Jokowi minta rakyat Indonesia bertenang

Jokowi minta rakyat Indonesia bertenang
KHAMIS, 25 MEI 2017 - 2:33PM



Presiden Indonesia Joko Widodo. - Foto REUTERS


JAKARTA: Presiden Indonesia meminta rakyat negara itu supaya bertenang, sehari selepas pengebom nekad membunuh tiga anggota polis yang bertugas di terminal bas di sini, semalam.

Polis berkata, insiden itu turut menyebabkan 10 mangsa cedera masing-masing lima anggota polis dan lima orang awam.

Serangan itu adalah yang terburuk berlaku di negara itu, sejak Januari 2016, apabila tujuh maut, termasuk lima penyerang, selepas pengebom nekad dan lelaki bersenjata menyerang Jakarta.

"Kita mesti terus kekal bertenang dan terus bertenang, kerana sebagai umat Islam kita kini sedang menuju ke bulan Ramadan untuk berpuasa," kata Presiden Joko Widodo dalam kenyataan.

Sementara itu, jurucakap polis kebangsaan, Awi Setyono, berkata pihak polis masih menyiasat sama ada penyerang terbabit menerima arahan secara terus dari Syria atau lain-lain negara.

Walaupun pihak polis tidak mendedahkan identiti dua suspek tetapi sumber pihak berkuasa berkata, mereka mungkin mempunyai kaitan dengan Jemaah Ansharut Daulah, yang diisytiharkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam senarai pengganas.

Kumpulan itu dipercayai mempunyai ramai pengikut di Indonesia, khususnya dalam kalangan mereka yang menyokong perjuangan militan Daesh.

Reuters

No comments

Powered by Blogger.