan dan bermain seolah-olah anda seorang atlit pro. Jantung tu pula tak pernah di latih, sekali terus paksa dia buat aktiviti yang "high intensity" (lari pecut sana sini kejar bola), rasa2 jem tak jantung tu?
.
Pastu habis berfutsal boleh pula lantak teh ais, mee mamak, roti canai, dan besar kemungkinan rokok. Mana dia kualiti diet untuk recovery yang diperlukan tubuh badan itu?
.
Sebab tu saya kata tadi, jangan pukul rata aktiviti bersenam itu kalau tak tahu perkara yang sebenarnya. Tahu tak, aktiviti seperti futsal, weight lifting (beza tu dengan weight training), itu adalah sejenis sukan?
.
Kalau nak bersukan ni kena ada persediannya. Kena ada "conditioning", kena ada latihan yang merangkumi aspek kardio, daya tahan otot, kekuatan dll. Ada tak pertimbangkan faktor2 ini sebelum anda mula beriadah/bersukan?
.
Senang cerita, kalau nak bersenam ni, kena ada ilmu. Kalau tak, tak ada bezanya dengan lambakan fad diet yang ada pada hari ini. Kesian mereka yang tak ada ilmu, main jadi pak turut je kerana sudah dibutakan dengan istilah 'Kurus' dan 'Sado'.
.
Lagi satu sebelum saya terlupa. Darah beroksigen tak bercampur dengan karbon dioksida seperti yang didakwa. Darah beroksigen disalurkan menerusi arteri (kecuali ada 2 jenis arteri). Manakala darah yang tinggi kepekatan CO2 disalurkan menerusi vein. Kecuali kalau ada masalah jantung berlubang, barulah darah boleh bercampur.
.
Oh ya, organ2 tak tidur ya. Sel dalam badan kita sentiasa "proliferate" and "divide" sebab itu fitrahnya untuk terus "sustain". Jangan sebab organ tu tak berdenyut macam jantung, terus kita cakap dia tidur. Apa ingat ni macam baby dalam rahim ibu ke, asal menendang jer baru nak cakap aktif, kalau tak menendang terus bagi konklusi dia tidur??
.
.
Ok lah. Taip panjang2 pun tak boleh sebab masa mencemburui saya untuk terus menulis (ada kerja sikit lepas ni). Jadi keseimpulannya
.
1) Fahami beza antara bersukan dan bersenam. Fahami apa itu 5 komponen kecergasan berasakan kesihatan. Saya ada sebut beberapa antaranya dalam teks di atas.
.
2) Rest dan nutrition sangat penting dalam recovery. Sekurang-kurangnya 8 jam tidur diperlukan tubuh untuk baik pulih sistemnya. Namun percayalah, mekanisma pemulihan ini yang buatkan badan kita makin sihat dan fit hari demi hari.
.
Bab nutrition tu pula, saya ada sentuh sebelum ni. Banyak kali. Kalau rajin, Google. Antara kata kuncinya, "antioksidan".
.
3) Tolong fahami apa itu etika penulisan dan kewartawanan. Kalau tak tahu, boleh jumpa saya. Saya boleh tolong ajarkan, FOC.
.
Joy Kalonas
www.sususejat.com
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1879477815402445&id=123764054307172
No comments
Post a Comment