News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

MENGHAYATI KEWUJUDAN SEKSA KUBUR

December 26, 2007

Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan.

Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat menusia yang tidak diketahui dimana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang dilaut kerana kapal terbang berkecai jatuh kedalamnya atau samada kapal atau feri karam dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzah iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat. Ini berdasarkan Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99-100:

حَتَّى إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونََ

Maksudnya: “Kesudahan golongan yang kufur ingkar apabila sampai ajal maut kepada salah seorang diantara mereka berkatalah ia 'Wahai Tuhanku kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan'. Tidak! Masakan dapat ? Sesungguhnya perkataanya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzah (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzah ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan.

Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzah atau alam kubur.Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya bebarapa orang yang tidur nenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka munkin bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasa nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi.

Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakanya. Jika perkara seperti ini pun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzah, malahan alam barzah lebih hebat dari itu.Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam'iyyat” yang wajib kita yakini.

Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa berikut:

اللهم اني اعوذبك من عذاب في النار وعذاب في القبر

Maksudnya: “Wahai tuhanku ! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya.

Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan diakhirat nanti.

Sabda Rasulullah SAW; Maksudnya “ Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur ? Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya : “apabila salah seorang diantara kamu mati, akan ditujukkan kepada-Nya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepada-Nya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepada-Nya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka ; “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi.Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Allah yang tiada tandingnya pasti akan yakin dengan adanya siksa dan nikmat kubur.

Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzah dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat

.Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.Apabila kita mengingatkan tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepadaNya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab,kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur,kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut,kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.UNTUK itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.

Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dn menjadi kekasihNya.Dengan mengingatkan azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, berdusta, berjanji bohong, memerintah secara kejam, tidak adil, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya.

Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita kearah melakukan kebajikan yang sangat dituntut oleh Islam. الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab API NERAKA”. (Surah Ali-Imran ayat: 16)

Marilah kita semua menjuruskan ingatan dan kesedaran untuk kita sama-sama menghayati dan menyedari hanya Allah yang maha Besar dan yang Maha Pemurah. Dibentang-Nya alam ini untuk kita, dicurahkan rahmat-Nya siang dan malam, sejak kita dilahirkan sampailah hari kematian kita.

Bahkan rahmat Allah yang lebih besar dan lebih banyak lagi adalah sesudah kita MATI, jika kita termasuk dikalangan orang yang beriman dan bertakwa serta banyak mengerjakan amal soleh selama hidup kita di dunia ini.Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita.

Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut.

Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Kepada orang melayu Islam ingatlah semua yang hidup akan mati, berpesan-pesanlah kita bahawa azab kubur itu benar, janji Allah itu benar, shurga dan neraka itu benar, maka berpada-padalah amalan kita semasa hidup ini, orang lain yang tidak berjawatan dan berkuasa ini bukannya bodoh... mereka semua tahu, dengan sebab itu ada antara mereka yang menegor mereka yang membohongi mereka.

insaflah wallahhua'alam.

Masa Depan Malaysia Yang Malap?

December 25, 2007

Dewasa ini kita semua boleh melihat situasi pentadbiran dan kewangan negara Malaysia yang semakin berkecamuk dan kacau bilau. Dari segi kewangan, walaupun matawang Malaysia didagangkan kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat, namun ini tidak bermakna ekonomi Malaysia sebenarnya kukuh dan stabil.

Beberapa projek pembangunan negara telah, sedang dan akan mengalami masalah kerana kedudukan aliran tunai dan kewangan negara yang semakin parah. Dana awam termasuk dari dana Petronas telah digunapakai untuk menyuntik aliran tunai kepada pasaran demi untuk menaikkan Indeks Komposit Bursa Malaysia. Malah beberapa GLC memain peranan melakukan “operational syndicate trading” pada Bursa Malaysia sebagai usaha untuk memulihkan keyakinan para pelabur asing.

Beberapa insiden yang berlaku di Malaysia dewasa ini termasuklah Perarakan Awam BERSIH dan yang dianjurkan oleh Majlis Peguam telah berjaya menyedarkan masyarakat awam tentang kepincangan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi & Co serta ketelusan Institusi Kehakiman. Malah dunia luar kini dapat melihat “disebalik tabir” wajar sebenar pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi & Co yang boleh diklasifikasikan sebagai satu pentadbiran yang kalut dan boneka.

Malah beberapa insiden penangkapan individu sosial awam serta pemimpin politik pembangkan memperlihatkan bahawa pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co sebenarnya tidak jauh bezanya dengan Kerajaan Komunis. Walaupun telah berkali-kali pihak Kerajaan Malaysia memperkatakan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi, namun semua pihak yang waras akal fikiran akan dapat menyaksikan bahawa ini semua adalah lakonan demi untuk kesinambungan kuasa mutlak Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Saya telah tegaskan beberapa kali bahawa Malaysia sebenarnya adalah sebuah Negara Komunis. Malaysia telah lama menjadi Negara Komunis walaupun dahulunya Malaysia mengamalkan doktrin Komunisma secara berselindung. Kini Abdullah Ahmad Badawi & Co telah memperlihatkan bahawa keperluan untuk menzahirkan doktrin Komunisma Malaysia telah sampai keperingkat pelaksanaannya.

Didalam negara komunis, adalah perlu diujudkan beberapa agensi penguatkuasa yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Cuba anda lihat bagaimana PDRM telah memperlihatkan kekuasaan mereka dalam mengintrepitasi Akta Polis sehingga Akta Polis lebih berkuasa daripada Perlembagaan Malaysia, sedangkan sepatutnya Pelembagaan Malaysia adalah kuasa yang terulung. Mana-mana akta atau undang-undang lain yang bercanggah dengan Perlembagaan secara “otomatis”nya terbatal. Tapi kini Akta Polis adalah melangkaui kuasa Perlembagaan Malaysia.

Akta Polis dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang ini dipergunakan secara meluas sehinggakan Perlembagaan Negara kini dilihat sebagai satu “koran buruk” yang tidak bermakna. Institusi Kehakiman pula kini telah dilacurkan dan dilihat penuh dengan kudis-kudis berpenyakit HIV+ didalamnya. Malah jika ada mana-mana hakim / peguam yang bagus, maka mereka biasanya akan dilenyapkan dari arus perdana.

Kerajaan Barisan Nasional (dan UMNO khususnya) kini semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka sehinggakan mereka sanggup untuk melaga-lagakan dan melihat perbalahan kaum berlaku di Malaysia. Malah diberitakan mereka jugalah yang menjadi dalang utama dalam beberapa insiden huru-hara yang kononnya dilakukan oleh pihak HINDRAF. Walaupun saya tidak bersetuju dengan isu Hindraf, namun saya merasakan kaum India di Malaysia perlu mendapatkan hak-hak mereka sewajarnya.

Memang MIC kononnya menjadi juara bagi kaum India di Malaysia, namun merekalah juga yang menjadi parasit dan mempergunakan kaum India serta menganaktirikannya selama ini. Malah dalam kes MAIKA Holding, pihak MIC adalah dalang utama disebalik kekalutan korupsi yang berlaku didalam syarikat tersebut.

Jika Malaysia masih terus dipimpin dan ditadbir secara “BANGANG” oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co, maka janganlah anda terkejut jika pada akhirnya Malaysia akan menjadi salah satu daripada berikut:
1. Dijual kepada negara asing (dijajah)

2. Bankrap
3. Menjadi Negara Komunis secara “TOTAL”

RAKAT TERUS MENDERITA

RAKYAT TERUS MENDERITA.

Harga minyak masak terus melambung. Bekalan minyak masak dilaporkan berkurangan di beberapa negeri, termasuk di sekitar ibu kota, menyebabkan harga barang kawalan itu kini meningkat hingga RM2.70 sehingga RM2.80 sekilogram berbanding harga yang ditetapkan RM2.50 sekilogram.

Tinjauan media di beberapa kedai runcit sekitar ibu negara semalam, mendapati peniaga merungut kerana menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan daripada pemborong, namun segelintir lagi mengakui bekalan masih boleh didapati dengan mudah walaupun harganya dinaikkan.Nampaknya janji manis Shafie Afdal untuk memantau hanyalah omongon kosong bagai menanam tebu dibibir mulut.

Mungkin sudah beribu kali Shafei berjanji untuk melaksanakan pemantauan tapi semuanya hanyalah untuk menyedapkan hati rakyat kerana itu semua mustahil dapat dilakukan.Kesimpulannya kerajaan yang ada sekarang sememangnya gagal untuk mengawal harga barangan kerana kelembapan dan kelemahan mereka.

Sudah sampai masanya rakyat mengajar kerajaan yang ada sekarang pada pilihanraya akan datang.

WAHAI RAKYAT SEMUA GUNAKAN KUASA YANG ADA PADA ANDA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN BN YANG LEMBAP DAN ZALIM INI. UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF SERTA PEMBANGKANG LAIN.

Husam Musa cabar menantu PM

Menantu PM sekarang ini diserang dari pelbagai penjuru. Lambat laun beliau akan menjadi liabiliti yang terpaksa dikorbankan oleh UMNO. Sewaktu perhimpunan agung UMNO yang lalu, sewaktu menantu PM (atau dikenali sebagai budak kecik dikalangan orang lama UMNO) berucap, ramai yang menguap.

Nampak sangat beliau cuba jadi jaguh pemuda seperti Anwar Ibrahim dahulu. Sekurang-kurangnya Anwar pada ketika itu membawa arus kedalam UMNO dengan kemasukkan beramai-ramai ahli ABIM kedalam UMNO. Berbeza dengan menantu PM, beliau hanya bawa sijil nikahnya sahaja.

Terbaru, Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa, menyatakan cabarannya kepada menantu PM untuk berdebat. Sila klik disini. Apakah menantu PM berani berdepan dengan "mastermind" kerajaan negeri Kelantan itu? Kita tunggu dan lihat.

Rasanya beliau tidak mungkin akan berani menyahut cabaran Husam memandangkan beliau tidak layak untuk berentap dengan Husam.

Husam menjadi Naib Presiden PAS kerana beliau dipilih oleh perwakilan PAS. Manakala menantu PM menang tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO oleh kerana beliau mempunyai sijil nikah dengan anak PM.

BN tidak menjamin keselamatan negara

DUNGUN, 24 Dis (Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak berupaya menjamin keselamatan negara, sekiranya terus memerintah.Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika berucap Pada Ceramah Perdana, Sempena Aidiladha di pekarangan Masjid Sura,Terengganu baru-baru ini.

Katanya, negara tidak selamat jika rakyat masih terus memberi mandat kepada BN memimpin negara ini dalam pilihan raya umum akan datang.

"Negara tidak selamat lagi jika kita (rakyat) masih beri mandat kepada Umno dan BN memerintah.

"Kita (rakyat) rugi besar jika ini tidak dibuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," tegas Anwar.

Katanya lagi, masalah rasuah di kalangan pemimpin Umno/BN sudah begitu parah dan merugikan masa depan negara dan rakyat seluruhnya. Kerjasama PAS dan KeADILan bukan sekadar pakatan bagi menjatuhkan Umno/BN namun muafakat unutk membawa rakyat mengembalikan maruah agama dan bangsa.

"Pakatan kita ini bukan sekadar pakatan politik untuk jatuhkan Umno/BN tetapi ini adalah soal maruah," ujarnya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu juga menyifatkan pemimpin Melayu Umno telah rosak nilai moral dengan terlibat dengan gejala rasuah, salahguna kuasa serta 'merompak' kekayaan negara.

Menurutnya lagi, hasil kekayaan diagih-agihkan hanya kepada segelintir kroni-kroni yang rapat dengan pemimpin negara.

"Saya sudah dedahkan banyak rasuah pemimpin Umno seperti pembahagian saham, AP, pembelian senjata dan sebagainya.

"Yang terbaru adalah kes Pelabuhan Klang selain Kes Lingam sebelum ini," jelasnya.
Turut berucap pada majlis tersebut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali. - buletinonline.net

Menantu PM dalang perhimpunan Hindraf?

December 8, 2007

Itulah maklumat yang kami terima. Bunyinya pelik tetapi ada alasan kukuh yang diberikan oleh pemberi maklumat kami. Dalam sejarah politik Malaysia, hanya apabila terjadinya perbalahan diantara kaum, UMNO, MCA dan MIC akan kembali menjadi kuat. Ini telah terbukti selepas berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Melayu kembali menyokong UMNO dan Cian kembali bersama MCA.

Ini yang ingin dilakukan oleh menantu PM. Beliau tahu bahawa orang Melayu sudah mula hilang keyakinan kepada PM, dan ini amat berbahaya jika berterusan sehingga Pilihanraya Umum ke 12. Jika kebencian orang Melayu kepada Pak Lah berterusan, bermakna undi mereka akan pergi kepada pembangkang dan Pak Lah akan dilihat gagal mempertahankan prestasi PM. Maka mudahlah untuk Najib meyakinkan Pak Lah untuk berundur dan memberikan laluan kepadanya untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Ini yang paling ditakuti oleh menantu PM. Jika Najib naik, peluangnya untuk terus kukuh didalam UMNO sehingga menjadi PM tidak akan berjaya. Segala usaha yang telah dilakukannya termasuklah menggadaikan sedikit demi sedikit negara kepada Singapura sia-sia.Jadi beliaupun memulakan taktik jahatnya. Sumber kami mengatakan bahawa beliau bertemu dengan Uthayakumar beberapa bulan yang lalu dan memulakan perundingan.

Diantara perjanjian mereka ialah, menantu PM akan membiayai kesemua kos yang diperlukan oleh Uthayakumar untuk menganjurkan satu perhimpunan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menaikkan kemarahan orang Melayu. Sebagai balasan, Uthayakumar akan terus disokong dari segi kewangan dan perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan seperti ISA. Sebab itu sehingga hari ini kerajaan tidak menggunakan ISA kepada Uthayakumar walaupun beliau telah memainkan isu yang bahaya dan berpotensi untuk menjadikan satu rusuhan kaum.

Selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November yang lalu, sekarang giliran menantu PM untuk mengapi-apikan kemarahan kumpulan Melayu pula. Diberitakan bahawa satu pertemuan oleh NGO dan Pertubuhan Melayu di Kg. Baru dalam jangkamasa terdekat ini. Tujuannya ialah untuk mempertahankan Islam.

Selepas pertemuan, NGO dan Pertubuhan yang hadir akan mengeluarkan kenyataaan dan slogan yang berbunyi, "Jangan cabar umat Islam dinegara ini". Pertemuan yang ditaja oleh menantu PM itu tidak lain tidak bukan berniat untuk menaikkan kemarahan orang Melayu.Apabila orang Melayu sudah marah, maka mereka akan kembali memberikan sokongan kepada Pak Lah.

Ini mencerahkan peluang Pak Lah untuk memimpin UMNO sekurang-kurangnya selama satu penggal lagi.Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, saya tidak faham mengapa kestabilan dan keharmonian negara sanggup digadaikan demi untuk mempertahankan kuasa? Saya berharap agar orang Melayu tidak lagi bodoh dan membiarkan diri mereka diperalatkan oleh segelintir pihak yang hanya gila kepada wang dan kekuasaan.

Anak Jati Rembau.

Tok Guru Nik Aziz prihatin bila salib besar 'hilang'!

December 6, 2007

Tok Guru mengarahkan jika salib itu diturunkan atas arahan mana-mana pihak sama ada PBT atau kerajaan negeri, maka ianya mesti dinaikkan kembali. Setelah Hu Pang Chow pergi menyiasat rupanya menurut pihak gereja ianya diturunkan bagi tujuan pengubahsuaian.

Oleh Roslan SMS

Baru-baru ini di Dewan Rakyat Timbalan Menteri Pelajaran Noh Omar memaklumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat menurunkan salib di sekolah-sekolah "missionary" yang diasaskan oleh pihak gereja. Ini lanjutan rungutan yang dikemukakan oleh wakil Umno (BN) dari Parit Sulong, Syed Hood Syed Edrus, yang mahukan sekolah-sekolah seumpama ini menurunkan salib dan patung di sekolah-sekolah berkenaan serta memutuskan terus hubungan gereja dengan sekolah-sekolah ini kerana bimbangkan pengaruh dari pihak gereja antarabangsa.


Kata beliau adalah mengaibkan yang masih ada lagi sekolah-sekolah dalam sebuah negara Islam seperti kita ini yang terus dipengaruhi oleh pihak gereja.Gesaan Syed Hood itu turt disokong oleh wakil Umno (BN) dari Sri Gading Mohammad Aziz.Walaubagaimanapun menurut laporan yang diterima semasa Timbalan Menteri berkenaan memberikan penjelasan tersebut, kedua-dua ahli berkenaan tidak berada di dalam dewan.Dan hari ini Syed Hood, apabila didatangi pemberita, dah bagaikan nasi disiram air, lembut dan lembik.

Kata beliau, isu ini dibangkitkan atas kehendak rakyat yang diwakilinya. Beliau sekadar mahukan penjelasan dan malah berterima kasih atas sumbangan sekolah-sekolah ini terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.Cuma masalahnya Syed Hood ini dengan sengaja cuba mengalihkan perhatian masyarakat bukan Islam terhadap beliau apabila beliau berkata (sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini):

PAS would play up the issue if no proper explanation was given. (PAS akan memainkan isu ini jika tidak ada penjelasan diberikan).Lihatlah betapa jahatnya pemimpin Umno. Ketika mereka tersepit, mereka akan membabitkan orang atau pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan onar bikinan mereka. Mengapa heret PAS pula dalam isu ini? Seingat saya PAS tidak pernah sekalipun membangkitkan berkenaan isu ini kerana percaya pada kebebasan pendidikan.Malah saya teringat baru-baru ini Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sdr.

Hu Pang Chow ada menceritakan berkenaan satu insiden yang melibatkan salah sebuah gereja tertua dan terbesar di Kota Bharu iaitu Church of Our Lady Fatima (kebetulan penulis mendapat didikan peringakt tadika pada tahun 1969 di tadika kelolaan gereja berkenaan, ketika itu ayah penulis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan).

Kata beliau, pernah pada satu hari Tok Guru MB bertanya melalui Dato Annuar Tan (EXCO Kerajaan Negeri) kemana perginya salib besar di atas gereja berkenaan? Rupanya Tok Guru perasan yang salib di gereja berkenaan telah tiada.

Kata Sdr Hu, Tok Guru mengarahkan jika salib itu diturunkan atas arahan mana-mana pihak sama ada PBT atau kerajaan negeri, maka ianya mesti dinaikkan kembali.

Setelah Sdr Hu pergi menyiasat rupanya menurut pihak gereja ianya diturunkan bagi tujuan pengubahsuaian.Ringkasnya begitulah prihatinnya kerajaan PAS terhadap rumah ibadat agama lain, jadi kenapa dalam hal ini ahli parlimen Umno ini gelabah mahu melibatkan PAS pula? Kalau dah salah tanggung sendiri, jangan capai dan gagau pihak lain lantaran kelemahan dan kesingkatan fikiran kita sendiri.

Begitulah Umno!

PAS tidak paksa artis pakai tudung

KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak pernah mengenakan sebarang paksaan atau syarat terhadap wanita termasuk artis yang berkunjung ke negeri itu untuk menutup aurat atau memakai tudung. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan Sains dan Teknologi Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri hanya meminta supaya wanita, terutama artis yang datang ke negeri ini berpakaian sopan dan ti­dak menjolok mata.

“Tiada syarat yang memaksa mana-mana artis wanita yang berkunjung ke negeri ini memakai tudung, selalunya langkah menutup aurat atau bertudung dilakukan dengan kerelaan artis itu sendiri,” katanya. Beliau berkata demikian selepas sesi dialog ‘Sinema Majid Majidi, Moral dan Kemanusiaan’ yang diadakan sempena Mini Fest Kelantan 2007 di sini.

Beliau mengulas dakwaan bahawa kerajaan negeri mengenakan paksaan terhadap artis wanita yang dijemput datang ke negeri ini untuk memakai tudung, termasuk artis terkenal tanah air, Maya Karin yang merupakan panel dalam sesi dialog berkenaan.

Maya, yang mengakui gembira dan teruja di atas jemputan kerajaan negeri turut memakai pakaian menutup aurat, termasuk mengenakan tudung berwarna biru gelap ketika sesi dialog itu. Selain Maya, dua lagi panel dialog ialah Pengarah Istana Budaya, Dr Hatta Azad Khan dan pengarah filem Mamat Khalid.

Nik Mohd Amar berkata, kerajaan negeri sememangnya berbesar hati atas keprihatinan dan penghormatan yang diberi oleh artis wanita yang memakai tudung sewaktu kunjungan ke negeri ini.

“Kebanyakan rakyat negeri ini bertudung, mungkin kerana itulah kebanyakan daripada artis wanita ini dengan sendirinya mahu memakai tudung untuk menunjukkan rasa hormat mereka. “Kita sangat berbesar hati apabila melihatkan kesanggupan mereka memakai tudung apatah lagi dengan kerelaan sendiri dalam menghormati dasar kerajaan Kelantan,” katanya.

GOLONGAN MUDA LEBIH TERJAMIN (BUAT MAKSIAT) BAWAH BN - NAJIB

November 23, 2007

MELAKA: Golongan muda sedar bahawa masa depan mereka lebih terjamin di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Beliau berkata golongan muda mempunyai cita-cita yang besar terhadap masa depan negara terutama dalam aspek jaminan mereka akan mendapat pekerjaan, mendapat peluang ekonomi dan sebagainya."Jadi, kalau itulah harapan mereka, maka Barisan Nasional sahaja yang boleh memungkinkan keadaan yang lebih baik akan berlaku," katanya kepada pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, hari ini. (Kata-kata Najib seolah-olah menafikan kekuasaan Allah di mana, hanya Allah sahaja yang berkuasa menentukan sesuatu perkara.

Insya Allah sesiapa sahaja yang memerintah jika ikhlas dan berusaha sedaya upaya untuk memajukan golongan muda Insya Allah mereka akan berjaya. Jangan ingat BN berkuasa untuk menentukan segalanya).

Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan parti pembangkang kononnya sokongan golongan muda kepada pembangkang meningkat, dengan merujuk kepada perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 10 Nov lepas.

Itulah pandangan Najib. Kita ingin mengingatkan anak muda bahawa kata-kata Najib itu ada benarnya kerana anak muda akan terjamin untuk membuat maksiat kerana kerajaan BN memang sengaja menyediakan program-program maksiat agar anak-anak menjauhi agama.

BN memang sedar, jika anak-anak muda mendekati agama maka lambat laun anak-anak muda mereka akan sedar bahawa BN sudah menyimpang jauh dari agama Islam sebenar.

Di mana akhirnya BN akan kehilangan sokongan sebab itu mereka terus menerus menganjurkan program maksiat seperti konsert, karaoke, program pergaulan bebas dan sebagainya.Anak-anak muda terus dibiarkan hidup dalam keseronokan dan berhibur tanpa had.

Kakasaran dan kezaliman polis, bilakah akan berakhir?

Oleh GreenbocKini mereka merasai, iaitu sekumpulan 15 orang wartawan yang sedang membuat liputan satu kes bunuh telah dimaki dan diusir dengan panggilan "anjing" oleh seorang pegawai polis berpangkat ASP di Baling, Kedah.

Jika sebelum ini pihak polis mengkasari dan menzalimi rakyat terutama anggota pihak pembangkang dan tidak mendapat liputan dengan adil dari para wartawan, sampai juga masanya kini wartawan pula menerima nasib akibat dari kebiadaban para pegawai Polis DiRaja Malaysia.

Bernama melaporkan hari ini sekumpulan 15 wartawan membuat laporan di Balai Polis Tawar di Baling terhadap seorang pegawai polis berpangkat ASP kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka ketika sedang membuat liputan satu kes bunuh.

Laporan yang dibuat oleh jurukamera sambilan NTV7 Muhammad Ridzuan Osman, 21, di Balai Polis Tawar, Baling itu adalah kerana pegawai berkenaan mengusir wartawan dari tempat kejadian dengan perkataan "anjing". Pegawai polis berkenaan juga didengar mengarahkan anggotanya melepaskan anjing pengesan dari Unit Anjing (K9) untuk tujuan menghalau wartawan.

Kejadian itu berlaku selepas Ketua Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad mengadakan sidang akhbar di tempat kejadian.Dalam kejadian itu, polis menemui mayat dua lelaki di Ladang Kelapa Sawit Bukit Hijau pada pukul 10.43 pagi tadi dan kumpulan wartawan itu yang berada di tempat kejadian sejak pukul 8 pagi tidak dibenar merakamkan gambar walaupun berada di luar kawasan larangan polis.

Ketika jurufoto dan wartawan cuba merakam gambar apabila mayat berkenaan dimasukkan ke dalam kenderaan polis, pegawai polis itu menjerit "jangan masuk anjing" dan "lepaskan anjing".Wartawan Kosmo, Othman Yahya, 45, berkata sepatutnya pegawai berkenan mencontohi Mohd Zakaria yang melayani wakil media dengan baik.

Wartawan akhbar Tamil Nesan, ML Maran, 56, berkata selama bertugas sebagi wartawan inilah pertama kali dia berdepan dengan seorang pegawai polis yang tidak menghormati tugas wartawan.Pengerusi Kelab Media Kedah Mohd Zahari Morad berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu esok.

Wartawan akhbar Tamil Nesan, ML Maran, 56, berkata selama bertugas sebagi wartawan inilah pertama kali dia berdepan dengan seorang pegawai polis yang tidak menghormati tugas wartawan.Pengerusi Kelab Media Kedah Mohd Zahari Morad berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu esok.

Dan insiden kebiadaban polis ini bukan satu kes yang terpencil. Seperti yang selalu kita utara dan dedahkan, terdapat ramai kakitangan polis yang telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka, bertindak sesuka hati dengan menyepak, menendang, menampar, membelasah orang terbanyak.Saya telah mendedahkan hal kezaliman dankeganasan polis ini berkali-kali. Di negara ini, kita menyaksikan beberapa pegawai-pegawai polis yang bertindak ultra vires, malah keterlaluan. Bertindak melangkaui bidang kuasa mereka.

Bertindak seolah-olah mereka paling berkuasa di negara ini.Di dalam satu tulisan saya sebelum perhimpunan BERSIH 10 November lalu, saya telah meminta pihak polis untuk tidak panik dan supaya sentiasa bekerjasama dengan rakyat.

Namun malang sekali, masih terdapat pegawai polis yang sumbang dan sumbing seperti Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abd Rahman (gambar) yang telah mengarahkan gas pemedih mata ditembak ke arah rakyat terbanyak terutama di Masjid Jamek.Inilah binatang zaman moden, memaksa orang lain mematuhi undang-undang sedangkan diri mereka lupa bahawa mereka juga tertakluk kepada undang-undang.

Kita meminta polis lebih bertamadun, lebih profesyenal di dalam menjalankan tugasnya bukan menghalau wartawan dan rakyat serta mengherdik mereka apatah lagi mengkasari mereka.

Dan semua kekasaran dan kezaliman polis perlu dihentikan segera dan polis yang terlibat itu perlu dilucutkan pakaian polisnya untuk dimasukkan segera ke penjara kerana selagi mereka ada, imej negara tercalar dimata dunia seperti apa yang berlaku lewat peristiwa 10 November 2007.

ZAMAN ISLAM HADHARI HAKIM PUN MAKAN RASUAH, SIAPA LAGI KITA NAK PERCAYA

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM5,200 yang membabitkan tiga kes berasingan.Dua daripada pertuduhan itu membabitkan urusan pernikahan manakala satu lagi bagi tujuan melepaskan ikat jamin satu kes jenayah syariah.

Hassan Basri, 53, yang menjadi hakim syarie pertama didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas tuduhan rasuah, mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.Nampaknya zaman Islam Hadhari ini Hakim pun makan rasuah.

Memang jelas negara kita hilang keberkatan dan maruah kerana pemimpin yang memerintah pun tidak ada maruah. Apalah yang kita hendak harapkan kepada pemimpin BN hari ini, kerana BN menang pun dengan penipuan, penyelewengan dan rasuah.

Kalau hakim pun makan rasuah siapa lagi yang kita nak percayai? Hancur Hancus HancusBagi pertuduhan pertama, Hassan Basri didakwa meminta wang suapan RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah sebagai dorongan melepaskan wang ikat jamin kepada Yoong Hor Kit berhubung lima kes jenayah syariah, di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.15 malam 15 Ogos lepas.

Dia juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu menerima wang suapan itu daripada orang yang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tempat meletak kenderaan di Taman D.R. Seenivasagam di sini kira-kira 3.25 petang 6 Sept lepas.

Pertuduhan ketiga pula membabitkan dakwaan meminta wang suapan RM1,100 juga daripada Mohamad Imran bagi membantu Mohamad Asri A Bakar berkahwin dengan Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.30 malam 15Ogos.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima wang suapan itu daripada orang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tepi Hotel Hillcity di sini kira-kira 6 petang 17 Ogos.Hassan Basri juga didakwa menerima wang suapan RM1,100 daripada orang sama sebagai dorongan bagi mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd Jefri Afandi Ahmad dan Nur Liza Musa bagi membolehkan kedua-duanya berkahwin tanpa melalui prosedur ditetapkan, dalam kereta bernombor pendaftaran sama di tempat meletak kenderaan Taman D.R. Seenivasagam, kira-kira 3.20 petang 6 Sept.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi tuduhan pertama dan ketiga; dan mengikut Seksyen 11(a) akta sama bagi tuduhan kedua, keempat dan kelima.Semua pertuduhan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Tan Hooi Leng menetapkan kes itu dibicarakan pada 31 Mac tahun depan.Beliau turut membenarkan Hassan Basri diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan atau RM20,000 keseluruhannya manakala pasportnya diserahkan ke mahkamah.Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan manakala peguam S. Theivanthiran dan T. Shan mewakili tertuduh.

Terdahulu, Nordin memohon mahkamah menahan pasport tertuduh kerana pihaknya menerima maklumat tertuduh sering melakukan perjalanan ke Indonesia.Mahkamah juga diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan.

Raja Muda Perak dicadang Pengerusi Suruhanjaya

KUALA LUMPUR :
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mencadangkan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah (gambar)dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Diraja bagi mengembalikan kemuliaan institusi kehakiman negara ini atau pun ayah baginda, Sultan Perak sendiri sebagai bekas Ketua Hakim Negara di era gemilang institusi kehakiman negara.

Di samping mereka berdua, beliau juga mencadangkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaikh Daud dan Datuk N. H. Chan dan bekas dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Visu Sinnadurai sebagai anggota.

Di samping mereka, Kit Siang juga mencadangkan agar nama-nama berikut dipertimbangkan untuk menjadi anggota Suruhanjyaya Diraja itu.Mereka adalah Tunku Abdul Aziz (Transparency International), Raja Aziz Addruse (Bekas Presiden Majlis Peguam), Datuk Param Cumaraswamy (bekas pelapur khas PBB), Yeo Yang Poh (bekas Presiden Majlis Peguam) dan Chooi Mun Sou (anggota JK Penyiasat BBMB).


Kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dan mencadangkan pembaikan untuk institusi kehakiman ekoran cadangan penal penyiasat video klip VK Lingam.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bimbang penubuhan suruhanjaya ini senasib dengan penubuhan suruhanjaya penambahbaikan polis menjelang pilihanraya 2004 lalu."Ia hanya menjadi gimik menjelang pilihan raya sahaja. Selepas ini, cadangan entah ke mana, laporan entah ke mana," kata Husam.

Siasahdaily

RASHID SAH PELAWOK (PEMBOHONG)

Semalam Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sekiranya terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini. RASHID SILA LETAK JAWATAN SEKARANG KERANA KAMU TELAH BERBOHONG. SEDANG ISU PENGUNDI HANTU INI DISAHKAN OLEH MAHKAMAH SEMASA PERBICARAAN KES DUN LIKAS BEBERAPA TAHUN LALU.

Dan hari ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghimbau kembali pada tahun 2001 apabila Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Sabah. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, hakim tersebut memutuskan demikian atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, telah secara bukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.

Beliau berkata, dalam penghakimannya, Muhammad Kamil berkata SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih. "AMK juga tidak mahu rakyat terlepas pandang dengan satu fakta menarik, iaitu selepas penghakiman Likas dibuat, kerajaan dengan kebenaran SPR, membuat pindaan di mana senarai pemilih, - sebaik sahaja disahkan atau disahkan semula - dianggap muktamad dan diterima dan tidak boleh dipersoalkan atau membuat rayuan atau dinilai semula, dipinggirkan oleh mana-mana mahkamah.

'Berat sebelah' "Kes ini, meskipun hanya sebuah kes, tetapi ianya memberikan satu signifikan besar dalam sebarang dakwaan yang dibuat ke atas SPR yang jelas tidak telus dan saksama dalam menguruskan sistem pilihanraya Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau turut mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa sejak sekian lama sistem pilihanraya Malaysia dijalankan dengan adil dan bersih tanpa campurtangan parti pemerintah.

"AMK begitu berharap agar kedua mereka ini kembali berpijak di bumi yang nyata sebelum mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'ibarat meludah ke langit'," katanya. Sehubungan itu, katanya, AMK mengingatkan Rashid dan Abdullah bahawa konotasi kepada sistem pilihanraya yang kotor dan berat sebelah membawa kepada kuasa pemerintahan yang tidak sah.

"Justeru, AMK melihat wajar bagi bukan sahaja Rashid, malahan Abdullah sendiri bertanggungjawab atas kenyataan yang dibuat mereka, dengan berundur demi memberi ruang kepada pembaikpulihan sistem pilihanraya dan kerajaan yang telus dan berwibawa," katanya.


Ucapan Penggulungan YAB TG Nik Aziz 22 November 2007

Posted on Thursday, November 22 @ 21:27:14 MYT by greenboc "Tuan Tabal Tuan Guru, Teluk Kemang Masjid Tanah, Jangan Tabal Sultan Baru, Sial Majal ke lubang tanah". Begitulah bunyi pantun yang dibacakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat sewaktu mengakhiri ucapan penggulungan bagi perbahasan usul junjung kasih ke atas titah perasmian Sidang DUN Kelantan (Belanjawan) oleh Tuanku Sultan Kelantan yang disambut dengan tepukan meja bergemuruh di dalam dewan.Perbahasan usul junjung kasih ke atas titah Sultan Kelantan tersebut berlangsung selama 2 hari iaitu pada 20 hingga 21 Nov 2007. Penggulungan oleh pihak Kerajaan dibuat pada hari ini, diakhiri dengan ucapan oleh Menteri Besar Kelantan pada petang ini.Sila ke WebBlog TKO untuk melihat video klip ucapan pengulungan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan tesebut.

HUKUM KENCING BERDIRI

November 20, 2007


SOALAN :Kebanyakan masyarakat Islam di negara ini ramai yg kencing berdiri dan saya pernah mendengar Nabi Muhammad S.A.W. tidak mengaku umat.. boleh ustaz perjelaskan apakah hukumnya.


JAWAPAN :
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ:كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَانْتَهَى إِلَى سُبَاطَةِ قَوْمٍ، فَبَالَ قَائِماً، فَتَنَحَّيْتُ.فَقَالَ: "ادْنُهْ" فَدَنَوْت حَتَّى قُمْتُ عِنْدَ عَقِبَيْهِ، فَتَوَضَّأَ، فَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ.


Huzaifah r.a. menceritakan; Aku bersama Nabi s.a.w.. Apabila sampai di satu tempat pembuangan sampah, Nabi s.a.w. kencing di situ sambil berdiri. Aku pun berpaling menjauhi baginda. Namun baginda berkata kepadaku; ‘Hampirilah’. Aku pun menghampiri Nabi hingga aku berdiri hampir dengan dua tumitnya. Setelah selesai kencing, Nabi mengambil wudhuk dengan menyapu dua khufnya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan keharusan kencing sambil berdiri, bukan menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w..
Kebiasaan Nabi s.a.w. ialah kencing sambil duduk sebagaimana riwayat dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang berkata

;حديث عائشة -رضي الله عنها- قالت: من حدثكم أن النبيّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- كان يبول قائماً فلا تصدقوا ما كان يبول إلا قاعداً، رواه أحمد بن حنبل والترمذي والنسائي وآخرون، وإسناده جيد، والله أعلم.

“Jika ada sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w. kencing berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi tidak kencing melainkan sambil duduk”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut Imam Nawawi; sanad hadis ini adalah baik).

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak menegaskan; hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka; perbuatan Nabi kencing berdiri dalam hadis pertama di atas adalah kerana ada keuzuran bagi baginda; kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafi’ie; orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas r.a. pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.Kesimpulannya; kencing berdiri hukumnya adalah harus atau makruh mengikut perbezaan ulamak di atas.

Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir; “Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi s.a.w.”

.Wallahu a’lam.

Rujukan;Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 3, Kitab at-Toharah, Bab al-Mashi ‘Ala al-Khuffain.

Kasino Genting : Kisah Di Belakang Tabir

November 19, 2007

Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra. Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.

Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya. Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.

Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah (foto) membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.

STATUS PEGANGAN BEBAS

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.
Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.


Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..

Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.
Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancong
Datuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.


Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).

Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.

Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau. Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.

Pada April 28, 1969, d ihari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.

Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.

Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting.

Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream yang dihantar oleh tikambatu

Kenyataan Media Pejabat Presiden: PENGERUSI SPR MENGHINA YANG DIPERTUAN AGONG

PAS menganggap kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pada 15 November 2007 lalu di Melaka, yang beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke 12 akan diadakan sebagai suatu kenyataan yang jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kuasa memperkenankan pembubaran Parlimen merupakan kuasa Yang DiPertuan Agong setelah menerima permohonan dari Perdana Menteri.
Apabila Tan Sri Ab. Rashid sewenang-wenangnya mengisytiharkan yang beliau telah tahu akan tarikh pilihan raya bermakna beliau telah bertindak membelakangkan sama-sekali kuasa Yang Dipertuan Agong itu, sekaligus membelakangkan undang-undang tertinggi negara dan ini merupakan satu tindakan yang menghina Yang Dipertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan.


PAS mendesak agar pihak istana, sebaik-baiknya melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, segera mengeluarkan kenyataan meminta agar Tan Sri Ab. Rashid menarik balik kenyataan beliau itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Yang DiPertuan Agong.
Malah PAS menjadi bertambah ragu dan keliru berikutan kenyataan YAB Perdana Menteri di Kuala Terengganu semalam bahawa beliau sendiri hairan bagaimana Tan Sri Ab. Rashid boleh mendakwa yang ia tahu akan tarikh tersebut sedangkan Perdana Menteri sendiri kononnya belum menentukannya. Ini membutktikan yang Tan Sri Ab. Rashid sebagai Pengerusi SPR yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong telah berbohong secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.


Bagi PAS ketidaktentuan terhadap tarikh pilihan raya umum di Malaysia adalah bukti betapa tidak demokratiknya negara ini berbanding negara-negara maju yang lain yang mengamalkan sistem demokrasi.


19 November 2007
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PRESIDEN

RM3.26 juta Untuk Belanja

Kuala Lumpur, 18 November - Di antara 1 Januari 2007 hingga 22 Ogos 2007, sejumlah RM3.26 juta telah dibelanjakan untuk membiayai lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara.

Maklumat ini telah didapati Presiden KeADLIan, juga merangkap Wakil Rakyat Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dalam pertanyaannya kepada Dewan Rakyat penggal Parlimen yang lalu.

Datin Seri Wan Azizah juga telah bertanya tentang menteri-menteri yang telah mengikuti Perdana Menteri dalam lawatannya ke Eropah bulan Jun yang lepas.

Menurut jawapan yang diberi, semasa lawatan ke Russia, Perdana Menteri telah diiringi oleh 3 menteri Kabinet, 1 Menteri Besar, 1 Ketua Menteri, dan 2 Timbalan Menteri: Menteri Luar Negeri, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Menteri Penerangan, Menteri Besar Pahang, Ketua Menteri Sabah, Timbalan Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Di Bosnia dan Herzergovina, PM diiringi oleh 3 Menteri Kabinet, 2 Menteri Besar dan 2 Timbalan Menteri: Menteri Luar Negeri, Menteri Kerja Raya, Menteri Penerangan, Menteri Besar Perak, Menteri Besar Terengganu, Timbalan Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lawatan PM ke Itali pula diiringi oleh 4 Menteri Kabinet, 2 Menteri Besar dan 1 Timbalan Menteri: Menteri Luar Negeri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Penerangan, Menteri Besar Perlis, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Timbalan Menteri Pertahanan.

Menteri Luar Negeri mendakwa bahawa semua ahli rombongan yang dibiayai perjalanan mereka dengan wang rakyat ini relevan kepada skop kerjasama antara bidang yang mereka wakili dan negara yang berkaitan.

http://www.suarakeadilan.com/isi/2007/11/19/rm-326-juta-dibelanja-untuk-lawatan-lawatan-pm/

Gelombang Biru? Golombang buncitkan perut!

Semalam 18 November 2007, Pok Loh melawat Terengganu dan kemuncaknya program makan malam di SMK Seri Budiman, KT. Saya tercuit untuk menulis sedikit ulasan dari sedikit hal yang dilaporkan di berita tv ini terutamanya gelombang biru.

SMK tempat makan malam dibuat tu duduknya depan rumah saya. Jadi sesak pula jalan laluan penduduk kampung. Turut menjadi persoalan, mengapakah bendera ameno boleh menghiasi kawasan SMK tu? Bukankah SMK tu bangunan kerajaan?

Antara benda yang diketengahkan ialah kecemerlangan Terengganu dalam keputusan UPSR. Tahniah kepada yang cemerlang dan yang berjaya. Bagi saya kecemerlangan UPSR Terengganu bermula sejak zaman TG Ayoh Chik jadi MB lagi. Lagi satu, saya sendiri dulu pun dapat cemerlang juga masa sekolah rendah dulu, sehingga dapatlah RM100 dari
YT yang disampaikan bekas MB lama dulu. Tapi sekarang ni apa yang saya dapat?


Seterusnya ditonjolkan usaha kerajaan Terengganu sekarang ni nak meningkatkan lagi bidang ICT & Multimedia. Antaranya pembelajaran JAVA. Syabas dan semoga berjaya kepada mereka yang mempelajarinya. Sebenarnya tidak susah untuk berjaya di dalam bidang ini, terutama jika kita sertakan dengan disiplin dan minat yang tinggi. Saya sendiri pernah mendapat pingat emas ibn sina pada konvokesyen KUSZA atas kejayaan dalam bidang teknologi maklumat. Syukur alhamdulillah. Namun, kini apa yang mungkin boleh saya perolehi dari kehebatan program ICT & mulitimedia ini?

Sebelum terlupa, saya ingin menegur juga perihal program mengkomputerisasikan sistem-sistem pengurusan yang dijalankan secara manual terutama di organisasi-oraganisasi kerajaan. Satu usaha yang bagus dalam memudahkan lagi urusan orang ramai dengan organisasi tersebut dan pengurangan penggunaan kertas. Saya memerhatikan daripada luar organisasi sahaja dan mungkin dapat merumuskan bahawa keberkesanan matlamat asal penggunaan teknologi ini belum tercapai. Antaranya penggunaan borang-borang kertas masih meluas digunakan dan ada data yang berulang kali perlu diisi. Pengulangan data berlaku dan mungkin sistem pangkalan datanya belum sempurna dan juga tidak berpusat yang boleh dikongsi oleh semua unit yang ada di dalam organisasi. Perlu diingat juga penggunaan pangkalan data yang baik mampu menjimatkan kos.

Seterusnya, pok loh menyentuh hal gelombang biru dan meminta semangat gelombang biru dikekalkan kerana gelombang itulah yang telah menumbangkan pas. Sebenarnya sebelum PRU 11 dulu, saya pernah masuk mesyuarat gelombang biru tu kat sebuah motel di KT.

Kesimpulannya bagai dihebahkan "kalu bn menang, semua kita senang". Tapi semua dah sedia maklum tentang siapa yang senang sekarang ini. Semua juga telah sedia maklum, banyak rumah rakyat yang sudah dimusnahkan oleh gelombang biru tu termasuklah Rumah Allah Masjid Kg Bujal. Semua juga telah maklum berapa ramai yang hilang pekerjaan kerana gelombang biru tu. Apa pula yang saya dapat dengan gelombang biru tu?

Apa yang saya dapat daripada penguasaan bn ke atas kerajaan Terengganu?

Sejurus selepas PRU 11 tu, saya kira saya adalah antara kumpulan awal yang jadi tidak senang dengan kemenangan bn di Terengganu. Kerja sebagai TCS serta merta ditarik balik. Dan daripada hal itu, saya seolah-olah dicop pembangkang dan dilayan sebagai pembangkang "dalam budaya demokrasi ala Malaysia" sedangkan saya belum pun lagi mendaftarkan diri menjadi ahli mana-mana parti pembangkang. Lalu kini jadilah saya seperti tidak pernah mencapai kecemerlangan dalam UPSR pertama dulu dan seperti tidak pernah mencapai kecemerlangan pingat emas ibn sina KUSZA dulu.

Gelombang biru? Takmboh doh! "

Kejayaan Abdullah Badawi

Kejayaan Abdullah BadawiPosted on Sunday, November 18 @ 20:58:23 MYT by SongkokPutih Oleh mujahid304


"Kejayaan Abdullah Badawi bersama para kroninya sepanjang memerintah Malaysia. Ingatkan Mahathir lagi teruk rupa-rupanya Pak Lah lagi teruk. Nampak saja diam tapi dia punye diam boleh bikin orang pening kepala...Sendiri Boleh tengok indeks yang saya paparkan disini. Majulah Malaysia untuk Pak Lah Hadhari
Indeks Persepsi Rasuah (Transparency Inte


rnational) (http://www.transparency.org)
Ranking NegaraSingapura 2007 4


Malaysia 2007 43

Thailand 2007 84

Indeks Kebebasan Akhbar oleh Reporters Without Borders

(http://www.rsf.org )

Ranking NegaraMalaysia 2007 122

Thailand 2007 59Indonesia 2007 117

Singapore 2007 147

Ranking Universiti Di Dunia (The Times Higher World University Rankings)(www.thes.co.uk/worldrankings )

Ranking UniversitiHarvard University USA 1
University of Cambridge UK 2
University of Tokyo Japan 17
National University of Singapore 33
Universiti Malaya Malaysia 246
Universiti Kebangsaan Malaysia 309

KedudukanRanking Team Bolasepak Malaysia (http://www.fifa.com )- 2007

Ranking NegaraThailand 114
Indonesia 125
Singapore 140
Myammar 147
Malaysia 166Tonga 168
Sri Lanka 169


KUNJUNGILAH BLOGwww.jasindaily.blogspot.com "

Mari kita cabar Umno dan Barisan Nasional.

November 13, 2007

Assalamualaikum.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat negara ini tidak memerlukan demonstrasi jalanan untuk menuntut sesuatu kerana ia bukan budaya Malaysia.‘‘Kalau diikutkan, Barisan Nasional (BN) mampu mengadakan perhimpunan yang lebih besar daripada perhimpunan Gabungan Bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil semalam yang mengumpulkan kira-kira 10,000 orang.‘‘BN mampu mengumpulkan (bilangan peserta) lebih besar daripada jumlah semalam kalau itu yang kita mahu untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti. Namun itu bukan budaya rakyat negara ini,’’ Utusan Malaysia - 12 November 2007.

Jika benar Najib kata BN boleh mengumpulkan lebih daripada seratus ribu (bukan 10,000 seperti yang didakwa), kita cabar mereka Barisan Nasional agar menghimpunkan ahli-ahli setta mereka di Dataran Merdeka seramai 100,000. Tetapi kita tidak mahulah BN buat seperti yang selalu mereka amalkan untuk memenuhkan majlis mereka iaitu mengangkut budak-budak sekolah, pelajar-pelajar IPTA dan imam-imam masjid yang di kawal oleh Umno dengan bas. Membayar kepada mereka sejumlah wang sebagai galakan. Dan mengumpan mereka dengan hiburan untuk menarik mereka memenuhi himpunan yang dianjurkan oleh BN itu.

Kepada polis pula kita minta agar mereka bertindak seperti mana yang mereka lakukan terhadap himpunan anjuran pembangkang iaitu menembak dengan air kimia serta gas pemedih mata dan mengejar serta membelasah para peserta himpunan. Maka di situ kita mahu lihat mampukah Umno dan Barisan Nasional mengumpulkan ahli-ahli serta penyokong mereka seramai 100,000 untuk menempuh segala kepayahan seperti semburan air berasid dan gas pemedih mata yang menyakitkan. Sanggupkah ahli-ahli Barisan Nasional berkorban dan menempuh segala kepayahan ini demi perjuangan mereka?

Takut sehingga meracau..

November 12, 2007


Saya agak tertarik dan terdorong untuk membaca akhbar Berita Harian yang semakin menghairankan masyarakat Malaysia dengan pelbagai putar belit yang semakin terdedah, sangat memalukan! Bukan itu sahaja, beberapa pimpinan yang sememangnya semakin kecut telur, sudah mula berkata bukan-bukan, seolah-olah budak sekolah rendah yang kehilangan gula-gula.
Perhatikan sendiri berita yang telah di"ciplak" daripada Berita Harian, 11 November 2007. Bandingkan sendiri dengan akal anda dengan berpandukan kecerdikan, bukan kebodohan.
Perhimpunan haram punca kesesakan, jejas peniaga: TPM PEKAN: Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, semalam kerana menyusahkan orang awam untuk menjalankan urusan harian. Timbalan Perdana Menteri berkata, ada pekedai terpaksa menutup perniagaan mereka kerana bimbang kemungkinan timbul suasana kurang menyenangkan.
Beliau berkata, orang ramai yang melalui laluan di situ juga terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas dan keadaan itu menyusahkan mereka menjalankan urusan harian. Katanya, tindakan itu menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan melakukan jenayah, merosakkan harta benda awam dan kesannya tidak baik terhadap pandangan umum, termasuk negara luar.
"Dalam kita menyokong kebebasan bersuara tidak bermakna kita boleh membenarkan pihak mengambil kesempatan mewujudkan suasana kurang selesa. Kita utamakan keamanan dan sebab itu polis tidak benarkan perhimpunan itu. "Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di Felda Chini Timur 3, di sini, semalam.
Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor. Najib berkata demikian ketika mengulas perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang berjaya dikawal berikutan tindakan proaktif dan kecekapan polis mengelak kejadian tidak diingini.
Sementara itu, pemimpin dan pelbagai pihak mengecam tindakan mengadakan perhimpunan haram itu yang disifatkan sengaja mencabar undang-undang. Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata majoriti rakyat negara ini menghormati undang-undang negara ini, tetapi ada segelintir pengkhianat yang enggan berbuat begitu dan sengaja melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka. "Umumnya perhimpunan ini mahu mencabar undang-undang, membuat provokasi terhadap agensi penguat kuasa supaya mengambil tindakan dan nampaknya mereka nak salahkan kerajaan atas alasan tidak menghormati hak asasi, tak hormat nak buat perhimpunan," katanya.
Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahman, yang mengutuk demonstrasi itu berkata perhimpunan itu bukan budaya kita... anak muda jangan terpengaruh dengan sifat rakus pembangkang untuk menangguk di air keruh. "Kita yakin itu kerja pembangkang, mereka ambil kesempatan. Rakyat perlu ambil iktibar apa berlaku di Myanmar, Pakistan akibat demonstrasi jalanan," katanya. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, memberi amaran kepada kakitangan kerajaan yang menyertai perhimpunan haram itu menanggung risiko dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya, kakitangan kerajaan terikat dengan akujanji ditandatangani dan perlu patuh kepada peraturan, termasuk tidak menyertai kegiatan menyalahi undang-undang seperti menyertai perhimpunan haram. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata perhimpunan seumpama itu akan dieksploitasi oleh pihak yang tidak sukakan Malaysia untuk memburukkan negara dengan menggambarkan negara tidak stabil dan dalam keadaan huru-hara.
Naib Presiden MIC, Datuk S Veerasingam, berkata sejarah menunjukkan parti pembangkang bukan sekadar menang dalam pilihan raya negara ini, malah berjaya menubuhkan kerajaan seperti di Kelantan dan Sabah. "Saya hairan bagaimana mereka boleh kata Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik kotor dalam pilihan raya. Jika BN tipu, mengapa BN boleh kalah dalam pilihan raya?," katanya. Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat, berkata mana-mana pihak boleh menyalurkan rasa tidak puas hati mengikut peraturan bukannya dengan mengadakan perhimpunan.
Ulasanku
Lihatlah sendiri, provokasi yang dilakukan oleh media dengan telunjuk mereka yang sudah terbuka pekung sendiri. Terasa mual ketika membaca berita ini, seolah-olah menganggap si pembaca ini tiada otak langsung. Malas juga hendak mengulas berita ini, kerana semua orang mampu berfikir untuk membuat perbandingan sendiri.
1. Perhimpunan haram punca kesesakan? Benarkah perhimpunan tersebut menimbulkan kesesakan? Apa yang dilihat dan boleh diperhatikan sendiri, kesesakan tersebut tercetus apabila sekatan polis dilakukan. Ia merupakan perhimpunan aman, bukanlah sebuah kekacauan atau kekecohan. Lihatlah sendiri dengan kehadiran FRU dan Polis yang cuba membuat sekatan sehinggakan berlaku kesesakan. Sungguh geli hati apabila melihat orang bodoh berkata-kata, ada sahaja alasan untuk menyalahkan orang lain.
2. Merosakkan harta benda awam? Sebuah lagi kenyataan yang tidak masuk akal, mana mungkin sebuah perhimpunan aman, yang menuntut keadilan, disertai oleh 68 NGO begitu bodoh untuk merosakkan harta benda awam. Sekiranya benar berlaku kerosakan harta benda awam, sudah pasti perhimpunan ini tidak disertai oleh masyarakat kerana mereka berhimpun hanya untuk menuntut keadilan, takkanlah masyarakat begitu bodoh sangat, hendak merosakkan harta benda sendiri tanpa sebab.
3. Kita utamakan keamanan dan sebab itu polis tidak benarkan perhimpunan itu. Perhimpunan aman yang dijalankan terus berjalan dengan aman, tanpa sebarang masalah, walaupun kehadiran Penyembur Gas Pemedih Mata tanpa sebarang sebab perlu kehadirannya dan FRU yang tiba-tiba sahaja beriya-iya mencetuskan kekecohan sedangkan tiada sebarang masalah dan gagguan yang dilakukan. Bandingkan sendiri dengan konsert yang dilakukan dan dijalankan dengan tenang walaupun menyebabkan banyak kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan banyak lagi masalah. Contohnya ketika sambutan kemerdekaan dan banyak lagi yang doleh dibaca sendiri di dada akhbar. Langsung dibiarkan sahaja! Di mana FRU ketika itu, pegang telur sendiri, tidur di rumah?
4. Berjaya dikawal berikutan tindakan proaktif dan kecekapan polis mengelak kejadian tidak diingini. Ha ha ha, aku hanya perlu menjawab dengan hilai tawa. Tak perlulah diulas panjang...
5. Majoriti rakyat negara ini menghormati undang-undang negara ini, tetapi ada segelintir pengkhianat yang enggan berbuat begitu Benarkah segelintir sahaja? Siapakah pengkhianat sebenarnya? Siapakah yang tidak menghormati undang-undang? Perhimpunan yang bukan sahaja dihadiri oleh pihak pembangkang, malah 68 NGO yang turut serta dengan bilangan melebihi 100 000 orang, masih boleh dikatakan sebagai segelintir. Badan Kehakiman yang telah diseleweng untuk menegakkan kejahatan masih boleh dikatakan mengikut undang-undang? Tak perlulah didedahkan di sini, kes-kes pimpinan kerajaan sendiri tidak menghormati undang-undang.
6. Perhimpunan itu bukan budaya kita... Adakah perhimpunan menyaksikan konsert bogel dan seksi adalah budaya kita? Perhimpunan yang meninggalkan kondom bersepahan, adakah ini juga budaya kita? Kenapa perlu mengutuk perhimpunan menuntut keadilan? Kalau benar tidak bersalah, mengapa perlu beriya-iya mengkritik? Jaga pekung sendiri? Kesimpulan Janganlah anda tertukar di antara baik dan buruk. Jangan tertipu dan terpedaya, anda mempunyai akal yang dikurniakan oleh Allah, gunakanlah sebaiknya. Anda juga mempunyai al Quran dan as Sunnah sebagai perlembagaan, amalkanlah isi kandungnya.

Tahniah kepada seluruh Unit Amal yang terlibat


Saya mewakili seluruh anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Unit Amal seluruh Malaysia yang telah sama-sama membantu menjayakan Himpunan 100 ribu rakyat yang dianjurkan oleh BERSIH semalam.


Rata-rata saya dapati, ramai anggota-anggota Unit Amal yang hadir kebanyakannya anak-anak muda yang mungkin masih bersekolah dan ada juga yang telah berumur. Mungkin atas tarbiyyah dan bimbingan yang diberikan oleh pengarah-pengarah negeri saya dapati mereka bersemangat untuk membantu menjayakan himpunan tersebut.Dalam himpunan yang berlangsung semalam, pihak BERSIH telah mengutus surat melalui email bulan lepas kepada Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Ustaz Jamsari Marsom meminta supaya Unit Amal dapat bertugas sebagai keselamatan dalam himpunan 100 ribu rakyat.


Ustaz Jamsari telah meminta pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan , Saripuddin Mohd Yatim mengambil peranan berkenaan tugasan tersebut memandangkan Unit Amal Wilayah Persekutuan merupakan tuan rumah bagi himpunan tersebut. Apa yang perlu dilakukan oleh pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan ialah mendapatkan khidmat bantuan anggota daripada seluruh anggota Unit Amal Malaysia yang ada untuk membantu menjadi petugas keselamatan.


Walaupun pada peringkat awalnya kami dari Unit Amal Wilayah Persekutuan bimbang jika kehadiran Unit Amal seluruh Malaysia yang hadir tidak mencapai sasaran yang diharapkan atau mungkin dihalang oleh pihak polis ternyata kebimbangan kami telah dibuktikan dengan kehadiran anggota yang telah dilaporkan oleh pengarah-pengarah negeri sebelum ini walaupun ada diantara mereka tiba lewat iaitu pada pagi 10 November semalam.


Namun dengan kecekapan pengarah-pengarah negeri menyusun anggota seterusnya menyampaikan taklimat seperti yang telah diberikan oleh kami Unit Amal Wilayah Persekutuan selaku tuan rumah, semua petugas Unit Amal negeri-negeri dapat menerima arahan daripada kami dengan patuhnya. Kami juga berasa kesal dengan tindakan tidak bertamadun pihak polis yang menahan anggota Unit Amal pada himpunan semalam dan menyemburkan gas pemedih mata kepada peserta himpunan juga mengenai pengarah Unit Amal Wilayah Persekutauan, Saripuddin Mohd Yatim ketika berada di Masjid Jamek..


Telah dibuktikan bahawa himpunan tersebut dilaksanakan dengan aman dan tiada provokasi yang dilakukan oleh peserta. Kejadian yang berlaku di Masjid Jamek semalam bukanlah bermula daripada peserta tetapi pihak polislah yang memulakan provokasi tersebut. Ini berikutan pengawasan yang dilakukan oleh anggota Unit Amal telah berjaya mengawal peserta-peserta dari melakukan provokasi.


Walaupun Unit Amal yang ditahan semalam dibebaskan pada pukul 10.00 malam tadi, kami meminta supaya pihak polis tidak mendakwa mereka ini. Akhir sekali, saya mewakili Unit Amal Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah dengan komitmen dan kepatuhan yang ditunjukkan oleh anggota-anggota Unit Amal negeri-negeri yang telah membantu bertungkus-lumus walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan lebat.


Mudah-mudahan Allah s.w.t membalas ganjaran kepada semua anggota Unit Amal yang terlibat dengan mengikut setiap titik air hujan yang turun membasahi baju serta seluar anggota Unit Amal sekelian. Sekian, M.S Abu Sahid Setiausaha Unit Amal Wilayah Persekutuan

Khairy ‘berok berani’ cabar kita kerana dia menantu PM - Mat Sabu


KUALA LUMPUR, 11 Nov: ‘Khairy berani cabar kita, sebab dia menantu beruk yang duduk di celah ketiak Pak Lah,” kata Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu yang membidas cacian Naib Pemuda Umno terhadap rakyat yang menyertai himpunan rakyat semalam.“Kalau bukan menantu Perdana Menteri, letak muka dia di Chow Kit pun tak laku,” ucapnya dengan disambut sorakan dan ketawa 2,000 hadirin yang mendengar ceramah di Taman Melewar malam tadi.

Mohamad Sabu menyelar tindakan Khairy yang tanpa segan silu walaupun tidak ada sebarang jawatan dalam kerajaan mengarahkan pihak polis menghalang himpunan 100,000 rakyat semalam yang kononnya bakal mencetuskan suasana kecoh.

Katanya terbukti dakwaan Khairy meleset dan rakyat telah menunaikan janji apabila melakukan himpunan secara aman, berdisplin dan tidak merosakkan harta benda awam.
“TV Singapura melaporkan bahawa himpunan rakyat tadi adalah yang terbesar ddalam sejarah negara oleh pihak pembangkang dan NGO. Image

“Malah wartawan dalam dan luar negeri turut memuji kerana himpunan ini telah dianjurkan secara aman,” katanya di sambut dengan laungan ‘Takbir’ oleh orang ramai.
Katanya himpunan rakyat ini merupakan rentetan daripada punca Pilihan Raya 2004 yang buruk dalam sejarah Malaysia yang antaranya perpindahan pengundi dan persempadanan semula yang tidak adil yang berlaku di Selangor, Trengganu dan Kedah.

“Kalau tidak ada perubahan, kita akan turun ke jalan raya 300,000 hingga 400,000 orang.
Turut menyampaikan ceramah utama ialah Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir sama Ajk Bersih Anuar Tahir, Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim,Ronnie Liu (DAP) dan beberapa pimpinan politik yang lain.

100,000 berhimpun, mana Pak Lah nak letak muka! - Bersih

November 11, 2007

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Segagah mana atau selantang mana sekalipun, akhirnya amaran keras dan amanat tegas Presiden Umno Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ternyata lemah dan gagal menggugat semangat rakyat untuk terus bangkit menyertai Himpunan Rakyat semalam biar apa jua rintangan serta ugutan yang mendatang.

Rakyat hanya punya satu matlamat bahawa Malaysia mesti mengamalkan demokrasi yang berada dilandasan benar dan sebuah pilihan raya adil yang tidak disalahguna dan dirosakkan oleh kerajaan BN yang ada selama ini dan suara rakyat ini akhirnya berjaya di sampaikan ke pengetahuan Istana Negara!

"Di mana Pak Lah nak letak muka dia," demikian soal AJK Bersih Anuar Tahir ketika berucap di Taman Melewar semalam di samping memberi penjelasan kepada orang ramai situasi terkini yang berlaku pada sebelah petangnya.

"Dia kata pantang dicabar. Yang lebih layak berkata ialah rakyat lagi pantang dicabar haknya!
"Dan terbukti bahawa rakyat telah berjaya mencabar untuk menunjukkan bahawa mereka berjaya melakukan himpunan secara aman dan mahu sebuah demokrasi yang bersih!," katanya di atas beranda bumbung Markaz mengadap kira-kira 2,000 hadirin yang mendengar ceramah.
Katanya biarpun telah berlaku insiden tidak diingini, seperti polis melepaskan gas pemedih mata dan menyuraikan orang ramai secara kasar namun para peserta himpunan dan rakyat tetap bersabar dan mematuhi undang-undang termasuk taat kepada arahan pimpinan.
"Tiada berlaku provokasi oleh orang ramai malah tangkapan yang dilakukan polis kerana mereka ingin menyertai himpunan menuju ke arah Istana Negara,"katanya.


"Sebenarnya, rakyat yang boleh mendisplinkan Polis!," katanya lantang dan berbangga dengan semangat, displin dan kesabaran yang ditunjukkan semua para peserta khususnya rakyat yang datang daripada luar Kuala Lumpur.

Katanya lagi rakyat tidak boleh dipermainkan dan diperbodohkan malah masanya amat tepat kerana rakyat mahu mengadu kepada institusi yang paling atas dalam negara iaitu DYMM Agong dan Raja-Raja Melayu kerana tidak percaya kepada kerajaan yang sedia ada supaya dapat dilakukan perubahan kepada negara yang mengalami pelbagai kepincangan dari sudut ekonomi, jenayah, rasuah dan salah guna kuasa.

"Jangan main-main dengan rakyat. Sekali lagi kita dipermainkan, kita akan turun lagi di jalan raya," katanya.
Turut menyampai ceramah utama ialah Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat KeADILan Dato Seri Anwar Ibrahim.


Hadir sama Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim,Ronnie Liu (DAP) dan beberapa pimpinan politik dan NGO yang lain.-->

Puluhan ribu serta perhimpunan tuntut p'raya adil -

Berpuluh ribu orang berhimpun di luar Istana Negara petang tadi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Sebelum itu pengajur perhimpunan tersebut yang terdiri daripada gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti pembangkang - berarak ke Istana Negara dalam hujan, sambil melaung menuntut keadilan dan pembaharuan dalam pilihanraya.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada penganjur perhimpunan tersebut, tetapi ia tetap diadakan walaupun polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bandaraya serta mengadakan sekatan jalanraya di semua jalan masuk ke ibunegara.

"Terdapat hampir 30,000 orang pada masa ini. Kita telah bersetuju membenarkan mereka duduk di depan istana dan membenarkan empat wakil mereka menyerahkan petisyen kepada wakil istana," kata seorang pegawai polis kepada AFP.
Penganjur: 40,000 hadir


Pihak penganjur pula berkata sekurang-kurangnya hampir 40,000 orang menyertai perhimpunan tersebut.
Kira-kira 400 anggota polis anti-rusuhan ditugaskan mengawal kawasan istana, termasuk berbelas-belas anggota lagi yang lengkap bersenjatakan senjata automatik dan pelancar gas pemedih mata.


"Rakyat Malaysia mesti dibenar menyuarakan pandangan dan pendapat mereka," kata Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di depan pintu pagar istana untuk menyerahkan petisyen tersebut.

"Adalah tidak adil bagi kerajaan untuk tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara takyat di sini," katanya.
Pihak penganjurnya merancang untuk mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka tetapi terpaksa memindahkannya selepas polis menutup jalan masuk ke situ.



- AFP
10.11.2007

Musa Hassan Kamu Tak Payah Cakap Banyak!

Musa Hassan tak payahlah banyak cakap.. nak jaga ketenteraman awam konon, yang kamu kawan dengan gangster tu apakah menjaga ketenteraman awam? sampai hari ini kamu gagal jejak pembunuh Nurin, mana pergi kententeraman awam? jenayah rogol,ragut dan rompak berleluasa mana bukti kamu jaga ketenteraman Awam? bila Raja petra dari blognya dedah bukti kamu Rasuah kenapa muka kamu pucat dan diam membisu? nasib baik Paklah menutup kes kamu. kamu pengecut dengan Raja Petra tapi berani dengan rakyat yang lemah.

kalau kamu itu betul, dakwa Raja Petra. dan kamu bukan sahaja mendiamkan diri malah mengkhianati rakan sejawat Datuk Ramli kerana menyiasat kaitan kamu dengan gangster iaitu Goh Chen Poh. kalau kamu dipihak yang benar kenapa kamu tidak nafikan tuduhan raja Petra. mana mungkin kamu jaga ketenteraman awam kalau kamu berkawan dengan gangster.

anda boleh lihat sendiri bukti bukti yang didedahkan berupa afidavit dari Bukit Aman sendiri keterlibatan Musa Hassan dan gangster. siri siri pendedahan oleh Raja Petra boleh anda lihat dalam Blog Raja Petra. ketakutan Musa Hassan bukan pada perhimpunan rakyat tetapi dia bakal kehilangan jawatan dan rasuahnya andai didedahkan kepa raja raja.

disini saya sertakan link artikel dokumen dan video pendedahan oleh Datuk Ramli yang didakwa memiliki 27juta. bukan niat membela Datuk Ramli tetapi lihatlah kebenaran pendedahan Raja Petra didalam Blognya kaitan Musa Hassan dan Gangster.

apakah dia layak bercakap soal ketenteraman awam? kamulah anak tokoh agama yang Jahat sejahat cucu Ulama Paklah Badawi. bila anda membaca artikel dan melihat video ini anda akan dapati generasi anda sudah tidak selamat!!

Video pendedahan Datuk Ramli
http://youtube.com/watch?v=oaBBSKz-FUY
http://youtube.com/watch?v=hbQQrkgevlw

Artikel Raja Petra lihat bukti dokumen dari pihak polis sendiri dan raja petra

http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6423
http://www.malaysia-today.net/nuc2006/index.php?itemid=71
http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6061
http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6296

Saya harap tiba waktunya pembangkang dedahkan dokumen ini di khalayak ramai supaya mereka tahu siapa sebenarnya perosak ketenteraman awam!!
"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"
AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! AWAN TETAP LAWAN
- Reformis Muda - 10.11.2007 (suntingan M@RHAEN)

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.