News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Rafizi Ajar Najib

December 31, 2013

Rafizi turut mencadangkan empat langkah mudah kepada perdana menteri bagi membantu mengurangkan beban rakyat;

1. Menurunkan cukai eksais kereta serta-merta sebanyak 30% ke arah menghapuskan cukai eksais kereta sepenuhnya. Hutang kereta adalah salah satu bebanan utama rakyat dan penurunan cukai eksais kereta akan mengurangkan tanggungan hutang bulanan.

2. Menghentikan kenaikan tol seperti yang dirancang dan merundingkan kembali perjanjian-perjanjian konsesi tol supaya lebuhraya yang sudah mendapat kembali modal pelaburan dikembalikan kepada rakyat.


3. Membatalkan peruntukan untuk projek yang bertujuan memberi ruang berbelanja kepada menteri-menteri tanpa matlamat yang jelas, contohnya peruntukan untuk National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang berjumlah RM278 juta seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan 2014.


4. Membekukan kesemua program penswastaan yang diusahakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) terutamanya penswastaan kampus-kampus UiTM di seluruh negara yang dijangka membebankan rakyat dan kerajaan dengan berbilion ringgit yang perlu dibayar sebagai sewa kepada pemegang konsesi di masa hadapan.

Selepas Naik Harga Minyak Dan Barangan, Sekarang Baru Muhyiddin Nak Kaji?

Kerajaan Akan Lihat Semula Keputusan Rasionalisasikan Subsidi, Kata Muhyiddin

KUANTAN, 31 Dis (Bernama) Kerajaan akan melihat semula keputusan rasionalisasi subsidi supaya ia benar-benar dapat meringankan bebanan kumpulan sasaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata subsidi kerajaan perlu dilihat secara lebih holistik, dalam usaha meringankan bebanan rakyat terutamanya kumpulan sasar.

"(Langkah) Lihat semula beberapa keputusan yang kita (kerajaan) buat untuk merasionalisasi subsidi itu (supaya) dapat meringankan beban kumpulan sasar.

"Kita (kerajaan) rasionalisasi subsidi supaya subsidi itu tidak digunakan oleh pihak yang tidak berapa layak, mereka yang menanggung beban kerana pendapatan kecil perlu dapat bantuan besar dengan cara menjimatkan subsidi tetapi pengurangan subsidi dapat menampung keperluan kumpulan sasar," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, di sini Selasa.

Muhyiddin berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Kos Sara Hidup, beliau akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat ini dengan para menteri, timbalan menteri dan agensi berkaitan termasuk pembekal utiliti elektrik, air dan pihak berkuasa tempatan bagi membincangkan perkara itu.

"(Mesyuarat itu) Supaya boleh melihat secara holistik dan keseluruhan dan bagaimana langkah seterusnya boleh diambil oleh kerajaan, institusi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan persatuan.

"Tujuan kita kalau tempoh mendatang kita tidak dapat elakkan mungkin tempoh sederhana dan panjang dapat kurangkan bebanan. Ini dibuat kerana kerajaan prihatin tentang masalah rakyat dan tidak mahu bebanan rakyat bertambah dengan sebab pihak melakukan kenaikan kadar yang boleh timbulkan masalah," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sedar akan isu kenaikan sara hidup ketika ini dan akan melakukan yang terbaik dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.

"Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Kos Sara Hidup, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri (bagi) melihat kepada situasi terkini dan akan mendapatkan maklum balas lebih terperinci selain keputusan dibuat untuk mengkaji semula kadar tertentu dan kos yang perlu ditanggung pengguna yang dikenakan sektor awam atau institusi kerajaan," katanya.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah diarah supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap para peniaga yang menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka sewenang-wenangnya.

BERNAMA

Suspek Rompak Guna M16 Berjaya Ditahan Polis

TANAH MERAH: Polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan merampas selaras M16, kira-kira setengah jam selepas suspek itu merompak sebuah kedai serbaneka di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata lelaki itu ditahan ketika sedang minum bersama dua lagi rakannya yang turut terbabit dalam rompakan yang dilakukan mereka pada kira-kira 8.15 malam.

"Anggota polis telah mengesan kenderaan yang digunakan mereka iaitu hanya jarak dua kilometer dari tempat kejadian namun apabila mengetahui kehadiran polis, ketiga-tiga mereka yang minum di sebuah kedai makan berhampiran telah melarikan diri.

"Polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 51 tahun selepas bergelut dan terpaksa melepaskan tembakan ke udara manakala dua lagi rakannya telah melepaskan diri dalam semak berhampiran," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Mazlan berkata polis kemudiannya menemui senjata api jenis Colt M16 bersama-sama satu kelopak megazin dan sebilah parang, sabit serta pisau lipat dalam kereta itu.

Polis kini giat memburu dua lagi lelaki dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar menghubungi polis, katanya.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mazlan berkata sebelum itu ketiga-tiga lelaki yang memakai topeng itu telah merompak kedai berkenaan dan melarikan wang tunai sebanyak RM300 setelah seorang daripadanya melepaskan satu das tembakan ke arah peti sejuk di kedai itu.

"Mereka kemudiannya telah mengarahkan pekerja kedai membuka laci mesin tunai dan terus mengambil wang tunai tersebut dan kemudiannya melarikan diri bersama hasil rompakan dengan sebuah kereta," katanya.

Menurutnya lelaki yang ditahan itu merupakan rakyat tempatan. - Bernama

Dr MAZA komen pengumuman 11 langkah oleh PM


Syafique Shuib

KUALA LUMPUR: Pengurangan perbelanjaan sektor awam disambut baik namun pelaksanaanya harus menyeluruh dan tidak membabitkan pihak tertentu sahaja.

Ini kerana bekas Mufti Perlis dan pensyarah pengajian Islan Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat bahawa pegawai atasan yang sering berbelanja berlebihan.

“Ia harus melibatkan semua peringkat. Lihat sahaja majlis yang melibatkan para menteri. Ia melibatkan kos yang luar biasa. Majlis-majlis keraian mereka memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi.

“Janganlah ia terpencil kepada pegawai bawahan sahaja kerana pegawai atasan yang berbelanja lebih-lebih,” kata beliau.

Dr Asri juga berharap perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas dengan pengurangan perbelanjaan sektor awam.

“Janganlah pula ia menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. Sediakan kemudahan yang perlu. Jika ada mesyuarat, pastinya makanan perlu ada. Namun,elakkan apa yang tidak perlu,” tambah beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Beliau juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Antara tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:

• Mengurangkan penggunaan kain pemidang (buntingdanbanner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
• Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
• Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dr-maza-komen-pengumuman-11-langkah-oleh-pm-27623?cp

tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan, malam ini.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah merancang untuk menyambutnya sebagaimana yang mungkin pernah dilakukan beberapa pihak sebelum ini.

Mohd Amar berkata, Kelatan hanya mengadakan sambutan tahun Hijrah dan meraikan kedatangan bulan Islam sahaja.

“Tak ada sambutan tahun baharu di Kelantan. Kita tak pernah sambut tahun baharu, kecuali tahun baharu Hijrah ,"katanya.

Temuramah Bekas Model Playboy Felixia Yeap Di TV Al Hijrah

December 29, 2013



Wanita yang patut dicontohi oleh wanita masa kini. Kenapa perlu mendedahkan aurat sedangkan kita sedia maklum hukumnya Haram. Semoga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk dariNYA.

Kenaikan harga barang: Tiada aduan atau menteri tidak mendengar? – Abdul Hadi Alias



December 29, 2013

Saya membaca penuh minat laporan-laporan mengenai kenaikan harga barang. Selaku rakyat biasa, pastinya pengumuman menggila daripada kerajaan ini sedikit sebanyak memberi kegusaran kepada saya.

Ramai berpendapat, sebagai salah seorang penduduk Sarawak, pastinya kurang terasa dengan pengumuman demi pengumuman yang dibuat dan bakal dibuat mengenai kenaikan harga barang. Di Sarawak, tiada pengumuman kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tol.

Ya, secara umumnya, penduduk Sarawak tidak begitu terjejas dengan pengumuman-pengumuman ini. Ini kerana, sudah sekian lama penduduk Sarawak dibebankan dengan kos sara hidup jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia.

Tol-tol yang mahal di Sarawak
Cadangan kenaikan tol-tol dalam bandar sekitar Lembah Klang memang merungsingkan. Bayangkan kenaikan sekitar RM0.30 hingga RM1.00 bakal meningkatkan perbelanjaan harian pengguna tol sebanyak RM9- RM30 sebulan.

Namun, rakyat Sarawak tidaklah merasai kenaikan harga tol ini. Pertama, kerana ia kenaikan harga tol dalam bandar. Tol-tol sebegini tidak wujud di Sarawak. Kedua, kerana tol-tol Sarawak sudah jauh lebih mahal daripada itu. Seperti yang pernah diulas oleh Ketua Pemuda Sarawak, tol Jambatan Miri-Kuala Baram yang panjangnya hanya sekitar 1 kilometer, mengenakan tol RM10 bagi satu arah.

Begitu juga dengan Jambatan Lanang, Sibu, yang pernah dijanjikan ‘kajian’ untuk pemansuhan tol oleh Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada tahun 2011, masih mengenakan bayaran tol RM3. Panjang jambatan ini hanyalah 1.2 km. Harapnya ‘kajian’ Kementerian Kerjaraya ini bakal disiapkan dalam waktu terdekat kerana sudah ramai yang mengadu terbeban dengan bayaran tol ini. (Jambatan Pulau Pinang, yang sepanjang 7.5 km, mengenakan bayaran tol RM9.40 bagi kenderaan kelas dua).

Tarif elektrik yang mahal
Pengumuman kenaikan tarif elektrik oleh TNB berkuat kuasa 1 Januari 2014 baru-baru ini adalah secara purata akan memberikan kenaikan 10.6% kenaikan atau 3.03 sen/kWh. Namun kenaikan ini dikatakan tidak menjejaskan lebih 70% pengguna elektrik yang menggunakan elektrik dengan kadar minimum (kurang 300kWh).

Namun, sudah sekian lama, tarif elektrik yang dikenakan oleh kepada penduduk Sarawak ialah 34.00 sen/kWh bagi 100kWh pertama dan 29.00 sen/kWh bagi 100-200kWh kedua berbanding tarif elektrik Semenanjung Malaysia ialah 21.80 sen/kWh bagi 200kWh pertama.

Mengambil peratus mudah perbandingan dengan penduduk Semenanjung, sebanyak lebih 70% penduduk kelas bawahan dan sederhana terbeban dengan kadar tinggi ini.

Namun, yang lebih menarik adalah peratusan perbandingan dengan penduduk Semenanjung sebenarnya tidak tepat, kerana masih ramai penduduk Sarawak yang tidak mendapat bekalan elektrik yang sempurna. Sebagai contoh, Kampung Pasir, Lutong yang terletak tidak jauh dari pusat minyak dan gas Miri, masih menggunakan jenerator elektrik sehingga ke hari ini.

Taraf kampung setinggan lebih menyukarkan mereka untuk mendapat kemudahan asas yang sempurna, ditambah pula kebimbangan dengan matlamat kerajaan negeri ke arah ‘Setinggan Sifar’ menjelang 2015 tanpa ada usaha ikhlas menempatkan mereka ke penempatan yang lebih sempurna.

Dasar Kabotaj: Kenaikan berganda harga minyak
Pastinya kenaikan harga minyaklah yang paling membebankan rakyat Sarawak. Namun, kenaikan ini merupakan kenaikan berganda bagi kami penduduk Sarawak. Dasar Kabotaj, yang digunakan kerajaan sejak tahun 1990 melalui pindaan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, sudah lama menyebabkan harga barangan ke Sabah dan Sarawak jauh lebih mahal berbanding Semenanjung Malaysia. Kenaikan harga minyak ini pastinya meningkatkan kos logistik barangan pengguna. Bagi penduduk Sarawak, kenaikan ini seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Secara umumnya, dasar ini membantu melindungi industri perkapalan domestik, tetapi natijahnya, kos barangan yang lebih mahal di Sabah dan Sarawak.

Tiada aduan, atau menteri yang tidak mendengar?
Beberapa hari yang lepas, seorang menteri dengan selamba menyatakan tiada aduan dan rungutan mengenai kenaikan harga barangan menunjukkan rakyat menyokong kenaikan ini. Tidak lama selepas itu, menteri yang sama menyatakan rakyat jangan merungut mengenai kenaikan harga barangan.

Soalan saya kepada menteri ini, adakah tiada aduan, atau rakyat dibisukan atau menteri sendiri tidak mahu mendengar? Tidak lama selepas menteri ini membuat kenyataan-kenyataan ini, saya melawat
sebuah kampung di pinggir Bandar Miri. Mereka bukan sahaja mengadu, malah marah dengan kenaikan harga barang ini. Kata mereka, hanya gaji mereka yang tidak naik-naik!

Daftar masuk sahaja laman sosial Facebook atau Twitter atau apa-apa sahaja laman sosial, pastinya banyak luahan perasaan rakyat mengenai kenaikan harga barangan ini. Pelik, jika tulisan ‘main-main’ yang mungkin rekaan mengenai ‘Himpunan Jatuhkan Kerajaan’ dipandang serius dan dibuat aduan polis seluruh Malaysia oleh pengampu-pengampu kerajaan, masakan tidak pula mereka dan menteri terpandang aduan dan luahan mengenai kenaikan harga barang?

Di mana menteri ini ketika rakyat sedang merintih mengadu? Adakah menteri ini tidak mendengar? – 29 Disember, 2013.

Nota kaki: Adakah saya juga diarah keluar Malaysia oleh Ketua Wanita Umno Kuantan selepas ini? Mohon jangan diarah, saya masih sayangkan Malaysia. Cuacanya kurang enak akhir-akhir ini, tapi makanannya kelas pertama dunia! -

* Penulis adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sarawak.

Cola, bukan jalan keluar – Abdul Hadi Jusoh


Saya berpandangan, cadangan pemberian Elaun Bantuan Sara Hidup (Cola) sebanyak RM300 kepada kakitangan swasta tidak akan memberikan kesan yang signifikan kepada rakyat kebanyakan. Ini kerana, peningkatan kos yang berlaku dalam produksi akan dikembalikan semula kepada pengguna/rakyat dalam bentuk kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Justifikasinya, jika dengan perlaksanaan gaji minimum pun pihak majikan sudah "tidak sen...ang duduk", apatah lagi dengan pemberian Cola.

Akibatnya nanti, Cola yang diterima bulan-bulan tidak memberikan "apa-apa makna" kepada yang menerima, bahkan terpaksa menanggung bebanan kenaikan harga barang barangkali akan melebihi nilai Cola yang diterima! Terutamanya, golongan yang tidak berpendapatan tetap di ceruk desa sana.

Cadangan saya, pihak kerajaan perlu melihat kembali "corak dan tujuan perbelanjaan" mereka agar kesan yang paling aula adalah nilai tambah kepada gaji bersih yang diterima oleh setiap pekerja, baik yang berada di sektor kerajaan mahupun swasta. Bukannya, terlalu menumpu kepada projek-projek mega tertentu yang hanya memberikan kesan signifikan kepada sebahagian kecil masyarakat serta melabarkan jurang pendapatan antara rakyat.

Namun, perkara seperti ini hanya dapat dilaksanakan oleh pemimpin yang benar-benar tinggi hikmah dan kebijaksanaannya. Bukan dengan hanya menghentam kembali rakyat dengan pelbagai kenyataan (seperti keluar dari Malaysia jika tidak suka dengan kerajaan yang ada) seolah-olah seperti sudah terlupa bahawa rakyatlah yang memilih mereka satu ketika dulu, dan akan memilih kembali empat tahun daripada sekarang. – 29 Disember, 2013.

Harga Minuman Dijangka Lebih Mahal Akibat Kenaikan Kos Bekalan Ais



Oleh RAZAK AHMAD, YEE XIANG YUN dan CRYSTAL CHIAM SHIYING

PETALING JAYA: Kenaikan harga dalam banyak perkara mengakibatkan masalah besar kepada premis makanan yang mungkin akan menaikkan harga mereka.

Terbaru apabila terdapat pengumuman kenaikan harga daripada pembuat ais.

Jika kedai-kedai makan mahu menaikkan harga minuman, maka mereka kini mungkin menemui alasan yang terbaik.

Sejak Rabu lalu, harga satu blok 50 kilogram (kg) ais akan dinaikkan sebanyak RM2.50, manakala kos bagi 10kg tiub ais akan menigkat kos 50 sen lagi.

Bergantung kepada lokasi, satu blok 50kg kini dijual pada kira-kira RM10, manakala beg ais tiub boleh didapati pada harga sekitar RM3.

Perkara ini berikutan satu pengumuman oleh Tube Ice Manufacturers Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada Selasa.

Seramai 26 anggota persatuan itu termasuk Atlas Edible Ice Sdn Bhd, merupakan pembekal utama di kebanyakan negeri.

Penjual makanan telah pun mengalami penarikan balik subsidi gula dan kenaikan kos pengangkutan yang dibawa oleh subsidi bahan api yang lebih rendah.

Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, Datuk R. Ramalingam Pillai berkata, pembekal ais mahu meningkatkan harga ais ke seluruh negara kerana kebanyakan mereka merupakan adalah untuk kesemua tempat dan ini bermakna keuntungan restoran akan meningkat.

Presiden Persatuan Penjaja Pulau Pinang, Ooi Thean Huat berkata, ahli-ahlinya tidak lagi dapat menampung kesemua kenaikan harga.

"Tetapi jika kita menaikkan harga, ia akan menjadi peningkatan yang kecil," kata Ooi.

Pengerusi Perniagaan Kecil-Kecilan Johor Bahru, Chin Yoke Weng berkata, anggota persatuan akan mengekalkan harga minuman walaupun kenaikan harga ais tetapi Timbalan Presiden Pengguna Bumiputera Johor, Norizan Tarmeze berkata, beliau menjangkakan banyak restoran akan menaikkan harga minuman.

Di Pulau Pinang, Pengerusi Persatuan Koo Soo Kwong Choon Tong Restaurant dan Tea-House , Vinah Yee Yook Chee berkata, pembekal telah memaklumkan kepada persatuan itu peningkatan yang akan berlaku.

"Mereka memberitahu kami bahawa mereka tidak mempunyai pilihan tetapi perlu menaikkan harga disebabkan kenaikan harga elektrik dan bahan api. Kami tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana pembekal perlu berniaga juga bagi mendapatkan keuntungan," katanya.

Rafizi kesal polis tidak ambil tindakan terhadap blogger Umno




Oleh: Norhayati Umor

KUALA LUMPUR 29 DIS : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengambil tindakan undang-undang ekoran tuduhan mengaitkan beliau dengan perancangan letupan bom pada malam 31 Disember ini.

Beliau turut kesal dengan tindakan polis yang memanggil beliau untuk diberi keterangan sedangkan perkara itu jelas disebarkan oleh blogger Barisan Nasional (BN).

Rafizi SAMRafizi menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak adil kerana tidak memanggil pihak yang bertanggungjawab dalam sebaran berita terbabit.

“Tuduhan itu jelas rekaan dari blogger Umno, saya sangat kesal dengan pihak polis yang berat sebelah memanggil saya untuk memberi keterangan.

“Sedangkan yang sepatutnya dipanggil atau memberi keterangan dan disiasat ialah blogger Umno kerana mereka bertindak menjejaskan ketenteraman awam dengan menyebarkan berita palsu,” katanya kepada Selangor Kini ketika ditemui di Program Advokasi Anti Pemerdangangan Manusia, di Pangsapuri Intan, di sini.

Rafizi turut mempersoalkan tindakan polis yang sebelum ini tidak pernah menyoal siasat blogger Umno walaupun pelbagai fitnah dilemparkan berunsurkan jenayah.

“Kalau perkara itu orang biasa, sudah lama polis letak mereka dalam penjara.

“Tapi blogger Umno, sampai sekarang bukan mereka yang disiasat sedangkan mereka yang lakukan segala fitnah dan menjejaskan ketenteraman awam, sebaliknya orang macam saya yang kena tuduh.

“Oleh itu, saya kesal dengan tindak tanduk polis, jika polis bertindak melampaui batas, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Difahamkan, Rafizi dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi, pada 11 pagi,hari ini.

Sebelum ini, beberapa blogger mengeluarkan satu lampiran yang kononnya dipintas masuk ke e-mail milik Rafizi berhubung letupan bom di lima kawasan sekitar Kuala Lumpur pada 31 Disember.

Rafizi sebelum ini, menafikan penglibatan Pakatan Rakyat dalam bantahan yang akan diadakan ekoran kenaikan harga barangan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka.

EZY

Makin ‘panas’, Premis naik suhu penyaman udara ekoran tarif elektrik naik




SHAH ALAM 29 DIS : Keadaan akan menjadi lebih ‘panas’ di dalam bangunan pada 2014 apabila pusat membeli-belah, bangunan tinggi dan pejabat akan meningkatkan suhu penyaman udara bagi mengurangkan kos elektrik.

Persatuan Pengurusan Kompleks Beli-belah dan Bangunan Tinggi Malaysia 400 ahlinya di seluruh negara untuk menetapkan penghawa dingin mereka pada suhu 23° C atau 24°C.

naik suhuMenurut persatuan itu, penyaman udara melibatkan penggunaan tenaga yang terbesar iaitu kira-kira 65 peratus di dalam bangunan komersial.

Presidennya, H.C. Chan berkata, kebanyakan pusat membeli-belah di negara ini kini terlalu sejuk, dengan suhu antara 21°C hingga 23°C.

“Kita boleh dan perlu menaikkan suhu beberapa darja terutama sekali dengan kenaikan kos tenaga. Realitinya adalah kita perlu menjadi cekap dari segi penggunaan tenaga dan mengelakkan pembaziran kerana elektrik adalah perbelanjaan terbesar utama kita,” katanya dipetik dari M-Star.

harga-naikAhli jawatankuasa Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia dan Hartanah Antarabangsa Persekutuan Malaysia, Richard Chan berkata, penggunaan penghawa dingin mencatatkan jumlah yang terbesar dalam bil elektrik di pusat membeli-belah dan bangunan tinggi.

“Kompleks atau pusat membeli-belah yang lebih besar membayar antara RM2 juta dan RM3 juta sebulan hanya untuk penggunaan penghawa dingin sahaja,” katanya.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, syarikat perlu mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kenaikan tarif elektrik.

“Tetapkan penghawa dingin anda pada suhu optimum untuk mengelakkan pembaziran dan mematikan suis kesemuanya apabila kakitangan berada di luar untuk makan tengah hari,” katanya.

MEF mewakili 4,500 ahli dan 18 gabungan persatuan perdagangan.

EZY

Pemuda PAS kerah anak muda sertai himpunan Turun




HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan mobilisasi anak muda supaya menyertai himpunan Turun pada malam 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat menegaskan Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah.

Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

Perhimpunan itu juga katanya merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.

"Saya akan turut sama di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembeling tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti.

"Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.

Himpunan turun sempenan malam menyambut tahun baru otu dianjurkan NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bagi membantah kenaikan harga beberapa barangan yang diumumkan kerajaan BN yang sekaligus akan menyebabkan peningkatan kos hidup .

Penjelasan Terkini Dr Rani



sudah-sudah la umno nak fitnah orang. mereka sedang nak tunjuk keadilan dalam islam.

jangan sekat.

Siapa Boleh Jawab Teka-teki Dari Ahmad Maslan?

December 27, 2013



Bijak otak menteri yang cgpa tinggi semasa pengajian beliau.

MCA Tibai Najib?

December 21, 2013

MCA: Kerajaan tak patut belanja besar

OLEH: RAZIATUL HANUM A.RAJAK

KUALA LUMPUR - Parti komponen BN, MCA menyifatkan kerajaan tidak seharusnya berbelanja besar sehingga mencolok mata umum.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, mana-mana pegawai yang bertanggungjawab menyalahgunakan kedudukan mereka seumpama itu mestilah diambil tindakan.

"Kerajaan tidak seharusnya berbelanja besar sehingga mencolok mata seolah-olah tiada had ke atas wang yang digunakan.

"Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya telah mendedahkan banyak kepincangan dan penyalahgunaan wang awam serta ketirisan yang ketara dan keterlaluan dalam soal penyalahgunaan dana kerajaan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, hari ini.

Beliau menyarankan agar kajian semula dilakukan untuk mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.

"Jika terdapat mana-mana pegawai yang bertanggungjawab menyalahgunakan kedudukan mestilah berhadapan dengan tindakan yang sepatutnya.

"Oleh yang demikian, perlu ada satu bentuk kajian semula dilakukan oleh kerajaan untuk kukuhkan proses perolehan untuk mengelak ketirisan dan penyalahgunaan kuasa daripada terus berlaku tahun demi tahun," katanya.

Menurutnya lagi, peningkatan perbelanjaan mengatasi jumlah peningkatan pendapatan.

"Berhubung soal perbelanjaan, kerajaan mesti terus mengawal selia dan berjimat cermat.

"Jika trend ini berterusan, ia tidak akan dapat ditampung kerana kos perbelanjaan ini akan menelan perbelanjaan pembangunan," katanya.

Barang Naik: Angkara Penasihat Atau Tanda Lemahnya Najib?

December 18, 2013

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berturut-turut sejak beberapa bulan lalu mula menimbulkan keresahan kepada rakyat. Setelah beberapa kenaikan berlaku, pertanyaan yang sering bermain di fikiran ialah, apakah lagi akan naik selepas ini?

Setelah kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014, kenaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 di beberapa lebuhraya bermula tarikh yang sama, barangkali adalah hadiah tahun baru paling menyedihkan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi, janji pengurangan tol antara bandar adalah antara janji BN yang terkandung dalam manifesto pilihanraya umum 5 Mei lalu.

Dengan pengumuman kenaikan tol semalam bermakna kerajaan telah membakulsampahkan janjinya sendiri kepada rakyat sehingga dilaporkan kandungan manifesto itu sudah pun dipadamkan daripada laman web BN. Ia menunjukkan satu lagi bukti janji dicapati, bukannya ditepati.

Sebelum ini, walaupun hanya mencapai kemenangan paling buruk dalam sejarah BN, kerajaan juga sudah mengumumkan kenaikan harga minyak, penghapusan subsidi gula, kenaikan cukai pintu DBKL dan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada April 2015.

Dengan segala kenaikan yang dilakukan kerajaan itu, semua kos kehidupan kini sudah meningkat dan rakyat mempunyai semakin kurang wang dalam poket masing-masing.

Keresahan rakyat terhadap kerajaan kini boleh didengari di mana-mana. Di dalam UMNO dan kerajaan sendiri sudah mula kedengaran suara-suara yang semakin lantang menolak pelbagai kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan ini. Pemuda UMNO misalnya tidak berselindung lagi menyatakan rasa tidak senangnya dengan kenaikan yang bertalu-talu sejak kebelakangan ini dan akan membangkitkannya dalam mesyuarat kabinet.

Blogger dan laman sosial pro UMNO dan kerajaan juga mulai bersikap kiri dengan mengkritik pelbagai kenaikan yang berlaku sejak kebelakangan ini yang dianggap tidak sensitif terhadap kehidupan rakyat yang sudah pun sedia terhimpit kehidupannya. Lebih dari itu, kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini juga seolah-olah menunjukkan kerajaan tidak mengenang budi pengundi luar bandar yang telah memenangkannya dalam pilihanraya lalu.

Bagaimanapun bagi kebanyakan pemimpin UMNO dan blogger pro kerajaan, mereka lebih banyak menyalahkan para penasihat Najib dalam semua kenaikan yang berlaku ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan atau Pemandu serta penasihat kanan Najib, Omar Ong adalah dua individu yang paling banyak dipersalahkan kerana mereka berdualah yang dikatakan memberi nasihat mengenainya kepada Najib.

Kedua-dua mereka ini digambarkan sebagai orang paling berpengaruh kepada Najib dalam menentukan dasar kerajaan dan ekonomi negara. Idris dikatakan orang yang bertanggungjawab meyakinkan Najib untuk memperkenalkan cukai GST dengan menjadikan negara Greece yang muflis sebagai rujukannya.

Beliau juga merupakan nadi dalam pelbagai program transformasi yang diperkenalkan Najib serta di sebalik pengumuman pelaburan bernilai berbilion-bilion ringgit yang diperolehi kerajaan.

Omar Ong, selain penasihat kanan Najib dan Ahli Lembaga Pengarah Petronas, dikatakan telah memainkan peranan penting dalam penstrukturan harga minyak dan rasionalisasi subsidi yang sehingga ini telah menyebabkan meningkatnya harga minyak dan gula. Kenaikan tarif letrik juga dikatakan atas nasihat beliau sebagai salah satu cara menambah pendapatan negara.

Tersebar juga berita bahawa hasrat perletakan jawatan Mahathir sebagai Penasihat Petronas adalah juga kerana kecewa dengan peranan Omar Ong yang terlalu berpengaruh dalam syarikat minyak itu sehingga dikatakan bekas PM itu tidak dapat berbuat banyak perkara, terutama yang berkaitan dengan usaha membantu usahawan Bumiputera.

Tetapi sejauh mana peranan dan pengaruh mereka ini kepada Najib tidak dapat dipastikan dengan tepat kebenarannya. Selain kedua-dua mereka tidak pernah membuka mulut atau menafikan cakap-cakap orang ramai mengenainya, Najib juga turut berdiam diri dan tidak pernah bercakap tentangnya.

Tetapi setiap kali berlaku kenaikan yang dilakukan kerajaan, setiap kali itulah juga nama Idris dan Omar dikaitkan. Malah kalangan pemimpin kanan parti dan kerajaan juga turut menyebut mengenai perkara yang sama, seolah-olah merekah berdualah inilah yang menentukan perjalanan serta hala tuju kerajaan.

Dan adalah mustahil Najib yang merupakan antara pemimpin dunia paling aktif dalam laman sosial tidak mengetahui langsung mengenai pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap Idris Jala dan Omar Ong itu kerana setiap kali berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan, pasti nama mereka itu disebut ramai.

Idris dan Omar juga mustahil tidak mengetahui langsung apa yang pemimpin UMNO, blogger pro kerajaan dan orang ramai mengata mengenai diri mereka.

Oleh itu, sikap berdiam diri mereka ini agak misteri sifatnya. Ia mungkin bermakna benar mereka itu berpengaruh dalam menentukan dasar-dasar kerajaan yang diperkenalkan Najib atau mungkin juga semua kenaikan itu adalah kehendak Najib sendiri untuk menambah pendapatan dan mengurang hutang negara yang sudah pun mencecah 53.6 peratus daripada KDNK negara tetapi menjadikan Idris dan Omar sebagai kambing hitamnya.

Tetapi kalau pun Idris dan Omar begitu berpengaruh dalam merancang pelbagai dasar untuk kerajaan, Najib juga tidak seharusnya menerima bulat-bulat nasihat mereka itu, kecualilah kalau Perdana Menteri sudah kena bomoh dengan mereka itu. Sebagai Perdana Menteri, Najib sebenarnya boleh menerima nasihat dan pandangan daripada sesiapa saja tetapi kata putus terpulang kepada beliau menentukannnya.

Dan sebagai Perdana Menteri yang memerlukan mandat rakyat setiap lima tahun, sebelum sesuatu keputusan dibuat, selain perlu juga menerima pandangan daripada menteri-menteri kabinetnya, Najib juga perlu memikirkan soal kesejahteraan dan susah senang kehidupsn rakyat. Tentulah tidak bermakna melaksanakan sesuatu yang kelihatan cantik dari segi rekod ekonomi tetapi mengundang kemerosotan sokongan rakyat.

Menguruskan negara bukanlah seperti menguruskan syarikat perniagaan yang semata-mata berpaksikan keuntungan. Menguruskan negara adalah menguruskan kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan faktor ini akan menjadi perkiraan paling penting setiap kali pilihanraya.

Kiranya benar semua kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini adalah angkara nasihat daripada penasihat kiri dan kanannya yang tidak pernah memikirkan soal beban hidup rakyat tetapi semata-mata kerana mahu melihat rekod ekonomi tertulis dengan pencapaian yang baik, tindakan Najib menerima bulat-bulat nasihat mereka tidak lebih menunjukkan kelemahannya sendiri.

Sama ada peranan penasihat ini dapat dibuktikan atau sebaliknya, beban pertanggungjawaban terhadap segala penderitaan dan kesusahan rakyat akibat pengenalan dasar baru atau kenaikan harga barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini adalah terletak dibahu Najib sepenuhnya.

Tiada orang lain yang boleh dipersalahkan dan Najib juga tidak boleh menyalahkan orang lain mengenainya. Najib pula mungkin berat untuk mengakui kesalahan dan kelemahannya, walaupun jauh di sudut hatinya beliau menyedari hakikat itu.

Oleh itu, kitalah sebagai rakyat dan pengundi yang perlu memberitahu Najib mengenai kesalahannya itu bila tiba waktunya nanti. (SH 18/12/2013)

Shahbudin Husin

Rafizi: Pemegang konsesi tol sudah mewah

OLEH: NIZAM ZAIN
Tarikh: December 17, 2013

PETALING JAYA - Pemegang konsesi tol di negara ini telah pun menikmati keuntungan 'luar biasa' sehingga mencecah 61 peratus keuntungan bersih sebelum cukai dan kadar tol tersebut dipercayai antara yang tertinggi di dunia.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa pemegang konsesi yang dikuasai kerajaan itu seolah-olah 'lupa' terhadap pertambahan kenderaan di lebuh raya setiap tahun yang menyumbangkan keuntungan berlipat ganda itu.

"Dalam perjanjian konsesi telah menetapkan sasaran kenderaan yang perlu menggunakan lebuh raya, apabila jumlah kenderaan meningkat, keuntungan juga meningkat.

"Apabila kerajaan mahu menyemak semula kadar tol itu, ia menghina rakyat di kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah terlalu tinggi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut cadangan dan alasan kenaikan tol seperti mana yang dipertahankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar semalam sambil mengatakan pengguna jalan raya boleh membuat pilihan jika kenaikan tol terlalu tinggi, Rafizi menyifatkan ia sebagai kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Menurutnya, walaupun kadar tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan tetap meningkat dan margin keuntungan kekal tinggi kerana jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya meningkat saban tahun.

"Pada 2010, Lebuhraya Plus menyaksikan peningkatan kepada 8 peratus melibatkan 417 juta kenderaan setahun manakala Lebuhraya Maju Expressway pada tahun sama mencatatkan kenaikan tertinggi iaitu 8.1 peratus membabitkan 78,982 kenderaan sehari.

"Dalam keadaan kos operasi yang rendah (kurang 10 peratus setahun), keuntungan yang dinikmati merupakan antara tertinggi berbanding industri lain," dakwanya.

Beliau menegaskan kenaikan itu juga 'tidak masuk akal' kerana majoriti daripada pemegang konsesi dikuasai kerajaan malah syarikat terbabit mendapat bantuan kewangan dan subsidi daripada kerajaan untuk melaksana dan mengendalikan lebuh raya bertol.

"Saya membidas sekerasnya keangkuhan Wahid yang memberi kata dua kepada pengguna jalan raya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan itu.

"Beliau (menteri) seolah-olah tidak duduk di negara apabila tidak memahami kepayahan rakyat yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang," katanya lagi.

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia

December 17, 2013

Muzaffar Mustapa

KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Mat Sabu Dilantik Sebagai PJ Pulau Pinang

Mat Sabu dilantik Pesuruhjaya Pas P.Pinang

OLEH: JAMILAH HAMZAH

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pas hari ini mengumumkan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan itu bertujuan untuk meneruskan kelangsungan parti termasuk dalam konteks kerjasama dengan PR.

Menurutnya juga, faktor anak kelahiran Pulau Pinang dan biasa dengan negeri tersebut juga menjadi sebab kenapa Mohamad dipilih.

"Abang Mat (Mohamad) dia ini anak Pulau Pinang, terlalu terbiasa dengan Pulau Pinang, dan kita rasa pelantikan dia sebagai Pesuruhjaya Pulau Pinang ini Insya-ALLAH akan meneruskan lagi kerja-kerja termasuk dalam konteks hubungan dalam PR dan lain-lain.

"Oleh kerana beliau ialah timbalan presiden, saya rasa itu dapat membantu banyak dari segi menyelaraskan kerja-kerja ini, Insya-ALLAH," katanya pada sidang media, di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Datuk Mohd Salleh Man.

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah pelantikan Mohamad atau Mat Sabu disebabkan kontroversi pada Muktamar Pas ke-59 lalu, Mustafa berkata :

"Perkara itu tak ada kena mengena.

"Ini proses biasa, setiap parti dan negeri akan ada tukar ganti ini," jelasnya.

Mustafa turut mengumumkan AJK Pas Pusat, Asmuni Awi telah dilantik sebagai Bendahari Pas bagi menggantikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

"Kita lantik Asmuni jadi bendahari ganti, Ahmad Yakob yang menolak lantikan tersebut kerana kesibukannya sebagai menteri besar.

"Bagaimanapun jawatan Pesuruhjaya Pas Kelantan, dia terima," katanya.

Mesyuarat Pas Pusat yang diadakan hari ini, turut melantik Anuar Tahir sebagai AJK Pas Pusat menggantikan Asmuni.

Selain itu, Pas juga melantik Datuk Takiyuddin Hassan, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob sebagai Penolong Setiausaha Pas.

TG Nik Aziz Tolak Royalti?

December 16, 2013



Ya allah, panjangkan lah umur tok guru. Kurniakan lah rezeki dan rahmat kepada beliau.

Pimpinan Pemuda Pas Pusat Melawat TG Nik Aziz

December 12, 2013



mereka sedang mendengar amanat dan nasihat ringkas dari tok guru.

allahuakhbar!

Cerdik Dan Geliga Otak Menteri Shabery

December 8, 2013

OLEH: RAIHAM MOHD SANUSI
Tarikh: December 8, 2013

KEMAMAN – Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan untuk setiap keluarga terutama bagi ibu yang menyusu bayi akan dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, langkah membekalkan khemah kepada setiap keluarga seperti yang dipraktikkan di Jepun kepada mangsa gempa bumi agak tidak praktikal di negara ini yang berbeza iklim dengan negara matahari terbit itu.

Katanya, sekiranya mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan mungkin tilam yang lebih selesa perlu dibekalkan berbanding penyediaan khemah.

“Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.

“Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas,” katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, di Jepun bila berlaku gempa bumi, mangsa terpaksa tinggal berbulan-bulan di pusat pemindahan dan ia berbeza dengan keadaan di negara ini khasnya di Kemaman kerana mangsa banjir kalau pindah di pusat pemindahan pun tidak melebihi lima hari.

“Cuma kita lihat situasi banjir selalunya orang berpindah tak lebih lima hari jadi apakah kita nak gembleng tenaga dan menyediakan khemah atau tilam empuk?

“Jadi saya rasa apa yang kita perlukan mungkin tikar atau tilam yang nipis.

"Kalau tilam yang tebal nak kendalikan susah.

"Sekarang kita ada 18,000 mangsa banjir jadi nak kendalikan 18,000 tilam untuk dihantar ia memerlukan beratus trak selain masalah logistik lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta mangsa banjir di Kemaman kekal berada di pusat pemindahan kerana pada malam ini (malam semalam) akan berlaku fenomena air laut pasang.

“Saya harap mangsa banjir bersabar dan kita akan berusaha untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan lain ke pusat pemindahan,” katanya.

Tol Pulak Akan Naik? Tahniah!

December 3, 2013



Semakin banyak hadiah yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat.

Bukan suka-suka nak marahkan kerajaan tapi kenaikan tanpa kawalan.

KERAJAAN DI PENGHUJUNG HAYAT

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang telah zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya. Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konfliks berlaku sesama rakyat. Kerajaan kelihatan bersikap tidak tolerance dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri. Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus.

Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak tolerance sehingga dalam negara berlaku banyak konfliks antara rakyat. Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. Politik pecah perintah mungkin menguntung golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda.

Firaun mengamalkan politik yang sama yang akhirnya menjatuhkan kerajaannya yang penuh bersejarah. Firman Allah:

“Sesungguhnya Firaun telah melampau di bumi (Mesir), dan dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas satu puak kalangan mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami (Allah) hendak memberikan kurnia kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan Kami (Allah) hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (peninggalan Firaun)” (Surah al-Qasas ayat 4-5).

Malaysia

Jika kita lihat keadaan negara ini, kita dapati telah lahir ciri-ciri negara ataupun kerajaan di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflik yang memecah belahkan antara rakyat. Konflik antara agama dalam pelbagai isu yang mana kerajaan kadang-kala mengambil pendekatan yang kurang seimbang. Golongan agama rasmi pula dibiarkan memilih pandangan-pandangan yang bersifat yang tidak sesuai serta sempit untuk masyarakat majmuk. Bermula dari isu larangan orang bukan muslim masuk masjid sehingga ke isu kalimah Allah kelihatan ditangani dengan nada yang mencetuskan ketegangan antara rakyat. Kenyataan-kenyataan yang bersifat provokasi seakan mendapat tempat dalam media rasmi negara.

Demikian isu-isu perkauman dibangkit dalam pelbagai rupa. Golongan yang bersifat rasis memainkan peranan mereka. Sebelum pilihanraya kita lihat isu-isu agama dan kaum yang bersifat provokatif serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan rusuhan seakan digalakkan. Kemudian selepas itu, dipanaskan dengan isu-isu mazhab dan aliran fikir dalam Islam. Pegawai KDN yang sepatutnya bertugas menjaga kedamaian negara, bertindak bagaikan batu api yang boleh mencetuskan kebencian dan salah sangka rakyat terhadap kerajaan.

Golongan agamawan bergaji dan tidak bergaji, dihasut oleh beberapa orang dari aliran pengkafir umat iaitu Ahbash yang dalam rekod mereka telah berjaya menimbulkan ketegangan mazhab dan pertumpahan darah di Lebanon sehingga membawa pembunuhan antara aliran di sana. Kini mereka meresap ke dalam negara ini.

Kerajaan tidak boleh terbabit dengan perbalahan aliran fikir. Kerajaan dalam era dunia terbuka hari ini hendak bersifat penaung yang melindungi kebebasan setiap rakyat dengan syarat tidak menggugat keamanan awam. Kerajaan yang matang dan demokratik akan menangani perbezaan rakyat dengan cara yang bijaksana. Kerajaan hendaklah tahu apabila kita mengiktiraf kewujudan sesuatu aliran, bukanlah bererti kita mengakui kebenarannya. Jangan keliru antara mengiktiraf kebenaran di sudut akidah ataupun fekah, dengan mengiktiraf hak kewujudan di sudut politik. Kita mungkin tidak mengiktiraf kebenaran agama dan aliran tertentu, tapi kita mengiktiraf kewujudan dalam negara selagi mereka mematuhi undang-undang negara.

Kepelbagaian

Kebenaran itu boleh menjelma dalam pelbagai ungkapan sekalipun berbeza-beza puak dan aliran. Sebahagian perbezaan itu hanyalah pada cara ia dibahaskan tetapi natijahnya sama iaitu menuju kepada kebenaran. Kerajaan tidak boleh terikut-ikut dengan golongan fanatik perkauman ataupun aliran yang mencetuskan huru-hara antara rakyat disebabkan perbezaan ungkapan dan ucapan, padahal maksudnya sama.

Saya tertarik dengan kisah tokoh besar ilmu kalam iaitu al-Imam Abul Hasan al-Ash’ari (meninggal tahun 330H) yang dinobatkan sebagai benteng Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam menghadapi serangan falsafah. Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) meriwayatkan daripada Zahir bin Ahmad al-Sarakhsi kisah akhir hayat al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari:

“Apabila ajal menghampiri Abul Hasan al-‘Asy’ari di rumahku di Baghdad, beliau memanggilku. Aku pun datang. Beliau berkata: “Aku bersaksi bahawa aku tidak mengkafirkan seseorang pun dalam kalangan ahli Kiblat (mereka yang bersolat). Ini kerana setiap orang menuju kepada Tuhan Yang Satu Yang Disembah. Hanya semua ini (perbezaan yang ada) adalah perbezaan ungkapan semata”.
Kemudian al-Imam al-Zahabi menyebut:

“Demikian juga guru kami Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya berkata: “Aku tidak mengkafirkan seseorang pun dari umat ini. Nabi s.a.w bersabda: “Tiada menjaga wuduk melainkan seorang mukmin”, maka sesiapa yang melazimi solat dengan wuduk maka dia muslim”. (Siyar A’lam al-Nubala, 15/88. Beirut: Muassasah al-Risalah).
Remeh Temeh

Kemudian, isu-isu remeh digunakan dalam untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Kuasa agama cuba diheret bersama. Penguasa seakan membiarkan kekalutan ini. Lebel-melebel dijadikan mainan yang dicampur kuasa pentadbiran. Sebahagian golongan intelek melayu dilebelkan sebagai liberalist dan diancam dengan kuasa politik. Ada yang dilebel wahabi dan digunakan kuasa pentadbiran.

Untuk membincangkan masalah theology dalam kalangan intelek tidak mengapa. Namun campur tangan kuasa politik dan kuasa agama serta kesempatan yang ambil oleh pihak yang berkepentingan, boleh mencerumuskan negara ke dalam kegawatan.

Hendaklah kita tahu dalam sejarah golongan agama samada Yahudi, Kristian dan juga Islam mereka sering mengambil pendekatan memfitnah orang yang berbeza dengan mereka dan mencari penguasa untuk menghukum lawan ataupun pesaing mereka. Ini kerana golongan agama –kecuali yang ikhlas- sering mengumpulkan pengaruh seperti yang dilakukan oleh orang politik dan rela mempertaruhkan apa sahaja untuk survival pengaruh mereka. Rela membunuh dan menyeksa pihak yang berbeza. Inilah yang dilakukan terhadap al-Imam al-Syafi’i, al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Dalam sejarah agama Kristian inilah yang berlaku terhadap Martin Luther dan aliran Protestan.

Di satu sudut yang lain, golongan agamawan jenis ini menyibukkan diri dalam isu-isu remeh yang tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat seperti isu qunut subuh ataupun tidak. Padahal itu hanya perkara sunat dalam mazhab Syafi’i. Demikian juga dianggap wahabi mereka yang mereka solat tarawih lapan rakaat. Padahal rakyat Malaysia yang solat lapan rakaat tarawih bukan kerana wahabi ataupun tidak. Saudi yang dikatakan wahabi itu solat 20 rakaat. Di mana wahabinya? Itu berdasarkan keadaan masing-masing. Patutnya golongan ustaz ini sibuk dengan yang langsung tidak solat.

Malangnya dalam masa yang sama, ramai golongan agamawan berjawatan ini tidak pulak menyibukkan diri dengan isu-isu masyarakat yang penting untuk rakyat seperti pandangan Islam tentang ketelusan, rasuah, cukai, isu-isu yang dibangkitkan oleh audit negara, pembaziran dalam kerajaan-kerajaan negeri dan pusat, soal social justice dan pelbagai lagi yang sangat penting dalam Islam.

Konfliks

Hasilnya, negara terjerumus dalam konfliks tidak berfaedah. Dari satu konfliks kepada satu konfliks. Ia menafikan sifat negara yang mahu maju ke hadapan. Ia hanya memesongkan rakyat dari isu-isu penting yang lain dan mengheret mereka kepada pergaduhan sesama sendiri. Dalam satu keadaan mungkin pemerintah beruntung kerana rakyat tidak tertumpu kepada menilai pemerintah kerana sibuk dengan isu pinggiran. Namun dalam jangka tertentu ketegangan boleh membawa kebencian dan seterusnya ketidaksetiaan kepada negara mungkin boleh berlaku.

Maka, kini negara kelihatan berselerakan. Badan-badan agama sibuk mencari isu-isu perbezaan bukan nilai-nilai persamaan untuk diambil manfaat antara rakyat. Orang politik tumpang sekaki. Slogan 1 Malaysia yang meraikan perbezaan dan menghidupkan kesatuan antara rakyat menjadi slogan kosong yang tidak bermakna.

Akhirnya kelompok-kelompok minoriti walaupun berbeza antara satu sama lain, tetapi bersatu atas satu asas iaitu membenci kerajaan dan pengurusan kerajaan yang ada. Lalu mereka menjadi majority. Jika mereka itu terlebih ekstrim, mereka mungkin mencari jalan menimbulkan ketegangan balas. Golongan muda dan berminda terbuka menganggap kerajaan ini tidak layak mengepalai politik yang sederhana dan bersikap terbuka serta adil dalam penilaian. Kelompok berpendidikan dan moderate inginkan keharmonian dan keadilan untuk semua. Maka kerajaan ini menjadi makin tidak popular dalam kalangan cerdik pandai yang menjadi tulang belakang negara. Negara pun mula reput, kedamaian mula diragut dan berada di penghujung hayatnya.

YB Kak Lah, Tunggu Bas Lagi?

November 28, 2013



ahli parlimen rantau panjang sedang menunggu ketibaan bas untuk pulang melawat kawasan di rantau panjang.

ahli parlimen yang kuat dan hebat tapi rendah diri.

terus berkhidmat yb.

Isu Karpal: Siapa Yang Boleh Selesaikan Antara Mat Sabu Dengan Mohd Amar?

November 18, 2013

Isu Karpal: Ujian besar bagi Mat Sabu, Mohd Amar – Ismail Qawi

Isu Karpal Singh bertindak biadap pada PAS atas cadangan membatalkan semua parti berasaskan agama kini menjadi ujian dan pemerhatian bagi perwakilan PAS untuk menentukan siapa timbalan presiden yang baru.

Sebaliknya, jika PAS yang mencadangkan agar parti berbentuk sekular dimansuhkan, apakah reaksi DAP, dan siapakah yang bakal memohon maaf?
Jika itu berlaku, sudah pasti Karpal dan segelintir pemimpin DAP sudahpun membuat kenyataan bertubi-tubi menyerang PAS dan mendesak PAS untuk membuat permohonan maaf terbuka.

Berbalik kepada kontroversi Karpal ini, perwakilan kini melihat dalam kontroversi yang melibatkan DAP-PAS, siapa yang lebih boleh diharapkan untuk berlawan dan bertegas dengan DAP untuk mempertahankan prinsip masing-masing?

Apakah Mat Sabu ataupun Mohd Amar?
Saya masih ingat bagaimana DAP menyerang PAS dari semua sudut ketika hudud menjadi hangat dan Kelantan tidak membenarkan judi di negerinya.

Sekiranya keadaan ini berlaku lagi, perwakilan lebih yakin pada siapa untuk membela PAS, Mat Sabu ataupun Mohd Amar?

Perwakilan PAS harus ingat PAS hanya tinggal Kelantan sekarang. PAS akan menggunakan Kelantan untuk melaksanakan model pemerintahan Islamnya untuk menjadi daya tarikan kepada pengundi Melayu yang lain untuk bersama PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Ada perkara yang PAS Kelantan ingin laksanakan seperti hudud, banteras judi sepenuhnya yang bakal mendapat bantahan DAP. Jika isu sekecil salon yang mengasingkan lelaki perempuan pun menjadi isu nasional bagi DAP dan MCA, model pemerintahan Islam di Kelantan mungkin susah dilaksanakan.
Jika berlaku pertengkaran dalam isu-isu prinsip, apakah Mat Sabu ataupun Nik Amar yang perwakilan rasa boleh diharapkan untuk mempertahankan PAS?
Isu hudud kembali hangat sekarang. Karpal belum membuka mulutnya. Jika Karpal membuka mulutnya, siapa yang perwakilan rasa akan lebih ke depan untuk mempertahankan PAS – Mat Sabu ataupun Nik Amar?

Ada yang berhujah Nik Amar sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan perlu menjaga negeri dan tidak sesuai diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Mereka yang berhujah ini sudah tentu tidak akan mempertikaikan kemampunan Lim Guan Eng menjawat tiga jawatan penting – Setiausaha Agong DAP, Ahli Parlimen Bagan dan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Mereka berasa Nik Amar tidak mampu meskipun beliau belum diberi peluang mencuba. Apakah bukan tindakan ini merendah-rendahkan kemampuan pemimpin sendiri berbanding pemimpin DAP?

Dalam sudut berlawan dengan Umno, ada yang menuduh berkata golongan yang sekutu dengan Nik Amar tidak akan berlawan dengan Umno malah akan berkawan dengan mereka. Di dalam PAS, hanya Mat Sabu sahaja paling lantang memerangi Umno.

Dalam PAS, yang memerangi Umno bukan Mat Sabu seorang. Ramai lagi. Husam, Mahfuz, Salahuddin, Tuan Ibrahim, Abu Bakar Chik, Khalid Samad, Dzulkefly, Hanipa, Nasrudin, Raja Kamarul dan ramai lagi yang mampu berlawan dengan Umno, malah dengan jawatan.

Artikel ini bukan untuk menyeru perwakilan PAS tidak mengundi Mat Sabu. Artikel ini bertujuan untuk menyedarkan Mat Sabu bahawa PAS memerlukan seorang timbalan yang bukan sahaja dapat melawan Umno tapi juga rakan sekutunya bila perlu.
Mat Sabu perlu tunjukkan beliau berupaya melakukan sedemikian.
Seperti yang saya katakan selama ini, saya penyokong Mat Sabu untuk muktamar ini. Akan tetapi, saya mungkin berubah keputusan sekiranya Mat Sabu tidak berani bertegas dengan Karpal Singh dalam isu sekecil ini.
Kerana jika Mat Sabu tidak berani bertegas dalam isu ini, dan satu hari nanti apabila tiba masanya Kelantan melaksanakan hudud setelah menyelesaikan masalah perlembagaan, saya tahu Mat Sabu juga tidak akan mempertahankan PAS daripada kutukan Karpal dan DAP yang bakal mendatang.
Sekiranya Mat Sabu dapat menunjukkan bahawa beliau boleh dipercayai untuk menjaga hak PAS bukan sahaja daripada dicabuli Umno tetapi juga rakan sendiri, maka undilah untuk mengekalkan Mat Sabu.

Jika tidak, pilihlah Nik Amar yang belum diuji dan tidak dilihat bersedia, sekurang-kurangnya saya yakin pada beliau sebagai Timbalan Menteri Besar kepada satu-satu negeri yang dikuasai PAS akan mempertahankan apa yang dihasratkan PAS selama ini sehingga nafas terakhir.
Islam perlu didahulukan daripada sokongan saya kepada Mat Sabu. – 18 November, 2013.

Terkini! Kejadian Tembakan Di Tawang Bachok! Seorang Meninggal

November 14, 2013



kejadian baru berlaku. kes kejadian tembakan di tawang, bachok kelantan.

apa nak jadi ni wahai rakyat malaysia?

mana agama yang kamu anuti?

berita selanjutnya akan kami kemaskini.

42,646 calon UPSR peroleh A semua subjek

PUTRAJAYA: Seramai 42,646 daripada 478,848 calon mendapat A dalam semua subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata secara keseluruhannya pencapaian UPSR pada tahun ini meningkatkan sebanyak 0.04 mata iaitu daripada Gred Purata Nasional (GPN) 2.31 pada 2012 kepada 2.27 tahun ini.

"Manakala peratusan calon mendapat pencapaian cemerlang (semua A) bagi semua mata pelajaran diambil meningkat 0.21 peratus iaitu daripada 8.94 tahun lalu kepada 9.15 pada 2013," katanya pada siding media, di sini, sebentar tadi.

Gambar Kejadian Terjun Bangunan Di Pulau Pinang



Kejadian berlaku di Sri Saujana, Pulau Pinang.

Seorang lelaki terjun dari atas bangunan.

Pertemuan TG Nik Aziz Dengan Pimpinan Muslimat PAS

November 11, 2013



Alhamdulillah, tok guru sihat dan bersemangat bertanyakan aktiviti muslimat pas.

Sedikit motivasi dan kata-kata teguran supaya muslimat pas lebih kuat dan bersemangat dalam membantu gerak kerja.

Allahuakhbar!

TNC HEP dilantik AJK UMNO

http://4.bp.blogspot.com/-wIwU-4Ts6gc/UoBI8m_J6RI/AAAAAAAABY0/vr4VlisilZQ/s200/1452405_645082812178734_1231790486_n.jpg


Tanjung Malim, 11 November - Dato' Dr. Junaidi Abu Bakar, TNC HEP Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Kuala Krai bagi sesi 2013-2016.

Menurut sumber, keterlibatan Junaidi (gambar bawah kanan) dalam UMNO bahagian Kuala Krai dikatakan mula menonjol semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini. Beliau dikhabarkan telah calonkan sebagai ahli parlimen Kuala Krai.

Dikatakan, semasa PRU-13 terdapat banyak 'baner', dan papan tanda yang memaparkan gambar Junaidi di Kuala Krai kerana beliau dijangka menjadi calon pilihan.

Dalam hal berkaitan, menurut sumber , atas sebab-sebab tertentu beliau ditolak pencalonan oleh UMNO bahagian Kuala Krai.

NFC: Shahrizat tarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi, Zuraida




SHAH ALAM 11 NOV : Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).

Menurut laporan The Malaysian Insider, penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera.

644 terima pingat sempena keputeraan Sultan Kelantan



Ketua Istiadat Istana Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal mengetuai senarai 644 penerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-44 hari ini.

Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di Kota Baharu, Dr Tengku Mohamed Faziharudean dianugerah gelaran kebesaran daripada Sultan Muhammad V itu yang membawa gelaran Tengku Kaya Perkasa.

Seramai 34 individu lain dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, didahului oleh Penasihat Kepada Tengku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Datuk Nik Kamaruddin Ismail yang merupakan penerima tunggal Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK).

Sementara itu Pengurus Besar Tan Chong Motor Group Datuk Nadzam Mohd Din merupakan penerima tunggal untuk anugerah Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) manakala Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud merupakan penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK). Kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk.

Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Captain Airbus A380 Fleet Malaysia Airlines Flight Operations Division Kapten Datuk Zulkifly Zainal Abidin.

Seramai empat orang menerima Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Speaker Kelantan Abdullah Ya'kub dan Exco Kerajaan Kelantan Hanifa Ahmad pula adalah antara enam penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Empat lagi penerima darjah kebesaran itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tawang daripada PAS Hassan Mohamood, Adun Bukit Bunga daripada Barisan Nasional Mohd Adhan Kechik, Akauntan Chua&Chu Chartered Chua Eyu Bee dan Tengku Rozanna Petri Tengku Mohamed Nasrun.

Pengarah Urusan Bandar Kinrara Properties Sdn Bhd Yeo Boon Leong pula adalah penerima tunggal darjah Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Ketua Jabatan Anestesiologi dan Pakar Bius Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Brig Jen Dr Suhaimi Che Mat dan Panglima Kejuruteraan Markas Kejuruteraan Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Pertama Datuk Wan Othman Wan Abdul Rahman dianugerah darjah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk.

Pengarah Artileri Markas Tentera Darat Brig Jen Nordin Salleh adalah penerima tunggal bagi darjah Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Kelantan turut menganugerahkan darjah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang juga membawa gelaran Datuk kepada 10 penerima.

Mereka ialah Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ahamad Sabki Mahmood, Duta Besar Malaysia ke Myanmar Dr Ahmad Faisal Muhamad, Pengurus Besar (Operasi Domestik) Lembaga Tabung Haji Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan Arifin Che Mat, Penolong Pengurus Besar Sumber Manusia Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Mahmud Muhayyidin Mohamed Nawi.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan Mat Rahim Ismail, Pensyarah Diploma Qiraat dan Taranum Jabatan Al-Quran dan Hadis Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Nik Jaafar Nik Ismail, Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Nik Mohamad Shukri Nik Yahya, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Dr Siti Norlasiah Ismail dan Pengarah Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Wan Hashim Wan Jusoh.

Empat penerima dikurniakan darjah Ahli Yang Kehormat Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Akauntan Negara (Operasi) Jabatan Akauntan Negara Hawazain Shaari, Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Jamaluddin Abd Majid, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah dan Pengarah JKR Kelantan Ir Syed Abdul Rahman Syed Abdullah.

Seramai 14 orang menerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK), 10 orang menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK), 47 individu menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK), 76 orang menerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK) dan 61 orang menerima Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah
Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK).

Seorang daripada penerima ASK itu ialah Penyunting di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Santhy Devi A/P Ayadurai.

Bagi penerima Bintang-Bintang pula, seramai 30 orang menerima Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 45 orang Bintang Seri Kelantan (SK) dan 90 orang Bintang Ahli Kelantan (AK) manakala 53 orang menerima Pingat Bakti (PB), 83 Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS), 48 Pingat Taat (PT) dan 39 Pingat Perangai Baik (PPB).

Tiga lagi menerima Surat Kepujian dan sembilan menerima Jaksa Pendamai.

Pada majlis hari ini seramai 252 menerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai daripada Sultan Muhammad V manakala baki penerima yang lain akan diadakan pada tarikh lain.

- Bernama

Polis buru Jomar bagi membantu siasatan pembunuhan pegawai operasi AmBank


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu polis kini sedang memburu rakan pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, bagi membantu siasatan.

Khalid berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Jomar dipercayai turut terlibat dalam rompakan bank tersebut pada 23 Oktober lalu.

Katanya, polis percaya sebahagian daripada hasil rompakan disimpan oleh Jomar yang dipercayai masih berada di dalam negara.

“Hasil soal siasat kita juga telah mengetahui nama sebenar pengawal keselamatan yang ditahan semalam iaitu Laode Ardina Laude Rasila, 35 tahun,” kata pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspketif Islam di sini hari.

Gambar Tempat Kejadian Kes Bunuh Pegawai Penguatkuasa JAIP

November 10, 2013

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/538004_642662879117174_1187800237_n.jpghttps://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/q77/s720x720/1457530_642662915783837_299092070_n.jpghttps://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q80/s720x720/1454807_642662962450499_442057760_n.jpg


Ketua Penguatkuasa Jaip mati ditembak

KUANTAN - Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini.

Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," kata sumber polis kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.

"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya.

Beliau berkata, polis masih menyiasat kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu. - Bernama

Gambar Pak Guard Bunuh Pegawai Bank Ditahan



Celaka ni!

Lambat laun kau tahu la balasanNya.

Allahuakhbar!

Seorang Penguatkuasa Agama Islam Pahang Ditembak Mati



Ya allah, balasan apa yang terjadi kepada negara ini?

Kecelakaan apakah ni?

Ya allah bantulah golongan yang memperjuangkan dan mempertahankan agama mu

Penjenayah Tembak Mati Pegawai Bank Ditangkap!



Syabas diucapkan kepada pihak polis.

Tibai mamat warga asing ni ikut lunas undang-undang malaysia.

Tg Nik Aziz di Perhimpunan Jambori Amal Di Danau To' Uban

November 9, 2013



Alhamdulillah, tok guru sihat dan bersemangat hari ni.

Tok guru menitipkan kata-kata semangat kepada peserta.

Jambori kebangsaan unit amal ni diadakan di danau tok uban, pasir mas.

Mampukah Mat Sabu dapat sokongan ulama?


Abdul Rahim Sabri

Jika disoroti dua kali percubaan Mohamad Sabu merebut jawatan timbalan presiden - 2009 dan 2011 - beliau berdepan pertembungan tiga penjuru. Percubaan kali pertamanya gagal tetapi menang pada penggal berikutnya.

Kegagalan persaingan kali pertama dengan Nasharudin Mat Isa - yang mewakili kumpulan proulama - kerana pepecahan sokongannya dengan Datuk Husam Musa yang turut menawarkan diri bertanding jawatan itu, mewakili kumpulan profesional.

Bagaimanapun percubaan aktivis PAS itu bagi kali kedua berjaya, selepas sokongan penyandangnya Nasharuddin dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpecah.

Namun, dalam pemilihan PAS kali ini, Mohamad berdepan dengan situasi jauh berbeza apabila beliau dicabar Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam persaingan dua penjuru.

Sudah pasti, kedua-dua calon khususnya Mohamad berdepan risiko untuk mempertahankan jawatannya kerana akan berdepan saingan sengit, apatah lagi sokongan kumpulan proulama dilihat padu pada Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam 22 November depan.

Mampukah tokoh mesra dipanggil 'Abang Mat' ini mampu mempertahankan jawatan yang disandangnya di kala beliau berdepan dengan kumpulan proulama - yang menjadi teras kekuatan PAS sejak dahulu lagi?

Atau sediakah Mohd Amar menggunakan sepenuhnya keupayaan sebagai pemimpin berpendidikan agama dan pengalamannya sebagai bekas exco kerajaan negeri Kelantan untuk menyaingi jawatan sekaligus mengembali penguasaan ulama itu bagi jawatan itu?

Di atas kertas, Mohamad dilihat berpeluang mempertahankan jawatannya berbanding Mohd Amar memandangkan bekas tahanan ISA itu dilihat sebagai pemimpin nasional yang telah dikenali dan sentiasa mendapat perhatian umum termasuk perwakilan.

Jika diukur daripada sudut populariti, Mohamad yang mesra dipanggil 'Mat Sabu' lebih dikenali oleh perwakilan berbanding Mohd Amar, berdasarkan kemunculan mereka dalam ruang politik yang lebih besar.

Mohamad antara pemimpin boleh 'menarik khalayak' khususnya ketika beliau mengetuai perhimpunan besar. Malah ceramahnya sentiasa mendapat perhatian dengan celoteh dan kelantangannya.

Disenangi anak muda, bukan Islam

Perwatakannya yang disenangi golongan muda dan bukan Islam termasuk sebagai jambatan menghubungkan PAS dengan Pakatan Rakyat dan NGO, antara kelebihan kepadanya.

EMohd Amar pula lebih dikenali di peringkat negeri dan dilihat tidak menonjol sebagai pemimpin PAS di peringkat nasional berbanding dengan pemimpin PAS yang lain khususnya untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Walaupun sebelum ini pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat, ada pihak yang masih tidak mengenali timbalan menteri besar Kelantan itu dengan lebih rapat berbanding Mohamad.

Persepsi 'kurang senang' juga mungkin timbul di kalangan perwakilan di mana sepatutnya beliau merebut jawatan naib presiden terlebih dahulu, berbanding jawatan timbalan presiden, sekalipun beliau dicalonkan bagi jawatan itu.

Ini kerana, PAS sendiri tidak mentarbiyah ahli dan pendokongnya berebut-rebut jawatan dan sentiasa menginsafi bahawa amanah kepimpinan merupakan satu beban yang berat.

Walaupun masih belum teruji sepenuhnya pengalaman mentadir kerajaan negeri, tetapi memegang jawatan timbalan menteri besar dan pernah menjadi exco kerajaan negeri sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Mohd Amar.

Umum masih mengingati keputusan pemilihan 2011 menyaksikan Mohamad menang tipis dengan 420 undi berbanding Tuan Ibrahim (399) dan bekas timbalan presiden Nasharudin (224).

Mohamad menang tipis 21 undi sahaja dengan Tuan Ibrahim. Jika dicampurkan jumlah undi Tuan Ibrahim dan Nasharuddin - dilihat mewakili kumpulan proulama - Mohamad tewas dengan majoriti agak tinggi.

Oleh itu, sudah mula kedengaran cakap-cakap, jika Tuan Ibrahim melawan Mohamad, kemungkinan besar, pemimpin yang pernah ditahan ISA itu berdepan laluan sukar untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden buat kali kedua.

Ini disebabkan Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mendapat pencalonan terbanyak di peringkat kawasan dan sudah pasti kemenangan pasti memihak kepada bekas pensyarah bagi jawatan teersebut.

Apabila dilihat tiada pepecahan sokongan ulama kali ini, mampukah Mohamad 'mencuri' sokongan perwakilan dan kumpulan proulama pada pemilihan kali ini untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Ia bakal terjawab pada 22 November ini.

Suhaizan - dinamik, inklusif, peduli



Anis Nazri, 09 Nov 2013

KUALA LUMPUR: Membawa motto 'Dinamik, Inklusif, Peduli', calon Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berikrar akan menterjemahkannya dalam lima agenda utama yang dibawa bersama.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Suhaizan berkata kelima-lima agenda yang dibawa beliau itu terangkum dalam motto yang digunakan, di mana dinamik itu dari sudut tarbiyah, inklusif dari sudut dakwah dan peduli dari sudut rakyat.

Jelas beliau, lima agenda utama yang akan dibawa itu ialah mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan, perlu dilihat inklusif bukan eksklusif, menjadi 'check and balance' kepada parti, memposisikan pemimpin muda yang berbakat dan memperkukuh agenda tarbiyah untuk menyatukan pemuda PAS.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata beliau akan membawa Pemuda PAS ke hadapan dalam mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan agar ia benar-benar menepati sasaran dan matlamat yang diperjuangkan.

"Bukanlah Pemuda hari ini tidak ke hadapan dalam mendepani isu rakyat, cuma masih banyak isu rakyat yang masih tidak benar-benar memberi kesan mendalam. Jadi, saya berikrar untuk membawa badan ini ke arah tujuan tersebut," jelas beliau.

Dalam pada itu, Suhaizan berkata Pemuda PAS hari ini dilihat lebih eksklusif apabila anak-anak muda di luar PAS begitu sukar mendekatkan diri mereka dengan Pemuda.

Katanya, berdasarkan semakan yang dilakukannya, kebanyakan anak muda melihat Pemuda PAS lebih banyak memperuntukkan program berbentuk dalaman, dalam masa sama tidak mendekati golongan ini.

"Justeru, Pemuda PAS perlu menjadi lebih inklusif, di mana ia lebih terbuka dan bersifat mesra beliau bagi memahami kemahuan dan keinginan anak muda tanpa meminggirkan syariat Allah," tegas Suhaizan.

Sementara itu, Suhaizan menambah beliau turut berhasrat membawa Pemuda PAS agar berperanan sebagai 'check and balance' kepada parti, bersesuaian dengan mana-mana sayap pemuda bagi parti apa sekalipun.

Beliau turut berikrar untuk memposisikan anak-anak muda dalam PAS yang berbakat ke dalam PAS yang dilihat lebih selesa bergerak bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO).

"Hakikatnya Pemuda PAS memiliki ramai anak-anak muda yang berbakat, bagaimanapun mereka tidak selesa bergerak dengan parti tapi memilih bersama NGO. Jadi jika saya memimpin badan ini, saya akan memposisikan mereka bagi memastikan Pemuda PAS semakin baik," jelas beliau.

Tanpa meninggalkan perkara penting, Suhaizan berkata beliau akan memastikan tarbiyah yang diterapkan dalam Pemuda PAS boleh menyatukan anak-anak muda PAS, yang dilihatnya sekarang masih terdapat ruang-ruang kosong bagi tujuan tersebut.

"Jika diperhalusi lima agenda ini, ia terangkum dalam motto yang saya perkenalkan ini. Tujuan saya untuk meneruskan apa yang baik yang dilakukan Ketua Pemuda, Ustaz Nasruddin Hassan, dan menambahbaik mana-mana yang masih ada kekurangan," tegas beliau.

Ditanya tentang peluang untuk memenangi jawatan itu, Suhaizan berkata ia dilihat agak seimbang, dan semua calon yang bersaing bagi jawatan itu telah bersama-sama dalam Pemuda PAS sekian lama dan menyifatkan penyertaan dalam pertandingan ini adalah atas prinsip berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.

Pada pemilihan kali ini, selain Suhaizan, dua lagi calon adalah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamarulzaman Mohamad dan peguam yang terkenal dengan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dan AES, Zulhazmi Sharif.

Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu.

Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin. Ia dikosongkan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar yang bertanding timbalan ketua.

Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda

Dialog Cinta Presiden Mursi dan Istrinya di Penjara

November 8, 2013



Dr. Najla Mahmud baru saja mengunjungi suaminya, Presiden Muhammad Mursi, di penjara Burj Arab, Alexandria, Kamis (7/11).

Najla tidak dapat menutupi kebahagiaannya bisa bertemu sang suami kali pertama sejak kudeta 3 Juli lalu.

Pertemuan itu laksana hadiah tahun baru hijriyah.Namun, jiwa besar sepasang negarawan itu membuat pertemuan mereka bukan sekelas pertemuan pelepas rindu.

Luapan cinta Presiden Mursi yang sangat besar kepada rakyatnya membuat pertemuan mereka didominasi dialog cinta untuk rakyat Mesir.

“Aku pergi untuk memberikan dukungan kepada beliau. Tapi yang aku dapati tetaplah Presiden Mursi, seorang yang gagah dan tidak mengenal kalah,” kata Najla bercerita kepada televisiAljazeera, Kamis (7/11) sore, mengenai pertemuan dengan suaminya.

Presiden Mursi, lanjut Najla, menyampaikan pesan kepada rakyatnya agar tetap kuat dalam mempertahankan Revolusi 25 Januari. Rakyat jangan mau mengorbankan hasil-hasil revolusi itu.

Presiden Mursi menegaskan bahwa ia akan tetap mempertahankan revolusi hingga akhir nafasnya.

“Presiden Mursi bertanya tentang kabar rakyat. Beliau tidak berubah. Sama seperti yang dilakukannya saat memimpin negara. Bahkan beliau bertanya tentang harga sayuran.

Pertanyaan pertama beliau adalah ‘Bagaimana kabar rakyat Mesir?’” tambah Najla.Dari sekian banyak dialog cinta rakyat itu, Mursi tak lupa menyelipkan dialog cinta keluarga. 

"Presiden Mursi juga memintaku agar sabar, kuat, dan tidak menyerah. Beliau tidak mengakui keabsahan pengadilan dilakukan atas dirinya." [IK/Ajz/Dkw/bsb]

Kadar Takrif Elektrik Akan Diturunkan



Cuba translate. Makcik dan pakcik felda tak tahu ni.

Macai pun tak tahu, yang macai tahu ikut kata pemimpin bn je.

Naik ke turun erk?

PAS bantah kenyataan Karpal

November 6, 2013



PAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan.

PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal tidak memahami perjuangan PAS.Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyakarat majmuk di Malaysia?

Nilailah sendiri pada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim. Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan?Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata ikut sedap hati.

Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR.Beliau sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejeskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini.

Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya.PAS menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut.

Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS.
6hb Nov 2013

Kejadian Siang Dan Malam Dalam Satu Masa Dirakam

November 5, 2013



Alllahuakhbar!

Kejadian ni susah untuk dikesan. Dalam al quran sudah terkandung akan kejadian ni.

Salah Muhyiddin Yasin Kekalahan Di Sg Limau? Luah Penyokong Umno



Ye! Orang cerdik pandai mana nak masuk umno. Macai seperti papa gomo je yang ada tempat dalam umno.

Tahniah YB Ustaz Azam!

November 4, 2013



Allahuakhbar!

Allahuakhbar!

Allahuakhbar!

PAS Menang Dun Sungai Limau. ALLAHUAKHBAR!



PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi - merosot 1,690 undi daripada majoriti pada PRU13 lalu.

Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi menakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.

Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.

Terkini! Papa Gomo Sahkan BN Menang Di Sungai Limau



Alhamdulillah.

Hang belit la wahai papa woi. Makan kerja haram.

Ketibaan Presiden Mohamed Morsi, Erian dan Beltagy di ibu pejabat perbicaraan



Ketibaan Presiden Mohamed Morsi, Erian dan Beltagy di ibu pejabat perbicaraan

Presiden Morsi telah tiba dan dibawa bersama 14 pembantu beliau dan beberapa pemimpin Ikhwan ke Akademi Polis sebagai persediaan untuk memulakan perbicaraan dan dakwaan.

Ya Allah, berilah kemenangan kepada Dr. Morsi.

Pengawal keselamatan rompak kedai emas ditahan

November 3, 2013


KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan warga Filipina yang merompak kedai emas di pusat beli belah di Setapak 31 Oktober lalu ditahan polis di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) jam 7 pagi tadi.

Suspek ditahan bersama seorang lagi rakannya ketika berada di restoran makanan segera di lapangan terbang berkenaan dipercayai ketika menunggu penerbangan bagi meninggalkan negara ini.

Penahanan lelaki terbabit disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sepucuk pistol dan lima butir peluru di sebuah rumah di Pandan Jaya susulan penahanan pengawal keselamatan berkenaan.

Penyokong Umno BN Tidak Rasa Benda Ni



Harga yang tertera hanya kena pada penyokong pakatan rakyat saja ok.

Anwar: Pesta cahaya meraikan kemenangan keadilan

November 1, 2013



Anwar: Pesta cahaya meraikan kemenangan keadilan

PERUTUSAN SAMBUTAN DEEPAVALI 2013

Pesta cahaya yang meraikan kemenangan keadilan ke atas kezaliman sekali lagi disambut oleh masyarakat Hindu di Malaysia dengan penuh semangat kekeluargaan dan pengeratan semula hubungan sesama keluarga dan kenalan.

Kegembiraan ini sememangnya terpancar melalui hiasan beraneka rupa, hidangan juadah pelbagai rasa dan pakaian tradisi yang penuh warna-warni.

Dalam meraikan ‘kemenangan’ ini, jangan teman-teman lupa akan pengajaran disebalik perayaan Deepavali iaitu penerusan perjuangan menegakkan kebaikan dan keadilan serta penentangan penuh terhadap setiap kejahatan dan kezaliman.

Perjuangan memperbaiki taraf hidup kaum India di Malaysia terutama sekali di dalam isu pendidikan dan kebajikan rakyat luar bandar wajib terus diperjuangkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini penting demi memastikan masalah jurang antara yang kaya dan yang miskin – tanpa mengira kaum, sememangnya – akan dapat diatasi.

Ketika menyambut perayaan ini di dalam suasana penuh kegembiraan, jangan juga lupa akan jiran-jiran dan rakan taulan yang kurang bernasib baik. Kongsilah kegembiraan anda bersama mereka semampunya.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Deepavali Nal Valthukal” sempena sambutan Deepavali pada tahun ini.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Duit Tiket Dapat Banyak, Tengok La Sidang Media Perlawanan Akhir. Teruk!



fam oh fam. duit korang dah ambik banyak, tiket orang berebut-rebut. korang untuk banyak.

buat la sidang media yang elok dan cantik sikit. korang tengok kain alas meja. macam nak buat acara peringkat hari keluarga je, yang hari keluarga mungkin lebih cantik lagi.

fam nak berjimat agak-agak la wei, ni final piala malaysia beb!

Mat Saleh Ambil Gambar Tok Guru Masa Kuliah



Seorang mat saleh muslim ambil gambar tok guru semasa kuliah pagi tadi.

Bila ditanya untuk buat apa, dia menjawab untuk dibuat dokumentasi tokoh agama dunia.

Ya allah, kita ada seorang tokoh agama yang hebat dan terbaik.

Sihatkan lah tok guru nik aziz ya allah.

Harga Kosmo RM 1 Sebab Tak Laku?



Mengikut laporan dalam surat, akhbar kosmo kurang mendapat sambutan sejak kebelakangan ni.

Macam mana nak dapat sambutan kalau kerja mengampu dan fitnah saja.

Harga terpaksa dikurangkan.

Oh kesian, pandai sangat ikut perangai utusan malaysia.

Ustaz Mad, MB Kelantan Bersarapan dengan penduduk kampung Sg Limau



Alhamdulillah, ustaz mad dah berada di sana.

Beliau dan rakan-rakan akan bersama penduduk memeriahkan pelbagai acara.

Ayuh beri sokongan kepada petugas dan penyokong di sana.

Allahuakhbar!

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.