News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Harga RON97, RON95 turun, diesel naik mulai tengah malam ini

November 30, 2014

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 Nov lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Dis.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya. - BERNAMA

Terima kasih kerana memilih Dacing

November 22, 2014



Korang faham kan?

Polis Report Polis Pelacur Curi Wang Dia

November 21, 2014



Oh gila betul manusia zaman sekarang. Tambah pula polis tu yang langgan pelacor?

Putrajaya mansuh subsidi RON95, diesel mulai 1 Dis

Putrajaya akan memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan, mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal, lapor Bernama.

Katanya, tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.

Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.

Gambar Pencuri Lembu Di Tembak Di Gua Musang

November 20, 2014




Berakhir lah riwayat pencuri lembu. Sudah banyak kes lembu yang dicuri di kawasan ladang ni.

Silap pilih dan silap haribulan. Maut menanti.

Warga Singapura Beli Rumah Secara Borong Di Johor?



Ramai warga singapura dah membeli hartanah di johor dengan senang dan mudah.

Mana kerajaan? Merempat lah nanti rakyat johor.

Jangan Pilih Lagi Palanivel Sebagai Wakil Rakyat! Titah Sultan Pahang


Sultan terkilan ahli Parlimen ‘lepas tangan’


CAMERON HIGHLANDS 19 Nov. – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa terkilan terhadap Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri G. Palanivel yang dilihat seolah-olah bersikap ‘lepas tangan’ berhubung kejadian banjir yang melanda daerah itu.

Baginda bertitah, sejak kejadian banjir pertama yang berlaku tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut.

“Apa yang telah beliau lakukan? Tiada apa. Rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.

“Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya umum lalu, tetapi inikah yang diberikannya kepada rakyat?

“Beritahu beliau supaya buat sesuatu dengan segera. Saya serius mengenai perkara ini,” titah baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli melawat Lembah Bertam yang terjejas ekoran kejadian banjir kilat pada 5 November lalu.

Yang turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah mengingatkan Palanivel, sekiranya masalah itu tidak diselesaikan segera, baginda serta rakyat tidak akan memilih beliau sebagai Ahli Parlimen lagi.

“Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan kepada kawasan sendiri terlebih dahulu.

“Jangan masa pilihan raya sahaja turun padang, lawat kawasan. Jaga tempat sendiri,” titah baginda.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sultan-terkilan-ahli-parlimen-8216-lepas-tangan-8217-1.26912#sthash.aCMYr2RH.dpuf

Sebab Syaikh Nuruddin Diharamkan Ceramah Di Malaysia

November 19, 2014



Oh negaraku! Yang penting program maksiat dibenarkan tanpa ada apa-apa halangan.

Tunggu bala dari Allah.

Minyak Orang Kaya Turun

November 18, 2014



Terima kasih kerajaan. Nak kena bising baru nak turun.

Perbandingan BODOH di page Sister in islam

November 16, 2014



Gambar di ambil kat fb page sister in islam.

Untuk pengetahuan admin sana, kedua-dua keadaan di dalam gambar tu adalah dilarang dalam islam.

Jangan sesatkan manusia la.

Program Munaqasyah Anjuran Pas Kelantan Hambar?

November 15, 2014










Awal pagi admin sedikit terganggu dengan sekeping gambar nak perhodohkan program yang dianjurkan oleh pas kelantan.

Dalam gambar program belum bermula dan ditulis perkataan berlawanan. Admin faham itu ayat nak perli dan sindir.

Loni admin lampirkan beberapa keping gambar terkini. Agak-agak la mung nak tipu pun!

Penganut Syiah Hantar Surat Kepada PM

November 13, 2014



Islam semakin celaru. Jamil khir hang tidur ke?

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Malaysia 2014



Tahniah buat yang menang.

No Pendaftaran Kereta Menteri



Semua boleh. Undang-undang di malaysia memang hebat.

Yang takut ialah rakyat, yang berani pak menteri.

Bagaimana Nasib Mereka Yang Telah Disaman?

November 12, 2014



Nasib la dengan undang-undang malaysia ni. Sekejap jalan sekejap tangguh. Buat dulu tak fikir nasib rakyat.

Last sekali menteri jadi hero? Pppuihhh!

Kuala Sala Kedah Dilanda Puting Beliung Kecil



Gambar dihantar oleh ahli whatsapp. Berlaku di kuala sala kedah.

Terkini! Polis Saman JPJ11?

November 9, 2014



Kalau ikutkan bila mereka nak bayar saman ni?

DS Anwar Rasmi Kursus Haji





Anwar berada di masjid seberang jaya pagi tadi untuk merasmikan majlis kursus haji berperingkat.

Bergembira Lah Semua Pondan



Nak buat macam mana, dasar persekutuan ciptaan kafir laknat.

Sekarang golongan yang melawan islam semakin berani. Mereka mencabar hukum allah.

Najib? Macam orang bodoh kalau rakyat nak harapkan pada najib.

Bil Astro Akan Naik Lagi RM 5?

November 7, 2014



Syabas dan tahniah. Terima kasih kerajaan malaysia.

Anwar dan Mahathir Solat Jumaat Sekali Tadi



Ramai yang tak perasan kan.

MEMBEDAH PEMIKIRAN KELOMPOK ISLAM LIBERAL

Oleh Dr Riduan Mohamad Nor

Terjahan kepada Islam berlangsung disepanjang zaman dan menuntut ummat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dikalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah dipelbagai posisi. Isu ini makin menjadi hangat dengan polemik SIS dan juga Majlis Fatwa dan juga pihak berkuasa agama yang lain.

Bentuk-Bentuk Pemikiran Golongan Islam Liberal

1. Mereka menganut fahaman pluralisme

Iaitulah fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: "Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran".

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut;

a. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup.

b. Kerana terpengaruh dengan fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Dalam isu murtad - seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh SUHAKAM pada 9 September.

Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa Hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi;

"Tidak ada paksaan dalam agama".

(Al-Baqarah; 256)

Menurut tafsiran ulama-ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara Aqidah dan Iman. Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar dari agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.

Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang soheh iaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya".

(Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas)

3. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman

Menurut golongan Islam Liberal, Al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama-ulama terdahulu. Tafsiran ulama-ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

"Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik". (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak hadis Nabi yang bermaksud "Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka" dengan mendakwa hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.

4. Mempertikai syari'at Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional

Pada pandangan mereka hukum syari'at Islam adalah ciptaan ulama dan fuqahak. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam Syari'at yang Qat'ie. Antara hukum-hakam Syari'at yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah;

a. Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita

b. Keharusan poligarni bagi lelaki.

c. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita

d. Hukuman bunuh ke atas orang murtad

e. Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah

f. Larangan wanita dari menjadi pemimpin termasuklah dalam solat.

g. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri

h. Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam

i. Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia

Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan Fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat dana sesiapa sahaja berhak bercakap tentamg agama.

5. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain. Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara. Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang muslim. Ini kerana persoalan yang berkaitana dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah PAS)

PERTIKAI FATWA BUKAN PENDIRIAN PAS SELANGOR

Saya ingin menegaskan di sini bahawa tindakan beberapa orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme adalah bukan pendirian PAS Selangor.

Sehubungan itu, laporan bahawa terdapat di antara mereka adalah pimpinan PAS Selangor adalah tidak benar. Terdapat media yang melaporkan bahawa salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Laporan ini adalah sama sekali tidak benar dan PAS Selangor kesal dengan tindakan tidak profesional media tersebut.

Kami juga melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar. Ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan. Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Tindakan Ahli-Ahli Parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu.

Wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam piliharaya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu. Oleh yang demikian, tindakan mereka akan dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya.

Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
6 November 2014

Benarkah Islam akan tertegak hanya dengan dialog?

November 6, 2014

Adakah pertembungan ideologi antara Islam dengan jahiliyah mampu ditangani dengan dialog sahaja ?

Adakah mereka benar-benar mahu berdialog dan sekiranya hujjah mereka salah mereka akan menerima dengan hati yang terbuka ?

Jika dengan dialog sahaja sudah mampu selesaikan semua masalah, maka sudah pasti dengan dialog kita sudah mampu menundukkan Israel dan US untuk tidak meneruskan pembantaian terhadap umat Islam di seluruh dunia khususnya di Palestin.

Sudah pasti juga para anbiya’ dan sahabat tidak perlu menunjukkan qudwah dalam mempersiapkan kekuatan untuk memerangi tentera-tentera dan berhala-berhala jahiliyah untuk ditundukkan dan dikalahkan.

Kadangkala kita menganggap segala permasalahan adalah pada kesalahfahaman yang berlaku, lalu kita cenderung untuk membetulkan kefahaman yang salah di kalangan penganut ideologi jahiliyah itu dengan cara dialog bersama mereka.

Lupakah kita akan kisah dialog Nabi Ibrahim AS bersama kaumnya yang Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quran di mana akhirnya Nabi Ibrahim AS dicampak ke dalam api oleh kaumnya walaupun baginda telah berjaya menundukkan mereka dengan hujah-hujah.

قَالُواْ حَرِّقُوهُ وَٱنصُرُوٓاْ ءَالِهَتَكُمۡ إِن ڪُنتُمۡ فَـٰعِلِينَ

(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya! (Al-Anbiya’ :40)

Apa yang akan berlaku dalam dialog nanti ?

Si anak jati Muslim akan pertahankan akidahnya dan ideologinya, si anak jati liberalis akan pertahankan akidahnya, si komunis pula akan pertahankan akidahnya.

Lalu hadirlah moderator yang membawa kepada kesimpulan bahawa kita punyai pandangan masing-masing, maka hormatilah pandangan setiap pihak dan jangan ada mana-mana pihak memaksa pihak lain menerima pandangan sendiri.

Kemudian baliklah para hadirin yang menghadiri dialog itu, mereka terdiri daripada pemandu teksi, pelajar universiti, tukang masak, ustaz Mesir dan doktor pakar. Masing-masing membawa idea bahawa kita mesti hidup harmoni dan tidak perlu memaksa pandangan masing-masing kerana setiap kita adalah berbeza.

Akhirnya mereka akan hidup harmoni dan aman dalam sebuah negara yang penuh keharmonian dan penghormatan satu sama lain.

Tamatlah kisah dialog.

Namun di sisi lain (selain dialog), gagasan jahiliyah berbentuk arus liberalisme pluralisme sekularisme humanisme, mereka sedang memaksa ideologi-ideologi mereka yang menolak Tuhan ke dalam jiwa masyarakat.

Mereka ada selebriti yang selalu ditonton oleh masyarakat awam. Mereka punyai media yang selalu mempamerkan berita dan cukup tidak adil dalam menilai isu. Mereka ada bolasepak yang melalaikan. Mereka ada kuasa veto dalam PBB. Mereka ada bom nuklear yang boleh hancurkan Hiroshima dan Nagasaki. Mereka ada kempen berbagai-bagai perkara seperti membenarkan LGBT, kempen minum arak, kempen buat benda haram dan yang sewaktu dengannya.

Hakikatnya mereka sedang ‘memaksa’ umat ini untuk menerima cara hidup mereka, lalu luntur dengan perjuangan agama yang sepatutnya.

Adapun para pejuang dialog Islam yang lain, mereka sibuk membaca buku, membuat kajian dan mengumpulkan hujjah, hanya untuk mengisi jemputan dialog si pihak liberalis dan menjadi panelis, untuk mengisi beberapa jam penerangan yang diberikan kepada mereka, yang seolah-olah itulah dia dakwah para Nabi SAW dan sahabat RA sebenarnya.

Sedangkan pihak jahiliyyah berdakwah dan ‘memaksa’ orang lain selama 24 jam sehari, dalam segala bentuk. Pejuang dialog pula berjuang dalam medan yang dicipta itu, untuk membawa agenda keharmonian.

Alangkah sadisnya.

Adakah ia adalah pada dialog ? Atau semata-mata pengalihan isu ?

Soal saya kepada “pejuang dialog”, dimanakah kedudukan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anfal ini?

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡ‌ۚ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;

Ust Ahmad SYamil Esa
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Agak-agak la kalau nak menipu pun



Banyak kali dah page ni berbohong.

5 remaja mengaku salah merusuh di asrama anak yatim di Perlis

KANGAR: Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim, antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.

Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Badius Zaman Ahmad. Selepas pertuduhan, kelima-lima remaja berkenaan yang tidak diikat jamin dibawa ke lokap untuk ditahan.

Kelmarin, satu klip video berdurasi hampir tujuh minit yang menunjukkan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar lain di sebuah bilik asrama dipapar dan disebar di laman sosial.

Mayat Warga Indon Ditemui di Cameron



Alhamdulillah. Mayat warga indon ditemui dengan cepat. Terima kasih kepada semua warga keselamatan dan penyelamat.

MEMANG PATUT SIS HARAM!

SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan akhlak yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan maksima adalah pengukur moraliti. Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu.

SIS juga menyokong tindakan Amina Wadud menjadi imam dan khatib sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commanwealth di New York.

Pada Julai 2006 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan fatwa tentang aliran pemikiran liberal dan memutuskan ia adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Sisters In Islam memperjuangkan Islam Liberal ini.

Kandungan Program Dialog Fatwa Perdana anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 18 Sept 2014 menyebut “bahawa liberalisme ialah serangan pemikiran yang mengarah kepada keterbukaan dan kebebasan dalam mentafsirkan agama dari belenggu tafsiran lama kepada tafsiran baru yang lebih segar mengikut kehendak semasa tanpa mengambilkira nas-nas qat’ie yang telah disepakati oleh para ulamak terdahulu. Pluralisme agama pula ialah menyamakan semua agama yang disebut di dalam bahasa Inggeris sebagai Transcendent Unity Of Religions (keunggulan perpaduan antara agama). Slogan ini merupakan sebahagian daripada agenda mereka yang memperjuangkan Islam Liberal bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia termasuklah gerakan yang sangat kuat pengaruhnya di negara jiran kita Indonesia”.

Pada 13 hingga 17 Februari tahun 2009, diadakan Musawah iaitu perhimpunan besar-besaran penganut fahaman sesat Islam Liberal di dunia untuk mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan. Mereka yang hadir ialah tokoh Liberalis Muslim yang dipertikaikan oleh Ulama Islam muktabar termasuklah Muhammad Khalid Masud, Pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Hussein Muhammad dan Siti Musdah Mulia dari Indonesia, Zainah Anwar dari Malaysia. SIS menyokong usaha ini.

Pada 9 November 2012, SIS buat kenyataan bahawa orang yang sudah beragama Islam juga mempunyai kebebasan memilih agama lain selain daripada Islam.

Dengan pelbagai gerakkerja dan kenyataan SIS yang menyeleweng ini, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri-Negeri perlu bertegas dan tidak perlu bagi seseorang muslim yang beriman kepada Allah untuk mempertahankan anutan SIS ini seterusnya bertapak di Malaysia ini. Bertaubatlah SIS!

Via ustaz Asri Ed-Diwanie

Trak FRU Sudah Memenuhi Sekitar Istana Kehakiman Putrajaya



Doakan semua dalam keadaan yang baik dan selamat.

Terkini! Banjir Kilat Kali Ke Dua Di Cameron Highland







Berita lanjut akan menyusul.

Harga terbaru rokok bermula esok

November 5, 2014



Syabas dan tahniah. Kerajaan tahu golongan ini tak pernah membantah.

Kaabah Dari Dulu Hingga Sekarang



Allah akan pelihara dengan sebaik yang mungkin.

Semoga allah makbulkan diri kita untuk ke sana. Amin

Semoga Cikgu Azman Tabah



Bapa mangsa yang hilang di hutan sekayu begitu sedih dan sebak apabila mengetahui mayat yang dijumpai ialah anaknya.

Semoga tabah cikgu azman.

Pelajar Hilang Di Sekayu Ditemui Mati

November 4, 2014

KUALA TERENGGANU: Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Jangan Langgar Saya



Perggg.. Memang kreatif la budak-budak zaman sekarang ni.

Semoga adik maju jaya.

Lelaki Pakai Bra? Tunjuk Tanpa Rasa Segan?

November 3, 2014



Ya allah. Jauhkan keturunan kami dari perkara yang menyesatkan dan melencong dari panduan agama islam

Tragedi MH317 jadi bahan jenaka?

November 2, 2014



Apa sudah jadi? Mereka tiada sensitiviti sikit pun pasal ni.

Pahang Pertahankan Piala Malaysia 2014



mkhairil@bh.com.my


PEMAIN Pahang meraikan kemenangan menjuarai Piala Malaysia 2014 selepas menundukkan JDT, 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Perlawanan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat masa penuh permainan dan 30 minit masa tambahan turut gagal menghasilkan sebarang gol.

Hadir dengan semangat tinggi, Pahang begitu pun terpaksa bergelut apabila terpaksa beraksi 10 pemain ketika perlawanan masih berbaki 30 minit.

Begitupun, ia tidak melemahkan semangat pemain Pahang malah tidak menerapkan corak permainan bertahan sepenuhnya untuk meledak gol penyamaan.

Pada minit ke-68 perlawanan, Pahang jelas tertekan apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Mohd Saiful Nizam diarah keluar padang kerana mengasari Amri Yahyah.

Begitupun, kekurangan itu tidak melemahkan moral Pahang yang meledak gol penyamaan, dua minit selepas itu menerusi gol kedua Dickson Nwakamae.

Menerusi gerakan yang dibuat Mohd Hafiz Kamal, bola yang dihantar tepat ke kaki Damion Stewart pantas dihalakan kepada Nwakamae yang meledak gol penyamaan Pahang.

Kemenangan turut menyaksikan JDT gagal menamatkan badi ke atas Pahang selepas gagal mencatat kemenangan dalam dua pertembungan musim ini.

Memiliki pemain yang pernah beraksi di pentas final tahun lalu, Pahang kelihatan lebih tenang mengawal permainan dan berjaya melancarkan beberapa serangan ke gawang JDT namun gagal menerjah gol.

Namun keadaan padang yang licin akibat hujan sebelum permainan dilihat agak merencatkan sedikit gerakan kedua-dua pasukan.

Pahang begitupun terlebih dulu di depan seawal minit ke-14 menerusi tandukan penyerang 'besi', Nwakaeme yang menyambut kemas sepakan percuma Azidan Sarudin.

Pahang memperoleh sepakan percuma itu selepas pemain sayap lincah, R Gopinathan dijatuhkan pertahanan JDT, Mahali Jasuli.

Seakan terdesak dengan jaringan Pahang, JDT pantas mengubah kepantasan permainan dan hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kapten, Safiq Rahim namun berjaya ditampan pertahanan Pahang.

Perlawanan kemudian bertambah panas yang menyaksikan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed terpaksa melayangkan kad kuning kepada Jasazrin Jamaluddin kerana mengasari Gopinathan.

Memasuki minit ke-31 permainan, JDT memperoleh jaringan penyamaan menerusi jaringan penyerang import, Jorge Diaz yang tidak mempersia-siakan kekalutan di depan gawang Pahang dengan meledak masuk gol menewaskan penjaga gol, Khairul Azhan.

Dan berselang empat minit, JDT dianugerahkan sepakan penalti selepas kapten Pahang, Razman Roslan memegang bola kawasan penalti.

Penalti disempurnakan seorang lagi pemain import JDT, Luciano Figueroa.

Permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling melakukan beberapa cubaan berbahaya namun gagal menambah jaringan.

Memasuki babak kedua, perlawanan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

JDT hampir menambah gol ketiga pada minit ke-52 namun cubaan Figueroa terkena tiang sekalipun penjaga gol Pahang, Khairul Azhan sudah pun tertewas.

Gerakan cantik itu yang bermula menerusi Diaz itu gagal disudahkan Figueroa sekalipun hanya berhadapan dengan Khairul Azhan.

Sekalipun JDT jelas mendominasi permainan, tiada tambahan gol berjaya dijaringkan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Pada masa tambahan, Pahang jelas terpaksa lebih bertahan namun tetap berjaya mendapatkan beberapa peluang.

Kali terakhir peminat Johor menikmati nikmat menjulang Piala Malaysia ialah pada 1991 dan bagi Pahang, ia menjadi kejuaraan keempat.

Kali terakhir perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti ialah pada 1998 yang menyaksikan Perak muncul juara dengan membenam Terengganu 5-3 selepas permainan terikat 1-1 tamat masa permainan.

Tahun lalu, Pahang muncul juara buat kali ketiga selepas menewaskan Kelantan 1-0.

Anak Che Ta Dan Zain

November 1, 2014



Syabas dan tahniah buat che ta. Semoga allah tambahkan kebahagian anda sekeluarga.

Bos Apple Seorang Gay?



Syabas buat pengguna apple :)

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.