News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Rakyat Malaysia selamat tiba dari Pyongyang

March 31, 2017

JUMAAT, 31 MAC 2017 - 5:16AM

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim; Nasaruddin Parzi dan Suhaila Shahrul Annuar
bhnews@bh.com.my




Pesawat khas yang bawa sembilan rakyat Malaysia dari Pyongyang, Korea Utara selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada jam 5.03 pagi. - Foto Twitter BERNAMA

SEPANG: Sembilan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara sejak 7 Mac lalu susulan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara, selamat tiba di tanah sebentar tadi.

Mereka tiba pada jam 5 pagi di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menaiki pesawat khas dari Pyongyang, Korea Utara.

Mereka ialah Pembantu Peribadi Duta Besar, Noor Saaidah Jamaluddin, 29; suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta ahli keluarga masing-masing.

Terdahulu, kepulangan mereka dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penerbangan mereka berlepas meninggalkan Pyongyang pada jam 7.45 malam tadi (waktu Malaysia).

Krisis hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tercetus selepas Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol diarahkan pulang kerana mengkritik pihak berkuasa negara ini berhubung penyiasatan kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Pada 13 Februari lalu, Jong-nam didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing ketika berada di klia2 untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita warga asing iaitu Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu.

Media lidah syaitan!

March 29, 2017



STORY: Che Abdullah nafi laporan Utusan, belum tahu masa depan PKR di Kelantan

Anne Muhammad

Setiausaha PAS negeri Kelantan menafikan memberi gambaran kepada Akhbar Utusan Malaysia bahawa beliau menyatakan parti itu akan mengambil kembali kerusi Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diistilahkannya sebagai ‘dipinjamkan' kepada PKR di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). "Kenyataan saya dipetik dalam konteks yang Tidak betul."

Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata beliau tidak tahu masa depan PKR di negeri itu sehingga ia diputuskan dalam Muktamar yang akan berlangsung di Kedah hujung bulan depan ATAU dibuat oleh JK Parti diperingkat Pusat.

“Masa depan PKR di Kelantan kita belum tahu lagi. Saya dah baca tapi berita itu tak betul ditulis dalam konteks yang salah.

“Saya ditanya (wartawan), berapa kawasan yang buat usul putuskan hubungan (dengan PKR) jadi saya kata kita, (PAS negeri) terima sahaja usul dan belum kira berapa (usul) yang minta kaji hubungan tahaluf siyasi.

“Lalu dia tanya apakah PAS Kelantan akan buat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR, jadi saya kata tertakluk dengan keputusan di pusat,” katanya kepada Malaysiakini.

Che Abdullah turut berkata bahawa beliau ditanya adakah PAS akan memutuskan hubungan dengan PKR sekiranya dipersetujui dalam muktamar serta mengambil kembali kerusi PKR di negeri itu.

“Lalu dia (wartawan) tanya, kalau Pusat dah buat keputusan putuskan tahaluf siyasi dengan PKR, adakah PAS akan ambil kerusi itu dan saya kata mestilah, kita akan Ambil tindakan selaras dengan Keputusan yg dibuat diperingkat pusat.

“Soalan dia mari awal Samaada PAS-PKR akan berpecah, kalau pecah memanglah PAS akan bertanding di kerusi PKR bertanding. Saya dah sebut dari awal, belum tahu lagi (keputusan sebab) Pusat yang akan buat keputusan,” katanya.

Akhbar milik Umno itu hari ini melaporkan PAS Kelantan akan mengambil kembali kerusi Parlimen dan juga DUN yang diistilahkannya sebagai ‘dipinjamkan' kepada PKR di Kelantan pada PRU13 selepas mengambil kira keadaan politik semasa membabitkan hubungan kedua-dua parti yang semakin retak.

http://www.malaysiakini.com/news/377361

Akhbar itu juga memetiknya, berkata, perkara itu berlaku kerana PKR sering berada sepentas dengan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diketuai DAP untuk menyerang kerajaan negeri Kelantan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri itu berkata PAS akan terus menjalinkan kerjasama dengan PKR sehingga ia diputuskan dalam muktamar tahunan PAS atau keputusan diperingkat Pusat.

“Sekarang belum ada keputusan. Dalam muktamar akan bincang panjang lebar tapi belum ada keputusan. Kita masih teruskan hubungan dengan PKR sehingga ada keputusan lain,” katanya.

Kelantan memiliki 14 kerusi parlimen dan pada PRU13, PKR bertanding di tiga tempat iaitu Tanah Merah, Ketereh dan Machang manakala di peringkat DUN, parti itu diberi ruang di Pengkalan Kubor, Kuala Balah, Guchil dan Nenggiri.

Bagaimanapun hanya satu kerusi yang dimenangi oleh PKR iaitu DUN Guchil.

Rakyat Malaysia Dibebaskan Sudah Sampai Di KL

March 27, 2017



Seorang daripada lima rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai tahun lepas, disahkan selamat tiba di tanah air, malam tadi.

Gustia Sultan, isteri kepada Tayudin Anjut, berkata polis telah menghubungi beliau dan memaklumkan suaminya selamat tiba di Kuala Lumpur dari Manila.

Gustia, bagaimanapun berkata beliau tidak dimaklumkan secara terperinci berhubung waktu ketibaan dan lokasi suaminya berada ketika ini.

TANPA ALKOHOL & TIDAK LAYAK MEMOHON

March 26, 2017



TANPA ALKOHOL & TIDAK LAYAK MEMOHON

Soalan:-

Adakah minuman jenama Tiger yang tiada alkohol mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia?

Jawapan:-

Minuman jenama tiger tiada alkohol tersebut BUKAN PEMEGANG DAN TIDAK LAYAK MEMOHON SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

1. Sekiranya produk ini dibuat dari premis yang membuat arak (الخمر), maka hukumnya adalah Haram sekalipun ia dilabel sebagai TANPA ALKOHOL.

2. Selain itu, JAKIM menetapkan bahawa pengilang yang menghasilkan produk halal dan haram TIDAK LAYAK MEMOHON sijil halal. Syarat yang ditetapkan oleh JAKIM berasaskan kepada ketentuan fatwa.

3. Sebuah kilang arak pernah menghubungi kami untuk mendapatkan nasihat bagi membolehkan mereka memperolehi sijil halal untuk produk luar negara. Jawapan kami : TIDAK LAYAK MEMOHON.

4. Pernah juga kantin sebuah kilang arak ingin mendapatkan sijil halal untuk kantin pekerjanya. Jawapan Bahagian Hab Halal JAKIM : TIDAK LAYAK MEMOHON.

5. Menarik bukan?? Bekerja di kilang arak tetapi mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan makanan di kantin benar-benar HALALAN TOYYIBAN!!

Jauhi yang HARAM dan SYUBHAH,
moga dirahmati ALLAH.

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

Terima kasih Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim



Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata Malaysia masih menggunakan undang-undang am dari England “common law of England”, tapi undang-undang am yang lapuk yang dimaktubkan pada 1956.

“Punya antiknya undang-undang kita,” begitulah kata-kata Tun Dr Ahmad Fairuz. Malaysia, katanya, walaupun sudah melebihi 50 tahun merdeka tapi undang-undangnya masih di bawah tempurung penjajah.

“Sudah sampai masanya kita memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara, tapi juga perundangan antarabangsa. Apakah tidak sesuai dan wajar common law of English ini digantikan dengan mana-mana sistem sekalipun asalkan perundangan itu difikir sesuai oleh mahkamah demi melaksana dan memberi keadilan,” tegas beliau.

Bukan itu sahaja, beliau juga berpendapat bahawa undang-undang bertentangan sumber utama undang-undang Islam – Al-Quran dan Sunnah – juga akan terbatal.

Mengenai RUU355, Tun Dr Ahmad Fairuz berkata beliau tidak nampak sebab kukuh mengapa orang bukan Islam menentang kerana ia tidak melibatkan mereka tapi pada masa yang sama, orang Islam gembira apabila hukuman Islam dilaksanakan ke atas mereka.

“Mengapa bukan Islam pula yang memperjuangkan kesaksamaan di dalam hal ini? Orang Islam tidak menuntut kesaksamaan di dalam hal ini (hukuman syariah) kerana semuanya tahu orang Islam di negara ini terikat dengan dua undang-undang. Sememangnya Akta 355 tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang bukan Islam perlu risau?” tambah beliau lagi.

PAS menyanjung tinggi pandangan yang dikeluarkan Tun Dr Ahmad Fairuz.

Realitinya undang undang adalah bertujuan menyelesaikan pertikaian dan mencegah kesalahan dam jenayah. Andainya kita telah menyedari bahawa undang-undang yang ada gagal mencapai objektif tersebut, apakah wajar kita meneruskan sistem yang gagal itu - sedangkan natijahnya ialah kegagalan?

Di saat gagalnya sistem ciptaan manusia bagi membina masyarakat yang sejahtera, apakah kita tidak boleh memberi ruang dan peluang kepada sistem yang diturunkan oleh Allah untuk kebaikan manusia dilaksanakan?

Malaysia yang berbangga dengan usaha menerajui sistem perbankan Islam, hub halal dan lain kini mampu menerajui perubahan kepada sistem perundangan Islam sebagai model keharmonian dan kejayaan negara.

Kita perlu mengetepikan rasa curiga yang tidak berasas dan melihat kepada fakta dan pandangan ilmiah.

Tidak dinafikan kecurigaan juga timbul daripada tindak-tanduk segelintir orang Islam yang berkuasa hari ini yang tidak memberikan contoh dan keyakinan yang baik kepada model Islam yang sebenar, akan tetapi kajian sejarah keagungan era pemerintahan Islam di seluruh dunia dan kejayaan membina negara dengam pelbagai bangsa dan agama hidup secara harmoni tidak sepatutnya dilupakan.

Sejarah pertembungan Islam dan Barat dan dendam yang tidak padam terhadap Islam menyebabkan Barat sentiasa mengada-adakan ketakutan dunia kepada Islam, sehingga sanggup mewujudkan dan membiayai kumpulan pelampau di atas nama Islam.

Ketakutan dunia kepada Islam yang ditaja oleh Barat menyebabkan tiadanya usaha untuk memberi peluang kepada apa-apa sistem Islam untuk dilaksanakan. Segala usaha untuk memperkenalkan sistem Islam sentiasa dicurigai dan dicop sebagai gerakan Islamisasi yang perlu diperangi setiap masa.

Namun apakah faedah daripada usaha ini?

Hari ini, dunia bertambah kacau, peperangan dan pembunuhan bertambah ganas dan kekacauan bukan sahaja berlaku di negara umat Islam, sebaliknya keganasan juga mulai tular di kalangan masyarakat bukan Islam di Barat. Apakah semua petaka ini perlu diletakkan bebanannya ke atas bahu Islam?

Islam ialah agama yang menjunjung keamanan. Kini sampailah masa para cendekiawan dari pelbagai bidang dan agama untuk duduk bersama membincang, mencari jalan dengan penuh jiwa besar meneliti sistem Islam samada dalam ekonomi, politik, perundangan dan lainnya sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara kini.

Sekali lagi, PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Ahmad Fairuz di atas pandangan bernas beliau.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Mac 2017

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-210

March 25, 2017



PERUTUSAN KHAS
PRESIDEN PAS
SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-210

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pegawai, anggota dan kakitangan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210.

Kewibawaan, integriti, kecekapan dan pengorbanan PDRM dalam menjalankan tanggungjawab serta peranan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam amatlah dihargai.

Kesungguhan PDRM menangani dan mengekang jenayah khususnya, merupakan sumbangan besar kepada jaminan keharmonian rakyat dan pembangunan negara.

Namun, dalam realiti cabaran dunia masa kini, perlunya kemahiran persiapan anggota dan aset dipertingkatkan dari masa ke semasa agar mampu mendepani setiap situasi yang mendatang.

PAS berharap, pihak kerajaan memberi perhatian sebaiknya terhadap usaha mengukuhkan keupayaan semasa PDRM termasuk kebajikan kalangan keluarga, anggota ditimpa musibah dan yang telah bersara dari perkhidmatan.

Masyarakat juga diseru agar sentiasa memberi kepercayaan dan kerjasama sebagai satu sokongan bergandingan bahu supaya matlamat kesejahteraan dapat dikecapi semua.

lnilah Penyelesaian Kita

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
26 Jamadil Akhir 1438H | 25 Mac 2017M

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden FAM



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden FAM penggal 2017-2021 tepat pukul 11 pagi Sabtu. - Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin

[Tonton berita lanjut di ASTRO 502, HyppTv 410 , MyTV 121 & webtv.bernama.com]

Catatan Parlimen: Ahli Parlimen PAN Pertikai RUU 355



Catatan Parlimen: Ahli Parlimen PAN Pertikai RUU 355

1. Semalam, berakhirnya sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Jabatan Perdana Menteri menjadi Kementerian terakhir yang menjawab segala persoalan yang telah dibangkitkan oleh para Ahli Parlimen dalam sesi perbahasan pada minggu sebelum itu.

2. Sesi penggulungan merupakan giliran Menteri untuk menjawab dan sekiranya ada yang ingin mencelah bertanya, terserah kepada Menteri samada ingin memberi izin ataupun tidak. Hal ini kerana ada kalanya pencelahan dibuat bukan untuk bertanya tetapi berbahas panjang dan provokasi pula.
Contohnya, seperti yang dibuat oleh ADUN PAN Kuasa 10 di DUN Kelantan ketika MB membuat penggulungan.
Dewan ada peraturan yang perlu dipatuhi, bukannya boleh bangun bercakap sesuka hati seolah dalam rumah sendiri.
Bukanlah menjadi indikator perlu dihalau keluar dari Dewan baru diiktiraf sebagai pejuang sejati.

3. Sebelum itu, kecoh dalam dewan apabila mereka bising ketika Noh Omar enggan memanggil nama "Amanah" terhadap mereka.
Wah, begitu melenting apabila digelar PAN dalam Dewan.
Lawak bukan.?
Amanah apa bertanding atas nama PAS, menang atas nama PAS, tiba-tiba keluar PAS, bawa lari kerusi PAS, khianat kepada PAS kemudian mewajibkan semua orang panggil mereka Amanah.

4. Ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama Islam, Dato' Seri Jamil Khir membuat penggulungan, antara isu yang dijawab ialah RUU 355. Beliau menjawab persoalan RUU 355 yang turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang dan Rantau Panjang ketika sesi perbahasan dulu.
Lalu, Ahli Parlimen PAN pun bangun bersilih ganti khususnya Shah Alam, Sepang dan Parit Buntar.

5. Ahli Parlimen PAN yang bangun ini bukannya mahu menyokong RUU 355, mereka lebih sibuk mencari 1001 dalih dan mempertikaikan cadangan pindaan Akta 355 oleh YB Tuan Guru Presiden PAS.
Antara yang disebut oleh mereka ialah;
a) YB PAN Parit Buntar kata sebatan syariah belum pun lagi dilaksana di Malaysia kerana tidak ada kepakaran.
Dia juga mahu aspek pentadbiran Mahkamah diutamakan berbanding peningkatan hukuman.
Dia mendakwa Islam membenarkan kita berbeza pandangan dalam hal pelaksanaan syariat.
b) YB PAN Sepang kata sebatan syariah sekarang belum layak dipanggil syariah kerana tidak dilaksanakan di hadapan khalayak awam
c) YB PAN Shah Alam kata sekiranya pindaan Akta 355 berjaya diluluskan, ia akan menyebabkan ketidakseragaman hukum Islam di setiap negeri.
Dia juga mendakwa RUU 355 ini tidak berpelembagaan kerana tidak mendapat restu Majlis Raja-Raja Melayu.
RUU 355 ini dikatakan melalui 'pintu belakang' apabila PAS berpakat dengan Kerajaan Pusat.
RUU Persendirian tidak pernah dalam sejarah berjaya dibawa oleh Ahli Parlimen Pembangkang.
Dia mahu persoalan ini mendapat persetujuan Ketua Hakim Mahkamah Syariah di setiap negeri.
d) YB PAN Kuala Terengganu pula berkata RUU 355 ini akan menjadi precedent kerana ianya tidak melalui Majlis Raja-Raja Melayu

6. Menteri JPM pun menjawab;
a) Sebatan syariah ini sudah pun dilaksanakan di Malaysia bahkan pernah pesalah disebat di dalam Mahkamah Tawau Sabah.
Masalahnya, orang ramai tidak tahu pun bagaimana pelaksanaannya.? Ada yang menyangka seperti dibuat oleh Taliban di Afghanistan, Syria, dan Iraq.
Sebatan syariah tidak boleh melukakan seperti sebatan sivil, bahkan pesalah tidak pun dibuka auratnya.
b) Kerajaan sememangnya sedang berusaha memperkasa Mahkamah Syariah termasuk dari sudut perjawatan dan gaji hakim, 3 peringkat kepada 5 peringkat Mahkamah.
c) RUU 355 ini sekiranya diluluskan ia bukannya automatik terlaksana sepertimana Akta Parlimen yang lain. Akta Mahkamah Syariah ini hanya memberi punca kuasa kepada pelaksanaan di peringkat negeri. Terserahlah kepada Kerajaan Negeri yang mahu meminda atau pun tidak enakmen Mahkamah Syariah di negeri masing-masing dan juga tertakluk kepada perkenan Sultan yang merupakan Ketua Agama Negeri.
d) Menteri menyeru kesemua Ahli Parlimen Islam tidak kira parti mana bersatu dalam hal melibatkan agama Islam sepertimana kita puasa, solat dan haji tetap pelaksanaannya sama walaupun berbeza parti.

7. Kasihan melihat gelagat Ahli Parlimen PAN ini, demi mempertikai RUU 355 bermacam alasan dan dalih diguna untuk menolaknya. Tiba-tiba hendak menjadi wira kononnya membela Majlis Raja-Raja Melayu.
Mereka ini terlupa atau buat-buat tidak tahu..?
Sejak sekian lama, Perlembagaan Malaysia sudah pun menetapkan Islam termasuk dalam Senarai Kuasa Negeri dalam Jadual Kesembilan.
Para Sultan adalah Ketua Agama bagi setiap negeri beraja manakala Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja.
Sebab itu juga janganlah pelik di Malaysia kita ada 14 orang Mufti kerana mereka dilantik oleh Sultan di setiap negeri .
Enakmen Syariah juga berbeza antara Negeri. Sebab itu, di Kelantan dan Terengganu adanya enakmen yang mengkanunkan berkenaan Hudud, Qisos dan Takzir kerana PAS yang membuat pindaan tersebut melalui sidang DUN dan mendapat perkenan Sultan.

8. Ahli Parlimen PAN juga mungkin terlupa pindaan Akta 355 ini bukannya kita mahu pindaan Perlembagaan. Ia adalah akta biasa sepertimana akta lain yang diluluskan dalam Parlimen.
RUU Persendirian juga ada dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Ia adalah hak mana-mana Ahli Parlimen untuk mengemukakannya ke dalam Dewan.
Samada RUU Persendirian itu berjaya atau tidak itu bergantung kepada hasil pengundian di dalam Dewan.

Ini belum pun lagi RUU 355 dibahaskan dan dibuat pengundian, bermacam tuduhan dan dakwaan jahat dilemparkan oleh mereka terhadap Tuan Guru Presiden PAS.
Mengapa gelabah sangat ini.?
Hendak sokong atau pun tidak Akta Mahkamah Syariah yang sudah 33 tahun tidak dipinda.?
Takkanlah hal ehwal ummat Islam ini pun, PAN masih perlu mendapatkan izin restu daripada Tetuan DAP yang amat dikasihi itu..?

9. Ahli Parlimen Sepang buat posting di FB pertikai mengapa Ahli Parlimen PAS tidak bangun ketika Menteri JPM menggulung semalam.?
Jawapannya mudah sahaja.
a) Ahli Parlimen PAS sudah pun menyuarakan isu RUU 355 dalam sesi ucapan perbahasan. Penggulungan adalah sesi menjawab oleh Menteri.
b) Ahli Parlimen PAS tahu peraturan mesyuarat, bangun sekiranya mahu mendapat penjelasan lanjut bukannya berbahas panjang pula ketika penggulungan Kerajaan.

Maaf YB Sepang, usahlah samakan Ahli Parlimen PAS seperti ADUN PAN Kuasa 10 yang tidak tahu peraturan mesyuarat.
Dan mengapa pula YB mahu sibuk hal ehwal Ahli Parlimen PAS hendak bangun bertanya ataupun tidak.?
YB bukan Ahli parlimen PAS lagi kan.? Jadi, sila jaga parti sendirilah. Takkan YB mahu menjadi seperti DAP yang sibuk hendak menjadi pak Nujum penentu masa depan PAS.?

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
24 Mac 2017

Kerajaan tetap tidak akan membenarkan tayangan filem Beauty and The Beast jika Walt Disney enggan menapis adegan gay

March 18, 2017



Kerajaan tetap tidak akan membenarkan tayangan filem Beauty and The Beast jika Walt Disney enggan menapis adegan gay seperti yang dicadangkan Lembaga Penapisan Filem. Malaysia mempunyai undang-undang dan budaya tersendiri yang perlu dihormati Walt Disney - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed

[Tonton berita lanjut di ASTRO 502, HyppTv 410 , MyTV 121 & webtv.bernama.com]

TERKINI] Kira-kira 50 warga Korea Utara di Sarawak akan dihantar pulang ke negara asal dalam masa terdekat - TPM

March 14, 2017



[TERKINI] Kira-kira 50 warga Korea Utara di Sarawak akan dihantar pulang ke negara asal dalam masa terdekat - TPM @Zahid_Hamidi @501Awani

Tangkapan kes syabu di Gopeng, 70kg syabu

March 13, 2017



Syabas STING @PDRMsia tkap 4 org, bongkar makmal proses Syabu di Gopeng, Prk. Rpas bahan2 yg boleh hasilkan lebih 70kg syabu. #GoPDRMGo

Catatan Parlimen: Hentikanlah Fitnah 90 Juta



1. Hari ini, dalam jawapan bertulis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkenaan dakwaan PAS menerima RM 90 Juta daripada UMNO telah terjawab.

2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Jawatankuasa Menilai Maklumat SPRM mendapati;

a) maklumat yang diterima tidak jelas
b) tiada unsur yang membolehkan siasatan dibuat terhadap PAS

3. Jelas, terang dan nyata kan?

Siasatan tidak pun dapat dibuat kerana ianya dakwaan yang tidak ada bukti.

Hanya sebaran fitnah politik persepsi oleh pihak yang bermusuh dengan PAS.

Bagaikan sudah menjadi trend pula sekarang, si penuduh sesuka hati menyebar fitnah tanpa bukti, si mangsa pula yang kena membela dirinya dengan tindakan saman terhadap yang menuduh. Sekiranya tidak saman seolah-olah si mangsa sudah dihukum bersalah pula.

Kepada yang masih berterusan menyebar fitnah ini, sila tanyakan di mana bukti dakwaan tersebut?

Takkan kamu lebih hebat daripada SPRM yang tugasnya menyiasat?

(Pegawai PAS di Parlimen)

Najis Tikus Bahagian Dapur Kedai Nasi Kandar Line Clear



Kedai nasi kandar popular di Pulau Pinang, Line Clear telah diarah tutup selama dua minggu selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di bahagian dapur.

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan arahan itu selepas beberapa pegawainya membuat pemeriksaan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di tiga buah kedai makan di Penang Road pada Isnin.

Selain Line Clear, restoran Yasmeen yang terletak di sebelahnya juga telah diarah tutup buat sementara waktu. Tiada tindakan diambil ke atas kedai makan ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan MBPP Ong Ah Teong berkata restoran telah diarah tutup selama dua minggu bermula pukul 8 malam Isnin.

"Kami beri mereka lanjutan masa selepas mereka membuat permohonan," kata Ah Teong.

Beliau berkata, bangkai tikus telah ditemui di salah sebuah premis manakala kedua-dua restoran didapati mempunyai najis tikus, lipas dan tandas yang kotor.

Ini adalah kali pertama sepanjang operasi Line Clear selama 70 tahun dikeluarkan perintah sedemikian.

Datuk Lee Chong Wei Menang All England, Tahniah!

March 12, 2017



Malaysia’s Datuk Lee Chong Wei emerges All-England champion for the fourth time after defeating Shi Yuqi from China(21-12, 21-10)

Datuk Nicol David mengakhiri kemarau 15 bulan gelaran dalam Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA)



Datuk Nicol David mengakhiri kemarau 15 bulan gelaran dalam Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas muncul juara kejohanan sulung Ciudad de Floridablanca di Colombia.

Datuk Nicol yang kali terakhir muncul juara di Terbuka Hong Kong pada Disember 2015, menunjukkan penguasaan gelanggang yang baik untuk menewaskan Olivia Blatchford dari Amerika Syarikat 11-3, 11-4, 11-8 dalam pertarungan selama 70 minit.

Walaupun perlawanan dihentikan selama 40 minit pada kedudukan 6-6 di set ketiga akibat hujan, ia tidak mampu menyekat Datuk Nicol untuk menambah gelarannya dalam jelajah dunia kepada 81.

Tandas klia2 kotor, pekerja asyik dengan telefon



Oleh Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my

BATU PAHAT: Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) perlu meningkatkan pemantauan terhadap kebersihan tandas di lapangan terbang negara ini terutama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang tidak memuaskan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata ia berikutan pemeriksaan mengejut tiga jam yang dilakukannya Selasa lalu di klia2, mendapati tahap kebersihan tandas di lapangan terbang berkenaan masih belum memuaskan.

Katanya, perkara itu mengecewakan apatah lagi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegur masalah kebersihan itu secara terbuka di akaun media sosialnya bulan lalu.

Beliau berkata, MAHB perlu bertegas dan meningkatkan pemantauan di tandas lapangan terbang kendaliannya terutama klia2 kerana ia masih berada di bawah tahap memuaskan.

"Saya memeriksa 38 tandas dalam lawatan mengejut bermula jam 9 malam itu dan mendapati kerja pembersihan tidak dilakukan sehingga lebih tiga jam padahal ia perlu dibuat setiap jam.

"Bekas cecair pembersih pada mangkuk kencing lelaki juga kebanyakannya tidak diisi dan dibiar kosong, menyebabkan bau hancing dan hamis tidak hilang malah jika ada yang diisi pun cecairnya sudah dilarut dengan air yang banyak.

"Menerusi pemantauan saya pekerja pembersihan kurang berdisiplin dan terlalu asyik dengan telefon bimbit mereka sehingga kerja pembersihan tidak dijalankan mengikut jadual.

"Saya menyarankan supaya MAHB melantik lebih ramai kontraktor pembersihan di klia2 berikutan kontraktor sedia ada tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat bersama Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab Han Ramin, di Pejabat Daerah, di sini, hari ini.

Pada 13 Februari lalu, Perdana Menteri menerusi catatan di laman Twitter miliknya meminta pengurusan KLIA menjaga tahap kebersihan tandas awam bagi memastikannya seiring tahap piawaian antarabangsa.

"Saya banyak terima aduan, tak sepatutnya berlaku. Kita perlu pastikan kemudahan awam sentiasa bersih dan selesa untuk kegunaan semua," katanya

PANDANGAN UNDANG-UNDANG LAJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA KELANTAN BERKENAAN ISU PEMBUBARAN CAWANGAN PAS



PANDANGAN UNDANG-UNDANG LAJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA KELANTAN BERKENAAN ISU PEMBUBARAN CAWANGAN PAS

1. Fasal 87 Perlembagaan PAS membuat peruntukan yang cukup jelas bahawa untuk membubarkan PAS, maka satu Muktamar Khas hendaklah diadakan dengan sekurangnya-kurangnya tiga perlima kehadiran bersetuju untuk membubarkan PAS. Persetujuan Muktamar Khas itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari.

2. Peruntukan itu hanyalah untuk urusan memansuhkan Parti Islam Se-Malaysia secara keseluruhannya.

3. Tiada peruntukan khusus di dalam perlembagaan untuk memansuhkan PAS pada peringkat negeri, kawasan ataupun cawangan; melainkan satu peruntukan berkenaan dengan tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Fasal 26(9)(j) yang memperuntukan “menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti, dan berkuasa menggantung dan membubarkan mana-mana Badan Perhubungan, PAS Negeri/wilayah Persekutuan, Kawasan-Kawasan dan Cawangan-Cawangan dengan melantik satu jawatankuasa Tadbir sementara yang akan mempunyai kuasa sebagaimana sebuah Jawatankuasa yang diambil menurut Perlembagaan ini untuk tempoh masa yang ditentukan”.

4. Berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan tersebut saya berpendapat sesebuah kawasan atau cawangan PAS tidak akan terbubar dengan perletakan jawatan pemegang jawatan ataupun dengan semata-mata pengisytiharan dalam majlis ceramah; apatahlagi bila pembubaran itu dibuat oleh orang yang tidak berkepentingan dengan urusan PAS.

5. Kawasan atau cawangan tersebut boleh terus bergerak dengan jawatankuasa yang ada boleh bermesyuarat dan melantik ahli jawatankuasa yang layak untuk memangku jawatan-jawatan yang kosong sehingga ke mesyuarat agung pemilihan akan datang.

6. Dalam kes yang ekstrim sekalipun bilamana tidak ada jawatankuasa yang tinggal, PAS Pusat melalui kuasa yang diberi melalui Fasal 26(9)(j) akan mentadbir sementara Kawasan atau cawangan tersebut bagi tempoh tertentu.

7. Dengan demikian, tidak ada orang luarpun boleh menentukan pembubaran kawasan atau cawangan PAS. Hanya satu jenis kumpulan orang luar yang boleh membatalkan cawangan iaitu Pendaftar Pertubuhan bilamana cawangan tersebut ‘malas’ mengadakan mesyuarat agung tahunannya.


HAJI NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH
PENGERUSI LUHAM KELANTAN
12 MAC 2017

Teresa Kok Perli Islam?

March 11, 2017



[Teresa Kok Perli Islam?]

Apakah niat YB Teresa Kok dengan 'caption' status sebegitu rupa? Kita serahkan kepada empunya badan. Petikan artikel pada perenggan pertama menulis;

"Indonesia's only province to impose sharia law caned Buddhists for the first time Friday, after two men accused of cockfighting opted for punishment under the strict Islamic regulations."

Saya melakukan semakan apakah maksud 'OPT' di website Cambridge Dictionary dan 'OPT' bermaksud;

"to make a choice, especially of one thing or possibility instead of others:"

Ini bermaksud kedua-dua individu itu MEMILIH untuk dihukum menurut syariah Islam dan bukannya dipaksa. Ini bukan kali pertama YB Teresa Kok melakukan perkara sebegini rupa kerana sebelum ini isu pakaian di JPJ juga diperlinya konon JPJ bukannya masjid.

Sebelum ini beliau mempertikaikan pemahaman Bahasa Inggeris saya kononnya saya tak faham Inggeris. Tetapi sekarang siapa yang tidak faham Bahasa Inggeris sebenarnya atau buat-buat tak faham bagi menimbulkan polemik? Anda boleh baca sindirannya di sini >>

http://teresakok.com/2015/06/11/muslim-politicians-are-cowards-says-converts-group/

Kita doakan agar YB Teresa Kok dikurniakan hidayah oleh Allah Subhanu Wa Ta'ala dan bertaubat dari mencari publisti murahan sebegini. Allahuma

Ameen...

Presiden Korea Selatan dipecat

March 10, 2017



Seoul: Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye dipecat oleh mahkamah tertinggi negara itu, hari ini apabila ia mengekalkan pendakwaan Parlimen ke atas pemimpin itu berkait dengan skandal rasuah.

Keputusan sebulat suara itu membawa kekacauan politik yang melanda negara itu sejak beberapa bulan lalu ke kemuncaknya.

Sehubungan itu, pilihan raya untuk memilih presiden baru akan diadakan dalam masa 60 hari.

“Tindakan Park menjejaskan secara serius semangat demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Presiden Park Geun-Hye dengan ini dipecat,” kata ketua hakim mahkamah itu, Lee Jung-Mi.

Ini bermakna Park, presiden wanita pertama negara itu juga menjadi pemimpin pertama Korea Selatan dipecat kerana didakwa di Parlimen.

Dia perlu meninggalkan Rumah Biru, kediaman rasmi presiden Korea Selatan dan hilang semua imuniti eksekutif yang menghalang dia didakwa.

Park didapati melanggar undang-undang dengan membenarkan rakannya, Choi Soon-Sil mencampuri urusan negara dan mencabuli peraturan aktiviti perkhidmatan awam.

'Istana tak campur tangan, tak akan lindungi sesiapa'



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diberi bantuan dalam menyiasat kes rasuah di Johor, kata Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau menegaskan tiada sesiapa pun mengatasi undang-undang dan tiada siapa yang akan terlepas daripada pengadilannya.

“Biar SPRM buat siasatan dan biar proses siasatan berlangsung,” katanya kepada The Star.

Beliau tidak menyebut kes tertentu secara khusus.

Bagaimanapun, SPRM semalam menahan exco Johor Datuk Abd Latif Bandi dan merampas kenderaan, wang tunai RM41,000 dan 150 beg berjenama mewah tangan daripada rumahnya.

Abd Latif ditahan berhubung kes rasuah berkaitan penukaran hak milik tanah bumiputera. Majistret membenarkan beliau direman tujuh hari bagi melengkapkan siasatan.

Sementara itu, selain daripada SPRM, Sultan Ibrahim juga berkata beliau sentiasa mendapat maklumat terkini kes itu daripada pihak polis.

“Saya galakkan agensi-agensi ini jalankan tugas tanpa rasa takut dan memihak,” beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau juga berkata tiada sebarang spekulasi harus dibuat dalam mana-mana siasatan yang sedang berlangsung.

Sultan Johor juga berkata istana tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak berkuasa atau melindungi siapa pun.

Aliff Syukri, Kau Memang POYO



Aliff Syukri, saya tidak mahu berbasa-basi lagi. Kami semua tahu, soal pemasaran, memang kamu jaguh memperaga kebodohan. Suara nyaring sengau yang dibuat-buat, iklan seksis, air ajaib yang sudah terbukti dusta, macam-macam lagilah.

Kami tahu itu. Kadang-kadang kami tertawa dengan bodohnya jenaka itu, kadang-kadang kami tertawa dengan bodohnya kamu.

Tapi apabila kamu mengeluh tentang betapa peritnya hidup di dalam banglo lapan bilik sambil menunggu mahligai yang sedang dibina, itu bukan lagi bodoh jauh sekali lucu.

Itu satu penghinaan.

Kita semua tahu masih ramai rakyat yang papa. Masih ramai anak kecil yang tidur mengerekot dalam flat 500 kaki persegi, bersama lapan orang adik-beradik yang lain. Di situ tempat lena, di situ ruang jamu selera, di situ hati menghitung lara.

So, no, it's not a marketing stunt anymore. Ini kelakuan jelik kamu yang memualkan.

And please, stop all the bullshit of you building your empire from zero. For God's sake, we know you're the third child of Sendayu Tinggi founder. Save all that makan bersila crap, okay? We're not impressed.

Yang paling menyedihkan, sikap riak kamu ini masih lagi akan dipertahankan.

"Biarlah dia, harta dia!"

"Sekurang-kurangnya dia Melayu!"

"Dah berapa banyak Melayu dia tolong!"

"Kau dengki sebab dia kaya!"

Benarlah saya ini miskin, namun luahan ini jauh sekali timbul dari perasaan dengki. Saya cuma kecewa.

Andai rezeki Ilahi satu hari mencurah-curah, saya doa sungguh-sungguh agar saya tidak lupa, bahawa saya pernah tidur berhimpit sebegitu dalam pondok kecil yang Abah dan Mama bina di pinggir Sungai Sat ketika baru berpindah ke Kelantan dari Kuala Lumpur, sementara menunggu rumah siap hasil pinjaman perumahan Mama sebagai guru.

Saya doa agar Tuhan jauhkan riak dari hati kita semua.

Termasuk kamu, Aliff Syukri.

-Khairulnizam Bakeri-

Catatan Parlimen: Ahli Parlimen PAS Perjuangkan Isu Rakyat



Catatan Parlimen: Ahli Parlimen PAS Perjuangkan Isu Rakyat

1. Pada setiap Selasa dan Khamis, sidang Dewan Rakyat dimulakan dengan sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT). Ia agak berbeza dengan sesi Pertanyaan Jawab Lisan.

MQT berlangsung selama 30 minit sahaja iaitu 3 soalan terpilih yang telah dihantar sehari sebelum akan dijawab oleh Menteri yang berkaitan.
Pertanyaan Jawab Lisan pula soalannya perlu dihantar oleh Ahli Parlimen dalam tempoh 10 hari sebelum bermulanya sesuatu sidang.

Slot MQT agak terhad masanya kerana Ahli Parlimen yang bertanya dan Menteri yang menjawab perlu mematuhi had masa yang ditetapkan. Terdapat timer dan penggera akan berbunyi apabila masa tamat.

2. Pagi tadi, 3 orang Ahli Parlimen PAS memanfaatkan slot MQT ini dengan bangun mengemukakan soalan tambahan setelah soalan asal dijawab oleh Menteri.

Mereka menyuarakan berkenaan isu;

a) Ahli Parlimen Kota Bharu, Y.B. Dato' Takiyuddin Bin Hassan mencadangkan Kerajaan meminda Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan Raya
agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut jalan raya.

b) Ahli Parlimen Hulu Langat, Y. B. Dr.Che Rosli Bin Che Mat bertanya mengenai apakah hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Pegawai International Atomic Energy Agency (IAEA) berkenaan penjanaan kuasa nuklear di Malaysia.?

c) Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Ustaz Idris Ahmad membangkitkan berkenaan terdapat pesakit yang dibantu pernafasan secara manual sahaja kerana wad ICU penuh di Hospital Taiping.

3. Seterusnya, dalam sesi Pertanyaan Jawab Lisan pula Ahli Parlimen Pasir Puteh, Y.B. Dato' Dr Nik Mazian Bin Nik Mohamad bertanya mengenai pelaksanaan perkhidmatan secara kontrak terhadap pengambilan graduan perubatan, farmasi dan pergigian.

4. Bukankah ini bukti nyata Ahli Parlimen PAS berperanan aktif di dalam Dewan.? Ada yang membuat cereka fitnah kononnya Ahli Parlimen PAS hanya duduk diam sahaja dan tidak memperjuangkan isu rakyat di dalam Dewan.

Fitnah mereka sebar, kita jawab dengan hujjah.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
09 Mac 2017

RUU355 yang Tiada Keuntungan Politik

March 9, 2017



Oleh: Timmy Say

Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 menjadi satu isu politik yang hangat.

Bagi Umno, RUU ini mengundang perpecahan dalaman kepada BN. Hampir semua komponen parti tidak bersetuju dengan RUU ini, terutamanya komponen parti BN di Sarawak dan Sabah.
Kumpulan ini menyumbang 44 kerusi parlimen daripada 134 kerusi BN kepada Umno untuk kekal berkuasa di peringkat persekutuan. Ini belum ditambah dengan 13 kerusi yang dimiliki MCA, MIC dan Gerakan.

Sekiranya BN berpecah, maka Umno akan hilang tongkat yang mengekalkan mereka sebagai kerajaan persekutuan. Seramai 57 ahli Parlimen itu bakal menentukan siapa kerajaan dan perdana menteri yang baru. Apakah Umno sanggup mengambil risiko ini?
Bagaimana pula dengan parti pembangkang?
Masalah pembangkang yang utama ialah kegagalan mereka dalam memikat hati pengundi Melayu.

Dalam isu RUU 355, DAP sudah awal-awal lagi berkempen habis-habisan di kalangan bukan Melayu untuk menolak RUU 355 ini. Malah, RUU 355 dijadikan alasan untuk menguburkan Pakatan Rakyat. Bagi DAP yang majoriti kerusinya bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu, perkara ini bukan satu masalah, malah satu keuntungan.

Akan tetapi ini berlainan untuk parti seperti PKR, PPBM dan Amanah. Menolak RUU 355 ditakuti akan menjauhkan mereka lagi daripada hati pengundi Melayu dan menguatkan PAS sebagai kuasa ketiga. Dalam menyokong RUU 355 pula, mereka terpaksa berdepan dengan risiko kehilangan undi bukan Melayu.
Bagi PAS, perlu diakui RUU 355 dan serangan DAP yang bertalu-talu menjarakkan pengundi bukan Melayu daripada parti itu.

Sekiranya RUU 355 ada keuntungan politik yang baik, percayalah semua parti akan berlumba-lumba untuk membawa usulnya. Sikap berdolak-dalik yang disaksikan hari ini tidak lain tidak bukan timbul daripada perasaan takut ia sebenarnya merugikan.

Apabila ada yang berani membawanya, timbul pula kedengkian dan ketakutan usaha itu akan merugikan mereka yang berdolak-dalik. Maka timbulkan usaha memperlekehkan usaha mereka yang membawa usul itu. Bagi mereka, kalau kami tak berani bawa, orang lain pun tak boleh bawa pun.

Memandangkan RUU 355 tidak membawa keuntungan politik, mengapa masih ada parti politik yang sanggup membawanya seperti PAS?

Inilah bezanya PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang terlibat dengan politik berbanding dengan parti politik lain.

PAS juga mementingkan keuntungan politik. Cuma yang berbeza dengan parti lain ialah PAS tidak menjadikan keuntungan politik sebagai halangan untuk meneruskan apa yang diperjuangkan mereka dalam ruang demokrasi yang ada. PAS tidak mengambil jalan pintu belakang. PAS mengambil jalan berdepan dengan penuh liku dan sedia berbahas dengan para pengkritiknya.

PAS sedar RUU 355 ini, sekiranya ia diluluskan pun, ia tidak akan membantu PAS ke Putrajaya. Akan tetapi, PAS tetap buat kerana itulah iman mereka – bagi mereka ini bukan soal untung rugi, ini soal tanggungjawab.

Sumber: Timmy Say

RUU 355 wajib disokong



RUU 355 wajib disokong

PENGANUT Islam yang peka terhadap hubungannya dengan aqidah, dan kaitannya dengan kepercayaan kepada Syariat Islamnya, serta akhlaknya terhadap anutannya, pasti merasa terpanggil tanpa bahas dan debat, apabila kedudukan Islam dihina atau direndahkan, lalu bangkit berusaha dan berjuang bagi meninggikan kedudukan Islam di setiap kemampuan, kedudukan dan mengambil setiap peluang.

Begitu juga kalangan yang berjati diri dengan moral, merasa risau dengan kegagalan undang-undang ciptaan manusia yang serba kelemahan, lalu bermuhasabah kembali kepada hukum Allah. Kecuali mereka yang hilang kemanisan iman dan akhlak luhur, menegakkan kepentingan dunia dan nikmatnya, terus memandang serong terhadap Syariat Allah dengan berbagai dalih.

Kepada sesiapa sahaja yang bencikan kemungkaran selemah imannya, apabila membaca Perlembagaan Malaysia dan huraiannya dengan bahasa kebangsaan, walaupun dia tidak berilmu tinggi dalam ajaran agamanya, pasti merasa terhina apabila membaca kedudukan Islam di dalam Perlembagaan itu.

Prof Ahmad Ibrahim menegaskan dalam tulisannya: Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan, dalam ulasan beberapa muka surat, mafhumnya, “Perlunya Pindaan 355 bagi mengangkat kuasa Mahkamah Syariah yang sangat direndahkan kedudukannya, sehingga Mahkamah Tinggi Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret di daerah-daerah.”

Generasi terdahulu telah meminda sebanyak dua kali mengikut kemampuan mereka, namun mengangkatnya dalam keadaan masih rendah dan hina.

Dalam Tafsir Al-Manar melaporkan Fatwa Sheikh Muhammad Abduh R.A. kepada soalan Maulawi Noruddin Mufti Panjab India, betapa seseorang Islam boleh menjadi hakim dan apa-apa jawatan di bawah Kerajaan Penjajah Inggeris yang memaksa undang-undangnya menghukum rakyat dengan undang-undang ciptaannya. Tujuannya mengambil setiap peluang melaksanakan Syariat Islam sekadar kemampuan, walaupun hanya undang-undang keluarga dan meringankan bebanan kezaliman.

Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Al-Qayyim yang menjadi rujukan penting golongan Wahabi juga memberi fatwa di zaman keganasan kaum Tartar supaya mengambil setiap peluang, bersama perjuangan menegakkan Syariat dan mempertahankannya, bukannya meninggalkan Syariat dan mendiamkannya, menyerah diri kepada musuh Islam kerana berlunak.

RUU 355 adalah mencegah kemungkaran warisan penjajah terhadap Hukum Allah di zaman kita sudah merdeka secara berperingkat dengan wajib disokong dan didukung oleh penganut Islam dan bukan Islam yang peka berkenaan hak umat Islam dan tidak menghalang untuk melihat ruang Islam dilaksanakan walaupun pada kadarnya yang masih terhad.

Kalau undang-undang ciptaan manusia daripada berbagai negara dan bangsa diizinkan untuk dilihat pelaksanaannya walaupun terus menerus gagal dan mendera rakyat, tanpa kejayaan mengurangkan jenayah termasuk yang paling berat, mengapa usaha kembali semula kepada Syariat Islam dihalang dan dihina?

Hukuman seperti bunuh menggunakan tali gantung, mencekik dan menyeksa yang diamalkan sejak dahulu kala masih diamalkan sehingga kini di seluruh dunia. Adapun hukum Islam apabila menjatuhkan hukuman mati, Rasulullah S.A.W bersabda:

إن الله كتب الإحسان على كل شئ فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته . رواه مسلم.

“Sesungguhnya Allah menetapkan pahala amal kepada tiap-tiap sesuatu (berlaku baik). Maka apabila kamu melakukan hukuman membunuh, lakukanlah secara yang baik dan apabila kamu menyembelih, lakukanlah juga secara yang baik. Tajamkankan pisau dan rehatkan binatang sembelihannya.”

Begitu juga hukuman sebatan Syariat Islam berbeza dengan sebatan undang-undang manusia terkini, kerana hukuman sebatan Islam bersifat mendidik. Ada pun sebatan undang-undang ciptaan manusia lebih bersifat menyeksa bukannya mendidik.

Rasulullah S.A.W bersabda apabila diberitahu bahawa penjenayah yang dihukum sebatan seratus sebatan kerana berzina itu seorang yang uzur dan lemah:

“Ambilah seberkas seratus ranting, pukulkan dia satu kali sahaja.”

Dalam hukum jenayah ciptaan manusia diadakan pengampunan oleh Lembaga Pengampunan. Ada pun hukum Islam, yang berhak mengampun ialah mangsa atau walinya (keluarga terdekat dan terkuat). Mengapa perbandingan ini tidak dilakukan untuk mengambil yang terbaik?

RUU 355 hanya sebahagian daripada pelaksanaan sistem kehakiman dan membolehkan pelaksanaan hukuman sebahagian hukum Syariat di peringkat negeri. Juga untuk memberi ruang kepada masyarakat umum menyaksikan ruang diberi kepada undang-undang di bawah bidang kuasa negeri masing-masing. Malangnya kalangan bukan Islam mencampuri urusan umat Islam walaupun sudah dinyatakan sempadannya oleh Perlembagaan terhadap bukan Islam bahawa Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa dalam urusan bukan Islam. Lebih malang pula terdapat segelintir penganut Islam juga menentang. Adakah kerana kejahilan atau sengaja berdolak dalih terhadap Islam yang diketahui kedudukannya? Mungkin di belakang mereka dalang penjajah?

Mereka yang menentang itu memang menyedari hukuman yang terlalu ringan terhadap penjenayah Syariah pada hari ini tidak mendidik dan tidak mencapai hikmahnya yang sebenar, tidak mampu menunjukkan kehebatan Syariat Islam. Inilah kehendak penjajah dahulu dan barangkali inilah sebenarnya perjuangan mereka bagi meneruskan kehendak penjajah itu.

Kepada penganut Islam bacalah peringatan Allah:

وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ ٤٨ وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ ٤٩ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ٥٠ المائدة .

48. Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
49. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
50. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.(Al-Ma’idah: 48-50)

Para ulama Siyasah Syariyyah menyebut peranan kerajaan atau pemerintah mencegah kemungkaran dalam perkara yang tidak ada nas di dalam Al-Quran juga mendukung pelaksanaan Hukum Al-Quran:

الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن
(الطرق الحكمية ابن القيم )

“Allah (memerintah) mencegah dengan kuasa pemerintah dalam apa-apa yang (tidak disebut) cegahannya dengan nas Al Quran.” (kitab At-Turuq Al Hukmiyyah – Ibn Al Qayyim)

Saya mengingatkan mereka yang menentang RUU 355 dengan amaran Allah:

ٱلَّذِينَ يَسۡتَحِبُّونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا عَلَى ٱلۡأٓخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلِۢ بَعِيدٖ ٣ إبراهيم .

Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.(Ibrahim: 3)

Bagi penganut Islam bukan sahaja mempelajari ilmu agama, hendaklah juga bertafaquh (memahaminya), kerana sabda Rasulullah S.A.W:

مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ. وَإِنّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَيُعْطِي اللّهُ"
(متفق عليه)

Sesiapa yang Allah kehendaki yang terbaik kepadanya, maka dijadikannya memahami dalam perkara agama Islam. Aku yang membahagi Allah sahaja yang memberi kurnia.

Betapa perlunya berilmu dan bertafaquh (faham) sehingga Rasulullah S.A.W bersabda:

خِيَارُهُمْ في الجَاهِليَّةِ خِيَارُهُمْ في الإِسْلامِ إِذَا فقُهُوا. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

Mereka yang terbaik (akhlak dan pengetahuannya) di masa jahiliyyah, menjadi terbaik juga apabila bersama Islam sekiranya memahami agama.

Maka Rasulullah S.A.W menerima segala sifat mulia di kalangan jahiliyyah sehingga mengenangkan mereka yang tidak sempat bersama Islam. Rasulullah S.A.W juga menerima ilmu dunia yang bermanfaat yang datang daripada kalangan bukan Islam.

Malangnya ada mereka yang jahil murakkab atau bersifat takabur dengan sedikit ilmunya, menutup pintu kepada Islam. Kononnya berniat baik. Janganlah termasuk kalangan mereka, Allah mendedahkan niat mereka:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ ١١ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ ١٢ البقرة.

11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.
12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.(Al-Baqarah: 11-12)

Kepada ahli PAS, ingatlah! Bahawa kemenangan di akhirat hanya bersama Islam walaupun siapa membawanya wajib disokong. Menang pilihan raya sahaja tanpa menang di akhirat jawapannya kosong. Tujuan kita menang kedua-duanya, namun kemenangan akhirat tetap menjadi pilihan.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
10 Jamadil Akhir 1438H / 9 Mac 2017M

Barcelona lakar kebangkitan luar biasa



PEMAIN Barcelona, Luis Suarez (kiri) meraikan kemenangan selepas menjaringkan gol pembukaan pada pusingan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto AFP

BARCELONA: Gol Sergi Roberto pada minit kelima masa kecederaan melengkapkan kebangkitan sensasi Barcelona apabila menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 6-1 pada aksi pusingan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Di sebalik jaringan pembukaan Luis Suarez, gol sendiri Layvin Kurzawa dan penalti Lionel Messi, Barca yang tewas 4-0 pada aksi pusingan pertama tampak bakal tersingkir selepas rembatan Edison Cavani membolehkan PSG mendapat gol penting di laman lawan.

Bagaimanapun, Neymar menghidupkan peluang Barca dengan sepakan percuma sensasi dua minit sebelum tamat dan kemudian menyempurnakan sepakan penalti.

Roberto melengkapkan kebangkitan luar biasa dalam sejarah Liga Juara-Juara dengan menjaringkan gol kemenangan hasil hantaran Neymar yang menggamatkan Camp Nou untuk Barca menang dengan agregat 6-5.

Kemenangan itu membolehkan Barca mencatat rekod mara ke suku akhir buat kali ke-10 berturut-turut.

Sehari sebelum perlawanan berkenaan, jurulatih Barca Luis Enrique memberi amaran kepada juara Perancis itu betapa pasukan kendaliannya mampu menyumbat enam gol dan mereka membuktikannya apabila memerlukan 95 minit untuk melakar keajaiban itu.

Malah, belum ada mana-mana pasukan mampu bangkit selepas ketinggalan 4-0 dalam aksi pusingan pertama tetapi Barca mula percaya betapa mereka mampu melakukannya apabila Suarez sudah membuka tirai jaringan seawal minit ketiga lagi. - AFP

Ong Chwee Gun, bapa ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, meninggal dunia

March 8, 2017



Ong Chwee Gun, bapa ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Bandar Hilir, Melaka.

Chwee Gun, 74 tahun, meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari semalam ketika mendapatkan rawatan selepas pitam di rumahnya.

Mayat dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Pandan Indah, Melaka sebelum disemadikan di Bukit Jelutong, Sungai Putat pada Sabtu.

Keadaan keselamatan rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara tidak membimbangkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak



Keadaan keselamatan rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara tidak membimbangkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang berada di negara itu dibenarkan menjalankan kehidupan seperti biasa, tidak dikurung, boleh keluar dan boleh buat urusan seperti biasa.

"Jadi tidak ada kebimbangan atas keselamatan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata Malaysia juga sedang meneliti apa sebenarnya kehendak kerajaan Korea Utara dalam isu melibatkan kes pembunuhan rakyat negara itu di KLIA2, pada 13 Februari lalu.

"Dalam pada itu, kita kekalkan keputusan tidak membenarkan rakyat Korea Utara keluar dari Malaysia dan kita juga meminta polis jalankan siasatan terhadap punca dan sebab siapa yang bertanggungjawab atas pembunuhan Kim Chol."

"PAS mengecam tindakan Korea Utara"

March 7, 2017



Kenyataan Media Parti Islam SeMalaysia (PAS)

"PAS mengecam tindakan Korea Utara"

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam tindakan tidak beretika dan diluar dari kaedah diplomatik antarabangsa yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan Korea Utara dengan menahan kakitangan Kedutaan Malaysia yang bertugas di Korea Utara pada masa ini. Kami percaya bahawa langkah keras berkenaan diambil oleh pihak Korea Utara adalah untuk memberikan tekanan kepada Malaysia dalam siasatan pembunuhan tragis rakyat mereka baru-baru ini. Tindakan Korea Utara itu juga adalah bercanggah dengan norma diplomatik yang diterima di peringkat antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, PAS menyokong langkah tegas yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani isu yang berlarutan dengan pihak kerajaan Korea Utara.

Keutamaan pada peringkat ini ialah untuk memastikan keselamatan pegawai kedutaan Malaysia dan semua rakyat warganegara Malaysia yang berada di Korea Utara pada waktu ini. Usul tergempar perlu segera di bawa di Dewan Rakyat sebagai langkah seterusnya supaya suara rakyat menjadi satu dalam isu ini.

PAS menggesa supaya penyelesaian secara damai diusahakan dengan sedaya mungkin, untuk mengelakkan isu ini menjadi semakin parah dan di luar kawalan.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
7 Mac 2017/9 Jamadil Akhir 1438.

Mesyuarat tergempar MKN tamat, tiada sidang media



Mesyuarat tergempar MKN tamat, tiada sidang media

PETALING JAYA 7 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiada kenyataan media dikeluarkan sebaik tamat mesyuarat yang berlangsung selama 45 minit itu.

Yang turut hadir pada mesyuarat tergempar MKN itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba dari Jakarta pada pukul 5.40 petang terus mempengerusikan mesyuarat tergempar MKN khusus membincang tindakan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri berada di Jakarta sejak semalam bagi menghadiri sidang kemuncak Negara-negara Pesisir Lautan Hindi (IORA) yang berakhir hari ini.

Perdana Menteri pagi ini mengeluarkan arahan dari Jakarta supaya menghalang semua warga Korea Utara daripada meninggalkan negara ini, sebagai tindak balas terhadap arahan Kementerian Luar Korea Utara yang menyekat rakyat Malaysia di negara itu daripada meninggalkan Korea Utara. - UTUSAN ONLINE

Akhirnya Duta Korea Utara Berambus



Duta Besar Korea Utara, Kang Chol, yang diisytiharkan sebagai 'Persona Non Grata' oleh kerajaan Malaysia, meninggalkan Malaysia ekoran tindakan pengusiran terhadapnya.

Beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira 6.35 petang semalam melalui penerbangan Malaysia Airlines MH360 ke Beijing.

Kang Chol berkata beliau bimbang langkah yang diambil kerajaan Malaysia itu boleh memudaratkan hubungan dua hala kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak 40 tahun lepas.

Islam telah mengangkat martabat wanita. Namun, Walau Setinggi Mana Wanita Itu..Tetap ada Hadnya..

March 6, 2017



Islam telah mengangkat martabat wanita. Namun, Walau Setinggi Mana Wanita Itu..Tetap ada Hadnya..

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa, Ayat 34 yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

IRAN MAMPU HANCURKAN ISRAEL DALAM MASA 7 MINIT 30 SAAT

March 4, 2017



IRAN MAMPU HANCURKAN ISRAEL DALAM MASA 7 MINIT 30 SAAT

4 Mac - Seorang penasihat senior Pasukan elit al-Quds dari Pengawal Revolusi Iran, Brigadier Jeneral Ahmad Karimpour berkata, Republik Islam boleh meruntuhkan entiti Zionis dalam masa kurang daripada lapan minit kalau Israel lakukan pencerobohan.

Dalam acara yang diadakan di bandar Bandar Abbas Iran pada Khamis (2 Mac), Karimpour menekankan kesediaan negaranya untuk bertindak balas terhadap setiap pencerobohan dengan kekuatan yang sama.

"Semua sasaran di Israel sudah ditetapkan dan peluru berpandu jarak jauh kami akan menghancurkan mereka dalam masa 7 minit 30 saat, kalau Iran menjadi sasaran serangan apapun."

Merujuk pada ancaman yang dibuat sebelum ini oleh Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Sayyid Ali Khamenei, Karimpour berkata: "Pemimpin itu berkata kami akan membalas dalam kelajuan yang sama."

"Tentu saja, Amerika Syarikat tidak berani dan bahkan tidak mempunyai kapasiti untuk menetapkan setiap tingkat serangan terhadap Republik Islam."

"Jika diperlukan, Iran boleh memusnahkan Tel Aviv dan Haifa dalam tujuh minit," kata komander Iran itu.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Mahkamah Syariah Sungai Rambai di Melaka.



Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Mahkamah Syariah Sungai Rambai di Melaka.

Keberangkatan tiba Seri Paduka kira-kira pukul 11.30 pagi disambut Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron serta kira-kira 3,000 orang penduduk.

Mahkamah Syariah Sungai Rambai yang dibina dengan kos RM2.9 juta berkonsepkan teknologi hijau siap dibina awal tahun ini dan memulakan operasinya hari ini.

Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan.



Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.

Katanya kerajaan menetapkan harga bagi mengelak bahan bakar tersebut melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

Kisah Seorang Ayah Nasihatkan Anaknya Berkaitan Al Quran

March 3, 2017



Dah tengah malam. Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)

Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.
Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"

Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.
Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"
Anaknya mengangguk.

Abah: "Baiklah. Dengar baik-baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke
kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al-Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al-Quran?"
Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."

Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."
Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."

Abah: "Baiklah, setengah jam."
Anak: "15 minit bolehlah."

Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.
Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat-sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al-Quran tu."
Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al-Quran. Belajar, perlu Al-Quran. Jodoh, perlu pada Al-Quran. Berjaya, perlu Al-Quran. Akarnya pada Al-Quran."
Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al-Quran, inshaAllah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al-Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al-Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."
Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al-Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? 7300 ayat. Dah boleh jadi hafizah."
Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al-Quran. Abah tak nak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, ayah berkata-kata untuk lihat anaknya di Syurga.

Senarai Orang Kaya Forbes Malaysia 2017



BERNAMA

Singapura: Lebih daripada separuh hartawan dalam Senarai Orang Kaya Forbes Malaysia 2017 tidak terjejas, malah menyaksikan keuntungan mereka meningkat walaupun keadaan ekonomi yang sukar.

Tan Sri Robert Kuok terus mengungguli kedudukan teratas dalam senarai buat tahun ke-12 berturut-turut, dengan nilai bersih AS$11.4 bilion (AS$1=RM4.44), meningkat daripada AS$10 bilion sebelumnya.

Kuok, 93, mengawal empayar Kumpulan Kuok yang merangkumi sektor minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Tan Sri Quek Leng Chan, pengerusi konglomerat milik persendirian Hong Leong Co (Malaysia), naik satu anak tangga kepada tempat kedua dengan nilai bersih AS $6.8 bilion berbanding AS$5.3 bilion tahun lepas.

Quek mengambil alih tempat Tan Sri Ananda Krishnan, yang jatuh ke tempat ketiga tahun ini ekoran kekayaannya merosot 12.2 peratus kepada AS$6.5 bilion berikutan ketidaktentuan dalam firma telekom India yang mengalami hutang, Aircel.

Walaupun nasib hartawan perjudian Tan Sri Lim Kok Thay (nombor enam, AS$ 4.45 bilion) merosot sedikit terutama disebabkan oleh nilai ringgit yang menyusut, harga saham Genting Bhd meningkat sejak November 2016.

Genting Malaysia dijangkakan melancarkan lebih banyak projek tahun ini, termasuk pelancaran taman tema yang berinspirasikan filem yang dinanti-nantikan, 20th Century Fox - pertama di dunia di Resorts World Genting, tidak jauh dari Kuala Lumpur

Hartawan perjudian dan pemaju hartanah Tan Sri Dr Chen Lip Keong pula mencatat peratusan kekayaan terbesar dalam senarai tahun ini, menduduki tempat ke-11 dengan kekayaan bernilai AS$1.6 bilion.

Kekayaannya meningkat 158 ​​peratus, meletakkan beliau kembali pada ranking bilionair dengan kasino di Kemboja yang semakin berkembang.

Seorang lagi hartawan yang mencatat keuntungan ketara ialah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim (tempat ke-26/AS$600 juta), dengan nilai harta melonjak 145 peratus dengan hasil pengukuhan harga minyak memberi manfaat kepada perniagaan penyewaan helikopternya yang menjalankan perkhidmatan untuk sektor minyak dan gas.

Tan Sri David Kong Hon Kong yang menginovasikan perkhidmatan pengebumian, (tempat ke-24, AS$700 juta) naik 10 tempat berbanding senarai tahun lalu, selepas menjadikan syarikat itu sebagai syarikat persendirian dalam urus niaga yang melibatkan AS$1.1 bilion.

Hartawan hartanah, Tan Sri Desmond Lim Siew Choon (ke-16, AS$1 bilion) menyertai turutan bilionair buat kali pertama dengan peningkatan 10.5 peratus dalam nilai aset bersihya.

Wajah Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha Group Patrick Grove (ke-35, AS$400 juta) dipaparkan di muka depan terbitan terbaharu Forbes Asia.

Grove, yang menggunakan slogan ‘Disrupting Things Daily’ sudah bersedia untuk menggegarkan industri langganan video atas permintaan menerusi permulaan dua tahun, Iflix.

Antara pendatang baru dalam senarai tahun ini ialah adik-beradik Koon Poh Ming dan Datuk Koon Poh Keong (13, AS$1.05 bilion), dua pemegang saham terbesar Press Metal, pengeluar aluminium bersepadu terbesar di Asia Tenggara.

Hartawan Wong Thean Soon (ke-39, AS$ 330 juta), juga menyertai senarai baharu hasil daripada penyenaraian syarikat perkhidmatan elektronik beliau, My EG Services.

Wong melancarkan syarikat itu pada 2000 untuk meningkatkan interaksi antara rakyat Malaysia dan kerajaan dalam bidang seperti imigresen, pelesenan, utiliti dan pembayaran cukai.

Sementara itu, Datuk Loh Kian Chong (ke-50, AS$210 juta) dengan konglomeratnya mempunyai kepentingan dalam kenderaan bermotor dan minyak sawit mengalami kerugian terbesar dalam segi peratusan dalam senarai tahun ini.

Nilai bersihnya jatuh 24 peratus, hampir menyingkirkannya daripada senarai Forbes.

Dua yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah hartawan minyak sawit Datuk Freddy Lim Nyuk Sang dan pembuat kondom, Goh Siang.

Tahun ini, satu-satunya wanita yang menduduki senarai Forbes ialah Pengasas Bersama Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew, di tempat ke-43 dengan nilai bersih AS$285 juta.

Kekayaan minimum untuk melayakkan seseorang dalam senarai tahun ini ialah sebanyak AS$210 juta, meningkat berbanding AS$195 juta.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan mencemar duli untuk ke Majlis Bacaan Yasin di Masjid Kampung Hulu

March 2, 2017



MELAKA, 2 Mac 2017 - DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan mencemar duli untuk ke Majlis Bacaan Yasin di Masjid Kampung Hulu, Melaka hari ini sempena Lawatan Ke Negeri Melaka dari 2 - 4 Mac 2017. HAK MILIK JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
FOTO OLEH IRWAN SHAH

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.