News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Dr Zakir Naik Diberi Kewarganegaraan Arab Saudi

May 21, 2017



Dr Zakir Naik Diberi Kewarganegaraan Arab Saudi

RIYADH, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Pendakwah Islam terkenal berasal dari India, Dr Zakir Naik diberi kewarganegaraan Arab Saudi oleh Raja Salman, baru-baru ini, lapor portal berita Middle East Monitor.

Portal berkenaan memetik sumber dari Arab memberitahu bahawa Raja Salman telah campur tangan untuk memberi kewarganegaraan kepada Dr Zakir, bagi melindungi beliau daripada ditangkap polis antarabangsa (Interpol), berikutan waran dikeluarkan oleh India atas tuduhan keganasan.

Bulan lalu, mahkamah India mengeluarkan waran tangkap kedua terhadap beliau atas tuduhan berkaitan pembabitan dalam keganasan dan pengubahan wang haram.

Ketika waran tangkap itu dikeluarkan, beliau dilaporkan berada di Malaysia. Sebelum ini, Kuala Lumpur memberi taraf penduduk tetap (PR) kepada beliau sejak lima tahun lalu, bukannya taraf kerakyatan.

Dr Zakir yang berusia 51 tahun meninggalkan India tahun lepas, bagi mengelak ditahan selepas beberapa pelaku keganasan dalam serangan di Dhaka mendakwa mendapat inspirasi daripada beliau.

Media India melaporkan bahawa pihak berkuasa negara itu membatalkan pasportnya bagi memastikan beliau pulang ke India dan meminta Interpol mengeluarkan rawan tangkap terhadapnya.

Portal berkenaan juga melaporkan Dr Zakir kini berpindah ke Arab Saudi.

Pejabat pasport di Mumbai yang tidak menjangka bahawa Arab Saudi akan memberi kewarganegaraan kepada Dr Zakir, telah membatalkan pasportnya, manakala mahkamah khas pula mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau. 

Pada 2015, Dr Zakir menjadi salah seorang yang menerima anugerah daripada Yayasan Raja Faizal atas usaha gigihnya mempromosi Islam di seluruh dunia. Hadiah disampaikan oleh Raja Salman. – Agensi

https://www.middleeastmonitor.com/20170519-indian-terror-suspect-granted-saudi-citizenship/?platform=hootsuite

HADIAH HARI GURU YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN

May 19, 2017



HADIAH HARI GURU YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.

Sekadar berkongsi suka duka hari guru hari ini 16 mei 2017. Al kisah hari ini.

Waktu rehat Kak Lia ke kantin sekolah. Tiba di kantin sekolah Kak Lia di tegur oleh seorg makcik kantin.

Makcik Kantin: ustazah ni yang nama Jamaliah kan.

Kak Lia: ye saya makcik.( dalam hati macam pelik tiba2 di tnya macam tu. Terfikir aganya Kak Lia guru baru di situ mungkin sebab itu dia bertanya).

Macik Kantin: Tadi ada budak tertinggal kertas yang bunkuskan duit syiling. Tapi atas tu di tulis UNTUK USTAZAH JAMALIAH SEDAP NAMA 😀. (mula kak lia ingat makcik ni yg puji nama kak lia sedap. sebab tak faham lagi situasi dan ceritanya). Tapi makcik dah bagi pada sorang ustazah yg lain tadi.

Kak Lia pun cakap ok makcik terima kasih. Kak lia terus pegi ke meja untuk duduk makan bersama guru2 yg lain.

Bila sampai di meja seorang ustazah bagi Kak Lia kertas yg berisi syiling yg di maksudkan oleh makcik kantin tadi. Bila dah tengok baru la Kak Lia faham apa yg makcik kantin sampaikan.

Di atas kertas ada ditulis HUDA BUAT. Bila masuk ke kelas..kak lia terus tanya. Siapa yg buat ni ada tulis nama ustazah tapi dia tercicir di kantin. Huda murid yg pendiam tak cakap apa2. Kak lia tanya....

Ini huda punya ke? Huda anggukkan kepala.

Huda nak bagi pada ustazah ke? Sekali lagi dia anggukkan kepala.

Duit syiling ni duit hudakan...huda nak bagi pada ustazah ke macam mana? Tanya kak lia.

Itu duit tabung saya. Saya kumpul nak bagi pada ustazah. Tetiba mata masuk habuk...ya allah...ustazah tak minta hadiah pun huda...sini ustazah peluk awak. Kenapa awak bagi duit tabung awak?

Saya tak ada duit banyak. Saya tak tau nak beli hadiah apa pd ustazah.

Ya Allah dah 10 tahun mengajar ini pertama kali amat tersentuh dengan hadia hari guru sebegini. Semoga murid ini membesar menjadi anak yg patuh dan taat pada perintah allah. Anak yg sangat solehah kpd ibu bapanya. Aamiin.

11 FAKTA MENARIK BERKAITAN TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA DI MALAYSIA

May 18, 2017



11 FAKTA MENARIK BERKAITAN TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA DI MALAYSIA

1⃣ FAKTA PERTAMA
Pertandingan Membaca Al Quran Peringkat Antarabangsa mula diadakan sejak 1961 sebelum ditukar namanya kepada Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Oleh kerana itu ramai generasi lama masih memanggilnya sebagai majlis 'musabaqah AlQuran'

Kemudian ia dinamakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan akhirnya dinamai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sejak 2014.

2⃣ Stadium Merdeka merupakan lokasi tradisi majlis diadakan sebelum dipindahkan ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 1986.

3⃣ Tahun 1964 merupakan kali pertama peserta Qariah dibenarkan menyertai Tilawah Antarabangsa. Hjh Faridah Mat Saman merupakan johan Qariah Antarabangsa yang pertama.

4⃣ YBhg Tan Sri Hassan Azhari merupakan Hakim Tilawah Antarabangsa yang pertama dan paling lama (1961-2015) menjadi Hakim.

Beliau bersara setelah 56 kali menghakimi Tilawah.

5⃣ Mulai 1990 Majlis ini diadakan pada bulan Sya'aban sedangkan sejak awal ia diadakan pada bulan Ramadan.

6⃣ Penubuhan Darul Quran : Program pengajian tahfiz al-Quran peringkat pusat bermula sejak 1 Mac 1966 di Masjid Negara, hasil cetusan idea Tun Abd Razak ketika berucap di Majlis Tilawah al-Quran tahun 1961. Kemajuan pengajiannya, terjelma Darul Quran yang kini berada di Kuala Kubu Bharu.

7⃣ Tahun 2010 kerajaan mengumumkan imbuhan RM2,000 sebulan kepada Johan Qari & Qariah Antarabangsa.

Imbuhan ini diberikan kepada Qari & Qariah rakyat Malaysia.

8⃣ Tahun 2013, hadiah tambahan Johan Qari & Qariah Antarabangsa disediakan berupa jongkong emas bernilai RM70,000 yang ditaja oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) selain wang tunai berjumlah RM40,000. Bagi johan hafiz dan hafizah kategori Hafazan pula, hadiah jongkong emas bernilai RM50,000.00 dan wang tunai berjumlah RM20,000.00 disediakan.

9⃣ Mulai 2014, Kategori Hafazan Antarabangsa diperkenalkan di Malaysia dengan nama Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Majlis ini diadakan serentak dengan tilawah, tetapi diadakan pada waktu siang sementara tilawah pada waktu malam.

1⃣0⃣ Malaysia merupakan negara pelopor menganjurkan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, iaitu sejak tahun 1961.

Sehingga kini (2017), Malaysia telah berjaya menganjurkan sebanyak 59 kali majlis tilawah.

1⃣1⃣ Setakat 2016, Qari dan Qariah Malaysia berjaya menjadi johan sebanyak 32 dan 37 kali dari 58 pertandingan yang diadakan.

Sumber rujukan:-
Buku 50 tahun Tilawah Al-Quran Malaysia & buku-buku cenderamata Tilawah Antarabangsa 2008-2016.

🔎 Daie Media Sosial
17 Mei 2017
Jakim, Putrajaya, MALAYSIA

#MTHQA #alQuran

Laporan Polis Terhadap Hannah Yeoh Oleh Dr Kamarul

May 17, 2017



LAPORAN POLIS SAYA TERHADAP HANNAH YEOH

Pada 17 Mei 2017, jam 600 pagi, saya berada di rumah, membaca buku tulisan Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah”. Buku ini dicetak oleh Vinlin Press Sdn Bhd yang beralamat di 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Ia diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre yang beralamat di No 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Saya membeli buku ini kerana ia berada di rak terbuka sebuah gedung buku dan kerana saya tahu penulisnya ialah seorang ahli politik yang menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Pada hemat saya, disebabkan penulisnya seorang ahli politik, tentulah kandungan buku ini akan banyak menyentuh pembabitan penulisnya dalam bidang politik, iaitu bidang kajian saya.

Bagaimanapun, saya terkejut bila mendapati buku ini mengandungi terlalu banyak kisah dan petikan dari Bible, Kitab yang menjadi pegangan penganut agama Kristian. Saya berpendapat bahawa buku ini merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian.

Apa yang ditonjolkan di dalam buku ini adalah penganut agama Kristian adalah insan yang beruntung dan Tuhan agama Kristian adalah Tuhan yang kasih, baik dan adil. Diceritakan betapa Hannah Yeoh sering menerima “prophecy” (pengetahuan mengenai masa depan) tepat dari Tuhan beliau, termasuk bahawa suatu hari nanti beliau akan bekerja bersama negarawan dan pemerintah (“I would someday work among statesmen and rulers”, muka surat 109).

Diceritakan juga betapa Tuhan Hannah Yeoh sering mendatangkan keajaiban dengan memberi bantuan di dalam bentuk yang tidak disangka-sangka tatkala beliau sangat memerlukan. Ini antara lainnya terjadi di dalam kempen pilihan raya (muka surat 50-51), di dalam memenuhi hasrat hati beliau (“the desires of my heart”) dan di dalam memenuhi hasrat material beliau (“the material desires I had”), termasuklah dari segi kewangan (muka surat 108-109).

Kesemua cerita ini boleh mendorong pembacanya, termasuk saya, merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah Yeoh. Sedangkan pada masa lain beliau selitkan pula catatan mengenai ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuklah bahawa manusia adalah anak Tuhan (“His beloved Child” dan “Child of God”, muka surat 22 dan 89) dan Isa/Jesus adalah anak Tuhan dan Tuhan (“the Son of God” dan “God”, muka surat 102).

Hannah Yeoh memang bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian. Ini tergambar di dalam tulisan beliau berbunyi “Jika kamu bukan seorang Kristian dan sedang membaca buku ini” (“If you are not a Christian and are reading this book”, muka surat 14). Ini selari dengan pendedahan mengenai misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk mencari pengikut (“as “ambassador of God” and to make disciples of others”, muka surat 7).

Hakikat bahawa Hannah Yeoh memang memaksudkan buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian juga terbukti kerana buku ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, termasuklah yang beragama Islam. Ini diakui sendiri oleh Hannah Yeoh di dalam kenyataan media beliau pada 15 Mei 2017 bahawa buku ini “boleh dibeli secara atas talian di www.gerakbudaya.com atau mana-mana gedung buku utama seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times”.

Oleh itu, Hannah Yeoh mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.

Selain itu, Hannah Yeoh juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.

Ini kerana terdapat bukti bahawa tulisan dalam buku Hannah Yeoh ini mendatangkan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini. Apatah lagi bila Hannah Yeoh sendiri mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau (“my political office”) untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda (“to preach at churches, to world leaders and to young people”, muka surat 108).

Begitu juga seruan Hannah Yeoh agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia (“God wants to reclaim politics and public service in Malaysia”, muka surat 110), ditambah tindakan beliau mengaitkan diri dengan cita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam (“aims to bring Christian faith and service to the public sphere”).

Di dalam satu wawancara yang dimuatnaik oleh laman web Islamic Renaissance Front pada 7 September 2012, seorang pengkaji Evangelical Christianity di Malaysia, Dr Chris Chong, bersetuju bahawa DAP mempunyai pengikut besar di kalangan Kristian evangelical, dan Hannah Yeoh disebutkan sebagai satu contoh baik mengenainya, di mana kawasan pilihan raya beliau didakwa mempunyai bilangan gereja per kapita paling banyak di Malaysia.

Saya sendiri pernah mendengar luahan kawan-kawan beragama Islam yang sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Hannah Yeoh ini kerana ia dikatakan bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri.

Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atas beliau di bawah Enakmen dan Kanun ini dan/atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.

Sekianlah laporan saya.

TUAN GURU HAJI HADI AWANG BERJAYA JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG

May 16, 2017



TUAN GURU HAJI HADI AWANG BERJAYA JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG

Institut Jantung Negara,
16 Mei 2017.

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah berjaya menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Dato' Seri Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor. Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti harian beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut dilakukan.

Pada masa ini Dato' Seri Abdul Hadi dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaan beliau akan dipantau untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada rutin bagi pembedahan jantung.

48 jam akan datang adalah tempoh yang penting selepas pembedahan dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di Unit Rawatan Rapi.

Awal pagi tadi, Dato Seri Abdul Hadi telah menjalani pembedahan jantung selama 3 jam dilakukan oleh panel doktor yang diketuai oleh ;

Dato' Seri Dr Mohd Azhari Yakub - Perunding Kanan dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IJN,

Dato' Sri Dr Jeffrey Jeswant Dillon - Ketua Pembedahan Kardiotorasik dan Dato' Dr Suhaini Kadiman - Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi.

Para doktor merasa gembira dengan prosedur yang berlangsung seperti yang dijangkakan dan setakat ini parameter penting menunjukkan beliau stabil dan (doktor) telah menasihatkan supaya Dato' Seri Abdul Hadi tidak menerima pelawat (luar) kecuali daripada ahli keluarga terdekat.

Sekian.

Terjemahan dan Edaran
Oleh : Lajnah Penerangan PAS Pusat

POLITIK SELANGOR : JANGAN MEMBULI RAKYAT

May 15, 2017



POLITIK SELANGOR : JANGAN MEMBULI RAKYAT

Islam menegaskan politik sebahagian daripada syariat yang tidak boleh dipisahkan daripada agama. Bai’ah adalah rukun yang mengikat di antara pemimpin dan rakyat dengan hukum Allah supaya tidak dikhianati berasaskan petunjuk Islam yang membahagikan kepada dua bahagian iaitu; Thawabit dan Mutaghayyirat.

Pertama- Thawabit adalah perkara dasar dan matlamat yang tidak boleh dipinda sepanjang hayat dan ditetapkan oleh nas Al-Quran, Hadis, Ijma’ para ulama’ dan Qias yang nyata. Perkara ini telah ditetapkan menjadi hukum tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh PAS (Perlembagaan) yang diserahkan dibawah bidang kuasa Majlis Syura Ulama’.

Setiap tugas penting yang mencabar dilakukan bai’ah yang bermaksud janji kesetiaan terhadap perjuangan yang diasaskan di atas perkara tersebut supaya tidak diperlakukan dengan mudah dan sewenang-wenangnya.

Firman Allah menegaskan perkara baiah:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ١٠ الفتح.

“Sesungguhnya orang-orang yang memberi bai’ah (pengakuan kesetiaan kepadamu (wahai Muhammad) untuk berjuang, mereka hanyasanya memberikan bai’ah (pengakuan kesetiaan kepada Allah); Allah mengawasi keadaan mereka memberikan kesetiaan itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakannya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.” [Surah al-Fath: 10]

Rasulullah SAW melakukan bai’ah apabila melantik jawatan yang penting atau menghadapi sesuatu cabaran besar. Amalan ini dilakukan di sepanjang zaman oleh kumpulan Islam yang memerintah negara atau tidak memerintah. Maka setiap khalifah yang dilantik selepas kewafatan Rasulullah SAW mengadakan bai’ah dihadapan rakyat dan pemimpin utama yang menjadi komponen kepada jamaah.

Betapa pentingnya bai’ah ini sehingga Khalifah Uthman bin Affan R.A. yang dipaksa oleh pemberontak dengan menghunus senjata memaksanya supaya meletakkan jawatan, dengan tegas Khalifah Uthman menjawab: “Jawatan ini adalah pakaian yang dipakaikan oleh Allah kepada saya, maka saya tidak akan mencabut pakaian ini”. Maka berakhir dengan Khalifah Uthman R.A. bersedia gugur syahid bersama Al-Quran yang dirangkulnya.

PAS mengadakan bai’ah yang diwajibkan kepada setiap calon yang bertanding dalam pilihanraya. Setelah mereka menang terus diikat dengan bai’ah. Inilah jawatan exco yang dipegang oleh ADUN Negeri Selangor yang tidak boleh diberhentikan dengan sewenang-wenangnya, bukan dengan mencabut secara mudah.

Bagi PAS terdapat tiga komponen utama dalam menubuhkan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan negeri iaitu; Islam adalah agama negara, Institusi Raja Berperlembagaan wajib dihormati dan rakyat yang mengundi juga wajib diambil kira, bukan sahaja parti yang bertanding dan calon yang menang dipilih rakyat sama ada di atas nama dirinya atau parti.

Jangan hanya bermain politik sesama dalaman parti tanpa memandang kepada segala komponen sistem pemerintahan yang menjadi rukunnya. Peristiwa YB Tan Seri Khalid Ibrahim dipecat dan Langkah Kajang yang salah tidak boleh melompat parit kerana mahukan cita-cita politik ‘mee segera’ yang membebankan rakyat dan DYMM Sultan sepatutnya menjadi pengajaran.

Kedua - Mutaghayyirat adalah perkara yang boleh diubah mengikut situasi, realiti dan strategi yang mengalami perubahan mengikut setiap perkembangan semasa dan masyarakat yang berbeza, dalam aspek pelaksanaan yang berkonsepkan kebijaksanaan bagi menyampaikan risalah Islam kepada manusia tanpa paksaan.

PAS mengadakan Tahaluf Siyasi atau persefahaman politik dengan pihak lain dalam perkara yang tidak melanggar sempadan dasar dan matlamatnya.

Tahaluf Siyasi terbatal apabila ada pihak yang sengaja membatalkannya kerana tidak boleh menerima walaupun secara persefahaman disebabkan oleh sikap bermusuh terhadap PAS yang berpegang teguh dengan Islam. Inilah pendekatan DAP sendiri kerana menolak konsep Negara Islam, menolak syarat mewajibkan kepimpinan negara seorang yang beragama Islam, menentang segala usaha PAS untuk melaksanakan syariat Islam walaupun kepada penganut Islam sahaja dan membelakangkan Institusi Raja kerana mengikut selera politik mereka.

Keputusan Majlis Syura Ulama’ juga telah memutuskan Tahaluf Siyasi bersama PKR terbatal, apabila syarat-syarat Tahaluf dicabuli sama ada salah laku terhadap hukum syariat dalam pendekatan politik atau melanggar adab bertahaluf kerana mengikut kawan politik yang salah disebabkan konsep oportunis mereka.

PAS sangat berpegang kepada petunjuk Allah:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٤ التوبة.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” [Surah at-Taubah: 24]

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 18 Syaaban 1438H / 15 Mei 2017H

DATO’ MAHFUZ TIDAK PERLU JADI JURUCAKAP PARTI LAIN



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
15 Mei 2017 | 18 Sya’ban 1438

DATO’ MAHFUZ TIDAK PERLU JADI JURUCAKAP PARTI LAIN

1. Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar tidak perlu menjadi jurucakap kepada PKR, DAP atau PAN pada perkara berhubung pendirian PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. Ia adalah ketetapan PAS dari pertimbangan maslahah dan mafsadah yang didasari syariat, serta menjadi keputusan kolektif dan bukannya hawa nafsu.

2. Penjelasan tersebut telah pun dinyatakan berulang kali dan parti tidak perlu mensyarahkannya lagi. Ia menunjukkan parti sentiasa berpijak di bumi nyata dengan realiti semasa tanpa menggadai prinsip. Adalah Dato’ dipelawa hadir ke usrah untuk mendapat keterangan lanjut agar difahami semasaknya.

3. Sebagai ahli PAS, Dato’ Mahfuz sewajibnya mengetahui saluran untuk menyatakan pendapat termasuk berbeza pandangan. Sewajibnya juga Dato’ akur dan mematuhi disiplin dan adab berorganisasi jika bertegas masih mahu menjadi ahli PAS. Jika tidak, Dato’ hanya sekadar melafaz di mulut sebagai ahli PAS, tetapi menjanggalkan diri untuk berada di rumah sendiri.

4. Soal kepatuhan dan ketaatan inilah yang sering Dato’ sebut ketika berada di saf kepimpinan dahulu, tetapi kini sebaliknya. Kami mengira wajar Dato’ muhasabah dan lebih tahu bertempat dari menzahirkan diri seperti sesumpah dan makan keliling. Kami nasihatkan, ada baiknya juga difokuskan kepada tanggungjawab di parlimen yang Dato’ wakili sekiranya masih ‘berminat’ bertanding penggal hadapan.

5. Jika Dato’ masih seronok untuk sibuk mencampuri urusan rasmi parti termasuk di parlimen dan negeri lain, elok rasanya dipertimbangkan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena kerana kedudukan itu diperolehi hasil dari hak, peruntukan dan pengorbanan parti ini.

6. Fokus PAS pasca Muktamar adalah memberi Khidmat terbaik untuk kebajikan rakyat. Kami tiada masa mahu melayan omongan kosong Dato'. Kalau benar fokus Dato' jatuhkan BN, maka teruskan membongkar penyelewengan bukan menyerang Parti Sendiri. Cukuplah Dato' membantu BN menyerang PAS. Seperti pepatah melayu 'anak harimau di ajar makan daging'.

"Bersiaga Menuju Fathu"
“Mara Menuju Cita”
“Sejahtera Bersama Islam”

Mohamed Sukri Omar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://www.pas.org.my/dewan-pemuda-pas-selangor/11436-isu-selangor-dato-mahfuz-tidak-perlu-jadi-jurucakap-parti-lain

Doakan TG Haji Hadi



Makluman Media - Isnin 15 Mei 2017

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS

Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada hari Selasa 16 Mei 2017.

Sehubungan dengan itu saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah, agar Tuan Guru menjalani rawatan dengan jayanya, di kurniakan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia.

Maklumat rasmi dari parti akan disampaikan dari masa ke masa mengikut keperluannya. Pihak keluarga dan parti ingin mengucapkan terimakasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Tuan Guru dengan tidak menziarahi beliau di waktu ini.

Sekian.

KENAPA PAS PERLU KEKAL SEBAGAI EXCO DI SELANGOR


KENAPA PAS PERLU KEKAL SEBAGAI EXCO DI SELANGOR

Banyak spekulasi berterbangan di udara satu dua hari ini berkaitan kedudukan 3 EXCO PAS dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan MB Dato Seri Mohd Azmin Ali.

Ini berikutan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS mengisytiharkan tahaaluf siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal ekoran beberapa pelanggaran syarat.

Ada yang mengatakan PAS harus letak jawatan dan keluar dari kerajaan manakala ada yang mendakwa PAS perlu kekal kerana ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP telah diberi mandat oleh rakyat menerintah bersama.

Saya tidak berhasrat membahaskan perkara ini kerana JK Kerja PAS Pusat dijangka bermesyuarat dan membuat keputusan berhubungnya minggu ini.

Apa yang menarik adalah kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Mukhyi berhubung perkara ini:

"Sejarah telah membuktikan, di saat DAP memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, DAP melalui exconya tidak meletak jawatan, bila masyarakat mempersoalkan Lim Guan Eng menjawab yang DAP perlu terus berada dalam kerajaan supaya PAS tidak buat kerja jahat. Oleh sebab itu, PAS perlu terus berada dalam kerajaan dan exco mesti terus berkhidmat supaya PAS dapat buat kerja baik dan DAP tidak buat kerja jahat."

Ramai tidak teringat dan terfikir perkara ini.

Kesimpulannya DAP walau telah putus lama hubungan dengan PAS terus kekal memegang 3 EXCO kononnya bagi memastikan PAS tidak buat kerja jahat di Selangor.

Masalahnya 3 EXCO PAS kini orang-orang baik belaka. Ternyata EXCO DAP tidak punya apa kerja.

Dan sebagaimana kenyataan PJ Selangor itu PAS perlu terus kekal hingga habis penggal supaya ia dapat lakukan lebih banyak kerja baik khasnya dalam memastikan Selangor "Sejahtera Bersama Islam"

Apa pandangan rakyat Selangor?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=475213859484622&id=100009880363600

Terima Sebuah Kereta, Fattah Amin Bintang Paling Popular



Oleh: KEMALIA OTHMAN
mstar@thestar.com.my

PUTRAJAYA: Menepati ramalan, aktor Fattah Amin diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH 30).

Fattah turut memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan dua kategori online iaitu Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Dalam Drama bersama aktres Neelofa pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Fattah membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Peugeot 408 beserta trofi.

Sementara itu, bintang yang muncul daripada aplikasi Smule iaitu Khai Bahar memenangi dua kategori iaitu Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.

Majlis gilang gemilang itu diacarakan oleh Zulin Aziz, Faizal Ismail dan Fauziah Ahmad Daud.

Senarai Pemenang ABPBH 30:

1) BINTANG PALING POPULAR: FATTAH AMIN

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

3) PENYANYI WANITA POPULAR: SITI NORDIANA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: AKIM & THE MAJISTRET

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: SWEET QISMINA

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: FAZURA

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: JANNA NICK

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: RADIN (ERA FM)

14)ARTIS VERSATIL POPULAR: IFA RAZIAH

Anugerah Khas

ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: ELLA

Kategori Online

GANDINGAN SERASI DRAMA: NEELOFA DAN FATTAH AMIN (SURI HATI MR.PILOT)

GANDINGAN SERASI FILEM: SYAMSUL YUSOF & NABILA HUDA (MUNAFIK)

PERSONALITI MEDIA SOSIAL: SI MAKHLUK MACHO

ARTIS BERPENGARUH LAMAN SOSIAL: NEELOFA

ARTIS SENSASI: FATTAH AMIN

PAS KECAM PENGEBOMAN PASAR RAYA DI SELATAN THAILAND

May 12, 2017



Kenyataan Media Presiden PAS

PAS KECAM PENGEBOMAN PASAR RAYA DI SELATAN THAILAND

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tragedi pengeboman pasar raya di daerah Muang, Selatan Thailand yang melibatkan kecederaan 69 orang awam termasuk tiga orang parah. Suspek yang dikenal pasti telah menaiki trak pikap yang membawa bom untuk diletupkan di pintu hadapan pasar raya.

PAS berpegang kepada dasar Islam mewajibkan memelihara keselamatan orang awam yang tidak terlibat dengan krisis. Bahkan dalam keadaan krisis sekalipun, Islam tidak membenarkan tindakan melampau sehingga merosakkan kepentingan awam dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.

Islam menjamin keamanan bukan sahaja dikawasan orang Islam, bahkan dikawasan bukan Islam termasuk diplomat asing yang dijamin keselamatan oleh hukum Islam.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 15 Syaaban 1438H / 12 Mei 2017M

------------------------------------------------------------------------------

[English Version]

Press Release PAS President

PAS CONDEMNS BOMBING OF SUPERMARKET IN SOUTHERN THAILAND

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) condemns the bombing of a supermarket in Muang district at Southern Thailand injuring 69 civilians, three of them seriously. The identified suspect, boarded a pickup truck carrying the bomb that was then detonated at the front entrance of the supermarket.

PAS is always firm in its stance that civilians should not be implicated in any form of armed conflict. Even in a security crisis situation, Islam forbids extremism that damages public interest and the image of Islam itself.

Islam assurance for peace and public safety is not limited to Muslims alone, but is also extended to non-Muslim population areas, including those of foreign diplomats whose security is guaranteed by Islamic laws.

"Harmony with Islam"

ABDUL HADI AWANG
President of PAS

Dated: 15 Syaaban 1438H / 12nd May 2017

Kenyataan Media Majlis Syura Ulamak PAS 'Tahaaluf Siyaasi PAS-PKR Terbatal'

May 11, 2017



HARAKAHDAILY  11 MAY 2017


MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Antara perlanggaran tersebut ialah;

a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’

DATO USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

11 Mei 2017/14 Sya’ban 1438 Hijrah - HARAKAHDAILY 11/5/2017

Persembahan beret Kehormat PASKAL dan Lencana Trimedia kpd DYMM SPB YD Agong XV Sultan Muhammad V

May 8, 2017



Persembahan beret Kehormat PASKAL dan Lencana Trimedia kpd DYMM SPB YD Agong XV Sultan Muhammad V

KBDYMM SPB YD Agong turut serta dlm pertandingan menembak bersama pemimpin tertinggi ATM






KBDYMM SPB YD Agong turut serta dlm pertandingan menembak bersama pemimpin tertinggi ATM.

"Tanggungjawab Lebih besar Untuk Yb Dato Iskandar Abd Samad"

May 7, 2017



"Tanggungjawab Lebih besar Untuk Yb Dato Iskandar Abd Samad"

Naib Presiden PAS Yb Dato Iskandar Abd Samad kini diberi tanggungjawab memberi tumpuan utama kepada zon ‘tengah dan selatan’ – Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Yb Dato Iskandar Abd Samad berkata, beliau kini menggalas tanggunjawab yang lebih besar.

“Tanggungjawab kini lebih berat kerana saya perlu menjaga lima negeri,” katanya.

Beliau berkata, manakala Naib Presiden yang lain iaitu Idris Ahmad dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah masing-masing mengawal selia zon utara dan pantai timur.

“Kami telah diberi tanggungjawab untuk menjaga negeri-negeri tertentu, Idris akan menjaga Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang manakala Mohd Amar akan menjaga Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembangan berasingan,Yb Dato Iskandar Abd Samad turut mengulas Adun Sabak, Yb Sallehen Mukhyi dilantik Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor menggantikannya.

“Yb Sallehen juga sudah lama berkecimpung dalam dunia politik, beliau juga sudah lama menjawat jawatan Adun dan bekas exco, paling penting sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor perlu mengetahui dan faham tentang realiti di negeri ini kerana ia berbeza dengan negeri lain.

“Saya merasakan bahawa beliau tahu apa keperluan serta masalah rakyat di negeri ini,” katanya beliau ketika di temurah oleh Sinar Harian pagi tadi.

Yb Dato Iskandar Abd Samad.
Naib Presiden PAS
Adun Chempaka
07/05/2017

Bersama Hidup Sejahtera Di Bawah Naungan Islam Oleh: Dr Azman Ibrahim



Bersama Hidup Sejahtera Di Bawah Naungan Islam
Oleh: Dr Azman Ibrahim

PAS mengajak ke arah membina sebuah negara yang sejahtera dengan Islam. Semua bangsa dan agama akan diraikan dan dilindungi di bawah sistem Islam. Sebagaimana kita menerima hakikat bahawa wujudnya kepelbagaian bangsa adalah ciptaan Allah kepada mahkluknya, begitulah juga kita menerima hakikat bahawa manusia ada pelbagai pegangan dan kepercayaan agama. Menghormati kepercayaan orang lain adalah perintah agama dan dalam masa yang sama kebenaran Islam mesti disampaikan kepada seluruh manusia. Tetapi tiada paksaan sesiapa pun untuk memeluk Islam.

Insiden kes pukul di masjid yang baru berlaku hanya sekadar kes terpencil yang tak perlu diapi-apikan sehingga nyalaannya marak membakar sentimen perkauman dan keagamaan. Tiada siapa yang akan untung akhirnya.

Ianya boleh diselesaikan secara damai dengan melihat kepada punca kejadian tanpa diseret dengan emosi dan luapan kepanasan yang tak perlu.

Mungkin laluan kereta Camry itu terhalang. Tapi bertindak membunyikan hon secara tak wajar boleh ditafsirkan orang bahawa pemandu kereta sengaja menimbulkan provokasi yang tak perlu. Tambahan pula di situ tempat ibadat. Kalau ada pemandu Islam yang membunyikan hon bertalu-talu depan gereja pun tetap tak wajar sama sekali.

Kalau pemandu Camry tersebut memang tinggal berdekatan dengan masjid yang berkenaan, tentu dia sedia maklum, orang Islam bila sedang solat, kamu tekan hon macam mana sekali pun, orang tak akan berhenti solat sehinggalah selesai. Lantas perbuatan tekan hon berkali-kali memang ada unsur provokasi dan gangguan yang tak wajar. Apatah lagi bila disusuli dengan kata-kata yang tak manis terhadap para jemaah. Seseorang perlu menasihatinya supaya lebih bertolak ansur dan belajar menghormati agama orang lain.

Sangat baik kalau dapat diadakan pertemuan susulan antara pihak masjid dan pemandu Camry tersebut. Saya yakin segalanya akan dapat diselesaikan dengan cara yang paling harmoni. Ada sikit sebanyak salah faham, boleh sama-sama berlapang dada demi keharmonian dalam masyarakat. Tak ada siapa yang untung andai hidup saling membenci.

Islam tak pernah anti dengan mana-mana kaum kerana kita semua anak cucu Nabi Adam belaka. Bila kita asalnya dari Datuk yang sama, maknanya kita adalah 'worih-waroh' belaka. Sama-sama hidup menumpang atas muka bumi Allah. Saling kenal mengenal dan saling memerlukan antara sesama kita. Lantas apa perlunya permusuhan. Islam jangan diganggu gugat dan kita orang Islam memang tak ganggu orang lain.

Mari bersama kita hidup sejahtera di bawah naungan Islam.

*Penulis ialah AJK PAS Pusat

Mesyuarat Khas PAS Pusat: Lantikan AJK Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya dan Pengerusi/Timb. Pengerusi Lajnah-Lajnah

May 6, 2017



Alhamdulillah. Pagi tadi telah berlangsung Mesyuarat Khas PAS Pusat dengan agenda perlantikan jawatan-jawatan utama, perlantikan AJK PAS Pusat tambahan dan pembentukan portfolio-portfolio.

Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat:

Setiausaha Agung: YB Dato' Takiyuddin Hassan 
Bendahari: Tuan Haji Razman Zakaria
Ketua Penerangan: YB Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihanraya: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Penolong Setiausaha Agung 1: Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Sdr Khairul Fahmi Mat Som

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (Lantikan):
1. Tuan Haji Mohd Sanusi Md Nor
2. YB Ustaz Saiful Bahri Mahmat 
3. Tuan Haji Mohamad Husain 
4. YB Dr. Mohd Khalid Kassim 
5. Tuan Haji Zainal Abidin Kidam 
6. Dato' Dr. Abdul Hakeem Johari 
7. Sdr Wan Rohimi Wan Daud

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri:
1. Perlis: YB Haji Mohd Shukri Ramli 
2. Kedah: Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi 
3. Perak: Tuan Haji Razman Zakaria 
4. Pulau Pinang: Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff 
5. Selangor: YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi 
6. Negeri Sembilan: Ustaz Haji Mustaffa Daharun 
7. Melaka: Ustaz Haji Kamaruddin Sidek 
8. Johor: YB Ustaz Haji Abdullah Hussin 
9. Pahang: YB Ustaz Haji Rosli Abdul Jabar 
10. Terengganu: Dato' Ustaz Haji Husin Awang 
11. Kelantan: YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Yakob
12. Wilayah Persekutuan: Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad 
13. Sabah: Tuan Paumin @ Aminuddin Aling 
14. Sarawak: Tuan Haji Jofri Jaraiee

Naib-Naib Presiden turut diamanahkan sebagai Koordinasi Zon seperti berikut:

Zon Utara: YB Ustaz Idris Ahmad
Zon Tengah dan Selatan: YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Zon Pantai Timur, Sabah & Sarawak: YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah.

Perlantikan AJK PAS Pusat (Lantikan) adalah sebagai tambahan kepada AJK yang telah dipilih oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah baru-baru ini seperti berikut:

Pengerusi Tetap:
1. Tuan Haji Hussin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap:
1. Ustaz Kamal Ashaari

Pemeriksa Kira-kira: 
1. Haji Najib bin Mad 
2. Haji Mad Syukur bin Abdul Azizi

Presiden:
1. YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden: 
1. Dato' Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Naib-Naib Presiden: 
1. YB Ustaz Idris Ahmad 
2. YB Dato Haji Nik Mohd Amar Abdullah 
3. YB Dato Ar. Iskandar Abd Samad

Ketua Dewan 'Ulamak PAS Pusat (DUPP): 
1. Dato' Dr. Haji Mahfodz Mohamad

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM):
1. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM):
1. Ustaz Nuridah Salleh

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (Dipilih): 
1. YB Ustaz Haji Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 
2. YB Dato' Dr. Mohammad Fadzli Hassan 
3. Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor 
4. YB Dato' Ustaz Haji Nasuruddin Daud 
5. YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali Al-Takiri 
6. Dr. Hajjah Najihatussalehah Ahmad 
7. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki 
8. YB Dr. Halimah Ali 
9. YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi 
10. Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi 
11. Dr Rosni Adam 
12. Tuan Haji Razman Zakaria 
13. Dr Azman Ibrahim 
14. Ustaz Haji Mokhtar Senik 
15. Tuan Haji Kamaruzzaman Muhammad 
16. YB Ustaz Haji Abdullah Hussin 
17. Ustaz Haji Misbahul Munir Masduki 
18. Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki

Hari ini juga, mesyuarat telah melantik Pengerusi/ Timbalan Pengerusi Lajnah PAS Pusat Sesi 2017-2019 mengikut portfolio-portfolio berikut:

1. Lajnah Politik dan Pilihanraya:
Pengerusi: YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan Pengerusi: Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

2. Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan:
Pengerusi: YB Ustaz Haji Idris Ahmad
Timbalan Pengerusi 1: YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi

3. Lajnah Penerangan dan Hubungan Media:
Pengerusi: YB Ustaz Haji Nasrudin Hassan
Timbalan Pengerusi 1: YB Dato' Ustaz Nassuruddin Daud
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Misbahul Munir Masduki

4. Lajnah Dakwah:
Pengerusi: YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Pengerusi: Ustaz Mokhtar Senik

5. Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan:
Pengerusi: YB Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali
Timbalan Pengerusi: Sdr Mazli Zakuan

6. Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi:
Pengerusi: YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Timbalan Pengerusi: YB Dato' Takiyuddin Hassan

7. Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar:
Pengerusi: YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan Pengerusi: YB Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali

8. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan:
Pengerusi: Dr. Hjh Rosni Adam
Timbalan Pengerusi 1: Dr Azman Ibrahim
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Norazli Musa

9. Lajnah Perpaduan Nasional:
Pengerusi: Dr. Najihatussalehah Ahmad
Timbalan Pengerusi: Tuan Haji Mohamad Husain

10. Lajnah Pekerja dan Pengguna:
Pengerusi: Tuan Haji Zainal Abidin Kidam
Timbalan Pengerusi: YB Ustaz Abdullah Hussin

11. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan:
Pengerusi: Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor
Timbalan Pengerusi: Ustaz Mohammad Ibrahim @ UMC

12. Lajnah Hal Ehwal Parlimen:
Pengerusi: YB Ustaz Haji Idris Ahmad
Timbalan Pengerusi: YB Dato' Takiyuddin Hassan

13. Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar:
Pengerusi: Tuan Haji Mohd Sanusi Md Nor
Timbalan Pengerusi: YB Ustaz Saiful Bahri Mamat

14. Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal: 
Pengerusi: Sdr Wan Rohimi Wan Daud
Timbalan Pengerusi: Ustaz Roslan Md Esa

15. Lajnah Hubungan NGO:
Pengerusi: Sdr Kamaruzaman Mohamad 
Timbalan Pengerusi: Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki

16. Lajnah Pemerkasaan Parti:
Pengerusi: Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Pengerusi 1: Ustazah Nuridah Salleh 
Timbalan Pengerusi 2: Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki

17. Lajnah Pendidikan:
Pengerusi: YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Pengerusi 1: YB Dr. Halimah Ali
Timbalan Pengerusi 2: Dato' Dr. Abdul Hakeem Johari

18. Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM):
Pengerusi: YB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzli Hassan
Timbalan Pengerusi: Sdr Wan Rohimi Wan Daud

19. Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Pengarah: Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
Timbalan Pengarah: Ustaz Zaharuddin Muhammad

20. Institut Strategi PAS (ISP):
Pengarah: Dr. Mohd Khazani Abdullah
Timbalan Pengarah: YB Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali

21. Harakah:
Pengerusi Lembaga Pengarah: YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah
Pengarah Eksekutif: Raja Dato' Idris Raja Kamarudin 
Ketua Pegawai Eksekutif: Tuan Haji Zainal Abidin Kidam
Penasihat Editorial: YB Ustaz Nasrudin Hassan

22. KHIDMAT Malaysia:
Ketua Pengarah: YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Timbalan Ketua Pengarah: Dr. Azman Ibrahim

23. Kompleks PAS:
Pengerusi: YB Dato' Iskandar Abdul Samad

24. Pejabat Presiden: 
Setiausaha Politik: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Sulit: Tuan Haji Zaihan Mohd Daud 
Setiausaha Akhbar: Ustaz Abdul Malik Ab Razak
Pegawai Khas: Ustaz Muhammad Ismi Taib

25: Penasihat DHPP: 
Penasihat 1: YB Ustaz Haji Idris Ahmad 
Penasihat 2: YB Dato' Takiyuddin Hassan.

Sidang Media bersempena Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kali pertama sesi 2017-2019 yang telah berlangsung.

Tarikh: 6 Mei 2017 (Sabtu)
Masa: 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Media, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

FB LIVE! (rakaman): https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1718582861491784&id=220590201291065

6 kelab 'rasmi' Stadium Nasional

May 5, 2017



6 kelab 'rasmi' Stadium Nasional

Diyat Juga Undang-Undang Islam!

Diyat Juga Undang-Undang Islam!

 Syafiq Mazalan

Jemaah Pengampunan Pahang ingin memperkenal kaedah Diyat di Pahang. Malah perkara ini turut disokong oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Ini bagi saya sudah tentu satu perkara yang cukup baik. Diyat juga sebahagian daripada syariah. Namun saya sedikit kecewa apabila penerimaan berita yang berkenaan seolah suam-suam kuku sahaja oleh netizen Malaysia. Benar perjuangan menegakkan Diyat tidak sepopular Hudud di Malaysia. Biarpun Hudud, Qisas, Takzir dan Diyat kesemuanya merupakan sebahagian daripada Syariah. Malah mungkin ada yang tidak kenal malah tahupun apakah itu Diyat. Ini pada pendapat saya sesuatu hakikat yang cukup mengecewakan. Diyat juga sebahagian dari Syariah Islam. Ada pahala bagi golongan Islam yang menegakkan Diyat ini. Diyat juga jelas ada disebut didalam Al-Quran seperti juga Hudud.

Saya merasakan perlu ada satu artikel di The Patriot untuk menjelaskan perihal Diyat biarpun saya sudah cuba menjelaskan perkara ini beberapa kali sewaktu ada isu segelintir golongan yang memukul rata Diyat, Takzir dan Qisas itu kesemuanya jatuh di bawah Hudud! Golongan ini amat-amatlah merbahaya dari segi persepsi terhadap Islam. Saya sendiri pernah pernah melihat beberapa komen di berita-berita mengenai kes bunuh apabila ada individu tertentu mengatakan Malaysia perlukan Hudud jika ingin membendung jenayah bunuh. Saya hanya mampu mengeluh. Bagaimana ingin dijatuhkan Hudud jika jenayah bunuh jatuh dibawah Qisas atau Diyat? Hudud secara jelas terang dan nyata tidak merangkumi jenayah bunuh. Saya tidak hairan jika sejujurnya komen-komen sedemikian yang menimbulkan salah faham dan persepsi kepada Hudud oleh bukan Muslim. Jika kaum Muslim sendiri tidak cuba memahami secara ringkas apa itu asas Hudud, Qisas, Takzir dan Diyat apatah lagi mereka yang bukan Muslim? Sejujurnya perkara ini amat perlu diperbetulkan agama imej dan persepsi terhadap Islam tidak tercemar.

Diyat bukanlah perkara baru dan pernah dilaksanakan di Tanah Melayu. Seperti hudud, Diyat juga ada disebut didalam Hukum Kanun Melaka. Diyat dalam definisi ringkas bermakna ganti rugi atas sesuatu kehilangan nyawa ataupun kecederaan. Diyat bersangkut kuat dengan Qisas kerana ianya merupakan ganti kepada Qisas. Qisas yang bermakna balas bunuh ialah hokum yang dikenakan apabila seseorang itu didapati bersalah atas kesalahan membunuh. Namun jika ahli keluarga mangsa memaafkan pesalah tersebut maka Diyat (duit darah) akan dikenakan sebagai ganti.

Ahli-ahli fiqh atau kata jamaknya yang lebih tepat Fuqaha baik dari zaman klasik atau semasa mempunyai perbezaan pendapat sama ada Diyat itu merujuk pada aspek hukuman ataupun ganti rugi.

Dari menurut Paizah Ismail (2012) dari segi dasar konsep ataupun prosedur pembayaran diyat,

ia akan dibayar oleh pesalah itu sendiri, iaitu apabila diyat yang dikenakan adalah sebagai hukuman terhadap perbuatan membunuh secara sengaja. Tetapi dalam beberapa keadaan ia akan dibayar oleh keluarganya, atau yang diistilahkan sebagai ‘aqilah, iaitu dalam kes-kes pembunuhan dengan secara tidak sengaja, malah mungkin oleh kerajaan yang memerintah, iaitu dalam kes-kes penjenayah berkenaan tidak mempunyai ‘aqilah atau ‘aqilahnya itu tidak mampu untuk membayar diyat berkenaan.

Jelas dapat kita fahami dari kenyataan diatas bahawa prosedur pembayaran Diyat ialah sama ada dibayar oleh

1) pesalah itu sendiri ATAU

2) ahli keluarga pesalah (Aqilah) ATAU

3) oleh kerajaan yang memerintah jika pesalah tidak mempunyai keluarga atau keluarganya tidak mampu membayar Diyat.

Perlu kita fahami yang bahawa prosedur di atas bergantung pada situasi dan fakta setiap kes dan bukan semua kes boleh dinilai sama.

Biarpun kita berbicara tentang Diyat, dari segi istilah Diyat bukanlah satu-satunya perkataan yang digunakan bagi ganti rugi dan sebagainya. Terdapat juga istilah lain seperti ‘arshhukumah, dan ghurrah‘Arsh bermaksud Diyat yang dibayar untuk kecederaan (bukan bunuh). Hukumah pula bermaksud bayaran yang dikenakan bagi kecederaan ringan. Manakala ghurrah pula digunakan bagi pembayaran untuk kes yang melibatkan anak didalam kandungan. Penting untuk anda memahami istilah-istilah ini lebih-lebih lagi jika anda tidak mahir berbahasa Arab kerana istilah-istilah ini banyak disebut dalam artikel-artikel akademik berkaitan Diyat.

Menurut laman web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Diyat terbahagi kepada dua jenis atau ketegori dan setiap ketegori itu juga mempunyai kadar bayaran yang sama namun untuk tempoh berbeza.

1) Diyat Mughallazah (ganti kerugian yang berat) yang dibayar satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh)

a) 30 ekor unta berumur 4 tahun

b) 30 ekor unta berumur 3 tahun

c) 40 ekor unta yang sedang bunting



Ataupun alternatif dari di atas,


a) 33 ekor unta berumur 4 tahun

b) 33 ekor unta berumur 3 tahun

c) 34 ekor unta yang sedang bunting.



2) Diyat Mukhaffafh (ganti kerugian yang ringan) yang dibayar satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat  sebagaimana yang berikut:


a) 20 ekor unta umur 4 tahun

b) 20 ekor unta umur 3 tahun

c) 20 ekor unta betina umur 2 tahun

d) 20 ekor unta jantan umur 2 tahun

e) 20 ekor unta betina umur 1 tahun



Mungkin ramai pembaca menjadi sangsi apabila melihat bayaran melibatkan unta dan mungkin juga anda bertanya bolehkah diimplementasi di Malaysia jika bayaran Diyat melibatkan unta yang amat jarang ada di Malaysia? Unta digunakan sebagai bayaran kepada Diyat atas faktor unta merupakan harta yang amat bernilai satu ketika dahulu. Namun menurut JAIS para ulama juga berpendapat yang bahawa unta boleh digantikan dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut seperti dinar emas, perak dan lembu. Jika kita berbicara tentang konteks masa sekarang maka harta yang senilai ialah dalam bentuk wang ringgit. Laman web JAIS memberi contoh berikut


“Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh”


Dari sini anda boleh melihat bawa jika sekor unta berharga RM4000 maka jumlah tersebut akan didarap dengan 100 bagi mewakili nilai 100 ekor unta dengan formula berikut


X*100 = 1 Diyat.


X disini mewakili nilai semasa seekor unta dalam formula tersebut.


Antara beberapa perkara lain yang perlu anda tahu ialah jumlah diyat juga berbeza menurut jantina. Kaum wanita misalnya nilai diyat mereka yang perlu dibayar hanyalah separuh dari Diyat lelaki. Nilai diyat juga berbeza antara individu yang bertaraf hamba (yang kini sudah tidak wujud) dan juga individu yang merdeka. Bagi pembaca bukan muslim perlu saya terangkan merdeka disini bermaksud mereka yang bukan seorang hamba.


Persoalan mengenai diyat yang seterusnya yang akan saya sentuh ialah mengenai diyat jenis mana akan dikenakan kepada siapa. Sejujurnya laman web JAIS ada memberi penerangan ringkas mengenai perkara ini. Secara pendeknya menurut laman web JAIS:


A) Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.

B) Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.



Elemen sengaja atau tidak sengaja ataupun niat dan tiada niat adalah penting dalam menentukan cara pembayaran diyat. Jika dalam perundangan sivil niat itu dipanggil mens rea. Menurut Chua Ming Zuan


“Mens rea merupakan suatu elemen penting dalam menentukan sama ada seseorang tertuduh itu boleh disabitkan atas kesalahan yang telah dilakukannya. Ini kerana seseorang hanya boleh disabitkan kesalahan yang dilakukannya jika dia berhasrat sedemikian. Maxim purba yang memartabatkan prinsip ini adalah actus reus non facit reum nisi mens sit rea yang bermaksud suatu tindakan bukanlah jahat melainkan niatnya adalah jahat. Sebagai contoh, pembunuhan ke atas seseorang bagi tujuan mempertahankan diri bukanlah suatu jenayah, tetapi jika pada saat pembunuhan itu dilakukan, ianya bertujuan untuk membalas dendam, maka ia akan menjadi suatu kesalahan mematikan orang dengan salah di bawah s 299.”


Jika seseorang itu mempunya mens rea atau niat dan pemikiran untuk melakukan sesuatu perkara yang salah disisi undang-undang maka seseorang itu pada kebiasaannya dianggap melakukan sesuatu jenayah dengan sengaja. Sebaliknya pula jika sesorang itu tidak mempunyai mens rea sama ada pembunuhan tersebut berlaku secara kesilapan ataupun kecuaian.


Setakat ini kesemua jumlah dan cara bayaran diyat yang diceritakan diatas ialah untuk perbuatan membunuh. Namun diyat mempunyai perbezaan dari segi prosedur jika ianya hanya untuk kecederaan atau kehilangan anggota badan. Saya akan sekali lagi merujuk pada website JAIS. Maaflah jika ramai dah bosan saya dok nama JAIS. Namun sejujurnya saya berpendapat JAIS telah melakukan kerja yang baik dalam menerangkan Diyat secara ringkas. Untuk isu kecederaan atau hilang anggota badan JAIS meletakkan jumlah bayaran Diyat seperti berikut:


100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.

33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.

33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.

25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata.

15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya.

10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.

10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki.

5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang



Jumlah unta di atas juga boleh diganti dengan wang ringgit menurut nilai semasa seekor unta.


Isu cadangan untuk Malaysia melaksanakan Diyat ini sebenarnya bukan isu baru. Majlis Dakwah Negara (MDN) pernah mencadangkan perkara ini dibawa kepada kerajaan Malaysia untuk pertimbangan. Berkenaan isu penerimaan Diyat Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid sendiri berkata:


“Diyat ini memberikan keuntungan kepada semua pihak terutama kepada mangsa ataupun kepada individu yang menyebabkan kemalangan.


“Saya yakin masyarakat bukan Islam menyambut baik diyat. Ia juga akan mengurangkan rasa prejudis orang bukan Islam terhadap hukum Islam,”.


Saya juga sebenarnya tidak menjangka Diyat akan menimbulkan atau dibangkitkan sebarang isu kemanusiaan. Ini kerana Diyat merupakan alternatif kepada hukuman mati mandatori bagi jenayah bunuh yang ada buat masa sekarang. Jika anda arif dengan isu kemanusiaan anda akan tahu yang bahawa pejuang hak asasi kemanusiaan menolak keras hukuman mati mandatori. Jika ingin pergi lebih jauh mungkin saya boleh berkata Diyat ini selari dengan kehendak pejuang kemanusiaan biarpun mereka ada yang menolak Hudud atas sebab-sebab tertentu. Maka implementasi Diyat saya tidak merasakan akan berlaku tentangan yang keras bagi mereka yang benar-benar memahami isu ini. Diyat ini sebenarnya sudah mirip dengan sistem ganti rugi yang wujud dalam perundangan sivil kecuali dengan perbezaan tertentu seperti cara pengiraan pampasan. Atau saya mungkin salah. Amnesty International (AI) Malaysia ada mempertikaikan perkara ini walaubagaimanapun. Secara dasarnya AI Malaysia menolak kuasa pengampunan pada individu ataupun kuasa pengampunan Raja-raja yang dianggap menyalahi hak asasi manusia biarpun mereka menyambut baik alternatif kepada hukuman mati. Mereka juga menyentuh isu bagaimana pesalah miskin mungkin tidak berpeluang merasai Diyat jika mereka tidak berkemampuan. Isu kemampuan pesalah miskin dalam konteks masa sekarang sebenarnya pernah juga disentuh oleh pakar-pakar perundangan Islam. Adalah amat penting perkara ini dijelaskan dalam prosedur kerana jika diabaikan ada kemungkinan hanya pesalah dari latar belakang barada saja yang boleh menikmati Diyat. Ini mungkin sudah lari dari konsep keadilan dalam Islam. Namun sebenarnya saya berpendapat jika Majlis Pengampunan Pahang ingin memberi Diyat pada pesalah miskin mungkin mereka boleh membantu membayar diyat tersebut. Perkara ini ada disebut bagaimana pemerintah yang dalam isu ini merupakan kerajaan Negeri Pahang atau Sultan Negeri Pahang boleh membayar Diyat pada mereka yang tidak berkemampuan.


Hanya masa akan menentukan dari segi prosedurnya bagaimanakah Pahang akan melaksanakan Diyat sepertimana bagaimanakah dari prosedur perundangan Kelantan akan melaksanakan Hudud jika ianya menjadi kenyataan. Ada beberapa isu lagi sebenarnya boleh disentuh mengenai isu ini seperti dari segi perspektif perlembagaan Malaysia atau undang-undang tubuh negeri bolehkan Pahang melaksanakan Diyat. Namun jika saya masuk sedalam itu mungkin ianya sudah lari jauh dari matlamat saya yang hanya ingin memberi penerangan ringkas mengenai Diyat. Namun jika ingin disentuh juga isu perlembagaan maka saya berpendapat sepertimana isu hudud isu Diyat juga mungkin akan menjadi perdebatan dari segi undang-undang perlembagaan sama ada ianya boleh dilaksanakan atau tidak.


Sekiranya anda berminat untuk membuat bacaan lebih lanjut mengenai pelaksanaan Diyat dalam kerangka perundangan Malaysia saya amat menggalakkan anda membaca artikel akademik bertajuk Pelaksanaan Diyat Dalam Kerangka Perundangan di Malaysia: Cabaran Fiqh Semasa oleh Paizah Ismail. Mungkin sedikit berat untuk pembacaan mereka yang bukan dari latar belakang Syariah mahupun perundangan Sivil namun pada hekmat saya beliau ada membincangkan beberapa perkara menarik mengenai Diyat terutama dari segi prosedur baik dari perspektif Sivil dan Syariah.


SUMBER RUJUKAN.


1)  Shaari, N. (2017). Majlis Jemaah Pengampunan Pahang perkenal kaedah Diyat. BH Online. Retrieved 3 May 2017, from http://www.bharian.com.my/node/278270?m=1


2)  Ismail, Paizah. “PELAKSANAAN DIYAT DALAM KERANGKA PERUNDANGAN DI MALAYSIA: CABARAN FIQH SEMASA”. Jurnal Fiqh No. 9 (2012): Muka Surat 1-20. Print.


3) Haiyon, Khairuddin. “HUKUM JENAYAH ISLAM”. Jais.gov.my. N.p., 2017. Web. 3 May 2017.


4) DIYAT. (2016). Majlis Dakwah Negara – MDN. Retrieved 3 May 2017, from http://www.mdn.org.my/?p=3316


5) Reporters, F., & Fadli, M. (2017). Amnesty’s concerns over ‘diyat’ for death row convicts. Free Malaysia Today. Retrieved 3 May 2017, from http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/03/amnestys-concerns-over-diyat-for-death-row-convicts/


6) Zuan, C. (2012). PENILAIAN KESALAHAN MEMBUNUH DAN KESALAHAN MEMATIKAN ORANG DENGAN SALAH DI BAWAH KANUN KESEKSAAN MALAYSIA: MENS REA. Malayan Law Journal Articles, 1(2012), 2.


Catatan Khas Muktamar: Intipati Utama Ucapan Penggulungan Tuan Guru Presiden PAS

May 4, 2017



Catatan Khas Muktamar: Intipati Utama Ucapan Penggulungan Tuan Guru Presiden PAS

Alhamdulillah, Muktamar PAS kali ke 63 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada petang Isnin, 01 Mei 2017. Pastinya terdapat coretan pahit manis yang akan kekal terpahat di ingatan para perwakilan, pimpinan, petugas, penyokong dan pemerhati yang datang berkampung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Menariknya apabila Muktamar PAS kali ini mendapat tumpuan dan liputan luar biasa oleh pihak di luar sana. Pihak media arus perdana mahupun alternatif melaporkan perkembangan berita Muktamar samada dalam bentuk positif mahupun negatif. Sekalian pimpinan dan penyokong PH yang anti-PAS tidak kurang juga tumpang sibuk sekaki memberi respon dan ulasan terhadap Muktamar PAS. Tidak kurang juga ada sudah menyeberang keluar tetapi masih rindu untuk bermuktamar seperti dahulu.

Dalam keadaan banyak parti lain yang menangguhkan pemilihan kepimpinan, PAS dengan berani tetap mengadakan sesi pengundian bagi memilih kepimpinan baru sesi 2017-2019. Walaupun PAS dituduh sebagai parti pak lebai yang kolot lagi konservatif, tetapi kami melantik kepimpinan secara demokratik, dibuat pengundian secara telus lagi profesional, siap guna E Voting lagi. Pimpinan PAS Pusat dipilih oleh perwakilan dari seluruh Malaysia , bukannya mereka agih jawatan sesuka hati seperti gelagat perompak mengagih hasil dalam Filem P Ramlee- Nujum Pak Belalang. "satu untuk kau, satu untuk aku".. hehe

Muktamar kali ini kita dapat saksikan kegagahan Tuan Guru Presiden PAS yang begitu bersemangat dalam menyampaikan Ucapan Dasar dan Ucapan Penggulungan walaupun di raut wajahnya kelihatan agak keletihan dan keuzuran dalam usia yang kini menjangkau 70 tahun. Beliau masih mampu berucap dan berdiri selama 1 jam ketika Ucapan Dasar manakala selama 45 minit ketika Ucapan Penggulungan.
Tuan Guru Presiden PAS begitu tekun mendengar dan mencatat sepanjang sesi perbahasan berlangsung.

Ucapan Dasar yang bertemakan Sejahtera Bersama Islam menggariskan halatuju, dasar dan pendirian PAS dalam mendepani realiti politik semasa. Dalam ucapan tersebut, tidak ada menyebut secara terus nama mana-mana parti samada Kerajaan mahupun Pembangkang.

Dalam Ucapan Penggulungan pula, Tuan Guru Presiden PAS menjawab segala isu yang telah dibangkitkan oleh perwakilan dalam perbahasan dan usul. Berikut adalah intipati utama ucapan tersebut;

1. Tuan Guru Presiden memulakan ucapan dengan membaca firman Allah dalam Surah Al-Anfal: 60-63) yang dijadikan pengajaran kepada kita dalam 2 perkara iaitu a) Persediaan mengikut kemampuan dan b) Politik perdamaian bukannya ketegangan.

2. Dalam menghurai persediaan mengikut kemampuan, Tuan Guru Presiden membaca firman Allah Surah Al Baqarah: 249 yang berkait rapat dengan kisah Thalut dan Jalut. Para mufassirun mengatakan, Thalut dan Nabi Daud A.S menyediakan 80,000 bala tenteranya dan tentera yang tidak mengikut arahan 76,000. Tentera yang mengikut arahan hanya 4,000 sahaja. Dengan 4 ribu mencapai kemenangan.

3. Dalam kisah Peristiwa Uhud dengan Nabi membuat keputusan dengan bermesyuarat untuk keluar ke Uhud, bersiap sedia 1000 anggota untuk melawan musuh. Tiba-tiba 300 orang tarik diri kerana cadangan mereka tidak diterima, keluar dari medan perang sama ada yang munafiq atau lemah iman kerana ikut kawan. Akhirnya walaupun peristiwa Uhud menimpa kemenangan tapi Allah mengajar betapa wajib kita beristiqamah, sama ada menang atau kalah.

4. Dalam menghuraikan Politik Perdamaian, Tuan Guru Presiden mengimbau senario kejayaan dakwah dan politik daripada Sirah Nabawiyyah dan Zaman Khulafa’ iaitu
pada masa pendamaian telah menyebabkan ramai orang menerima Islam berkali ganda, iaitu selepas Perjanjian Hudaibiyah dan selepas pengampunan beramai-ramai ketika Pembukaan Kota Mekah. Ini berbeza dengan masa perang.

5. Senario Perjuangan PAS, kita mengambil politik perdamaian dan bersabar sehingga menyertai kerajaan campuran 1973, masuk BN 1974 sehingga ditendang. Maka, kesan perjuangan PAS berjaya meranapkan budaya menghina Islam sehingga kita berjaya menembusi orang bukan Islam dan berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

6. Kini, PAS memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Tahaluf dan Taawun. Perjuangan PAS perlu dimantapkan dengan matang dan sejahtera secara pengisytiharan untuk merealisasikan Tahaluf yang sudah dibuat. Ta’awun, Musolahah dengan memilih perdamaian, berhikmah dan, menasihati secara baik dan berdebat dengan cara yang sopan.
Politik lawan secara bodoh bukan politik Islam. Apatah lagi politik jual ubat ditepi jalan, apatah lagi jual ubat yang tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.

7. Seterusnya, Tuan Guru Presiden menegaskan apabila kita bercakap mengenai dakwah dan Jamaah Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS), sejak tahun 1951 telah wujud atas asas dan kesedaran untuk berdakwah dan menyahut tuntutan sebagaimana di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Sejak kelahirannya hampir 66 tahun yang lalu, PAS telah meletakkan Islam sebagai dasarnya, iaitu Islam dari segi Undang-Undang Tubuhnya, perjalanannya, perjuangan setiap ahli dan barisan kepimpinannya sehinggalah ke matlamatnya untuk mendaulatkan Islam sepenuhnya di Malaysia.

8. Kemunculan PAS di tengah-tengah masyarakat Malaysia bersama-sama dengan beberapa kumpulan Islam yang lain tetap tidak akan mengubah statusnya sebagai sebuah Gerakan Islam yang utama berdasarkan ciri-ciri berikut:-
(i) PAS adalah sebuah Jamaah Islam yang ditubuhkan di atas kesedaran untuk melaksanakan islah dan tajdid sepenuhnya di Malaysia;
(ii) PAS adalah Jamaah Islam yang mendokong dan memelihara kesyumulan Islam dan kesejagatannya;
(iii) PAS adalah Jamaah Islam yang bernaung di bawah Kepimpinan Ulamak secara ‘amal jama‘ie dengan menekankan ciri-ciri Hizbullah, parti mendokong ajaran Allah;
(iv) PAS adalah Jamaah Islam yang realistik dan praktikal, berakar umbikan rakyat jelata dari semua lapisan masyarakat bukan kalangan elit sahaja tetapi adanya ulama’, ilmuan, pemimpin masyarakat, rakyat umum, sehingga bukan Islam, kaya, miskin, upaya (sihat), kurang upaya, alim, buta huruf. Mereka adalah ahli-ahli PAS;
(v) PAS adalah Jamaah Islam yang mengambil bahagian dalam politik tanah air di atas kekuatan dan kemampuannya tersendiri untuk membina sebuah ummah. Hari ini PAS punya 195 kawasan dan 7500 cawangan.

9. Tuan Guru Presiden mengingatkan bahawa tidak ada siapa boleh menjadikan PAS sebagai hotel persinggahan, hotel tumpangan untuk singgah sementara untuk menumpang, barangsiapa yang menumpang, ada masa aircond berjalan, ada masa aircond mati, bila aircond mati mereka akan berambus.

10. PAS sebagai sebuah parti politik dan juga gerakan Islam telah memilih jalan demokrasi yang dibenarkan syarak. Demokrasi yang diamalkan kini akan mengizinkan kita mewakili rakyat secara demokratik mengikut Perlembagaan Negara dan undang-undang. Oleh kerana itu, kita minta ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia), sila buat kajian terhadap parti-parti lain. Adakah mereka menghormati perlembagaan? Adakah mereka mengikuti peraturan atau tidak? Contohnya Islam sebagai agama persekutuan, adakah mereka hormat atau tidak?

11. Seterusnya, Tuan Guru Presiden mengulas mengenai PAS yang tidak memisahkan Dakwah dan pentas Politik. Sesungguhnya, telah termaktub dalam Perlembagaan PAS dan amatlah jelas bahawa dasar perjuangan PAS adalah Islam sebagaimana yang tertera dalam perlembagaannya dan tujuan penubuhannya adalah semata-mata untuk Islam. Menyingkap lipatan sejarah kemunculan PAS, seawal Pilihan Raya Pertama pada tahun 1955, PAS dengan dokongan ulamak dan golongan intelektual bertanding bersendirian di atas tiket PAS dan sanggup menentang mana-mana parti politik yang lain hatta UMNO itu sendiri PAS lawan, yang turut dianggotai oleh umat Melayu-Islam kerana berbeza pendekatan.

Walaupun berbeza dan berlawan, namun jangan rosakkan keharmonian masyarakat dan persaudaraan. Kalau terlanjur, kena tarik ‘handbrake’, ada batas dalam berbalah dan bertengkar.

12. Pada tahun 2016 yang lalu, dengan tema “Budaya Politik Matang dan Sejahtera”, kita berjaya kemukakan suatu wacana politik sihat yang memikat semua parti politik yang bersaing sehinggakan, bukan satu, bukan dua tetapi tiga parti politik yang berusaha begitu gigih memujuk kita untuk bertahalluf dengannya. Namun, kita tolak. Dahulunya mereka kata mereka boleh “agree to disagree” tetapi rupanya mereka nak peralat kita untuk penuhi agenda mereka.
Mana mungkin kita boleh agree untuk orang menentang Islam yang kita bawa?

13. Tuan Guru Presiden mengungkapkan kembali suatu keputusan Majlis Syura Ulamak PAS sebagaimana berikut:
“Bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya”
Untuk maksud itu, di dalam Muktamar di Kota Bharu pada 2016 yang sama telah dikatakan bahawa: “Kita ingin keluar dari politik cara lama dan keterlaluan ini yang menyusahkan rakyat. Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS telah pun mendepani prinsip dan dasar yang jelas dalam hubungan antara PAS dan pihak-pihak lain dengan membawa agenda tarbiyah, dakwah, siyasah oleh kepimpinan PAS”.

14. Kita juga dapati, dengan izin Allah SWT, apa yang selama berdekad-dekad dianggap musuh politik nombor wahid (satu) PAS selama ini kini sudah bersedia memahami kita. Sebagai sebuah Parti Islam yang memahami maksud surah al-Anfal yang kita bacakan awal-awal tadi, maka PAS menyambut kerjasama berkenaan dengan kerjasama atas perkara baik dan taqwa, bukan perkara dosa dan permusuhan.

15. Tuan Guru Presiden turut menyentuh mengenai RUU 355. Beliau berterima kasih kepada kerajaan yang memberi laluan yang sangat berharga lagi bermakna kepada Islam untuk PAS kemukakan Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi maksud meminda Akta 355 sedia ada di Dewan Rakyat. Sesungguhnya kerjasama ini tidak akan kita lupakan dan semoga Allah permudahkan laluan seterusnya.

Beliau mengimbau kembali peranan YB Kota Bharu, Dato’ Setiausaha Agong yang telah menyokong dan memperincikan kandungan serta kepentingan Akta 355 itu dipinda kepada batas hukuman yang dicadangkan. PAS juga telah bersedia untuk membahaskannya menerusi YB-YB yang sudah ditugaskan dengan segala hujah dan dokumen. Namun demikian, Allah SWT mentakdirkan dewan ditangguh. Ini kehendak Allah.

16. Episod penentangan terhadap usaha membentangkan RUU 355 berkenaan kini terpahat dalam hansard Parlimen dan lipatan sejarah negara. Seluruh rakyat juga telah menjadi saksi di hadapan Allah ‘Azza wa Jalla betapa takut dan bimbang malah begitu benci dan marah barangkali di kalangan wakil-wakil tertentu terhadap usaha untuk membentangkannya. Ada di kalangan mereka yang bangkit bertalu-talu untuk melewat-lewatkan masa pembentangannya, mengelencongkan perbincangan, menghalang pembentangan dan bermacam lagi sehingga bertelagah dengan YB Tan Sri Speaker.

17. Tuan Guru Presiden turut menzahirkan rasa amat sedih apabila diperhatikan akhlak murahan yang diperlihatkan oleh Ahli-Ahli Parlimen termasuk yang beragama Islam yang membantah pembentangan RUU 355 berkenaan. Aksi terjerit-jerit melaung kata-kata kurang sopan dan kurang ajar bukanlah identiti seorang Ahli Parlimen sejati yang dilantik secara sah dalam pilihanraya umum oleh rakyat. Betapa mereka amat marahkan PAS dan cadangan PAS untuk memartabatkan Islam menerusi Usul tersebut, telah dirakam dan dihalang sebegitu rupa walaupun akhir-akhir ini suara-suara “tarik handbrake” dan “u-turn” mula kedengaran. Bukan berani kerana benar tapi takut kerana salah.

18. Beliau membaca serangkap pantun nukilan Almarhum Profesor Zulkifli Mohamad, Mantan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS:
Melukut di tepi gantang,
Buka sanggul cari kutu,
Bila takut akalpun hilang,
Jumpa tunggul disangkakan hantu.
RUU 355 ini adalah tunggul yang dipacak, bukan melaksanakan undang-undang, Sudah takut pada tunggul.

19. Seterusnya, Tuan Guru Presiden menyentuh mengenai Kepimpinan Islam dan Amal Jamaie. Penyusunan tanzim jamaah berdasarkan konsep Amal Jama‘ie menjadi sangat penting. Terdapat empat elemen utama yang memastikan kejayaan jamaah mencapai matlamatnya berdasarkan ‘Amal Jama‘ie, iaitu:
i) Pemimpin
ii) Syura
iii) Ketaatan Anggota
iv) Janji Kesetiaan

20. Berjaya atau tidaknya pengurusan sesuatu jamaah itu mencapai matlamatnya amat bergantung pada keupayaan barisan pimpinan yang mengendalikan teraju kepimpinan jamaah itu dan kesetiaan anggotanya menyokong kepimpinan. Terlalu banyak nas al-Qur’an dan Hadith tentang perlunya organisasi mempunyai pemimpin yang cekap serta kepimpinan yang baik. Dengan wujudnya pemimpin, maka mesti lahir pula ketaatan yang penuh tertib dan beradab oleh ahli yang telah bersetuju melantik pemimpin tersebut. Dengan demikian barulah terbentuk saff Jamaah Harakah Islamiyyah yang tersusun kukuh.

21. Di sinilah letaknya persoalan at-Tha‘ah dan al-Wala’ (kesetiaan) yang kita maksudkan bukanlah setia mematuhi membabi buta kepada jamaah atau pimpinan. Ia adalah kesetiaan kepada Islam yang diterjemahkan melalui Jamaah Islam yang kita sokong, iaitu PAS berdasarkan prinsip dan kaedah syara’ yang sedia ada.

22. Tuan Guru Presiden memetik contoh contoh dalam sejarah, antara lain bagaimana Panglima Khalid al-Walid diarahkan oleh Khalifah ’Umar al-Khattab supaya mematuhi Abu ‘Ubaidah al-Jarrah sebagai ketuanya walaupun jelas Khalid al-Walid lebih terserlah dalam aspek ketenteraan daripada Abu ‘Ubaidah tetapi sempadan negara yang sudah besar dan masyarakatnya lebih majmuk, Abu ‘Ubaidah adalah orang yang paling layak. Maka terus melaksanakan tugas dengan setia.

Begitu juga kisah Kaab bin Malik dan rakan-rakannya yang tersilap dalam Perang Tabuk dipulau oleh Nabi dan sahabat-sahabatnya, tak keluar daripada Jemaah walaupun dipulau dan tak tinggal jemaah.

23. Dalam sejarah PAS banyak peristiwa, mereka yang telah mati; Dr. Abbas Alias, Ustaz Hassan Syukri, Ustaz Abu Bakar Hamzah, Almarhum Tuan Guru Haji Harun Taib. Dipilih atau tak dipilih tetap bersama Jemaah. Dipilih dalam muktamar, menjadi ahli biasa. Dr. Abbas Alias terus hadir sampai akhir hayat, Presiden PAS yang kedua, turun jadi AJK PAS Pusat, turun jadi ahli biasa, tetap hadir Muktamar PAS. Ustaz Hassan Syukri bertanding Timbalan Presiden, tidak dipilih dan terus bersama PAS dan berkhidmat dengan PAS. Almarhum Ustaz Harun Taib begitu juga. Ustaz Abu Bakar Hamzah diambil tindakan disiplin dan dipecat ahli PAS sebab suka buat kenyataan sendiri. Walaupun dipecat, tetap bergantung pada PAS, tak pergi parti lain, tak buat parti lain, akhirnya kembali balik.

24. Yang masih hidup, Dr. Daeng Sanusi, Hj. Subky Latif dan lain-lain. Dr. Daeng Sanusi pahlawan panglima bugis, ulama’, seorang yang tegas, tidak dipilih dan jadi ahli biasa terus bersama PAS dan diberi penghormatan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Hj. Subky Latif ajk PAS Pusat, PJ Wilayah Persekutuan, Pengarah Harakah, tak jadi pengarah dan terus menulis untuk Harakah.

25. Di penghujung ucapan, Tuan Guru Presiden mengingatkan semua agar jangan lupakan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah serta ilmu warisan para ulama kerana asyikkan media baru yang sangat mengodakan kita sehingga lupakan sempadan hidayah Allah.

26. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin yang sudah dipilih dengan menyebut Saiyyidul Qaumi Khadimuhum (Pemimpin adalah khadam) Ini budaya kita Islam. Yang tidak dipilih tetap berada bersama PAS sehingga ke matlamat bahagia dunia akhirat.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
03 Mei 2017

Kebenaran kawan PAS, Kebatilan musuh PAS

May 3, 2017



Kebenaran kawan PAS, Kebatilan musuh PAS

USTAZ IDRIS AHMAD 03 MAY 2017

PAS bantah GST, TPPA, PPSMI, DLP, 1MDB, SOSMA, RUU 164 walaupun daripada kerajaan. PAS Sokong RUU 355 dan RUU kesalahan jenayah seksual kanak-kanak walau pun kerajaan yang bawa. PAS tidak menyokong secara membuta tuli dan membangkang membuta tuli. Islam panduan PAS. Ini pendirian PAS, jelas dan terang. Kebenaran kawan PAS, kebatilan musuh PAS walau pun siapa yang bawa.

PAS adalah PAS. Tidak perlulah hendak label PAS dengan macam-macam jenama apabila tidak ikut telunjuk mereka. Makan dedak, penasihat bergaji, UG, candu wala', terbaru pula sesat politik.

PAS tidak pernah paksa org lain. PAS hanya terang apa yang Islam perintah.Terima alhamdulillah, tolak pun alhamdulillah. Kami pendokong PAS yakin apa yang PAS pejuang akan diterima satu hari nanti.

Cuma cepat atau lambat sahaja. Orang yang sabar sahaja boleh bersama dengan PAS. Golongan musta'jilun (gelojoh) tidak boleh bersama PAS. Kerana PAS tidak mempunyai lampu ajaib.

PAS hanya menceritakan Islam. Perjuangan PAS ada kaitan mati dan selepas mati. Orang lain hendak cerita fasal lain, ini urusan mereka. PAS yakin masa depan dunia sejahtera bersama Islam.

Harga runcit petrol mingguan bagi tempoh 4 hingga 10 Mei 2017



BERNAMA @bernamadotcom

Harga runcit petrol mingguan bagi tempoh 4 hingga 10 Mei 2017.

Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon



Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas pelajar sebuah madrasah tahfiz di Kota Tinggi membuat sujud syukur sebaik dibebaskan dengan jaminan bon di Mahkamah Kota Tinggi, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA TINGGI 3 April - Suspek lelaki berusia 29 tahun yang berbaju lokap berwarna jingga dibawa ke Mahkamah Majistret pada pukul 12.15 tengah hari.

Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan pembantu warden itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah sebanyak RM20,000.

Sebaik dibebaskan pukul 1 petang, suspek yang kelihatan sebak sempat menadah tangan selain membuat sujud syukur.

Suspek pada mulanya ditahan reman empat hari pada 23 April lalu sebelum disambung tiga hari sehingga 29 April bagi mambantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Walau bagaimanapun, selepas siasatan kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh susulan kematian mangsa pada 26 April lalu, tempoh reman terhadap suspek dilanjutkan tujuh hari bermula 27 April hingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja

May 2, 2017



Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja sempena pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15

Menilai Fatwa Kebangsaan Terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

May 1, 2017



*Menilai Fatwa Kebangsaan Terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)*

oleh
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

1. Kenyataan Ketua Pengarah Jakim menjelaskan kembali keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke 106 pada 21-22 Oktober 2014 menyebut bahawa "kerajaan melaksanakan GST ini adalah bagi memenuhi tujuan ekonomi, tujuan sosial dan kepentingan rakyat meliputi aspek kesihatan, pendidikan, tempat rekreasi, kebajikan dan keselamatan. Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi kepentingan umum (maslahah) ini."

2. *Dengan penuh hormat, kasih dan sayang serta pengiktirafan terhadap kewibawaan dan keilmuan anggota Muzakarah*, saya berpandangan bahawa *Fatwa ini adalah lemah, longgar dan tidak tepat pada penghujahan* yang menatijahkan hasil pandangan yang tersilap dan tersasar.

3. Kesilapan itu berlaku kerana fokus Muzakarah hanya pada *tujuan cukai dikutip* tapi tidak melihat kepada *bagaimana cukai itu dikutip*.

4. Penentuan boleh atau tidak mengenakan cukai tambahan kepada rakyat bukan hanya dilihat pada tujuannya sahaja tetapi hendaklah dilihat pada bagaimana ia dikutip.

5. Dalilnya ialah hadis Nabi saw

“لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ
"Tidak berganjak dua kaki seorang hamba pada hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara..... *tentang hartanya; daripada mana ia diperolehi dan pada apa ia dibelanjakan.*"
Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Tirmizi.

6. Ulamak Islam telah membicarakan topik cukai dalam tulisan-tulisan mereka sepanjang sejarah pemerintahan Islam selama 13 kurun. Antaranya Imam Ghazali, Imam Syatibi, Ibnu Abidin, Ibnu Taimiyah dan Ibu Hazm.

7. Secara umumnya para Ulamak menegaskan beberapa syarat untuk membolehkan cukai dikutip iaitu:

a) Apabila kerajaan kehabisan sumber pendapatan atau tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk menguruskan keperluan negara

b) Kekurangan pendapatan itu tidak berlaku disebabkan salah urus kerana penyelewengan, ketirisan dan pembaziran.

c) Cukai itu hanya diambil daripada orang-orang kaya sahaja bukannya daripada orang kaya dan miskin juga.

*Cukai Daripada Orang Kaya*

8. Antara syarat utama pengambilan cukai ialah hanya diambil daripada orang kaya yang mempunyai lebihan kewangan.

8. Dalilnya ialah sabda Nabi saw

تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ

"diambil daripada orang kaya mereka dan dipulangkan kepada orang miskin mereka".
Hadis Sahih Bukhari

9. *Syarat inilah tidak dapat dipenuhi oleh sistem percukaian GST kerana ia dikenakan berdasarkan perbelanjaan yang tidak boleh membezakan antara kaya dan miskin*, bukannya berdasarkan pendapatan yang boleh dibezakan antara golongan yang mempunyai lebihan pendapatan dengan yang kurang.

10. Apabila cukai diambil juga daripada orang miskin yang tidak berkemampuan maka berlakulah kezaliman. BRIM yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak mampu memulangkan semula setiap sen yang mereka bayar.

11. Apatah lagi percukaian GST juga telah menyebabkan kenaikan harga barang di semua peringkat yang menambahkan lagi bebanan rakyat miskin.

12. Imam Syatibi berkata:

إذا قدرنا إمامًا مطاعًا مفتقرا على تكثير الجنود لسد حاجة الثغور، وحماية الملك المتسع الأقطار، وخلا بيت المال، وارتفعت حاجات الجند إلى ما لا يكفيهم، فللإمام إذا كان عدلاًَ أن يوظف على الأغنياء ما يراه كافيًا لهم في الحال إلى أن يظهر مال في بيت المال

"Apabila kita andaikan seorang pemerintah yang ditaati mempunyai keperluan meramaikan tentera bagi memenuhi keperluan sempadan dan melindungi kerajaan yang luas kawasannya, sedang Khazanah Negara (Baitul Mal) kekosongan dana, di saat meningkatnya keperluan tentera terhadap perbelanjaan yang tidak mencukupi MAKA bolehlah pemerintah itu sekiranya beliau seorang yang ADIL *untuk mengenakan cukai terhadap ORANG-ORANG KAYA dengan amaun yang mencukupi* untuk mereka ketika itu sehinggalah terserlah dana dalam khazanah negara" (al-I'tisam juz 2/358)

13. Imam Ghazali berkata:

" إذا خلت الأيدي من الأموال، ولم يكن من مال المصالح ما يفي بخراجات العسكر، ولو تفرق العسكر، واشتغلوا بالكسب لخيف دخول العدو ديار المسلمين، أو خيف ثوران الفتنة من أهل الشر في بلاد الإسلام، جاز للإمام أن يوظف على الأغنياء مقدار كفاية الجند."

"Apabila pemerintah kehabisan wang sedangkan harta khazanah negara tidak mencukupi untuk perbelanjaan tentera, sekiranya anggota tentera berpecah ke sana sini dan sibuk mencari rezki pasti dibimbangi kemasukan musuh ke negeri orang Islam atau bimbang pemberontakan golongan yang jahat dalam negara maka *harus bagi pemerintah untuk mengenakan cukai terhadap orang kaya kadar yang cukup untuk tentera*"
(al-Mustashpa 1/426)

14. Menurut Dr Syauqi Allam, Mufti Mesir
إلا أنه ينبغى أن يراعى فى فرض الضرائب عدم زيادة أعباء محدودى الدخل وزيادة فقرهم، وأن تحصل الضرائب أصالة من الفئات التى لا يجهدها ذلك؛ كطبقة المستثمرين، ورجال الأعمال الذين يجب عليهم المساهمة فى واجبهم تجاه الدولة.(28)

"tetapi wajarlah diraikan dalam menetapkan pengambilan cukai itu *tidak menambah bebanan rakyat yang berpendapatan terhad dan menambahkan kemiskinan mereka* dan wajarlah *cukai itu dihasilkan asasnya daripada golongan yang tidak tertekan dengan bebanan tersebut seperti golongan pelabur dan golongan korporat ahli perniagaan* yang wajib menyumbang tanggungjawab mereka terhadap negara"

15. Oleh kerana itu PAS menerusi Dokumen Hijau mencadangkan alternatif cukai terhadap orang kaya yang selaras dengan Islam iaitu *cukai simpanan korporat dan cukai keuntungan jual beli saham.* Ia adalah alternatif kepada percukaian GST.

16. Cukai sebagai sumber kewangan negara dibahaskan oleh para alim ulamak Islam sebagai satu sumber tambahan yang bersifat pengecualian. Ia bermaksud cukai asasnya tidak dibenarkan. Namun dibenarkan sebagai pengecualian hukum dengan syarat-syaratnya.

17. Saya mengalu-alukan kenyataan Sahibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan oleh media pada 29 hb April 2017 berpendapat bahawa *pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan.*

18. Beliau berkata, kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan kepada negara.

19. Dewan Ulamak PAS Pusat seawal 2013 telah membuat Usul dalam Muktamar menegaskan bahawa GST adalah percukaian yang bercanggah dengan Syariat Islam.

20. Saya mencadangkan untuk Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengadakan Muzakarah Ilmu secara ukhuwwan dan mahabbah dengan para ulamak dalam PAS bagi mencerna isu percukaian GST lebih mendalam untuk kebaikan masyarakat.

Sekian

Isnin 1 hb Mei 2017

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1561817267161631&id=569086473101387

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.